kekucings.

semalam lepak rumah mama tak buat apa.
makan makanan sedap itu.
then noy ajak teman pergi bank.
bukan teman apa pun.
dia masuk bank. aku jaga kereta.
sebab payah parking situ.
dia update asb dia.

tu takpa. dah la sejam tunggu. cibai lama.
pastu dia dok whatsapp kata dia nak masukkan kat cash deposit tak reti.
dia kata banyak kali try asyik duit terkeluar balik. dapat masukkan 1k+ je.
haih minah bimbo tu.
so aku pergi tolong dia masukkan. sekejapan je boleh.
tak boleh sebab dia sesuka hati sumbat je duit tu tak susun elok pun.
hishhhh. adik siapa la tu.

then duduk rumah.
dia ajak aku gi publika.
aku lak pakai seluar katok, muka tak make up.
rambut berminyak. ngan elok ada 3 ketul jerawat keluar kat muka belah kiri. tsk.
memang malas. tapi bila pikir balik mcm best lak if pergi.
tanya laki, tetiba laki ku kata maybe balik kerja dia nak ke rumah mama.
so takkan aku takda. herghh benci.
so tak dapat la pergi.
sekali lepas tu dia call balik kata pergi la.
tak jadi la gi umah mama. 
boleh lak.
aku lak berlari la nak panggil noy.
elok kereta dia dah keluar jalan laju je.
call. dia kata malas nak patah balik.
oh patah hati ku.

tak pa.
so lepak sana layan kekucings je.




lulu yang ada je menyelit kat mana aku ada.
time ni kat meja makan sembang ngan mama n ayol.
mama tu kerjanya melekat kat laptop je.
mampus dia tak layan kau.
nak sembang ngan dia kena la kau ngadap dia.
tu pun nanti dia online. aku dok panggil. nanti tetiba dia bengang, 'apa laaa? hish takleh tengok orang senang budak ni'. kejam gila.
bila aku tak gi sana sibuk semua status fb aku dia nak nyibuk.
sebab tu nak communicate ngan dia baik thru fb kot lagi pantas.

so sembang tu.
lulu pun sibuk duduk sebelah tu.
kejap mengadap muka aku buat muka minta belaian.
pastu dia tala la bontot dia suruh popok. mengada sangat.

 :: dua-dua mengadap luar. sebab depan ti ada ketut tengah main apa tah. ketut tu kucing stray yang selalu ada je kat rumah tu sbb ada makan ::

yoki selalu gak keluar. pastu nanti balik.
semalam kelakar jugak.
memula dia ngiau nak keluar. papa bukakkan pintu.
then tak lama tu dia ngiau nak masuk, papa, "kejap keluar. kejap masuk yoki ni.".
pastu papa pun duduk balik kat sofa rehat.
tak sampai berapa minit noy lak balik. dok gegar2 grill, "assalamualaikummmmmmmmmmm".
papa buat muka sedih, "eeerkkk, baru nak relax. kena bukak lagi".
aku gelak je. sebab aku malas nak bukak. papa cargas sikit. kata askar kan. heheh.

lulu selalu gak nak keluar.
tapi tak bagi la. hoi orang curi tak pasal nangis weyh.
lawak gila lulu. nanti tetiba dia akan lari dpd area dapur. pecut.
terus panjat grill tu sampai atas.
if tak berkunci. terbukak lapang la grill. gedegangggg bunyi grill langgar dinding.
pastu dia terjun n main kat luar.

kadang nampak dia pecut laju.panjat.
grengggggg. grill bergegar je. tak terbukak.
hahahha padan muka. bengang je dia.
terjun pastu jalan macam takda apa berlaku.
malu lettew cubaan keluar tak berjaya.

lama gak la dia macam tu.
tapi now dia dah pandai.
agaknya sakit kot rempuh grill tapi berkunci.
so kalau la pintu terbukak.
dia akan lalu2 kat grill tu.
dia ala2 nak panjat tu. tapi dia buat ala2 mengeliat.
nak testing ni lock ke tak ni.
kadang dia mengeliat sambil tolak. terbukak la.
if kunci dia tau.
if ada beg kerja noy sebelah tu. siap panjat n pegang2 kunci. ewah macam pandai bukak kunci pulak.


yoki si manja.
beli la tempat main or tidur kucing memacam.
takda dorang nak heran.
tetap nak main celah meja ke apa. panjat kerusi. macam sarkas dah.
ni semalam tidur selit2 kat situ.


ni pulak bapak kucing. hehehe.
so comel daddy.
time ni dia sebuk ngendeng tepi noy tengok hp baru noy.
very the busy body like kekucings kita orang.
hehehehe.

sekian cerita kucing kali ini.






1 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Seronok tengok kucing2 peeja, semua comel comel....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...