Instagram : @peejburhan

tora datang lagiiii....

hahah tajuk entry macam harem.
tu namanya agak-agak tingtong la.
semangat tak kitew update bebanyak entry pagi ni. keh keh.

bukan apa. semalam tak berapa sihat.
konon ajak Mr.B teman pergi post barang.
sebab lately post office memanjang penuh.
penatnya nak beratur. dah la semalam barang banyak nak post.
kira berat sampai terkengkang la berjalan angkat barang.
so dia ada senang la sikit.

tunggu punya tunggu punya tunggu tak sampai2.
call dia tanya kat mana.
sekali dia kata pergi sendiri sebab dia kerja.
kena teman kawan-kawan boss dia.
eeee nyampah. kalau tau daripada awal aku dah pergi post office.
sentap punya pasal terus daripada situ lepak umah mama.
lepas makan n lepak kejap ngan mama.
naik atas nak sembang ngan noy.
dia deman pulak. tido n marah2 aku sibuk. cisss.
so melayan diri la tengok youtube.
tau-tau tertidur je aku.
lama lak tu. sedar bangun dah almost 1am. yikes.

ingat nak tidur sana je.
tapi banyak kerja umah nak buat.
few days ni busy ke sana sini.
tak sempat nak buat apa.
baju pun sebakul nak basuh.

dah la semalam dalam tido tu dengar hp bunyi message masuk.

Mr.B: u tak basuh baju ke? i nak pakai tshirt takda.

malas aku nak reply.
laki aku cari benda semua tak jumpa.
kalau aku ada tu mau agaknya lebih 5 helai kot jumpa.
plus ngada je nak tshirt bagai.
pakai la t-shirt ada collar
saje nak bagi kitew rasew bersalah la tu tak basuh baju lagi. dushhhhhh.

so takleh jadi kena balik.
tapi dok lepak bertenang kejap.
then gerak balik rumah.
eh tak. lepak kedai makan ngan Mr.B.
balik.
amik kau tak leh tidur lepas tu.
tah apa je aku buat.
then ingat nak tidur.
hari ni hari relax di rumah taknak kemana.

sekali baru nak adjust mata aroung 9ish tadi kawan aku text.
mintak bank statement aku.
hooo shit lupa.
kena pergi bankkkk. malasnya.
tapi lagi tangguh lagi lambat settle.
call maybank konon nak suruh dorang print pastu nanti aku amik je la.
tak boleh. kena pergi jugak. sobssss.

ingat nak terus gerak. tapi kang tetap la kerja umah tak siap.
ok lets basuh baju.
jemur. mandi siap n gerak.
so sementara nak siap basuh baju tu kita online la.
supaya tak terdampar di tepian pantai. wah ayat.
tak maksudnya tak tertidur terdampar la.
ayat harus dramatic.

lepas pergi bank harus pergi rumah mama lagi.
pergi sana terus tidur tak sedarkan diri.
confirm.

ok dah. nak buat kerja lain.
apa yang boleh.
kalau rasa-rasa malas nanti ku update lagi entry.
kasi auto publish.
kalau takda tu maknanya aku busy buat kerja la yea.
tak pun poyo lebih dasar pemalas lalu terdampar akhirnya.

ok ta-ta


3 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kerja rumah ni peeja memang sentiasa ada.....tak akan pernah habis....orang kerja pejabat cukup 8 jam balik....kita yang kat rumah siang malam ada je benda nak buat kan.

elly nadyra said... [Reply to Comments]

owang lelaki kalau cari baju memanjang tak jumpa kan, tak sah kalau tak sms kita!

~zuera~ said... [Reply to Comments]

perangai laki kite pun ada sikit macam Mr.B jugak.tapi laki kite lagi dasat bahasa dia.dia jarang la komplen ke apa.tapi sekali bunyi rasa cam kena tikam hidup2 dengan garfu pastu buat kite rasa bersalah sampai kite merajuk2 pastu end up dia lak kena pujuk.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...