Instagram : @peejburhan

expose mistik : bola

ada ke antara korang hantar email expose mistik tapi aku tak publish.
aku double check tadi rasa takda dah. semua dah publish.
so lepas ni siapa nak hantar sila hantar.

since takda email from korang.
dan aku mood rajin nak menaip.
so sini cerita ku.
takda la scary sangat.
tapi cuma aku rasa expose mistik sangat.

rumah aku ni macam atas bukit tau.
so laluan nak masuk dpd main road ada dua. satu tu belah memang kau masuk simpang akan ada perumahan deret kat bukit tu.
sebelah lagi takda. memang kosong.
selalu jalan bukit tu student U or college sini akan park kereta la kiri kanan jalan tu.

jalan depan tu besar. kereta selalu laju nak mampos.
scary aku mesti seram je if masuk situ.
dah la depan sikit tu macam corner.
so kadang nanti tetiba muncul je kereta pecut gila.
nak masuk or keluar simpang tu memang aku tak berapa gemar.
scary.

ok tu takpa. tapi nak ikut jalan jauh aku malas.
so memang kadang if nak ke arah melawati ke apa semua aku akan keluar simpang tu.
so semalam dalam kul 2ish am aku n laki ku keluar.
sebab air mineral kat rumah dah kehabisan terus.
selalu aku akan ke KK kat area wangsa maju.
sekali noy bagi tau kat taman melati pun ada la KK.
oh really? aku tak tau. ok so ke situ kita.
dekat n lagi mudah lagi.
sebab wangsa maju punya tu leceh sikit bab park sebab ada kedai mamak n gerai2 la apa.

so nak keluar simpang depan tu la.
the one yang memang bukit n takda rumah orang ke apa.
kereta memang takda la park tepi tu semua.
so nak keluar simpang jalan besar tu.
kereta pun takda sangat. abis dah almost 3am kan.
elok sampai simpang aku nampak motor je tengah laju.
belakang tu jauh lagi la ada kereta tengah datang.
so ok lepas motor ni aku keluar.

elok motor tu kat simpang rumah tu.
tetiba ada bola laju gila macam kena tendang tu, bedepap ke arah motor tu.
terkejut motor tu hilang arah kejap.
dok toleh2 tengok mana datang bola.
aku pun terkejut kot.
i mean mana datang bola tu.
macam kena sepak kau tau tak. elok tepat ke motor tu.
pandang la ke arah bola tu datang. memang takda orang ke apa.
memang takda la woiii. tengah pagi. plus belakang tu bukit je.
plus siapa pulak nak main bola tengah pagi n sepak ke arah motor ke apa.

motor tu terus laju n toleh2 tengok.
aku cecepat keluar simpang sebab keluar before kereta belakang tu sampai.
time tu berderau gak la. meremang rasa.
laki aku mana nampak.
tertanya gak dalam hati eh mana datang bola tu.
tapi tak berani sebab dah lewat kot.
plus selalu orang pesan jangan tegur kan.
kang tak pasal.

so persoalan tu terus macam tu la.
dan aku tak rasa ada jawapan pun untuk benda tu.
ok la fine maybe bola sesapa ke tertinggal situ. hilang ke. tak jumpa ke.
tapi kenapa tetiba dia macam melantun n target motor tu?
nasib gak motor tu hilang kawalan n terus ok macam biasa.
what if tetiba accident ke apa?
tak pasal weyh.

tah la selalu sembang ngan mama, mama kata sebab tu kadang highway selalu accident.
sebab dia memang suka la.
sebab makanan dia kan darah semua tu.
telan air liur.
ok lepas ni memang tak la aku nak keluar time-time gitu semua.
if keluar pun aku akan make sure ikut simpang satu lagi. or jalan belakang yang ada traffic light tu.
sebab terang sikit.
simpang yang aku keluar ni memang sepi n gelap sikit.
sebab area tu banyak pokok besar2 n rendang.
so dah halang la cahaya lampu jalan semua.

hai mambang, kau main bola mambang?

4 Comments:

aynadys said... [Reply to Comments]

meremang baca ni peej

neinamukhtar said... [Reply to Comments]

ko punya ayat penutup last skali tu kelakar. ahahaha ilang jap seram aku.

Anonymous said... [Reply to Comments]

series meremang baca entry peej kali ni...eeheheh btw saya silent reader peej...takde blog pon...nama ana...sronok baca blog peej...ni first time kot nk tulis komen..ehehehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kak Peej ni duduk kat taman bunga raya ke? yang dekat tar kolej tu? sebab tgk cara kak peej describe mcm tabura. sbb saya duduk situ. hehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...