Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: hantu kelantan hantu kedah

As salam, 

Hi peej hello semua 

saya ada kisah nak dikongsi. 
Banyak sangat jin, pelesit, pontianak etc yang saya pernah jumpa dari kecik sampai sekarang. 
Saya kongsi sikit lah ea.. 

Pengalaman tahun 1995, terpaksa ikut geng makcik2 ke kelantan terengganu. 
Sepatutnya mak yang pergi, tapi dia ada hal, dia suruh saya ganti (nasib baik time tu cuti sekolah). 
So saya pergi dengan adik. 
Mula-mula pergi terengganu, jalan2 sana sini, kemudian ke kelantan. 
Tidur kat rumah tumpangan apa ntah, dekat dengan kedai cop batik. 

Dalam group tu, memang saya and adik saja yang muda remaja. 
Yang lain semua pangkat makcik + nenek. 
Takpe lah, ikut aje. 
Satu bilik tu ada 2 katil double deck, saya dengan adik tidur sekali atas katil atas, kaki mengadap pintu bilik. makcik2 yang lain tidur kat katil sorang satu, makcik sorang tu tidur kat lantai. 
Malam tu tengah tidur, tiba2 terjaga sebab terdengar bunyi orang mandi, dalam hati saya cakap, tak dengar dia bukak lampu pun. 
pintu pun tak kunci. 
sambil tu dok tunggu jugak, bila dia ni nak keluar? 
Tiba-tiba hati rasa macam resah. 
hujung kaki rasa bahang. 
tiba-tiba rasa macam nak pandang ke hujung kaki.. sekali nampak pelesit ke jerangkung ntah berdiri hujung kaki daa... dia pandang tepat ke saya, menyeringai nampak gigi tajam panjang2, matanya bulat merah, kepalanya botak rambut cacak2 jarang, telinganya panjang macam telinga kucing, badannya kurus melengkung. 
Terkejut punya pasal, saya terjun dari katil, rupanya adik pun rasa atau nampak benda yang sama, dia pun ikut terjun. 
Yang makcik kat bawah tu pulak tidur selubung macam mayat.. ahhhh lantaklah! 
kitaorang terus terkam peluk dia.. 
makcik tu terkejut, dia tanya 'awat cek'? 
saya dgn adik diam je,.. 
then makcik tu cakap, "dah tidoq.. tidoq". 
Esok pagi tu, kitaorg breakfast makan biskut dengan kopi, saya tak boleh nak makan sebab teringat muka pelesit tu, rasa macam mimpi pula.. 
tapi makcik2 yang lain tau agaknya, dorang kata, takpa,.. kita balik hari ni" .. 
fuhhh selamat.. 

Pengalaman tahun 2008, bilik hujung kat rumah kitaorg ni memang laluan makhluk halus,.. 
maklumla, ini kawasan dia masa developer bangunkan kawasan perumahan ni. 
selalu jugak saya nampak, tapi buat tak tahu je,.. 
sampai lah satu malam tu, saya tengah tidur dengan adik2 yang lain (tidur melintang atas katil, mengadap tingkap). 
Tiba-tiba terjaga, nampak dia berdiri hujung kaki. 
Dia takde muka, kosong, berbungkus dengan kain kapan, tapi bahagian bawahnya hancur, kain rabak berjurai. saya tanya "kenapa kau datang?" 
dia cakap "aku mahu tunjukkan diriku untuk kau lihat" 
saya cakap "boleh aku pegang kau?" 
dia pun hulur tangan dia.. 
tapi bukan macam tangan manusia. 
saya sentuh dan saya kata,.. "ohh isi  dan kulit kau lembik tapi bulu roma kau tajam" (kasar/tajam macam berus sabut). 
dia kata "ya". kemudian saya macam tersedar, saya tengok keliling adik2 semua lena,.. 
tiba2 saya rasa takut, terus lompat naik katil balik, tekap muka kat bantal. 
Sempat lagi dengar suara dia gelak, pastu ghaib... 

So, itu serba sikit cerita mistik saya kongsi,.. 
ada banyak lagi, tapi sebenarnya saya lebih suka kalau kita berkongsi cerita yang baik. 
macam "Dalam Hati Ada Iman" ke atau chicken soup for the soul. 
maklumla, zaman sekarang ni kejahatan selalu kalahkan kebaikan. 
so, sesekali kita mengagungkan kebaikan pula, semoga kita semua mendapat pedoman, insha'allah, ameen. 

OK, dats all fer now, TTYL :)

-LeReine Ahmed-




.................................................................................................

siapa nak kongsi cerita expose mistik boleh email ye.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject: expose mistik: ____tajuk?____

segment setiap malam jumaat.

4 Comments:

Nadya Honey said... [Reply to Comments]

huik,siap nak offer pegang tangan hantu,giler berani dier..

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

ala kenapa la awak g tegur siap mintak nak pegang bagai dik oi... nangis ahkak bace huhu

doll said... [Reply to Comments]

omg!boleh plak mintak2 nak pegang tgn hantu tu..skerri woo!

Sang Pembebel said... [Reply to Comments]

OMG siap nak pegang2 tangan!
nasib baik dia tak mintak kapel. T__T

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...