Instagram : @peejburhan

kenapa tak boleh amik gambar?

lepas karaoke tu.
jonet n noy tidur rumah aku.
so esoknya noy kata dia nak tambah tinted kereta dia.
sebab dia kata takut kereta dia cermin tak gelap.
orang jenguk2 ke apa. sebab dia kan selalu sorang balik kerja semua tu.
so nak gelapkan lagi cermin. suka hati la.

so hantar kereta untuk tinted kat genting klang.
then naik kereta jonet kita orang ke festival city.
nak makan n jalan2 je.
tapi biasa la. kata mereka ni shotonk cemerlang.
so ada je dorang beli itu ini.



makan kat little wok.
sorry la pic atas tu terpusing. aku pun tak faham kenapa.
padahal dah rotate tadi. pelik sungguh.
aku makan beef freid rice dia. sedapppp.
makan ngan cili padi potong. terbaik.

then bershopping la mereka.
terseksa aku.
jadi sebelum aku terjebak sebab nampak banyak baju or seluar cantik.
baik aku duduk je kat kerusi n tak bergerak.
selamat n berjaya. heheh.

:: shotonk no1. ::

:: shotonk no2 ::

muka jonet terkejut aku snap pic dia senyap2 adalah lawak. hahah.
tapi benci. elok je amik pic ni.
kena sergah ngan pekerja situ kata sini takleh amik pic.
wtf.
aku tak faham kedai2 macam ni yang beria tak bagi amik pic bagai.
kenapa. muka aku ni muka macam orang banyak duit yang tetiba decide nak bukak kedai baju pastu tiru design kau ke?
masalahnya macam la lawa sangat kedai n collection dia sampai takleh amik pic kan.
kalau kedai macam butik pengantin, buat hantaran tu ke tak bagi aku faham la.
sebab memang orang boleh curi idea kau.
tapi ni kedai baju je pun.
baju biasa je pun. bukan macam high end ke apa.
poyo semua ni.


aku ingat nak beli cadar.
ada promo kat ruang legar area little wok tu.
tapi time tu eksyen taknak tengok konon nak tengok tempat lain dulu.
sekali kat situ lagi murah dpd lain2.
tapi festival city ni panjang. lepas tu aku malas nak patah balik. boleh. hahaha.
takpa lain kali je pergi.
plus time tu kedai kereta tu dah call banyak kali sebab dah siap kereta.
tak menyabar.
so kena la gerak.

lepas amik kereta patut jonet nak terus gerak balik.
alaaaa tak puas lepak n sembang lagi.
so paksa dia lepak minum dulu.
plus dia gerak time tu pun jalan tengah jam kot.
so sila bersabar.
nasib dia ok. la la la.

:: since still kenyang. kita minum je la ye ::

time lepak tu pun lawak.
aku ngan noy ni kalau boleh sepuluh kali nak amik pic.
asyik nak instagram je. noy la paling over aku kurang sikit la over nya. kah kah.
matiklah taknak mengaku kan.

but anyway, aku snap sana sini update.
noy update sana sini update.
jonet relax je. dia tukang senyum je.

noy : jonet awak ni paling la pemalas nak instagram kan.
jonet : hahaha. saya memang suka tengok ig orang je. saya sendiri malas. kalau ada pun saya masukkan pemandangan ke apa.
noy : jahat. orang dah la rindu dia. susah jumpa. pastu nak update ig pun malas. atleast boleh tengok dpd situ.
me : tah jonet ni.
jonet : nanti2 la. hahaha. 

pastu memasing aku n noy busy ngan gadget. update.

 :: noy's ::

pastu dengar jonet bersuara.
ish saya pun nak masukkan la pic.
ok. memasing fokus ngan memasing punya ig.
kau tau jonet update apa?

****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****


****











Ye!!!!!!! ini je ok yang dia update kat ig dia.
gambar air honey lemon dia.
punya la lepak ngan dia kemain lama, karaoke ke apa bagai.
keluar makan apa bagai.
ye ini je dia update.
kira artistic sangat la tu.
haih la jonet...jonet.
nasib la kesayangan.

tah bila lagi nak jumpa dia.
praying hard dia akan transfer HAT kat area umah aku soon.
takda la kitew kesepian. mihmihmih.



2 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

kat england ni org dah kecoh pasal fb, instagram small print tht thy hv n ine rightd on all images published. n can use the images without permission. dince thy own the rights over all images on the. instagram.
fyi.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha Jonet ni kelakar lah....suka tengok dia tau.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...