Instagram : @peejburhan

mak bidan zombie

sambung kisah ceceh.
sampai mana semalam?
oh sampai tahap aku gelabah tak tau buat apa kan?

well sebab gelabah n tak cukup tidur tu.
dah la Mr.B pesan suruh aku duduk je ngan ceceh.
takut anak dia mati.
mati satu hal. aku takut gak dia nak beranak lagi ke apa.

so call noy. lepas tu noy datang.
pastu pakej dia bebel. dia kata aku cakap laju macam keretapi dia juling2 nak asjust mata bgn tido, pastu satu apa aku cakap dia tak faham.
ye aku kalau cakap memang laju. lari je tak laju. hahaha.

noy datang n check ceceh.
sama2 tak sure ada ada baby lagi ke tak.


 :: mak bidan to the rescue neno neno neno ::

so we decide untuk bawak ke vet.
pergi vet bawak kotak kau. hahahaha.
pastu kotak letak dalam bag ikea. haha.
macam orang miskin takda carrier.
memang takda pun. kah kah. lagipun if ada macam la berani nak alihkan.
plus anak kucing ni takleh pegang2.
nanti mak dia tak kenal bau.
tak pun di takut nanti dia bawak anak dia lari n sorok.
so duduk kau dalam kotak.

so ke vet.
check. doktor pun tak sure ada ke tak.
dia kata pegang memang takda.
ada rasa something but tu maybe jugak poo dia.
siap tanya kenal tak mak kaseh.
kenal la. mak dia si yoki.
doktor tanya mak dia beranak berapa ekor?
cakap la 3 ekor. dah 2 kali 3 ekor.
so ok la.
doktor kata kaseh ada sekor je.
tapi dia bagi gak injection hormon kot.
so dia kata kalau ada lagi baby, baby tu akan keluar sendiri.
ok done.

tapi ada logik gak.
tak silap aku macam mana kucing boleh beranak banyak.
sebab dorang jenis pintu peranakan ke apa tu terbuka je.
for quite awhile. so kucing kan jenis main ngan memacam kucing.
so tu masuk la perbagai sperm.
tu yang kadang anak ramai n memacam color ada.
but kes ceceh kan hari tu sekor je. berapa jam je aku lepaskan.
sebab tu kot tak sempat nak bebanyak.
mungkin.
matiklah tetiba jadi pengkaji kucing kan.

:: kaseh yang masih blur time ni. kesian anak dia terkangkang nak susu dia siap pose vain. kah kah ::



ni mak bidan zombie.
sumpah semalam zombie kemain.
kan tidur kul 9ish. bangun 10ish.
pastu amik kau tak tidur jadi mak bidan je.
ada la rasa nak tidur time noy datang tu.
tapi kemain banyak lak dia nak sembang.
aku dah ting tong gila cakap pun merepek2 je.
tapi lepas tu segar balik.

then nak kena pos barang lagi.
ingat nak mintak tolong Mr.B buatkan.
tapi dia stuck kat office.
pastu petang aku call tak angkat.
sah tertido kat office nyampah.
aku dah ngantuk tahap boleh muntah.
pikir macam mana aku nak drive n nak post ni.
ikutkan dah tak kuasa.
tapi dah janji kat customer nak post kan. harus teruskan.

ok lets mandi. harap segar.
takda makna.
lepas mandi ngan towel aku dah high gila.
set jam. takut tertido. ok la power nap 30 minit. janji kat diri sendiri.
last terlajak ke 45minit. takpa alarm kasi snooze.
nak taknak paksa diri n pergi post gak.

selamat. then try call mr.B tanya kat mana tak dapat jugak.
tido la uol.
mak gi makan sendiri. nyam.


tamak sangat makan sorang lauk gini kan.
tomyam ayam putih, telur dadar n lidah masak pedas.
sedap tapi seksa makan sebab bibir kering aku gi kopek.
amik kau luka. pastu makan pedas kan. huarghhhhh.
settle makan balik.

ingat lepas tu nak tidur.
tapi tak dapat.
sebab papa n mama lak datang.
nak melawat cucu.
eh btw. kemain korang kata aku nenek kan.
tak ok aku n ceceh kakak n adik.
so anak ceceh pangkat anak aku tau.
matiklah taknak mengaku nenek kan.

petang tu aku dengar anak dia jerit kuat.
cecepat pergi tengok.
amboi kemain.
orang letak atas kotak.
dia angkat anak dia naik katil n lepak kat comforter bagai.
suka kau la ceceh.
nanti akak hantar dobi la.
later anak dia besar sikit aku letak dalam kotak n dalam cage la.
senang nanti potty train terus.


ceceh yang kepenatan tak larat bukak mata.
drama sangat padahal sekor je anak.
pastu nanti muka ternganga je n nafas laju. sian tengok.
yang mama tengok pun dok nangis. drama betul.
baru ceceh yang beranak. if aku beranak tak tau la macam mana.
Mr.B pun nanti call cakap, "ite tu gembira moling. meceh tu dapat aby".

ceceh dah reti dah jaga anak dia.
dah jilat bersihkan semua. bagi susu.
nanti kejap2 dia rehat lepak depan.
nampak kita gerak kemain laju dia lari kat anak dia.
eleh macam orang nak curik lak.
kedekut lak tu.
bila kita nak tengok anak dia. kemain dia sorok n himpap.
kita ke kiri nak tengok anak dia. ke kiri dia block.
ke kanan kita tengok, bergerak ke kanan dia nak block. amboiiii.

 :: time ni dapat amik pic tanpa gangguan sebab dia ke dapur makan. heheh. like mother like anak. warna nak sama je. ::

kemain ada kecek nak anak dia.
memang tak la weyh. dah la sekor je.
selama ni pun dok pikir nak carik sekor kasi kawan ceceh.
tapi berpikir2 sebab risau susah nak masuk ngan ceceh.
so ni ada anak dia ni terus solve la problem.
sebab ngan anak dia hope ok la.
kenit je anak dia tu.
like alien. hahahha.

lepas papa n mama balik.
terus aku tidur ok.
awal gila.
so pagi tadi bangun pun awal.
sebab pagi dah ada orang nak amik tabita.
muka sembab je dok pass barang. ;p

then sibuk kejut Mr.B gi breakfast.
bukan senang nak bangun pagi ni.
pastu tengok lak filla masukkan pic roti canai bagai kat instagram.
oi tak tahan aku.
kejut Mr.B. so bergerak.
Mr.B kata nak nasik. eh pagi lagi nak nasik.
sekali sampai pelita aku pun amik nasik. kui kui kui.
roti canai la sangat.
ye la lapar. last aku makan adalah sebelum maghrib.
tadi keluar around 11ish.

:: muka orang kenyang n rasa nak tidur balik lepas pekena nasi kandaq ::

jap lagi gi rumah mama kot.
mama suruh datang. katanya dia nak buat rendang.
kena tunggu orang amik tabita later baru boleh gerak.

hari ni panas2 manja je kan.
kejap panas kejap redup.
aku pepagi dah semangat basuh comforter n sarung bantal semua ni.
harap kering la hari ni.
dan lepas ni takda lagi bau air liur basi or nestum.
kah kah kah.

ok tu je.
nak bersantai ngan laki di hari cuti ni.
ta-ta.



6 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Ooo macam tu ke...baru lah aunty tau kucing ni banyak pasangan dan sebab tu lah warna anak nya bercampur2....maklumlah aunty mana pernah bela kucing....ada kucing liar datang kat rumah aunty...oleh kerana aunty bagi makan tiap tiap hari, dia dah jadi manja tapi aunty tak bawak masuk rumah lah...kita kan ada asthma.

Haritu kucing liar tu bersalin 3 ekor kat atas bumbung rumah aunty......sekali bila dah besar sikit dia dah bawak anak2 dia turun...warna dibadan anak nya dah macam rojak, ada warna coklat,hitam dan kelabu....masyaallah dah macam hantu kalau tengok sebab gelap sangat.

sya amran said... [Reply to Comments]

x sembab pon...comey je td.hehehe..sorry Peej!kacau pagi2 gitu.

Marina Monroe @Nanie said... [Reply to Comments]

Fikir2kan nama sesuai bila dah tahu jantina nanti..

kukukata.blogspot.com said... [Reply to Comments]

lidah masak pedas, u makan lidah lembu ke peej?

arLene said... [Reply to Comments]

Bg nama chinta laa...so cute..mesti bulu kembang mcm kaseh...

Syazni Rahim said... [Reply to Comments]

Best gila ada anak kucing. Bau anak kucing adalah best. :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...