Instagram : @peejburhan

wohoi mahaiii.

aku pernah cakap kan.
rumah aku memang segala pakai air mineral.
kecuali masak la. masak pun pakai mineral melampau namanya.

so selain masak memang segala pakai mineral.
air sejuk.
masak air panas pakai mineral.
even air kucing pun pakai mineral.

amboi kayanya kau.
dan mementingkan kesihatan ke?
poyo sangat.
tak bukan sebab tu.
tapi aku pernah cerita kan.
sebab rumah aku rasa klorin tu kuat.
even buat air panas pun. milo ke nescafe ke. kadang minum kau boleh rasa pelik tu.
rasa macam kau telan air swimming pool lak. erk.
so since that memang pakai air mineral la.
air batu pun sama.
selalu pakai air paip je.
fikir, alahhh air batu je kot.
no no no. rasa ok pelik tu. tsk. me not loike.

so tetiba terfikir. siannya kucing.
mesti dorang pun tak suka air rasa pelik.
so bagi mineral water.
hahaha aku memang suka samakan kucing ngan manusia.
walaupun sebenarnya if berak tak tutup pintu *aku sorang kat rumah so takyah tutup pun takpa. wakakaka*, nanti mochi sibuk masuk pastu minum air kat lantai. cisss.
orang bagi air sedap air toilet kau minum mochi?

so anyways, selalu kita orang memang akan beli air mineral besar tu 2 kotak terus.
so 2 dozen la. selalu tahan dalam seminggu gitu la.
kadang lebih sikit je la pun.
kami memang kuat minum air.
selalu beli kat kk shop tu.
jenama kk. murah. selalu 2 dozen tu dalam rm19.20 je.
murah kan. mineral yea bukan drinking water.

tapi since 2 weeks back ni pergi nak beli takda.
sampai dah nak takda stock air.
so dok beli la loose je. tapi mahal kan beli loose ni.
semalam pergi kk shop lain pulak, pun takda stock mineral ni.
ku syak yang dorang ada prob la.
takkan takda stock n tak sampai2.
entah2 tu bukan mineral. tapi drinking water. so kantoi. so takleh jual.
wah matiklah spekulasi kan.

nway, aku tunggu dalam kereta.
Mr.B yang pergi beli. nanti pekerja dia hantar la masuk dlm kereta. mudah n senang. i like.
tetiba Mr.B dok panggil aku.
aku turunkan tingkap. dia kata kk tu takda stock. ada spritzer je.
aku tanya berapa. dia kata rm26.
aku kata ok la.
ala beza sikit je daripada yang biasa beli tu.
tetiba terfikir. eh rm26 tu sekotak ke dua kotak?
if sekotak je rm26 beli satu sudahhhh.
cecepat call dia. tak berjawab. shittt.
tengok pekerja tu dah masukkan air dalam kereta aku. dua kotak.
masuk kereta dia kata, "ahal olinggg" (mahal darling).
apa lagi kena bebels la.
sebab ye la gila kau total air tu jadi rm50+
air je kot. pastu minggu depan dah beli lagi. aaaaaaaaaaaa.
mahal gitu, ku sanggup telan air klorin ok.

sekarang ni setiap kali nampak kotak air tu n minum terasa terkoyak2 hati teringat mahal.
miahahahah. ok bagi orang yang biasa tak rasa mahal la.
tapi bagi aku yang selalu beli tak mahal mana, n air untuk harian gini rasa macam mahaiiiii nyaaaaa.
lepas ni kalau kekucings taknak minum spritzer tapi sibuk nak minum air kat toilet siap kau.



13 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

kak peej,saya dulu taim blaja pun minum air mineral.sbb kat kolej kuat sgt rase klorin.kat koop air mineral blue mahal,rm15 sekotak.so saya n member pun tiap2 minggu ulang alik g giant beli air brand giant.sekotak rm11. tp seksa nak angkut air tu la,dhla naik moto je haha.

spritzer mmg mhl,mmg sayu je la minum air mineral memahal gitu hehe.


-nurul-

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej.beli laa Spritzer water dispenser skali..pastu refill beli kat speedmart 99 tuu..murah dr giant carefour tesco.ke google tgk

Anonymous said... [Reply to Comments]

pija
awak invest good water filter..

Anonymous said... [Reply to Comments]

hi peeja...cuba u beli mineral water kat ECONSAVE,yg botol 5 liter harga dia rm3.60 je mcm tu...
(ayu)

arda said... [Reply to Comments]

kucing mmg suka minum air dkt lantai toilet. sama dgn kucing kat umh ak...entah ap best minum air kat toilet ntah. mungkin lg feel kot.haha.

funky_D a.k.a Mrs Al said... [Reply to Comments]

aku pun kat rumah x pakai air paip untuk masak air or minum. bukan pasal bau klorin tapi pasal air die warna cam berkarat tu. memang xkan color putih clear tu la.

so slalu pakai air yg di rawat je. ala yg gi beli 20sen seliter ke apa tu. x mampu nak beli air mineral hehehe....

hafizah said... [Reply to Comments]

i suggest u pegi beli /tadah air kat sukida...mesin gambar chef wan tu...bagus org kata...i liter rm0.20 sen...

farah said... [Reply to Comments]

peej,

dgr sale terus tak boleh concentrate, kat mana exactly?????

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahahaha kelakar je cerita psl air mineral ni. mahal ok sampai 50+!! tp xpe la demi kesihatan sila jgn koyakkan hati itu ketika minum air. minumlah dgn penuh keredhaan :D

Anonymous said... [Reply to Comments]

peeja, beli je laa water filter.. senang..

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku pn beli air mineral sbb kt umah ni air karat .. tp aku beli spritzer sebotol yg refill tu pn dh 8 hengget sebotol. nak beli kt giant sekotak tu mmg murah tp aku ni x de abang badang leh tlg angkat naik tangga tu aku x beli tu. hahaha

pizet said... [Reply to Comments]

kalau try beli air filter kat mesin air tu mcm murah sikit, mak mertua memang tiap kali nak minum mesti tadah air filter sebab kat kelantan air borink tu teruk sangat bau dengan rasa...mcm murah sikit

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peeja kt kedai Brilliant furniture along jalan genting klang tu pn okay, furniture dia, n affordable..n aunty tu sgt friendly, akak since single sampai dh kawin mmg beli ape2 furniture dr kedai aunty tu je, kedai kt tepi simpang nk masuk kt Tmn. P Ramlee n kt tepi tu ade church kot if x salah...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...