Instagram : @peejburhan

hari minggu bersama kesayangans

ok memang tak ingat bila ni.
tapi tengok kat instagram kata 3 weeks back.
tapi apesal rasa macam dah lama berlalu.
nway, time tu jonet datang umah aku.
plan dorang nak clubbing malam tu.
aku memang dah tak kuasa weyh.
sekali tah macam mana kata karaoke je la.
wah itu ok. dah lama pun tak karaoke.
so on la.

sebelum tu ke pavi dulu.
gi dinner.
jonet nak makan kat la bodega. ok jom.
tapi elok duduk n order.
noy memula gerak sebab dia nak shopping.
pompuan tu kalau keluar tapi tak shopping apa memang macam tak lengkap sangat la hidup tu.
pastu jonet lak gerak. dia pun tetiba nak carik baju la apa.
kong jaq. tinggal aku ngan Mr.B je la.
nak taknak tunggu la. walaupun aku pun ada rasa nak shopping.
tapi takkan semua nak gerak kan. tak patut.
so tunggu la situ.
bagus la tu. selamat duit daripada terbang kan.





burger jonet dah sampai.
amboi menyelerakan je ternganga sebelah kita orang.
takleh tahan menegoknya.
snap pic kasi instagram n shout out kat jonet kata makanan dia dah sampai.
sudah-sudah la shopping tu.


:: koko n his latte ::


:: paella ::

super nice.
memula laki ku muka pelik2 je aku order ni.
aku kata kongsi sebab untuk makan dua orang pun.
dia makan terus puji kata sedap sedap.
tapi laki ni mana cukup makan kongsi ni.
later aku orderkan burger sama macam jonet tu untuk dia.
sedap weyh paella ni. makan ngan tobasco.
noy pun order sama.
so dapat la tobasco tu. tinggal lagi suku botol la.
then noy mintak lagi. dia kata tu dah ada.
ok fine. tapi tau tak cukup kot.
memang licin. so mintak gak.
sekali dia bagi botol tobasco besar gila. baru lak tu.
amboi macam perli je. hahahaha.



lepas makan n lepak kejap.
around 10ish gerak.
nak ke lowyatt.
sesambil tu pose kejap.
oh baju tu ku beli kat hong kong.
quiksilver outlet tu.
murah aje.
lama dah kan. sendiri lupa dah kewujudan baju ni.
tapi memula aku pakai kemain dorang semua ejek.
kata amboi rambu ramba.
ada je nak ejek aku tau.
aku sukaaaa je baju tu.


hahaha kementot melampau kan aku.
tapi aku rasa takda la kementot ke apa.
aku 5'4". normal kan for asian?
laki aku yang menggalah tak tentu hala.
aku lak memang tak reti la nak berjalan ngan heels apa bagai ni.
selesa ngan selipar aku je.
if aku jenis pakai heels mesti nampak ok je la.
takda la macam pokok renek sangat.


noy candid ni.
gegar2 pic.
pastu dia gelak2 suka.
cakap macam sebelah aku ada lembaga hitam.
kong jaq sangat kutuk laki kita.

then ke karaoke.
kemain lama sampai lebam rasa.
laki ku memula kemain semangat tuju lagu ke aku la apa.
walaupun suara ke laut sangat.
tapi around 2am dah ngantuk lalu tidur. hahah boleh?
tak remaja langsung perangai tau.
siap terjaga an hour lepas tu tanya lama lagi ke yang?
hahah sian.
tapi dah bayar ni. rugi abis awal. harus sampai tempat tutup.
so tidur elok2 ye.


dah abis kedai nak tutup baru kita balik ye.
lepak minum dulu baru balik.
eh ok la aku nak stop.
tetiba mata aku, tangan aku semua gatal2 ni.
nak mandi ah.
aku ni memang takleh terlebih mesra ngan kucing. alergic tak tentu hala.
ok bye, nak mandi.
btw ni auto publish entry ye.
mood aku rajin lak nak update memacam.
tapi nak terus publish rasa saiko sangat lak update bebanyak.
so type hari ni. tapi set esoknya publish. wakakkakaa.
ok bye.

12 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

wahhhh best best dah banyak gambar..sronok tengok...btw, layout baru pun cantik..best!

blue rose said... [Reply to Comments]

peej..mase ni la yg aku jumpe noy mase tgh amek makanan.kat redbox kan? lps tu mase byr parking pun nampak.tapi da segan nk tegur.sbb aku ni selekh gile.tak mcm uols meletop.hehe.. xtau rupenye ko ade dlm tu.. :)

Mrs Ariena said... [Reply to Comments]

bestnya g karok ...da lama x karok...btw sume look adorable..

doll said... [Reply to Comments]

2 years ago penah terjumpa dr jonet kat emergency, hosp putrajaya..demam kot dia masa tu, dgn mak dia, adik dia..she really have a nice soft voice wlupun nampak sakit sgt..hehe..baru nak cerita..

shuweet said... [Reply to Comments]

peberettt aku paela tu...

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous

cuba untuk rajinkan diri kembali. excited sebab layout baru

peej said... [Reply to Comments]

@blue rose

a ah ye la tu. dia ada cakap.

peej said... [Reply to Comments]

@Mrs Ariena

sama laaa. lama jugak tak pergi. tahun ni baru gi 3 kali tak silap. last was before kahwin ok. gila lama.

peej said... [Reply to Comments]

@doll

suara jonet sweet? kwang kwang. kuat ada la. but tapi as a person memang sangat sweet dia ni. kesayangan.

peej said... [Reply to Comments]

@shuweet sedappp gilaaaa kan.

shuweet said... [Reply to Comments]

ni rasa cam nak la plak...squid ink with seafood paela...voilaaa...sodappppnyooooo

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

burger tu nampak yummyliciousnyaaaa wehh. paella tu start kta kenal kat tv bertahun yg lepas, smpai skrg xberpeluang nk rasa. it's on my must-makan-wishlist gitu haha. and i'm 5' tall.. lg la nampak kecik kot kalau berdiri sebelah org tinggi. and pernah rasa berkarok sampai ke pagi. memang siap bawak pashmina berselimut bergolek atas sofa sambil tggu turn nyanyi. haha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...