#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

Expose Mistik : dalam pantang


salam peej..

benda ni berlaku masa aku lepas bersalin anak first bln 8 pd thn 2011.
kejadian berlaku kat kampung sebelah asben. umah mak mertua.

masa tu dalam pantang lagi tapi tak ingat dah berapa ari, rasenye dah nak ujung2 40 ari. yer aku pantang 40 ari bukan 44 ari.
malam tu mcm biasa la aku tido atas katil. selalunya laki aku tdo skali ngan aku atas katil tp mlm tu die merajuk apa ntah aku tak ingat.
aku tido la ngan baby aku atas katil laki aku tido kat bawah. baby dlm pantang kan kuat menyusu, aku bngun nak bg susu kat baby aku tu
(breastfeeding) lepas dengar die merengek, aku tengok jam lebih kurang pukul 1.30 pg kot. ok aku bg la susu mcm biasa, 
masa tu keadaan senyap sunyi tak dengar bunyi serangga ke motor lalu pun takde..aku pun pelik la jugak kan pehal plak ni.
memang sunyi giler la..

tibe2 sayupppp jea aku dengar, mcm bunyi nangis tp tak...suara baby bukan mcm tu..sayu jer bila dengar...meremang aku, pastu aku dah berdebar giler dah ni,
dah la dalam pantang orang ckp senang sangat benda nak kacau sebab badan kita kotor kan. aku tepuk2 bagi baby aku tido cepat. suara tu plak aku dengar mcm makin jelas la plak lg la aku takut...mcm kat sebelah dinding ni jer benda tu dok nangis, huhu...aku tengok laki aku sedap jer tido, aku nak turun katil nak
gi kejut laki aku kat bwh tu. aku jalan tunduk2 sebab nya bilik aku lampu pasang pastu plak ade tingkap kat kepala katil. aku takut kalo benda tu nampak bayang2 aku yang tak tido lagi nih (giler penakut sampai pikir mcm tu).

satu hal plak nak kejut laki aku, dah la jenis tido mati, kalo setakat goyang badan memang takla dia nak bangun abis tu takkan aku nak jerit plak,nak bersuara pun takut. aku goyang gak badan laki aku smpai die bngun. bila dah bangun tu aku ajak die tido atas katil ngan aku sebab aku takut. masa ni memang ade lagi suara benda nangis tu, aku bisik tanya laki aku die ade dengar tak. die kate takkkk je pastu letak pale atas bantal terus tido balik. aduiiii laki aku ni pun...tinggal aku sorang2 dengar benda tu nangis. kejap dengar kuat kejap dengar sayup jer..aku baca la ayat apa yg terlintas dlm pale aku ni. aku mintak2 jgn la anak aku terjaga plak kang naya. 

kejap tu ehhh dah senyap. dah tak nangis dah. dalam ati syukur sangat2..ade la dlm 15 minit aku dengar. 15 minit tapi mcm lama giler kot. aku pun tido la cpt2 
kang dengar lagi kang...esok nya aku tanya la laki aku dia ade dengar tak benda nangis, die kate takde yer la mane nak dengar tgh mamai2 kot..
ok sebelum aku pantang kat umah mertua, aku pantang kat umah keluarga aku. masa tu aku ada dengar adik ipar (adik kpd laki aku) cerita yg die ade dengar benda nangis beberapa ari jea sebelum aku mai cni (umah mertua). tak terpikir aku yg kene plak. lpas aku kene tu aku terus balik umah keluarga aku cite kat diorg, ayah cakap pontianak kuku panjang menangis (waaaa jgn bayang k).alhamdulillah takde kene kacau ke ape ke dengar nangis jer la...

now aku dah menetap kat umah mertua aku dah, harapnya jgn la ada lagi kejadian mcm tu berlaku. takutttt...huhu. eh korang paham ke tak aku cite ni ek, ke tak takut??
alamakkkkk malam ni malam jumaat plak.
k bye.

-Lady N-

3 Comments:

Lizan said... [Reply to Comments]

harus ler jugak jadi seram sejuk dengar benda2 pelik.. nasib baik ler dia tak menunjuk diri..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Eeei seram nya, kalau nampak lagi seram.

Anonymous said... [Reply to Comments]

faham... dan seram cerita nya..

lain kali buka bacaan al Quran by radio ke, cd ke sepanjang dlm pantang.. makhluk halus kan suka time kita kosong... wangi bg mereka.. take care.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...