Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Mengemas

Hi Peej, last time ada sent pasal kisah umah arwah opah (Expose Mistik: Penjuru).
Now nak ceritera mistik yang jadi kat hostel.. 
Sapa tau satu satu nye sekolah teknik kat Gerik nun, mesti ada pengalaman yang menakutss kan. 
Al-maklum la, orang kata Gerik tempat orang2 yang suka mensyirik ni test 'power'.. Wallahualam.

Okeh, masa form 4 duk kat tingkat 1, dorm bersebelahan dengan toilet. 
Masa mula-mula jejak kaki kat sekolah tu, mama macam excited sebab ye la, satu-satunya anak dia yang nak duduk hostel. 
Jauh pulak dari rumah. 
Mama kemain lagi cakap bagus la dapat dorm sebelah toilet, senang. 
1 dorm ada 8 katil hat dua tingkat tu.. 
Aku duk belah kanan dari pintu masuk, katil no. dua dan tilam bawah. 
Atas aku ada sorang budak ni punya. 
Masa memula masuk tak ada la rase keseraman ke apa, lagipun aku jenis yang agak berani (tipu la kalau tak de rasa takut langsung) sebab tak suka layan perasaan takut tu.. 
Layan berangan tak pe. Eh.

Minggu orentasi okay saje, tiada apa-apa yang mistik jadi kat aku cuma kekadang ada dengar bunyik bilik air kat sebelah tu macam ada orang tengah mandi, means shower terpasang. 
Tapi masa tu aku tak kisah lagi, maybe ada senior mandi kot. 
Sebelah bilik adalah kosong. 
Deret tu ada 4 dorm, 1st dorm aku, 2nd adalah kosong. 
Then bilik ahkak senior. 
Hujung sekali adalah bilik pantri untuk gosok baju or masak air panas untuk meggi time..

Aku jenis tidur lambat sebab tah la, rasa tak selesa nak tidur kat bilik yang bukan macam kat rumah (wahh, kemain demand!). 
So, ada malam-malam dengar bunyik shower, tapi tak ada pulak dengar tapak kaki ahkak-ahkak senior lalu lalang nak ke toilet. 
Bunyik pintu pun tak ada. 
Bila dah lama-lama start terfikir, ahkak mana yang selalu mandi memalam buta nih??.. 
Bukan 12am ye.. Tapi 2am 3am macam tu..

Disebabkan aku ni blur sikit, so persoalan tu dibiarkan blur. 
Sampai la 1 day ni, aku rasa panas sangat malam tu. nak tidur berpeluh. 
Ada jugak la ketibas (ketiak basah). 
Kengkawan semua dah terbongkang lena. 
Tetiba terrrrrdengar bunyik katil besi diseret, bunyik orang bertukang ketuk-ketuk kat bilik atas. 
Serius, bunyik macam sibuk sangat nak mengemas bilik. 
Aku rasa dan-dan tu jugak nak pegi buat report kat warden, tapi tak terdaya menahan takut keluar sensorg. 
Esoknya aku pegi jumpa warden, nak buat report nih bilik atas bising tetengah malam buta. 
Aku punya la cerita bunyik macam ubah-ubahkan kedudukan katil tu, seret-seret, macam nak rapatkan almari kayu tu then berlaga, bunyik macam bertukang bersungguh-sungguh macamkan nak masuk pertandingan dorm terindah.

Lepas aku dah habis cerita, warden senyum je. 
Dia cuma pesan hari ni dan seterusnya kamu tidurlah awal. 
Then aku ni benak time tu, still tak puas hati sebab warden ni garang, kalau ada aduan mesti dia amik tindakan drastik. 
Tapi kali ni dia macam rilex je. 
Aku cakap lagi, kalau Cikgu tak nak denda diorang at least tolong la tegur jangan bising lagi. 
Then agaknye Cikgu tu rasa macam kena jentik je telinga dia sebab aku duk tak puas hati, dia cakap, "saya nak denda siapa? Dorm atas tu kosong. Tak percaya kamu pergi naik tengok."

Homaigaddddddd!

Sejak tu aku tidur awal sikit dari biasa. Takuitt.

Okay la, aku dah keseraman pulak. Nak tidur dulu. Nanti aku ceritera part lain.

Thanks Peej. Sorry kalau penceritaan kurang jelas or tak rasa seram. Huu..

-Azrina-






5 Comments:

suri said... [Reply to Comments]

"orang kata Gerik tempat orang2 yang suka mensyirik ni test 'power'.

amboiiiiiiii x sensitip lgsg eh org yg tls cite mistik ni...org gerik pun ade yg reader blog ni tau...x tahan tu ayat "suka mensyirik!!!!!" hoiiiii agak2 la weh nk wat ayat bg sedap pon!!!!!bukan kt gerik je ade mende tu..sume tmpt pun ade kot..cuma nasib ko la si pencerita nmpk kt semetrik nun..klu ko nmpk kt sekolah lain ke memana ke mesti ko ckp bende yg sama jugak kan? aku ni org gerik..serba sedikit aku tau la pasal semetrik tu sbb aku dok gerik pun sebelum wujud semetrik lg..kt situ kwsn hutan..x silap aku sebelom jd sekolah lg tmpt tu dh ada benda..tp bunian..x silap namanya siti..mmg suka kacau org. kwn aku sendiri skolah semetrik n dia cite la pengalaman dia..tp x de la dia buat spekulasi "gerik tu tmpt org suka mensyirik!!!!!!!!!!!!" len kali klu nk bg sedap ayt tu ko rujuk la mana2 buku ye..xpyh nk tuduh2 satu gerik tu org suka mensyirik..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Duduk dorm biasa lah......macam macam cerita aunty dengar.

Jannatul Adnin said... [Reply to Comments]

rase mcm cik suri nie salah faham je..die x maksudkan org gerik yg syirik..die maksudkan org2 yg mensyirik suke test power kt gerik..maaf kalau sy yg salah faham.. (^_^)

Jannatul Adnin said... [Reply to Comments]

rase mcm salah faham je cik suri..penulis maksudkan org yg mensyirik test power kt gerik..bkan org gerik yg syirik..wallahualam..

azrina said... [Reply to Comments]

Adoii..garang sungguh auditor (bak kata kak Di) yg baca kisah ni. Saya ada mention, org yg mensyirik, kalau x syirik xperlu marah kot? Maaf kalau ayat saya itu disalah erti. Terima kasih pada yg memahami apa yg saya sampaikan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...