di minta bersabar.

Ya Allah tak menang tangannya aku beberapa hari ni.
nak gi jenguk jumpa mama pun takda masa.
rindu rasa lama tak jumpa. selalu selang sehari aku gi sana.
ni last aku pergi last monday kot. sobs.

dengan nak menjawab email isu tabitanya.
mana aku sempat, aku balas la.
ni terlalu banyak sampai tak tau mana dah reply, mana tak.
nanti ada masa aku buat entry ye. maybe malam ni or esok.
or dalam minggu ni la.
sebab serious takda masa.
ini bukan statement poyo.
takda masa sampai tadi dok sembang kat phone sambil belek kaki sendiri.
pastu terkejut sebab hoi buls kaki ngeri.
tak sempat hokeyh nak belek diri sendiri pun.

pastu daripada bangun tadi dok mengadap whatsapp, emails semua.
Alhamdulillah permintaan for ephyra banyak.
cecepat reply mana boleh.
pastu basuh baju n jemur baju.
mandi n groom kan diri sendiri yang terbiar ni.
pastu nak hujan lak. angkat baju balik.
terus siap n berdesup keluar pergi restock ephyra dalam hujan tu.
then pergi post barang seketul.
sebab semalam post kemain 2 bags tapi boleh tertinggal seketul BE. huhu.
so sebab dah janji maka aku postkan adik tu punya satu.
siap budak poslaju tu tegur la, "eh satu je pos? macam tak boleh caya je". hahahha.
terpaksa cerita aku lupa bla bla. esok baru post yang lain.
oh ya, yang mana lelain esok aku post yea. seperti yang dijanjikan.
sebab aku tak sempat nak pack.
n mostly bagi alamat office.
kang post today esok hantar takda orang kat office dah leceh kan.



so lepas post baru makan. time tu dah kul 5ish kot.
makan kat thurkah. nasi daun pisang.
layan je sensorang. ada aku kisah.
tapi ada satu group pakcik2 kat meja dekat aku ni asyik la tengok2.
apesal ntah.
nampak menyedihkan sangat kot perempuan gemuk kesepian makan sorang tapi tetapp gigih jilat jari makan nasi daun pisang. kah kah.
nasib la pakcik. janji perut ku kenyang senang hati kan.

so sementara aku keluar tu tak dapat la aku nak layan email ke apa.
sebab ye la drive, makan semua. macam mana nak layan semua kan.
plus aku malas reply if aku takda ngan log book aku.
kang aku memandai reply. aku lupa. tak pasal orang dah bayar. aku tak post barang.
tapi tu la. orang dah buat payment tapi kita tak confirmkan.
orang akan risau lebih. amik kau bertalu2 ditanya.

i is manusia biasa yang bekerja sendirian.
so takda la aku efisyen sangat masuk je email ek apa semua berdesup aku reply.
amik masa sikit. so harap bersabar.
Alhamdulillah dah setahun lebih buat meniaga ni belum ada kes orang report polis ke apa dah amik duit orang aku sepi ke apa.
Insyallah akan teruskan begitu.
aku pun ada blog. aku pun bagi if orang nak datang jumpa aku personally n amik barang.
some amik kat rumah parents aku.
so takdanya aku nak lari ke apa yea.
if lari pun senang2 je boleh carik aku kat mana kan.

so jangan risau.
tapi ada la kes aku pernah lupa hantar barang.
sebab macam tu la. reply email confirm. tapi kat luar.
balik lupa catit. amik kau tak berpost.
adik tu pun lepas 2 weeks baru bagi tau n tanya.
menggelupur aku post. sheeesshhh.
so harap tak berlaku lagi macam tu.

so harap bersabar ye.
ni aku tengah gigih balas segala pertanyaan korang.
if ada aku tak reply please resend ye. takut aku tak sedar.
terima kasih.

2 Comments:

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

i pun kadang2 makan sorang2...heaven... dah lali dah bila orang pandang2.... :)

charminghall said... [Reply to Comments]

tak pelik pun pompuan makan sensorang. tak pun kategori kesepian ke apa.
whatever u do alone in public, be it makan ke shopping ke gi tengok wayang ke, it means u really appear in high confidence and brave. bukan nak jek u ni peej. but everytime u do it cuba check ur real feeling towards them ;)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...