Instagram : @peejburhan

Expose Mistik - Rumah Mertua.


Salam kak peej..

gigih saya cari email akak pagi2 buta ni..hehe..
saya mal, baru je kahwin and malam ini (16/2/13) adalah malam ketiga saya di rumah mertua. 

Ceritanya, dari zaman bercinta lagi suami saya ada bagitahu pasal jiran dia yang suka sangat hantar hantu pergi kacau orang kampung sini. 
Kawasan rumah mertua saya ni jenis rumah rapat-rapat, yang dekat-dekat ni lah banyak kali jadi mangsa termasuk keluarga mertua saya.
Nenek suami saya orang yang pandai buangkan 'benda' yang melekat dekat orang. 

Hari pertama saya bermalam kat sini pun keluarga mertua dah kecoh bagitahu ada sedara pergi rumah nenek untuk berubat sebab ada benda melekat lepas balik dari majlis kami. 
Dua tiga hari ni pun selalu gak lah dengar depa bercerita pasal progress sedara tadi tu.

Malam tadi (16/2) saya, suami, mak mertua dgn dua orang adik ipar lelaki pergi rumah makngah. 
Sebelum balik rumah kami singgah kedai makan jap, tapi belum sempat duduk lama, kakak ipar saya dah called suami saya banyak kali suruh balik cepat sebab baby dia kena kacau. 
Depa berdua dah siap-siap kat rumah nenek untuk diubatkan. 
Dia pesan suruh balik cepat sebab nenek nak pergi 'berperang' malam ni jugak, katanya.

Sampai je kat rumah, suami dgn adik-adik terus pergi rumah nenek. 
Saya dengan mak masuk rumah, mandi, and bersiap nak semayang isyak. 
Tapi sebelum tu mak request suruh saya menyapu rumah sebab banyak pasir (rumah tepi pantai). 
Masa menyapu kat bahagian ruang tamu, saya ada dengar bunyi orang berjalan kat atas bumbung. 
Sekejap je bunyi tu so saya telan liur dan teruskan menyapu. 
Lepas selesai, saya pegi mandi dan bersiap nak buat isyak. 
Mak tiba-tiba datang kat bilik saya bagitau nak gi jenguk cucu dia kat rumah nenek. 
Saya angguk je kena tinggal sorang-sorang kat rumah tu.

Lepas mak keluar, saya memang rasa tak sedap hati. 
Tapi saya telan liur je la buat berani sambil baca zikir penghalang santau. 
Masuk bilik, saya buat isyak. 
Masa tu lah saya dengar ada bunyi seolah orang larikan jari kat tingkap bilik. 
Larikan jari tu maksud saya macam kita ketuk-ketuk jari lah tapi dia ni bergerak sepanjang tingkap. 
Tak kusyuk betul semayang tadi. Hehe.
Masa tahiyat akhir, saya dengar ada orang nak tolak pintu dapur. 
Lepas salam, terus saya capai alquran, peluk kemas-kemas and baca doa. 
Doa pun dah ke laut dah sebab fikir macam-macam. 
Tangan kaki dah menggigil-gigil. 
Siap berdoa saya mengaji sebab nak tenangkan hati. 
Bila lega sikit, cepat saya keluar dari bilik gi tengok tv kat luar. 
Kononnya taknak dengar bunyi lain lagi dah.

Mujurlah tak sampai setengah jam mak mertua saya balik dengan kakak ipar and baby. 
Lega gile toksah cakaplah. 
Tapi ingatkan sampai kat situ je kengerian saya, rupanya bersambung lagi. 
Malam tadi lepas tunaikan tanggungjawab seorang isteri, hehe, saya dengan suami dua-dua tak boleh tidur. 
Suami saya selalunya tak lama rehat terus tidur tapi kali ni siap switched on lampu bilik. 
Bila saya cerita kat suami pasal benda-benda yang berlaku tadi dia cakap takyah layan sangat. 
Sekarang dah pukul 3.28am, kami masing-masing online sebab tak boleh tidur. 
Mata merah sebab mengantuk tapi bila pejam hati rasa tak tenang. 
Bilik pun masih terang benderang.
Saya harap esok takde lah saya pulak yang kena berubat. 
Doakan kami sekeluarga.

Sekian,
Mal.

2 Comments:

Marina Monroe @Nanie said... [Reply to Comments]

AsSalam,

Rumah tu kena buat 'pedinding' jika penghuni dikacau selalu..


arissa imanie said... [Reply to Comments]

agak ngeri nih btol buat pedinding alang2 neneknyer dah terrer suh dia pagar umh tu and psssttt kot ye pon no need to mention la pas tunaikan tggjwp tu segan lak adik2 bc karang, al maklumla peminat peej ni kategori "U" = umum. sekian

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...