Instagram : @peejburhan

Angin rajin

Angin rajin mengemas rumah.
Bukan angin rajin mengupdate blog kan.
Minggu yang busy. Dihabiskan ngan mengemas je.

Penat ngemas nak mengadap pc pun malas.
Ni update blog pakai phone sambil baring kat katil. ;D

Sebab apa angin rajin datang.
Satu sebab perabot bilik sampai kan.
So kena la kemas untuk make space.
Settle part tu baru la boleh kemas yang lain2.

Satu lagi yang ku bertekad takleh nak biarkan umah gitu sebab like i said laki den gemar ajak org datang umah tanpa notis.
I cannot go ok.

Kan aku cerita aku memang pakar mengemas umah apa patut ngan kuasa pantas kilat kan?
So ada satu malam tu dia gi minum kat kedai atas. Lama kemain dpd pukul 8ish mcm tu.
Dekat kul 12 pun x balik. Saje je call tanya. Dia tanya blk aku nak join ke?
Aku xnak sbb malas pulak.
Plus earlier tu aku masak nasi goreng. So dah kenyang pun.

Tak lama lepas tu aku nampak cahaya lampu kereta kat depan umah.
Pasti dengar suara dia bercakap ajak2 masuk umah. Bunyi suara budak n all.
Watidis?

Apa lagi kuasa pecut bermula.
Angkat pinggan n cawan gi basuh.
Kemas apa patut.
Nasib aku selal pintu. So dia xleh masuk. Kahkah.

Masuk ada kwn dia, wife n 2 anak.
Ooohhh kawan dia ni ku kenal la. Tp x pernah la kenal fam this guy.

Ok takpa. Masuk. Duduk. Sembang.
Buat air.
Tengah aku buat air. Jengjeng tau apa laki aku buat?
Dia bwk kawan dia sefamily tour rumah.
Ye semangat dia tunjuk sampai dapur n bukak pintu bilik tunjuk semua.

Keadaan time tu. master bedroom cantik x berapa cantik.
Bilik tengah mcm kena bom sebab baju2 semua humban situ sebab sementata tunggu almari kan. N baru alih2 perabot so semenggah sangat.
Then bilik pc pun time tu kosong barang sangat tp ada la bakul baju nak ku lipat.
Tapi kemain dia kata bilik ni office isteri aku.
Aaaaaaaa. Office la sangat xde rupa mcm tu.

Nak tercabut jantung.
Luar memang ok la. Dlm bilik mcm gunung berapi tunggu meletop je.
Boleh lak di tunjuk2. Nangis.

Tu yang settle je dpt almari n chest drawer malam tu gak aku abiskan kemas.
Then tadi aku kemas living area.
Then 2nd bedroom pun kemas.
Dapur semua.
Ni tinggal dining area je tak ok lagi. Tu kena tunggu perabot office sampai br leh susun blk.
Currently penuh kotak2 beg meniaga aku.

So kemas terbaik.
Pastu sendiri happy. Hihihi.
Pastu Mr.B asyik2 la buat terkejut kata macam tak percaya lak ni rumah dia. Kemas sangat.
Perli kittew lettew.
Harap kerajinan berterusan. :D

Ok la tu je.
Patut kena tidur ni. Plan nak beli baramg dapur sikit. Jonet n noy nak tidur umah aku. Maybe nak ajak nysya lepak sekali.
Boleh masak2 sikit. Kalau rajin uol.

Ok disertakan pic living area ku yang dah semenggah.


5 Comments:

Suliana said... [Reply to Comments]

Cantik :-) sabo jelah hasben bw guest tour dlm rmh. Haha

tenku butang said... [Reply to Comments]

kemasnya .. terang biji mata lihat.. =)

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Zura said... [Reply to Comments]

cosy je your living room ya...

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

yang penting simple but cosy... good job peej... :)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ok aunty suka cara peeja susun...pandai rupa nya peeja ni arrange perabut rumah.

Ni sepesen dengan uncle suka bawak kawan2 balik dengan tak inform kita dulu...memang lah rumah aunty tak berserak bagai...tapi dia suka bawak orang balik makan...tetiba je dengan tak bagi tahu...dah lah kita tinggal berdua....masak pun seciput, tak pasal2 kena masak lagi....part ni yang aunty tak suka...apa lah salah nya beritahu awal2 kan senang....ciet.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...