Instagram : @peejburhan

letih tapi masih burung hantu.

tadi nasib MrB balik n teman aku pos barang.
sebab setelah di kumpul2 barang yang kena post.
penuh 2 bag ikea tu.
if aku sorang angkut tu pitam weyh.
dah la penat mengpack barang pun tak abis lagi.
ni campur post menangis la kan.
tapi dalam kekalutan tu. boleh tercicir satu order aku tak pack.
takpa post kemudian. dah bagi tau adik tu.
nasib dia memahami.



nasib masa sampai tu tak ramai orang.
depan ada 3 orang je.
semua post tak lebih dpd 5 barang. so cepat la, takyah tunggu.
kat kaunter pun takyah susah payah.
semua Mr.B buatkan.
aku pun dah tak bermaya penat sebenarnya.

then settle post barang.
ajak Mr.B singgah makan kat medan selera taman melawati nak makan mihun sup utara dia.
ketagihan. .mmmm...dap.
dua hari lepas aku makan situ gak. tapi sorang la.
ramai tanya kat mana.
sorry tak sempat reply. so reply sini la yea.
mostly follower instagram n fb ke apa semua reader aku gak kan.
aku kedai dia yang medan selera lama tu. if masuk yang main entrance ke kedai2 tmn melawati tu.
tau kan? yang macam nak ke arah balai polis tu.
medan selera yang ada nasi ayam hainan singapore ke apa tu.
so kedai dia sebelah nasi ayam tu.
bukan medan selera yang baru n dua tingkat sebelah tapak pasar malam tu tau.
btw if pergi sana selalu aku order mihun sup special. fuhhh suka.
ada daging n lelemaks, paru, perut, tauhu. me loikeeee.


Mr.B always ngan nasi campur dia.
aku pernah makan. tak masuk tekak aku.
baik aku makan mihun sup ni lagi stone.
oh lagi satu if makan situ order air sirap bandung dia. sodapppppp.
tadi makan Mr.B duduk gerai nasi campur tu.
meja sebelah tempat sup tu la.
aku order mihun sup n sirap bandung. sebab sedap weyh bandung dia.
tapi takleh. sebab duduk meja kat kedai ni. kena order air kedai ni.
sirap bandung dia biasa ajo. sobssss.
nway, abis makan bungkuskan noy nasi ayam dia nak.
then balik.
balik terus email/ whatsapp/ sms tracking number.
alang tengah rajin.
aku kadang penat sangat pagi buta baru reti nak send.
time tu merasa la some yang tak biasa beli kat aku kot.
ada la tanya berapa kali tracking number. risau kot.
tapi some memang relax. sebab kadang aku tak bagi pun. hahah sebab lupa.
nak bagi esok lusa baik takyah. barang dah sampai pun kat orang.
tau-tau aku bangun esoknya dorang yang inform barang dah sampai siap ceria2 lagi.

nway, pastu tunggu ada customer datang nak pick up ephyra.
tapi sambil santai la merehatkan badan.
Mr.B sibuk mengemas rumah. rajin bebenar dia tu.
tak masuk akal punya rajin. tak sangka ada orang rajin sebegitu rupa. lelaki lak tu.
memula dia menyapu. pastu vacuum. pastu dok la spray sana sini. pastu buang sampah.
aku hanya mampu tengok.

settle semua. around 9pm dia ajak gi tengok abah.
mak mertua aku n SIL aku gi langkawi.
sesuka hati tinggalkan abah tau.
abah sakit dah takleh jalan so pakai pampers la apa semua.
risau gak. tapi Mr.B adik beradik ramai. so pepandai la gilir2 tengokkan.
siang orang ni, petang orang ni, malam orang ni.
takpa la kan. mak pun nak berjalan. happy sangat la tu.

even aku kepenatan. ku layankan juga.
so ke rumah jengok abah.
tengok adik Mr.B, hafiz n family ada situ.
so sembang apa jap. dorang gerak. kata take turn kan.
yang Mr.B kerajinan tak terhenti di situ yea.
dia mengemas depan tu. kemas dapur la. angkut sampah la bla bla itu ini.
mana dapat tenaga tah dia ni. bagus, sejuk perut mak mengandung. bukan sejuk je ni. dah feeling salji agaknya.

around 11ish aku ajak balik. mintak diri.
sebab dah tau adik dia sorang lagi pulak otw nak datang.
aku dah kepenatan n kelaparan sangat.
eh lupa nak cerita.
aku rasa abah ni dah nyanyuk sikit la. dia suka tanya soalan pelik2.
tak pun berkali2 asyik tanya lebih kurang.
macam tadi dia tanya

abah: pija ngandung dah berapa bulan tu?
Mr.B : mana adoooo bahhh. abenda la abah ni.
abah : oh takda ye.

then Mr.B pergi dapur.

abah : lelaki ke perempuan tu ja?
me : hah? lelaki ke perempuan apa?
abah : tu anak dalam kandungan tu *sambil tunjuk perut aku*
me : lelaki ke perempuan apanya kalau mengandung pun tak bah.
abah : oh takda ye.
me : takda.

aku tak tau nak rasa apa.
adakah memang dia tanya soalan pelik.
ke memang rupa perut aku yang boyak ni menyerupai perempuan mengandung.
kah kah kah. *gelak tak ikhlas* *tumbuk2 perut sendiri bertubi-tubi*

ok abis cerita.
later makan.
abis makan balik.
kemas rak kejap.
Alhamdulillah sekejap stock ephyra susut.
aku restock rabu petang. by malam tadi tinggal balance tu je.



Alhamdulillah.
tapi bermakna jumaat takleh relax n santai di rumah la.
sebab kena restock barang.
tadi malam ada lagi payment masuk.
untuk postage sabtu.
ada yang nak pick up weekend dan sebagainya.

btw ni keletihan melampau ni.
lesu je rasa. tapi mata ni tetap la tak reti lelap.
tak reti lelap takpa.
tapi kenapa perut nak lapar balik ni?
cissssskek betul la.

5 Comments:

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

ahahahahaha...lawak la abah mr. b..
tak tahan gelak tauuuuuuuuu...
ahahahahahahaha
memang lawak
pastu tumbuk perut sendri lg lawakkkk
ahahahahaha..

erk, sori peej..over ai gelak ols... ahahaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

rasa ur father in law x nyanyuk la peej..buahahaahha....lawaks tui la...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wahh byk gile brg ko hantar ke pejabat pos. salute la kegigihan tersebut! kelakar je ko cerita psl FIL ko tu, yang tang dia ingat pregnant tu. orang tua mmg kengkadang short term memory. layankan je :)

Ms Haslina said... [Reply to Comments]

tu dia stok orang meniaga. dasat gitu. selamat berjualan peej.

doll said... [Reply to Comments]

eh kekdg org tetua nie perasan tau apa yang kita tak perasan, hehehe..Insya Allah ada rezeki, masin mulutnya...

tp bab tanye laki ke perempuan tu ada sikit geli hati, hihihi..mcm confirm2 jer dia nak bercucu baru..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...