#sayajual

Tabita Desi Damayanti Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

hari yang sangat tak produktif.

bangun awal.
set jam pagi.
sebab aku nak pack tabita.
lepas pack terus nak sambung tidur.
tapi set alarm siap2.

sumpah ngantuk.
semalam lepak ngan Mr.B ngan kawan dia kat kedai area rumah ku
memang best sembang. tapi aku mintak gerak awal.
sebab ngantuk weyh. time tu dah 4am kot.
dia hantar aku kat rumah.
then dia sambung lepak.






tau2 aku tertidur je.
tu yang bangun pagi rasa kelatnya mata.
pedih rasa tak cukup tidur. haha.
so set alarm n konon nak power nap la.
takda makna. ada kot lepas 10 minute bunyi orang tekan bell.
meggelupur kejap. terfikir eh aku ada beli barang online ke? takda kot.
jenguk tengok budak2 kecik.
ah malas aku nak layan.
baring balik.
tapi budak2 tu non stop tekan door bell aku rasa nak keluar n sepak je sorang2.

Mr.B terjaga.
dia la rajin melayan.
selamba dia keluar dok balut badan pakai comforter je.
agak2 la pun kan. tak coverline langsung dia ni.

rupanya kucing dorang masuk dalam rumah aku.
so dia nak mintak.
kemain bising budak2 tu terjerit2 la apa.
kalau aku jadi kucing pun aku lari kot.
lepas tu terus takleh tidur la.
so mandi. bersiap n ke pejabat pos.

2013 ni dorang dah buat halfday je.
tu yang terpaksa la pergi awal.
elok sampai nampak macam dah tutup. oh damn.
sekali baru tutup halfway. wah nasib sempat.
time tu 10 minutes to 1pm. kah kah.

then gi makan nasi minang.
biasa la. dapat nasi minang suka la laki ku tu.

him : moling tu awin (kawin) ngan ite (kita) tu baru suka nasi minang eyh?
me : huh?
him : kalau tak. tak tau yea nasi minang tu todap (sedap).
me : tak la. dpd kecik kot i dah makan nasi minang. u ingat i tau mana kedai2 minang semua ni macam mana.
him : ye ah. ite tu ingat ite tu tepecel (special)

hishhhh.
ye im one grumpy bitch tak cukup tidoq ni.
kah kah kah.

abis makan.

me : nak gi mana?
him : mana2 je. pergi rumah mama jom.
me : mama takda la. dorang keluar. pergi pun takda apa nanti.
him : then mana2 la. tak kisah.
me : macam malas. kalau balik n berehat je boleh tak.
him : ok je.

kesian lak.
padahal sebelum keluar aku yang kata jom jalan ke apa.
tapi lepas makan. terus malas.
wahahhaa.

balik dia online.
aku tidur. kah kah.
petang kami makan2 aku goreng2.
then mengadap tv. gila aktiviti pemalas.
aku plan lepas maghrib nak keluar.
beli barang dapur. ada few putus.
tapi Mr.B kata orang dah susun meja.

jiran ada buat kenduri.
jalan rumah ni tak berapa besar la.
macam rumah mama. orang bukak khemah still kereta boleh jalan.
ni tak boleh. penuh. ada la jalan sikit.
tapi aku tengok orang dok parking bagai.
so merasa la terkurung di rumah sendiri.
nak jalan takleh sebab ada khemah meja bagai.
kereta pun tengok kena himpit.
hish apa la nasib.

harap abis majlis cecepat la dorang kemas.
boleh la jalan2 ke apa.


2 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

klau buat kenduri, tuan rumah patut inform jiran2 len klau nk alih kereta awal2 etc.. supaya xterkurung.. hihi

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Aunty pulak tadi merayau rayau pwrgi Bangsar hari ni...anak perempuan aunty cuti...saje pergi makan kat dip n dip...mak ai nak pengsan semua nya manis2 pastu harga nya meletup letup portion nya kecik je....harga tak kisah sangat bagi kita ni tapi bagi anak aunty kalau dia nak pergi sendiri memang mahal lah tapi kalau mak bapak belanja ok lah.

Kesimpulan nya coklat dia memang sedap tapi manis sangat dan cepat muak...rasa nya itu kali pertama dan terakhir.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...