Instagram : @peejburhan

jangan layan. kita lawan.

ok je bangun tadi.
cuaca elok panas.
terus buat laundry n jemur.
petang karang mesti kering semua. wah suka.

then online.
jawab email itu ini.
pastu update blog.
layan kucing.

tetiba rasa tak best.
rasa macam nak muntah. benci betul rasa macam ni.
kang mula la speku sana sini walaupun takda apa.
then rasa tu hilang. ish perut lak. lapar ni.
makan coklat je. sebab malas masak. later petang baru masak.
still rasa tu ada.
dan-dan la aku stretch badan sana sini konon yoga sangat.
padahal main taram je. kah kah.
lega sikit.

badan lak rasa pelik.
apesal kebas je rasa ni.
urut2 badan sendiri. keluar angin. ok memang angin.
then baring. rasa tak selesa je.
badan lesu n kebas semacam.
pegang leher n dahi. damn nak demam ke apa ni?
tanda-tanda tu dah ada.
nafas dah start panas.

eh why tetiba?
tadi ok.
mula la rasa tak best n merengek sorang.
mengadu nasib kat suami.
dia kata nanti balik dia itu ini la.
rasa lega. rasa disayangi. keh keh. tah apa2.

then terbaring je layan demam.
eh takleh jadi.
demam nanti satu apa tak jadi nanti.
email customer masuk sana sini. kena reply.
pastu malam karang kerja nak packing banyak nak buat.
esok nak pergi post lagi.

terus bangun masuk toilet.
elok masuk toilet muntah sakan.
sakit weyh sebab yang keluar air tu je kan. T____T
ok settle muntah terus mandi.
kasi lawan badan yang lemah n nak start panas tu.
memula tak tahan la.
lelama ok.
ni dah mandi terus rasa lega.
ok kebas n tak sedap still ada la.
tapi atleast berjaya gak mengadap pc ni kan.
takda la terbaring macam ke hape je.

rasa macam nak keluar lak.
tapi macam panas melampau luar tu.
tak kuasa lak kan.
so dok je la rumah kan.
rasa2 nak demam again nanti, mintak tolong mochi jagakan la. ;p

ok buhbye.
nak buat keroje la.
settle kan supaya senang.

6 Comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

mudah-mudahan ada berita baik.. insyaAllah...

pizet said... [Reply to Comments]

angin kut..dah dah g makan

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kalau masih boleh bertahan ok lah....kadang2 memang kena lawan tak lah kita terlepek je atas katil.

kissz said... [Reply to Comments]

kepeejjjjjjjj
nak say congrats awal2 hahahhaa

Jojet said... [Reply to Comments]

akak, pegnen kot?

A.I said... [Reply to Comments]

gi le klinik...ish

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...