Instagram : @peejburhan

weekend meriah lite lite.

jumaat malam tu Mr.B request nak sambal sardin.
aku nak buat dia kata later.
sekali aku nak masak dia kata tak payah pulak sebab malam tu nak jumpa kawan dia.
so lewat malam tu keluar la kita orang makan n lepak ngan kawan2 dia.
which membuatkan aku pitam. lelaki sembang ni menakutkan betulkan.
ada je kekotoran sana sini.
terkulat2 aku sebab sorang pompuan situ. nasib tak lepak lama.

balik tu aku tidur awal.
sebab sabtu hari post barang. kang lewat tak sempat pulak.
sebab now pos office selalu aku pergi tu sabtu half day je kan.
so bangun awal.
siapkan packing semua.
Mr.B terjaga terus suruh aku buat sardin.
e e ehhhhh. nak post ni. mana sempat nak masak bagai.
so kata kat dia lepas pos kita makan la kedai minang tu.

settle pos makan situ.
wah datang awal meriah lauk.
selalu pergi lewat lauk pun banyak dah licin.
ni meriah sampai terasa tamak.

  :: lunch at minang saiyo @ taman melawati ::

tamak sangat kan.
rendang limpa, daging dendeng sambal, sambal goreng, kentang bilis tempe tauhu sambal, bergedil n ulam. fuhhhhhhhh.
menangis makan. la la la.

lepas makan malas nak terus balik.
aku ajak dia pergi kedai perabot.
pergi kedai satu ni kat jalan genting klang.
ada sale pulak.
memula rasa nak beli chest drawer je.
sekali murah pulak. terus rasa nak tengok almari pulak.
ye nak dekat setahun pindah pun aku takda lagi benda ni.
merasa la baju2 semua lipat letak dalam bag besar je. kah kah.
takleh jadi kena beli.

so tengok almari.
eh pun tak mahal sangat.
macam yang aku nak. pastu murah kemana-mana.
kalau kat ikea mampos dah rm2-3k.
tanya Mr.B nak amik dedua ke satu je?
ikut dia kata satu je.
tapi aku tanya je, bukan aku dengar. dasar perempuan mesti nak pentamak n shopaholic on the loose.
so setelah tawar menawar. gila tak malu walaupun dah sale n murah tetap nak bargain.
puas hati terus settle. tapi kena tunggu seminggu baru dapat. ciss. tapi takpa.
eleh setahun boleh takda apa. tetiba seminggu takleh tunggu memang mengada namanya tu.

yang Mr.B tak abis ajak balik.
geram je rasa.
rupanya dia sakit perut. kah kah. kesian.
so settle cepat terus gerak.
dah pulak katanya sabtu kan.
kereta banyak n jam sedikit la.
risau je aku.
siapa baca blog ni lama, mesti pernah terbaca kisah pasal dia bangsa tak tahan berak la apa.
so pressure betul rasa bila dia beria kata nak balik.
lama gak la.
perjalanan balik rumah patut tak sampai 10 minit.
jadi more then 1/2 hour kot.
balik je berdesut dia masuk umah.
aku masuk dia dah dalam toilet.
me, "solamit ke moling" (selamat ke darling)
him, "tolamittttttt" (selamattttt)

hahahhaha. phewwww.
Mr.B tak berapa sihat.
sebab few days before tu dia berurut la apa.
tetiba sabtu demam lak.
tah orang tua-tua kata demam urat kot. maybe.
so dia tidur je lepas tu.
aku buat je la apa patut.
petang ice call kata dia ada nak shopping barang kat bebetotz.
dorang if shopping situ mesti later akan singgah rumah aku.

hujan lebat lak lepas tu.
so lewat sikit dorang sampai. around 7pm macam tu.
sembang kejap. panggil noy datang.
pastu Mr.B suruh aku masak sardin. >_<
kesian dah berapa kali mintak.
so memasak kita.
express je. cea express katanya. takda la sangat.
tapi simple je la lauk.
sorry busy jadi host. tak sempat nak snap pic.
ni pun amik dpd instagram huda.

lauk simple ku, sambal sardin kentang, ayam masak kunyit with kacang buncis n telur dadar.
settle.


haha horror kan rupa ku.
ada ku aku tengah comot memasak huda nak snap pic.
nasib telur menjadi penyelamat. cover mata lebam.
ni yang korang dok kata kurs la apa. memang tak la der.
sama aje. ikut angle n nasib je.
paling kelakar ada dapat fb msg kata aku dah kurus banyak la apa, kata lagi sikit nak sama noy.
nampak pic kat blog mama yang entry adik jonet kawin tu.
kah kah kah. memang tak la der.
tengok bebetul pic tu.
aku macam belakang papa n jonet. n aku pakai kasut 6inch. memang la nampak gitu.
padahallll.
cerita kat noy gelak dia. kata memang tak la nak sama saya.
kannnn. dua kali ganda ada.
peha aku pun dah sama besar pinggang noy kot.

seronok melayan lil fahad.
extra ceria dia. dah pandai merangkak n memanjat. laju jeee.
happy happy. so harap nanti dorang datang n lepak lagi.
best n meriah sikit rasa kan.
Alhamdulillah masak 3 pot nasi abis semua semalam.
last suami ku repeat makan pukul 2 pagi. sambal sardin favourite katanya.

hari ni program bermula lambat sikit.
bangun kul 11. hihihi. eh bagi ku awal sungguh dah ni.
basuh baju sebab cuaca panas best.
then panaskan lebihan sardin n hancurkan.
goreng roti paratha instant. mengadap berdua ngan Mr.B.

noy tidur umah aku.
tunggu dia bangun tah kul berapa tah.
so settle buat kerja umah sikit2.
kejut dia. kata aku nak keluar pergi umah PIL aku.
so dia kata ok, later nak ke bangsar so jumpa sana.
ok je.


panas terik time keluar.
jemur towels sejam lebih dah kering. towel tebal. wah best gila.
masa amik pic ni aku main snap je ok.
sebab skrin hp mmg tak nampak apa sebab silau gila.
amik pic dpd reflection kat tingkap kereta.
pepokok cantik yang di jaga oleh Mr.B.  :D

lepak umah mertuaku kejap.
mak takda pun. ada abah je.
sembang kejap.
noy kata dia gerak je. kita orang pun gerak.
tapi aku sampai dia jauh berbatu lagi. watidis.
so kita orang makan dulu.
kita orang dah abis makan pun dia tak sampai.
later after 10 mins tu baru tiba.




over sangat kan.
amik pic pun nak buat tangan macam tu.
kira best sungguh la tu.
sian je laki aku ni.
aku try nak cerahkan pakai effect pun tak berjaya.
sorryyyy.
tapi sebab dia membelakangi cahaya kan. tu gitu.
wah matiklah mencipta pelbagai alasan kan. padahallll.


yours truly.
ye fashionista sangat subang sebelah je. kah kah.
sebenarnya sebab sebelah lagi hilang. tapi sebab lawa pakai jugekk sebelah pun sebelah la.
ikutkan aku lepas rambut. so tarik rambut ke sebelah coverline takda subang.
tapi dah katanya ahkak ni ratu peluh.
so rasakan end up siput gak rambut tu.
ye la makan je pun. tapi peluh macamkan aku join marathon 10km kan.


lepas makan buat threading.
ikutkan malas nak buat.
sebab takda la amazon sangat kening n misai ke apa.
tapi dah alang2 teman noy tu. buat je la.
walaupun sikit je.
kedai biasa ku dah tutup.
so ke kedai satu lagi tu.
tak berapa suka sebab dia buat perit kau rasa nak tendang orang buat tu.
tapi terpaksa kan.
so hanya mampu menahan je sakit tu sambil berangan kau tendang pompuan tu pastu grip kepala dia, then sekeh2 dia sambil cakap, sakit tau tak. sakitttt!!!!

seperti biasa lepas buat threading aku akan alergic n berupa gitu untuk 3-4 jam akan datang.
sebab aku allergic ngan benang dia tu.
tapi takpa. beauty is pain. wahhhh katanyer.
eh allergic tu kat kening n lips area tu je.
yang pink kat leher tu sebab kena gigit nyamuk. tetiba nak join lak dia.

sekian entry kali ini.
senang ku update lagi.