Instagram : @peejburhan

adik blogger keluar ngan akak-akak blogger. wah mudanya rasa...padahalllll.


dua hari bangun awal nok.
hari ni kul 7am dah bangun sebab noy datang rumah.
kawan dia hantar.
patut dia mintak aku pick up dia kat station bas.
sebab dia baru balik dpd thai.
tapi dia kat dalam kul 4-5am. 
sekali kul 6am dia call.
ah kosser aku. jam jalan nanti. balik naik teksi ah.
sekali abang kawan dia hantarkan. baguih.

so pepagi dah muncul.
ceria nak cerita memacam.
so layankan la. daripada terkulat2 tak cukup tidur aku ni terus segar.
tapi bagus gak.
sebab memang semalam ada orang janji around 8ish nak amik tabita.
elok la. kalau tak seperti biasa orang sampai umah aku dok tidur lagi.
mamai je pass barang. tapi ni tak. awal dah ready. syabas.

aku kepenatan ni.
sebab semalam keluar.
sehari sebelum tu filla ajak keluar.
ajak lunch je pun.
tapi aku ni lunch pun satu penyeksaan.
aku ni macam la bangun awal kan.
tapi nak jumpa sebab lama tak jumpa dia.

dah la dia ajak hari yang aku nak post barang.
risau gak terkejar sana sini kan.
so untuk tak kelam kabut.
malam tu jugak aku pack barang untuk post semua.
settle pun kul 2ish am.
konon nak tidur awal.
takda makna.
tetap lepas subuh tidur.

tu takpa.
kul 10 am dah bangun. hoi berapa jam je tidur.
bangun check email ada gak lagi yang buat payment.
terus aku pack barang mana yang baru orang beli tu.
then mandi. siap.
terus post. awal dah keluar.
then terus menuju ke klcc.
ye berjaya gak sampai.
padahal masa filla ajak tu aku kata if aku jaga awal n sempat post barang aku join.
tak janji.
tapi dek kerana filla berjaya gak la selesaikan kerja n jumpa dia.

sampai je terus jumpa dia n elly kat nine west.
oh ye lupa cakap. elly pun ada.
so first time la jumpa.
selama ni baca blog je n layan keek kan.
aku membayangkan elly ni tinggi orangnya.
dalam pic nampak slim n tinggi sangat.
rupanya kecik je. dia n filla sesize je.
aku je sorang gergasi situ. hahahha.
dah la dedua kemain lawa meletop head to toe.
aku selamba ngan selipar havaianas aku.
terasa comots sangat.

then layan filla shopping benda lain pulak.
hai la pompuan tu jenis careless ke apa aku tak tau.
dia akan letak handbag dia n paperbag dia atas counter memana.
pastu dia merayap pilih baju ke apa semua.
hish aku yang kutip pegang. ye la. kang hilang.
handbag dah la bukan calang2. gigil2 je i pegang hokey.
pastu terus gi try2 itu ini. dia memang lupa ye hangbag n bag barang2 dia shopping yang dia letak kat counter earlier tu.
aku pulak memang takleh.
u know me.
aku ni kau bagi duduk kat kerusi. time makan pun elok kepit handbag.
kau lepak la kedai ada security 15 orang pun aku paranoid gitu.
macam la kaya sangat duit berkepuk ke kan.
tak pun. but trauma yang melanda memang bikin aku gitu.

habis shopping ajak makan.
aku memang kelaparin.
sebab hari sebelum tu ku hanya makan kueyteow n malam laksa.
both makan half tak abis.
dasar melayu tau la. kalau tak makan nasik rasa macam seksa benar la kau.
padahallll. lemak kat badan ni tak makan seminggu pun steady lagi aku rasa.
masih boleh bekalkan tenaga. ;p

so lepak aseana.
sebab aku kata i want nasiiiiii.
so aku amik asam pedas.
ok la. tapi aku rasa dome punya lagi best la.
kuah yang kat aseana ni tak pedas.
tapi takpa. sebab later petang aku ke rumah mama.
mama masak asam pedas gak. so memang terbaik lah.


best lepak sebab dedua lawak.
ada je benda bengong memasing buat.
filla paling poyo.
order air ice aseana ke apa.
dia kata nampak lain n macam best.
sekali sampai sirap bandung weyh. sirap bandung soda tu. cehhh.
later aku lak order air sama.
aku cakap nak air sama macam tu. tunjuk filla punya je.
waiter tu kata la ice aseana?
aku jawab haaa sirap bandung.
ye la. sirap bandung tu. takyah nak glams sangat ice aseana apa bagai. kah kah.

oh elly tengok live lain sangat rasa.
kecik je dia.
tapi aku suka tengok kulit dia.
dia jenis putih merah tu.
orang putih merah kan selalu dalam pic kau tak nampak.
tapi tengok live kau nampak cantik kulit dia tu. nampak sweet n lembut je
tapi nampak je sweet. tapi otak senget gak.
memacam la sembang.
ada je la. cerita lawak itu ini.

then gerak n sambung shopping.
filla tu la shopping. menggila. tapi alasan dia sebab dah dekat setahun tak shopping.
sebab preggy n pantang apa semua tu kan.
ok fine.
aku tak beli apa.
cuma last before gerak ajak dorang teman gi machine.
sebab aku nak beli cover untuk macbook.
hari tu aku tak beli. sebab takda color yang berkenan.
tapi sakit jiwa tengok ceceh n mochi kemain sesuka hati jadikan tempat tidur la.
kemain terlompat sana sini atas macbook ni.
takut aku nanti calar ke apa.
tak pasal tercalar n robek hatiku nanti.
so baik beli cover dia.
kat klcc nasib banyak sikit choice warna ni.
so i pilih ini color.

pretty pretty.
ada yang kata awat beli macbook sebab mahal la bla bla. best ke apa ke.
bagi aku best sebab kadang kan aku guna noy punya.
aku rasa takda la payah mana. ok la aku suka. sebab senang kot.
lepas tu bila guna laptop mama pulak. jadi janggal sebab aku guna cara macam pakai macbook sebab dah terbiasa. e ehhh tak boleh la.
terus berasa ok fine. aku nak macbook sendiri.
gitu la.

tapiiiiiiiii. selama ni aku guna noy punya.
dia punya semua dah ada. folder apa semua.
chrome la apa.
bila ada sendiri punya n benda ni kosong takda apa.
amik kau terkial la sana sini. aaaaa
nak tukar wallpaper pun aku tak tau nak kebek celah mana ni ok.
tapi takpa. next time ice datang umah ke akan ku paksa ajar aku habis2an.
aku suruh noy ajar dia memanjang blur la. lupa la.

nway, ni menaip ni rasa ngantuk la piuler.
ada yang sambung tidur balik ni.
tapi ye la. apa aje nak buat pun khen.
tidur je la pun.

oh ramai email nak order kan.
nak bagi tau yang buat masa ni aku takda tau regular set tabita.
tunggu stock sampai.
sampai nanti aku bagi tau sini.
ada some aku dah reply kan inform.
siapa belum ku balas tu harap baca sini.
takpun later aku reply yea.
terima kasihhhhhhh.

4 Comments:

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

haha gila laju gila update entry nie.. aku bebaris lagi entry lain nie.. muahahah.. tapi sukeeeee kuar ngan ko ngan elly... tapi aku selalu blur tinggal train bila korang gossip.. nyampah tau.. sebab tu agaknya aku ni buta jalan kan? kurang focus.. pastu sibuk tanya.. gossip apa ni apa nie? sapa sapa? hahaha.. malas korang nak layan aku kan.. hihi.. mihun sup kita tertunggak lagi nie.. nanti date lain ok.. *muahmuah*

doll said... [Reply to Comments]

comels uols tiga2..putih berseri esp filla, seri org br pas berpantang...

fathen yaya said... [Reply to Comments]

semua pon sangat cantikkk!

Miss Moon said... [Reply to Comments]

tak pa peej len kali kalau aku ada misti nko rasa lebih secure sebab aku lagi giant dr dia org semer hahhahahahahha setakat filla ngan elly mmg celah ketiak aku je

cabooottttttttttttttttttttt

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...