Instagram : @peejburhan

femes ke?

suka pulak aku baca entry green apple ni. CLICK HERE.
no bukan nak kata famous.
tak jauh sekali ok. n tak suka bila orang cakap eh kau famous.
eh kau lagi popular.
tak kejar pun benda tu. n tak suka betul if keluar komen macam tu.
sebab rasa tak padannya.
rasa jauh n kecik betul if nak bandingkan dengan blogger lain.
bagi aku if famous macam hanis zalikha ke, maria elena ke.
tu memang tak dapat di sangkal lagi.
tu dah memang la celebrity abis.
tengok readers filla pun aku terlelan2 air liur.
hoih ramainya.
so aku ni kategori biasa je pun.
tak terkejar pun. n malas kejar pun sebab iolls berat n gemuk mana larat nak kejar. kah kah.

nak kata otai pun tak kot.
macam poyo pulak kan.
tapi ye la. bila fikir tahun ni akan masuk 7 tahun woi blogging.
lama gila.
ingat daripada zaman dulu. kau punya la semangat belajar baca coding sebab nak blog kita punya layout pun lawa.
sekarang tak kuasa weyh. kau nak blog kau rupa apa semua boleh click-click je.
ni aku rasa nak tukar layout. siap email orang n hire untuk tukar layout.
kemain over. padahal dulu semua reti buat sendiri.

nway, bukan nak cakap pasal famous ke.
or otai ke.
tapi pasal blogging dulu dan sekarang.
memang betul apa Di cakap tu.
dulu zaman baru berblog.
reader pun tak ramai.
tak silap dulu aku pernah buat entry betapa happynya bila UV aku ada 200.
200 je kau. tapi punya la happy.
rasa macam wah ramainyaaaa.
time dulu siapa yang blogging n siapa reader kau pun kau boleh kenal kot.
aku kadang check visitor blog aku now.
if rajin akan click tengok.
bila tengok muka-muka familiar yang aku adalah pembaca daripada zaman aku blogging dulu, memang happy gila la. rasa macam ish lamanya dia membaca blog ku.

tapi betul kata Di.
yang membezakan dulu n now adalah pembaca.
bila makin ramai tu memang makin rasa tak bebas nak berblog.
semua rasa tersekat je.
dulu memang la memula dapat komen anon kau rasa sentap je.
memang down la apa.
tapi lama-lama aku jadi kebal pun.
dah tak kisah.
then aku tutup anon takleh komen.
amik kau ada yang sanggup register account semata-mata nak jadi anon. gila takda life.
tapi aku dah agak kebal dah. siap ada komen anon.
baca 2-3 patah perkataan dah menjurus takleh blah. aku delete je.
mampos la kat situ. bebel la kau buat karangan. ada aku kisah.

tapi jadi masalah bila dorang sibuk kat blog mama pulak.
dah la dok hentam mama.
yang mama ni nanti pressure aku.
kang takleh salah cerita sikit. mula la mak aku kata dia tak suka entry tu.
jangan cerita pasal tu, jangan cerita pasal ni.
i is stressss.

sebab tu la kalau bandingkan entry dulu n entry sekarang banyak sungguh beza dia.
dulu semua bendaaaaaa la kau nak cerita.
sekarang mana ada. if cerita pun banyak general.
so bila rasa tersekat tu ada. kau nak update pun macam malas je.

macam bermacam kes yang berlaku sekeliling ke apa.
hoi ikut rasa hati n mulut laser aku memang berdentam dentum je aku blog.
tapi teringat mama kata jangan blogging pasal orang.
cerita diri sendiri je. terus urut dada. ok fine takleh cerita.

noy kadang bising. dia kata. kadang saya baca entry lama kau. best gila ok.
sekarang blog kau dah tak best la.
dulu semua pun kau cerita. sekarang tak sangat.
hellloooooooooooo. abis korang yang tak kasi cerita.
abis aku nak cerita apa kan.
tak kisah la. cerita la apa2. dulu everytime shopping kau tunjuk.
pasal pokok.
pasal lipat baju.
pasal kucing. apa je la.
so now buat je la.

betul la. tapi tu la bak kata Di.
banyak sangat auditor tak bertauliah ni. kau jadi malas.
kang kau cerita pasal benda remeh dia kata la, eleeehh benda macam ni pun nak cerita.
kang kau asyik cerita kucing dia kata la, tak abis2 pasal kucingggg je dia ni.
kang kau cerita pasal shopping dia kata la kau menunjuk. padahal aku beli barang mana pernah mahal2 pun.
kang kau gi bercuti orang kata kau meniaga barang fake tapi sampai boleh bercuti. padahal cuti kau yang dia jaki tu, time tu tak meniaga pun lagi.
get it? get it?
so apa kau cerita semua salah la.
tu byg memu;a malas cerita.
lama dah jadi kebiasaan. lalu terus rasa benda2 tu tak penting, n tak perlu la nak blog about it.

sebab tu kadang ada tahap malas blogging.
bukan malas sebab tak tahan tekanan ke apa.
tang tu takda masalah. dah kebal n tak amik kisah pun.
tapi malas sebab dah tak tau nak cerita apa weyh.

sebab tu lagi best layan instagram je weyh.
cepat mudah pantas.
tapi tu pun ada orang tak puas hati.
sebab aku kadang update banyak pic sehari.
kata aku vain la apa.
kata aku ni macam bosan sangat.
eh go die. siapa paksa kau follow ig aku pun khennnnn.
suka hati la nak vain.
aku bukan model ada orang nak snap pic aku.
bukan artis hollywood ada paparazzi nak snap pic.
so apa kata sendiri vain la kan, sendiri snap, sendiri upload la. kah kah kah.

nways, sekian bebelan.
terima la update blog ini seadanya n sila paham blog ni dah berusia 7 tahun.
otak penulis blog ni pun makin tua.
sebab tu dah tak tau nak update apa.
n dah tak bebas sangat nak berblogging sebab kena jaga hati banyak pihak.

p/s: sakitnya badan nak pergi berurut plissss. n lapar tak makan apa lagi kecuali minum ephyra. T____T



21 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

Hihih. Lama gile kot aku dh baca blog ko Pija. Blog Kak D pun. X pnh bosan pun. Hihih

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

i suka je baca blog ni...
sebab bukan senang nak tahu life orang (bukan maksud keypoh kat sini yer..heeee)..ingat senang ker mcm pi ketuk pintu rumah orang pastu tanya, peej hari ni kau buat apa? eeh hilang akal..

nanti peej tanya, kau ni siapa?? ha ha ha...

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

aku paling suka ayat ko "Eh go die lah"... style abis hahahah

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Aunty seronok je baca, peeja tulis apa pun aunty tak kesah....gini lah nasib orang yang sunyi duduk rumah......

shuweet said... [Reply to Comments]

kheennnn....biasalah manusia pendengki slalu camtu..ade je tak puas ati ngan orang..buat baik salah buat jahat salah....seme tak kene je...yang penting..kite happy sudah...go die ngan orang2 lain....kite fikirkan ati orang2 yang tersayang jek .....peace yall

Syazni Rahim said... [Reply to Comments]

haha memang dah lama baca blog peej. siap masa stop blogging setahun dulu, yang tak jemu bukak blog ni lah.. rasa santai je baca ;)

cik gObu said... [Reply to Comments]

x dinafikan entry yg dulu2 lg best

nk buat mcm mana
manusia ni mmg suke amek tao hal org lain
terlebih prihatin hehehehe

AkUFiZA™ said... [Reply to Comments]

Tak kisab la aku ade reader ke tak. Aku taip je ape aku suke. Kate blogger picisan kan, haha. Aku tetap happy wlau tak terkenal.

cahya indah said... [Reply to Comments]

kak Peej..auditor sengal semua biar je. but please post banyak2 kat IG..tak best kalau tak nmpak kak Peej tak update. :)

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]


hahaha..yelah pija. aku siap kenalkan blog ko kat kawan2 aku. jumpa blog ko masa tahun 2010 thru Leeds. Pastu terus aku stalker baca blog ko yang dulu2 dari friendster sampai lah skrg..(masa tu xd kerja sgt plus jakun kot baru tahu eh, ada erk orang blogger2 ni)...

now...kalau compare dulu kan, kau cantik dah skrg ...(ikhlas )...pastu ko dh kahwin. So gila lama lah baca dari ko single sampai skrg...ewahhh..

yg penting aku suka je baca kalau ko update even kak Di pun. Tak hipokrit okay mcm sesetengah org tu.

::cdot the dot:: said... [Reply to Comments]

otai? haaa iyooo laaaaa

Tijah said... [Reply to Comments]

kannn? dulu best giler. skang lain betul. dulu org datang baca sbb nak kenal2, skrg org datang sbb nak cari pasal.

syeka sweetheart said... [Reply to Comments]

ceritalah apa saja..
saya selaku reader sangat
mengharapkan updet dari anda..
eceh.. hihihihi

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

orang kalau tak suka, tulislah apa pun, tetap dia tak suka..sabar jelah

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

tu agaknya kat blog kak di tu xde commentbox.. malas nak melayan para auditor tu hahah (tp ada org hntr komen ke emel pulak kan) ^^

yg penting kalau blogging ni kita buat xtau je kalau ada komen2 negatif.. sbb org2 negatif ni mungkin life dia kurang menarik so dia komen macam2 yg xbest kat blog org lain. yg penting kita passionate blogging, xkisah berapa ramai pun readers kita. cheers and happy blogging! :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha lagi satu.. teringt ms awal2 bc blog ko. ko ada cerita betapa pembersihnya ko kalau masuk toilet awam, ko akan bersihkan dulu lantai baru buang air. pastu time baca tu i was like.. 'eh sama la habit kita!' hahaha. pastu best gle la baca blog ko. dgn time mula2 ingatkan noy tu kwn ko yg sleep over kat rumah la.. pastu mengikuti kisah percintaan ko smpai la ko dah kahwin. mmg best.

emy pokden said... [Reply to Comments]

lantaklah org kata apa..aku suka baca blog ko...

ShilaShower said... [Reply to Comments]

hidup instagraM! aku rasa kat stegrem lagi best kot, kurang haters ni. komen2 anon pun dok berapa nak ado kan. hehehe.

cik yaya said... [Reply to Comments]

Salam Hi Peej,

Start follow kau punya blog last year, yelah tu pun dr Harnis la. Selalu silent reader je, kadang kau post benda yg relevant and jd kt aku kdg aku muncul gak kt comment kau heheh.sama jugak dgn auntie nanie, suka baca kadang bile kt umah xda connection laju sanggup hokeh truu bb yg lembap mcm siput. bukan ape, bosan takde keje, so baca2 jelah daily updates kau. Kang daily things ni la yg menghiburkan. belog iols haha dah 2thun stengah fllower pn x rmai hihi almaklum mls nk hapdet. kadang je. anyway keep it up girls! :))

YuNaKo :) said... [Reply to Comments]

Peej betul IG lagi best :) owh n i love to read ur blog :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

High 5 Kak Peej!
Siang semalam pun ada baca blog Kak Di gak pasal benda ni.

Setuju sangat disebabkan kehadiran mereka yang tak bertauliah serta pendek akal - apa yg kita tulis semua dihentam, diseret masuk ke Twitter la, apa la. Jadi bosan nak tulis. Dulu tak buat pun comment moderation, tetapi orang bagi komen mencarut2 tak tentu hala - buat comment moderation.

Kalau ayat/komen penuh makian - delete sahaja. Bukan kita nak orang puji kita melambung2 pun, but at least kalau komen, silalah ada kaitan dengan entry ye dak? Even put smiley pun ok dah, ni penuh ayat maki2.

Jadi jalan selamat, kurangkan blogging - buat microblog dekat Instagram. Hahahaha. Kat situ takde sapa sangat pun yang follow. Makanya, lantak aku lah nak tulis apa. Kikikiki.

Anyway kak Peej, saya happy sangat sebab kenal akak :)

(lekat eye patch bawah mata sebelum ke sekolah)

Hahaha :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...