Instagram : @peejburhan

semalam yang hangat.

hahahaha. ada rasa nak lempang tak tajuk gitu?
saje je poyo.
macam familiar je semalam yang hangat kan.
tajuk lagu ke drama yea? ke novel?
ke aku yang imaginasi lebih?

nway lets cerita pasal semalam.
kan aku takleh tidur.
siap semua pack barang baru aku tidur.
rasanya dalam 9ish am macam tu baru tidur.

rasa macam baru je tidur. takda la lama mana.
bangun terkejut sebab laki ku kalau dia cemas.
suka kejut aku ngan suara kemain kuat terjerit2. grrr.
sumpah menggelupur bangun sebab yang aku dengar, "sayang anak ceceh hilang!"

aku dapat rasakan takda la hilang.
mesti ada je tu tapi tak jumpa.
sebab laki ku ni ada perangai yang cari apa pun memanjang tak jumpa.
bila aku bebel. dia defensive lak kata dia tak rabun or buta.
macam hari tu dia kata dia takda spender. 
so dia pakai yang ada satu jenis tu tak best. sebab macam ketat.
aku dah macam aku baru je basuh kot. aku tau la aku jemur few je.
aku hafal kot. aku tau ada yang confirm ada la.
kemain la kata itu ini. siap kata dia carik siap bukak lampu la apa.
konon salah aku basuh baju lambat la.
boleh tak aku masuk n cari seminit tak sampai.
ada je spender dia. tertindan ngan baju 2 helai macam tu. grrrrrrrrrrr.

ok kes anak ceceh ni.
terjerit2 kata hilang la takda.
aku pun menggelupur bangun sebab terkejut.
so ke bilik tempat tu.
tengok Mr.B dok selongkar sana sini.
ceceh dok la miau2 bising.
yang MrB marah2, "tepi la ceceh. mana anak kau. kau bawak mana?"
meowwww...meowwwwww. mesti ceceh kata, "eh kau jangan kelam kabut boleh?"

him : takda sayang. i dah check semua tempat.
me : bawah katil dah?
him : *jenguk bawah katil.* takda.
me : *bukak pintu bilik ku*
him : u check situ buat apa. mana ada bukak pintu tu.
me : mana la tau kita tak perasan.

then takda ke bilik depan pulak.

him : takda. mana dia bawak. dia dah makan kot.
me : takda la. ada la tu.
him : i dah carikkkkk.

kat bilik depan tu banyak kotak.
semua barang meniaga ada situ.
kotak tabita, ephyra, envelope, bla bla bla.
then aku bukak ada satu kotak ni.
helllloooo ada kot.
tah macam mana la laki aku ni carik.


si kenit tergolek tidur.
eee perut muncit geram gerammm. 
kotak tu memang kosong dah tapi malas nak buang ke depan.
situ aku campak pamphlet ephyra. plastik, kertas poslaju resit semua tu la.
ceceh few times nak masuk aku marah2.
aku letak bakul baju atas tu.
tapi kotak takda barang kan senang lembik penutup dia.
dah ceceh dok panjat je. lagi la komot2 n ada opening.
so ceceh2 bawak la anak dia.
haih macam2.

then dah jumpa tu terus sambung tidur.
laki ku gi kerja.
elok lena dengar dia panggil2 lagi ketuk pintu.
rupanya hp tertinggal. eh sabar je la.
pastu alang jaga tu terus ke toilet.
bukak lampu poooommmmmm.
siap ada spark n bunyi macam pistol.
yang aku terus menggelupur lari kebogelan.
sebab kata mamai.
ingat ada orang nak tembak aku. kah kah.
nasib sorang kat rumah.
kalau orang nampak memalukan je.

kemas rumah sikit terus gi post.
dah la semalam tah apa traffic area tu slow.
tertekan acik.


balik rumah angkat jemuran. lipat tak lagi.
kah kah.
since tak makan apa lagi.
nak keluar makan ku dah muak.
so lets masak benda express n simple.
boleh makan sebelum MrB gi kerja.
lepas maghrib je masak.
masak terus puas hati.


aktiviti biasa.
lepas masak. tak makan lagi. lets camwhore dulu.
konon nak tunjuk muka berpeluh sakan. tapi tak nampak la.
nways muka aku tengah sakan naik jerawat sana sini.
orang menanam tebu di tepi bibir, aku menanam jerawat di tepi bibir.
tak banyak la. tapi saspen tau.
maybe orang akan kata eleh poyo nak up pic kata jerawat padahal nak puji.
no! tujuan bagi tau sebab aku ada pick up method ok.
n some customer suka nak belek muka kau.
kang nanti dia kata eleh jual produk dia pun ada jers. gituh.
so kena bagi tau awal2.

satu lagi ni aku tak tau why.
aku rasa sebab kelmarin aku kemas umah kot.
sku vacuum.
memang la Mr.B rajin kemas. tapi kerja laki ni tak details kadang.
so ada part tak buat.
so aku buat. bersihkan kipas la.
mana bawah2 celah2 semua aku dok buang habuk.
memang puas hati.
tapi aku ada penyakit takleh habuk.
mesti akan gatal2.
rasa satu badan gatal.
cecepat mandi.
semua ok tapi kat muka certain area still gatal n kat leher pun.
tsk. grrrrrrrrrrrr.

eh melalut ke lain.
nways semalam masak simple je.

 :: pic berpusing ::


sambal ikan bilis kentang n telur dadar.
letak kicap. fuhhhh.
ni pun dah best kan.
kemain happy Mr.B.
laki ku ni kau bagi ni je pun dia happy.
janji sambal dia suka la.
kau macam la fancy macam mana pun dia takkan suka.
tapi bila nampak sambal siap menari goyang kaki ok. over sangat.



feeling.
seronok tengok kat ig n twitter ramai tag aku dorang pun beli.
kah kah. terpengaruh.
oh muka saje buat gitu konon nak feeling ada tak macam juon. kah kah.
pakai time Mr.B tengah mandi.
dengar dia keluar bilik air cecepat bukak. timing mesti kena. hahhaaha.
ye la, kang nanti dia sibuk nak pakai jugak. nyampah.

patut semalam plan nak tidur rumah mama.
sebab noy ajak teman dia gi airport.
tapi tetiba kata tak jadi. dia nak gi sendiri.
so tak pergi la.
dok umah online je la.

then Mr.B balik kata lapar.
tanya ada lagi tak lauk.
ada la tapi nasik takda sebab aku masak satu pot je.
lauk pun dah simpan. ingat nanti tambah lauk lain je kan.
dia suruh siap n ajak makan.


semangat sangat.
walaupun aku bukan nak makan pun.
tak lapar pun.
konon.
padahal sampai order gak la makan. ;p
ke pelita.
ku makan tosey kul 3 pagi. nice.
lama gila rasa tak makan tosey.
mana taknya. aku ni pernah ke bangun extra awal n feeling breakfast.
memang tak la kan.
so puas hati dapat makan tosey. ;p

ok dude.
tu je.
banyak nak update tapi memangjang lupa.
if rajin ku update lagi nanti.

8 Comments:

eLeMeNt 0f L!fE said... [Reply to Comments]

Semalam yang hangat tu lagu wings..hahaa..lelaki buat keje mmg semua x menjadi kak..slalu cri barang mmg x kn jumpa...btw anak ceceh tu comey....

Marsha~ said... [Reply to Comments]

hahaha.. comel lah korang ni... laki saye pun sayang gila kat kucing dia... nyampah betul... nama apsal letak CECEH?? nama kucing laki saye LABU... kampung sungguh... bohahahaha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Aku adalah salah seorang yang terpengaruh tapi tak berani nak snap muka masuk IG. Sebenarnya malas nak pakai tudung bagai. Hahaha.

Tapi best gila kan pakai benda alah ni?
:D

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kentang ikan bilis kalau kat rumah aunty semua makan bertambah....rasa nya sambal macam ni memang kegemaran semua orang lah....kalau bulan puasa masa sahur tu bagi je sambal kentang ikan bilis sebulan pun anak2 tak kesah....tapi macam zalim pulak hari2 bagi makan lauk yang sama kan.

ita citot said... [Reply to Comments]

baju biru + rambut tu cantek! lauk simple tu sodap. semalam yg hangat ni tajuk lagu wings klw x silap (nak jugak). hahaa..

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Peej... Satu je nk komen...pic bju biru serius nmpak badan slim la. Tk tipu n tak jga hati ok.

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Peej... Satu je nk komen...pic bju biru serius nmpak badan slim la. Tk tipu n tak jga hati ok.

shuweet said... [Reply to Comments]

peej, eye patch tu ko beli yang ade gambar panda tu ek?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...