Instagram : @peejburhan

Drama 14Feb.

tidak.
bukan drama valentine's day.
tapi drama air mata.

14feb lepas hari jadi zara sofea yang ke dua tahun.
aku rasa macam hati aku dah kebal.
tapi malam tu emo jugak rasa.
sebab masukkan pic dia kat instagram n wish gitu.
sedih jugak rasa sebab rindu.
tapi tahan je. n dah redha pun.

ramai komen pic ig tu.
satu komen tu kata sebak dia baca entry mama.
terus aku bukak entry mama. HERE.

sambil baca terus aku menangis sampai berhingus bagai.
sedih sungguh la rasa.
nak komen pun ku tak mampu. sebak sangat.
aku memang rindu. tapi tahan je. n malas fikir.
tapi bila baca mama punya entry tu sedih.
sebab macam mana la perasaan mama.
cucu pertama dia. dah la selama ni nak jumpa kemain susah.
now langsung tak bagi jumpa.
kadang terfikir, mama n papa bukan muda.
dah tua. dua-dua pun sakit.
tah ada ke tidak kesempatan nak jumpa lagi.

then ke rumah mama semalam.
terus sembang. mama kata papa kau nangis baca entry mama tu.
aku cakap aku pun nangis.
mama kata bertahun papa kau tak nangis. ni menangis teresak2.
so sad.

then petang ayol balik.
mama kata taknak ke baca entry mama.
mama buat sempena hari jadi zara sofea.
ayol, "kenapa? tak nak la. ayol tengah mood ceria ni. nanti spoil mood".
ok fine.
kita orang tak paksa pun.

then malam ada tetamu.
layan sembang sampai hampir 12am.
then lepas tu memasing makan.
me, papa n mama.
panggil ayol. dia datang tapi tak makan.
dia duduk depan laptop mama.
dia baca entry tu.

pun sama teruk betul dia nangis.
terus kami sebak.
ye la. kalau kita orang ni takat atok, nenek, aunties je.
ayol lak bapak kan.
macam mana perasaan dia. dia n Allah je yang tau.
penyabarnya dia. n wishing akan ada jalan penyelasaian satu hari nanti.
bagus betul.
kalau jadi la kat laki aku macam tu. mau terbalik semua dia kerja kan.
itu dia. kalau aku laaaaaa. memang selamat tinggal ku ucapkan.
kosser aku.

tapi takpa.
kau nafikan la macam mana pun hak orang kat muka bumi ni.
tapi nanti ada hari pengadilan yang lain.

nways, selamat hari lahir yang ke-dua tahun untuk Nur Zara Sofea Binti Khairul Zairie.
on day u will read this, ketahuilah kita orang kat sini sentiasa sayang zara sofea.

lotsa love,
TiPeej.


14 Comments:

ummi_khalish said... [Reply to Comments]

assalam...dil ade bce entry auntie..moga Allah buka hati insan2 yg tertutup hatinya....

~aNNa~ said... [Reply to Comments]

happy 2nd birthday zara. sebak baca entry ur mom peeja. bergenang mata ni menahan. tgk gambar ayol, terbayang muka zara. tho he put smile on his face, i know deep inside there he's struggling much. inshaAllah, doa kami semua, semoga satu hari ayol akan happy

susumanis said... [Reply to Comments]

Peej dalam gelak tawa baca n3 ko selalu hari ni airmata akk gugur utk zara sofea n yr family, doa akk insyaAllah zara kan jumpa u all soon with lots of love..aamiin ya Rabb

~zuera~ said... [Reply to Comments]

sedihnya.sedihnya.sedihnya!!!!.

Mizz Coki said... [Reply to Comments]

Salu kan, aku mesti gelak2 bila baca dan komen blog ko. tapi kali ni naluri keibuanku mengatasi segala galanya. Kalau aku jadi Ayol lama aku dah meroyan, tabahkan hati Ayol. Dan harap2 kalau Zara baca ni dia tau betapa family uols sayang dan kasihkan dia. Sabar ye..

mokjadeandell said... [Reply to Comments]

Salam,

bertambah sebak baca di sini.Semoga keluarga pija dapat mengatasi apa saja yang mendatang dengan tabah....sdgkan hilang anak kucing kita menangis inikan pula darah daging kita...kami pembaca blog peeja dan mama pun jatuh sayang dgn zara inikan pula saudara terdekat.Ya Allah.Sedihnya.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

happy birthday to zara sofea. semoga dpt bjumpa lagi dgn bapanya. sama2 doakan.

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

Happy bday zara.. :'( sedihnya baca dedua entry.. Kite tengok pun sedih apetah lagi yang menanggungnya.. Semoga dpt diselesaikan cepat masalah masalah ni so zara pun dpt jumpa papanya.. Amin ya robbal alamin

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

Happy bday zara.. :'( sedihnya baca dedua entry.. Kite tengok pun sedih apetah lagi yang menanggungnya.. Semoga dpt diselesaikan cepat masalah masalah ni so zara pun dpt jumpa papanya.. Amin ya robbal alamin

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja...aunty baca entry mama tu...memang sedih sangat, kesian kak nani...ada cucu tapi tak dapat nak jumpa...tapi dalam reramai tu aunty paling kesian kat Ayol..ya lah Zara anak dia....dan dia pun tak dapat jumpa....satu hari satu masa kalau bukan sekarang pun dia akan jumpa juga...zara anak perempuan dia dan perlukan wali bila nak kawin nanti.

Miszyuyu said... [Reply to Comments]

sebak sgt rasa ms sy baca ni..hummm..

DuniaSangSuri said... [Reply to Comments]

manusia mmg kejam.... xpe... Allah itu wujud... pasti ada keadilan nnt!!!

Laa tahzannn wahai hati.... semoga korang tabah!

NONO said... [Reply to Comments]

peej, setiap yang berlaku mesti 'bersebab' tp percayalah tuhan maha adil...semoga u and ur family terus tabah! this entry make me cried tanpa sy sedar!!!

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

statement ni mungkin agak kasar laa sikit kan..

depa akan mati jugak..its either sooner or later...tu jer.. then depa will tanggung apa yang dia buat...

so kesian kat ayol.. apa punya mertua laa perangai mcm tu...

dan sesiapa yang bersubahat tu pun samalah, dapat share subahat sorang sikit....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...