Instagram : @peejburhan

pandai cari bf.

ketut. ketut. ketut.
kenal ketut?
ketut ni stray cat yang dah rupa macam kucing sendiri.
sebab dia kucing luar tapi selesa lepak umah kita orang sebab ada makanan.
kenapa nama ketut? sebab dia muncul time aku noy balik daripada bali dulu tu.
kan time tu sibuk nama ketut.
so dia muncul maka bagi dia nama ketut.

nways, ketut ni pandai jaga diri sendiri.
sentiasa je lepak kat porch depan tu.
daripada kecik dok bestfriend ngan hannan.
pastu jadi perempuan simpanan hannan. kah kah.
ye la ikut je kemana hannan pergi.
sampai la hannan bertambah gangster n merantau jauh.
dia tak ikut. tapi setia menanti je kepulangan hannan.
pastu berkepit je. wah drama sangat kucing2 ni tau. kah kah.

nway, few days back.
ke rumah papa n mama.
aku memang selalu ulang alik. 
ada je la urusan. walau tak jauh tapi letih gak la.
selalu bergerak sendiri. sebab Mr.B ngan pelbagai urusan.
tapi petang tu aku bawak Mr.B.
beli kuih-kuih then sampai je aku terus masuk.
tapi Mr.B seperti biasa mana terus masuk.
dia akan spend masa kat luar je mau sejam dua.
sebab dia nanti sibuk menyapu sana sini. kemas itu ini.
siram pokok la. mop lantai la. kau mampu lantai luar pun mop. over sangat.

so tengah melepak ngan family lepas abis makan tu.
Mr.B dok jerit. sambil ketuk-ketuk pintu over sangat.

Mr.B : jaaaa. sini jaaaaaa, i rasa yoki beranak ni.
me : noooo. yoki mana boleh beranak.
Mr.B: sini laaaa. ada tu anak dia. i sembur pokok tetiba dengar anak kucing. dia kena air dia terkejut kot.

gila tetiba yoki.
yoki mana boleh beranak.
dah sunat sebab the last time dia beranak tu kan vajayjay dia terkeluar.
so operate n sunat terus.
hmmmmm.

me : ke ketut beranak?
Mr.B: tak tau la. sini la.

so aku keluar. 
Mr.B kata ada anak kat hujung pokok2 ala2 semak sikit.
eh bukan semak. tapi area tanah n tanam2 pokok2 la. bukan pasu ke apa.
tak nampak pun.
then jenguk2 nampak la. 

Mr.B : amik jaa.
me : eee takut la. mana muat pun nak masuk.
Mr.B : ish u ni.

so Mr.B amik la kenit tu.

Mr.B : putih macam kapas. cantiknya.

then ku toleh sana sini.
nampak ketut dalam cat condo.
muka cemas je.
so letak anak dia dalam tu.
kat semak tu dah takda. puas check.
dalam cat condo lak nampak ketut je. tak nampak if ada lagi ke tak.
aku ni bukan berani check sangat. u know me. mak bidan penakut.
ye sebab ibu kucing ni kadang garang.

so terus whatsapp noy. kata aku ada kat umah.
dia tu suka lepak bilik je.
pastu bagi tau dia ada baby kucing.
berdesup noy turun.
amik kotak terus checkidaut anak2 dia.
pastu pinjam kejap.
ada dua ekorrr. weeeeeeeeeee.



so preeetyyyyy.
black & white.
baby CNY. so letak dalam kotak limau. heheheh.
ramai komen kata ying&yang. mihmihmih.
comel gila anak dia. macam gebu n bulat. macam bulu tebal gak.
pandai sungguh kucing2 ku ni carik bf tau.
anak nak comel aje.
area umah aku memang ada few persian cats orang dok lepas je.
tapi ingat dah sunat. macam hannan tu.
tapi rupanya tak. ye la tengok baka gini.
ketut tu biasa je. ala2 yoki tu. tapi anak dorang kemain.
tengok anak dia yang white tu teringat lak kat kucing ku arwah putih tu.

eeee geram.
terus rasa nak amik seketul.
nak yang hitam tapi noy kata dia nak tu.
so Mr.B kata amik putih la. wah meriah.
tapi masalahnya aku ni alergic kucing la pulawq.
kang banyak sangat tak pasal kronik nanti.
siapa follow ig aku dpt la tengok pic muka ku yang horror naik gatal2 dek kerana bulu kucing ni.
so akan difikirkan.

mama kata mama rasa ketut ni beranak lebih.
sebab mama kata ada mama mengemas kat area tanaman luar umah tu ada bau bangkai.
samada dia tertinggal anak dia or kena serang. hish.
pastu agaknya dia takut dia bawak ke semak tanaman dalam porch.
still rasa tak selamat tu yang dia bawak ke cat condo tu.
agaknya dia nak bawak lagi sekor dia dah penat or dia lupa.
nasib Mr.B jumpa. kalau tak tah apa jagi.
bagus la. laki aku ni kerja asyik la terjumpa anak kucing yang bergelimpangan je.

mesti takut je jadi dia kan.
ye la beranak dalam semak. mesti cemas je kan.
ye la kalau aku pun beranak dalam semak mesti cemas kan.
eh motip tetiba aku nak beranak dalam semak? tebiat sangat. kah kah.
nway, harap anak dia survive.
kita orang letak dia n anak dia dalam cage.
tunggu sampai besar.
sebab takut la dia bawak anak dia kemana2 kang tak pasal kang mati ke apa.
so duduk la situ diam2.

so kuit me love it.
nanti aku share pic anak ceceh lak.
hoi comel tak boleh tahan.

5 Comments:

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

comeynyeee si putih n itammm

R.R.Z said... [Reply to Comments]

mmg comel!

R.R.Z said... [Reply to Comments]

mmg comel!

zaizaluvme said... [Reply to Comments]

comeynya anak kuceng kak peej!! beshnya kalau kita dapat bela kucing jugak....
tapi apa kan daya... sobsobsob

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Wah dah bertambah lagi baby kucing kat rumah peeja.....untung lah dapat yang comel2.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...