Instagram : @peejburhan

CNY

cny weekend tu aku spend the night kat rumah mama.
sebab Mr.B kerja. so dia kata tidur la rumah mama.
yang noy seminggu tu dok la ajak aku clubbing. kata jonet ada la apa.
aku tak sure lagi nak pergi ke tak.
hati nak, tapi kang Mr.B bising. malas aku.

so tiba la hari tersebut.
dah la siang tu tak selisih faham apa.
dia dok merajuk ke apa ngan aku.
aku dok cakap elok pun dia taknak layan.
ok fine. punah harapan nak keluar ke apa.
malas nak tanya pun nanti drama.

then malam dia gerak dulu.
aku memang mood nak keluar pun takda.
tapi dok la tanya noy dia nak kemana la apa. wahhh sibuk je kan.
then noy dah kata nak ke sana sini.
okayyyy.

keluar rumah je aku dok call Mr.B kata aku nak keluar.
time tu dah ok pun.
sebelum dia keluar tu dah ok. malas gaduh terbawak2 ke apa kan.
then cakap aku nak gerak la apa.
sembang manja baik punya.
bermulalah bukak soalan.

me : molinggg. kalau noy n jonet nak ajak keluar boleh tak?
him : i dah agak dah.
me : tak cakap je boleh ke tak. 
him : jalan cerita u ni i dah tau dah.
me : tak boleh ke tak je. boleh i keluar. tak boleh pun takda masalah i boleh je lepak umah.
him : jalan cerita u ni semua dalam tangan je.
me : jalan cerita apa molly?
him : hihihihihi. saje je. ye lah keluar la. 
me : ye ah.
him : nak pergi mana?
me : changkat kot. nanti i bagi tau.
him : kalau i nak join boleh?
me : boleh je tapi molly tu kerja.
him : kalau balik awal nak join boleh ke?
me : boleh. apa2 u call or message yea.

yippa. terus pecut balik umah. kah kah.
noy dok tanya ikut ke tak.
terus reply otw uolls. hihihi.

masa siap pun drama gak.
sebab noy dok kutuk aku pakai buruk.
kimaks punya perempuan.
aku malas nak over ke apa. so pakai blouse sudah. bukan nak market ke apa pun.
paling tak tahan aku bawak tu sehelai je pun top.
so kau kutuk la macam mana pun tu je aku boleh pakai. khennn.

then tengah siap kawan noy kata nak gerak sekali so dia datang rumah.
tengah siap dengar ayol jerit panggil noy, kawan dia dah sampai.
so noy kelam kabut capai baju dpd almari.
dia biarkan almari terbukak.
aku lak depan almari.
noy ni bila almari terbukak nanti marah aku.
sebab kucing suka masuk. so dia akan suruh aku tutup la apa.
sebab aku kalau datang suka bagi kucing masuk bilik. hihihi.

lepas dia capai baju dia dok kata. saya suka baju ni. lawa kannn.
aku dok pandang dia layan sembang sat.
membelakangi almari.
sambil sembang sambil aku tutup almari tu. kuat lak tu. tanggggggg.
tetiba dengar jeritan macam perempuan. "aaaaaaaaaaaaaaaaaeeerrrrrrrrrrrr" 
eh tak tau la nak eja macam mana.
tapi macam suara perempuan n nyaring n kuat gila.
aku pusing tengok yoki tergantung kat almari.
sebelah tangan dia terkepit. so dia tergantung sebab tangan tersepit.
mata terbeliak pandang aku dok jerit nyaringggg.

noy : pijaaaaaaaaaaaaaaa. bukak almari tu.

aku macam terkejut.
noy panggil baru sedar. sebab terkejut.
bukak terus dia jatuh n lari tapi pandang2 aku.

noy : terkepit dia. jahat kau. say sorry.
me : sorry yokiii. akak tak sengaja. meh sini. dont run.

mengiau dia pandang aku terus berdesup lari turun.
kah kah kah.
ok sian. tapi lawak plak rasa.
tu la kau apesal main atas almari.
bayangkan nakalnya dia sampai atas almari main. tinggi kot.
noy kata rupanya masa bukak tu dia dpd atas almari tangan dok gapai2 nak main pintu almari tu.
noy nampak la sebab sembang mengadap aku. belakang aku almari.
aku mana nampak. so gedeganggggg aku tutup almari tu.
siannnn.

nasib yoki tak ingat peristiwa tu.
kalau tak mesti dia tak suka aku dah.
me loff u yoki.
im sorry.



saje snap. al maklum lama tak keluar. excited.
kat AKLEH.
tapi elok nak keluar dpd AKLEH, kawan noy hida tertinggal barang pulak kat rumah.
so patah balik.
nasib bukan aku yang drive.


sampai je duduk kejap.
sekali whatsapp ngan jonet dia pun dah sampai,
so join table dia.
tunggu yang lain-lain sampai.

 :: silly sisters ::





duduk kejap sedar-sedar dah almost 1 pun ok.
so jonet gerak dulu.
sebab dia bawak adik2 dia.
later kita orang join.
tapi elok lepas tu jonet whatsapp kata tempat dia pergi tu lagu best.
tapi crowd tak best.
terus semua taknak pergi.
so kita orang ke tempat lain.
hop sana sini.
aku tak kisah ikut je.
pengalaman lalu mengajarku. dorang ni tak sure nak kemana.
last time kan aku pakai sampai 6inch kasut. no no no.
tak sanggup aku.
sebab changkat tu dah la club dia semua kena naik tangga tingkat satu.
pakai kasut tu tak penat.
tapi seriau aku kalau jatuh kang tak pasal kan.
so kali ni aku pakai sandal je.
so kau ajak la 5 pub pun turun naik takda kisah punya.
last lepak apa tah namanya.
tempat baru. lawa. crowd ok.
tapi lagu haram jadu.
apa2 aje. layankan.

elok lepas tu balik.
noy kata dia nak sambung lagi.
ada club lain yang bukak lagi.
ajak aku. aku bukan taknak. dah la elok laki dah bagi keluar.
kang gedik sambung sampai pagi tak reti balik kang amukan dia.
so better sedar diri.
so malas ikut.
yang noy kata aku boring la apa.
then lepas tu dia pikir baru dia sedar aku ni bini orang.
"eh ye lah. balik la kau. kang bang ben marah lak"
tau takpa.
so call jonet. nasib dia tak gerak lagi. tengah tunggu kereta kat vallet.
so mintak dia hantarkan.
ok legaaaaa.

tapi malam masih muda.
balik pun rasa segar je lagi.
so mari cam whore sebelum basuh muka n tidur.



masukkan pic ni few days later. siang la.
sekali dapat komen kata aku nak gi wedding ke.
hamagaddd buruk sangat ke? aku rasa ok je.
yang lilred kata aku punya rantai macam kalung orang asli.
keji mu.
but whatevs. bukan nak market punnnn.
jimbas ngan kawan je pun kan.

sekali sekala keluar best la jugak.
walaupun dah kertu. God, im gonna be 30 in a week time.
telan air .........liur.





2 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Eh dah kawin tak semesti nya tak boleh enjoy...lagipun bukan pergi dengan jantan ke apa....pergi dengan adik beradik well Jonet pun kira adik beradik lah.

Aunty suka rantai peeja...beli kat mana...cantik la.

Juliana Abdul Rahman said... [Reply to Comments]

rantai orang asli yang tak tahan tu...nasib baek pakai malam..x nampak...kalau siang memang kena lah..kena gelak..muehehehe..klako la peej ni!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...