Instagram : @peejburhan

Expoe Mistik: madu kakak saya


Hai Kak Peej,

Nama saya zue.
Saya tinggal kat usj 2.
Rumah saya betul2 berhadapan dgn bangunan summit Usj.
Masih belum terlewat lagi kan saya nak cerita psl hal mistik ni pda kak peej?
Banyak cerita yg saya nak share tp biar lah cerita paling terbaru pada 04/01/2013 yg lepas.
Perihal madu kakak saya.

Sejak 5tahun lps abg ipar saya kawin lain kehidupan kakak saya anak beranak dah x sehepi dlu.
Hidup dorang sentiasa diselubungi pelik.
Dan..
baru terjadi jumaat mlm sabtu lps.

Sebenarnye dah lama hal ni jadi.
Tapi bila berubat keadaan jd slow.
Bila x brubat mula la jd havoc semula.
Kakak saya cam dah malas nak berubat.
Sbb si madu ni x pernah mengalah.
Jumaat hari tu saya balik kerja pukul 6. 
Sampai rumah dia dah dekat pukul 7.
Kadang2 bila balik mesti saya terserempak dgn madu kakak saya ni lalu dpn rumah.
Bila dia lalu je mula la mcm2 hal jadi.
Saya dah dapat rasa mesti akan jadi samting mlm ni.

Mmg betul pn sbb msa kami nak mkn mlm tiba2 kami ternampak kelibat si madu ni tgh mkn kat ruang tamu.
Kakak saya sound suruh balik.
Jgn kacau dia anak beranak.
Masa bibik nak senduk kepala ikan dalam periuk tiba2 bibik jerit dari dapur.
Dia ckp kepala ikan nya dah hilang.
Sedangkan belum ada sesiapa pun yg mkn ptg tu.
Saya dah rasa x selesa.
Makin kurang ajar pulak si madu ni sampaikan kepala ikan pun ko nak curik.

Mlm tu masa kemas2 sblm naik tidur,kami jmpa tulang kepala ikan yg si madu ni mkn kt ruang tamu.
punye lah busuk cam dah berhari2 tulang ikan tu tersorok bawah kerusi.
Lepas tu dalam kol 3 4pg mesti dgr ada org nyanyi2 dlm bilik air bawah.
Kalau mandi bersabun wangi x apa.
Tapi bilik air tu akan berbau hanyir cam bau darah period dalam 2 3ari.
Mmg kami x kan guna toilet tu selagi masih berbau.

Masalah utama kat sini,abg ipar saya x percaya apa yg dah jadi sepanjang 5thn ni.
Dia ckp kami byk tgk cita hantu.
Tapi kta ustaz tmpt kami berubat tu mmg si madu ni dah bodoh dan "butakan" mata abg ipar saya.
Dia ni hidup cam 'robot' yg di arahkan guna remote control.

Kalau kak peej nak merasai mistik kat rumah kami kak peej boleh datang bermalam.
X payah lama.
semalaman pun dah memadai kak peej.

Kami ni kenangkan itu rumah sendiri je kalau x mmg dah lama kakak saya pindah rumah lain.
Byk lagi la kejadian aneh yg terjadi.
Pernah jugak masa kami kt blakang umah sidai baju mlm2 nti dengar org 'swit2' nk mengurat.makin di cari mkin galak dia berbunyi.
tp kalau kita abaikan bunyi tu dia akan tukar mcm2 bunyi.cam org bersiul la.menyanyi la...menangis la.
mmg seram kak peej.
mcm2 dah di usahakan agar belaan si madu ni di hapuskan tp sampai sekarang msih blm nmpk apa2 kesan.
mungkin allah nk menguji sejauh mana kesabaran kakak saya...
 
~ zuefaizul ~
usj 2

.........................................................................................

terima kasih dik.
akak memang suka baca email expose mistik n tengok movie hantu.
tapi kalau boleh taknak la merasa sendiri.
siap ajak tidur rumah. oh tak sangguuupppppp.

siapa ada cerita expose mistik nak share boleh email ke aku yea.
thank u.



9 Comments:

susumanis said... [Reply to Comments]

eiiii teruknyerr madu lahabau ntuh..suh la kakak awak pasang cd azan sentiasa kat rumah satu lagi lepas solat cuba baca hadis sesama ahli eluarga insyaAllah segala hantu setan x larat nak duk umah tu, azan bako setan lintang pukang dia lari, baca hdis lepas solat kira majlis taklim, malaikat semua turun pakat dengar so penuh malaikat kat rumah setan lari lah..insyaallah, cuba ya..eh yg share cite ni sure baca komen ku kan peej..hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply to Comments]

seramnya...dh la dok sorang ni..

skip baca ler jawabnya huhu..

takut cheq

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Ntahnya..dah la dirembatnya laki orang tu. Pastu bermukah lagi dengan syaitooon. Sanggup nak menjahanamkan hidup orang lain. Apa lagi yang tak cukup si perempuan syaiton ni nak? Panas hati betul aku dgn perempuan macam ni...
Ehh..dah bukan komen cerita mistik pulak.

Ok untuk pedinding, baca ayatul qursi 3x, 3qul 3x dengan niat menjauhkan diri dari segala ancaman makhluk syaiton dan jin. Lepas tu pagar keliling rumah. Kalau ada belerang, tabur keliling rumah juga. Belerang tu untuk menghindari segala jenis binatang berbisa masuk rumah. Amalkan dan tawakal padaNYA. Insyallah.

Nina said... [Reply to Comments]

Mintak akak tu baca ayat kursi tiap2 pagi dan petang ... Dgn tajwid yg betul ... Pastu baca kulhuwallahhuahad, kulauzubirabbinaz dan kulauzubirabbilfalaq .. Pagi petang jugak .. Pastu baca auzubikalimatillahitammatiminsharrimakhalaq ...

Rina277 said... [Reply to Comments]

Sakit plak hati baca kisah ni..bkn seram lagi dah..minta kakak ni jgn stop usaha..
Garam kasar yg di gaul dgn lada hitam pun elok juga utk menghalau syaitan ni..baca ayat Kursi dan 3 Qul masa gaul tu sambil dlm hati btul2 bertawakkal pada Allah SWT..dah sudah tu tabur di keliling kawasan rumah sambil mohon pada Allah dijauhkan segala syaitan yg mengganggu..dlm keluarga saya pun pernah jadi kes camni..mmg makan tahun gak la nak kasi settle..yg penting sabar, usaha dan tawakkal..insya Allah akan ada jalan penyelesaiannya..

ceritacherita said... [Reply to Comments]

Dlm hal ni kalau pindah rumah pun tak guna, bukan rumah yg diduduk skrg tu berhantu, tapi disbbkan ilmu yg digunakan oleh madu kakak awak tu. Kalau pindah pun sure dia ikut. Jgn give up berubat, selagi tak berubat nanti menjadi2 lagi. sementara tu buat seperti yg readers lain ni bagi tau.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kesian nya kakak dia....dahlah ambik laki orang pastu buat memacam hal pulak....aunty rasa kan dia guna hantu raya lah....sebab tu lah mereka boleh nampak si madu tu ada dalam rumah kakak dia.....hanturaya ni dia boleh bertukar menjadi sesiapa je dia hendak jadi.....lahanat punya madu kan....elok dihempok hempok je....biar mampus.....ko hidup pun menyusah kan orang je...astaghafirullah al azim.....aunty terlebih suda.

larradanish said... [Reply to Comments]

suruh dia pasangkan bacaan RUQYAH (ada di youtube).saya ada pengalaman gangguan macam ni.pasangkan bacaan dari malam sampai ke pagi..pasang selama sebulan dulu...tgk macamana.insyallah ikhtiar untuk gangguan sihir..dan gangguan2 yang tak baik..kalau boleh pasang kuat2 dan jangan ikut bacaan.saya dapat nasihat amalkan ruqyah ni dari ustaz yang berubat terapi alquran..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

boleh juga bacakan surah al-baqarah di rumah. biasanya org kalau pindah rumah kosong yg lama tinggal, dibacakan/perdengarkan surah al-baqarah kat rumah. trylah and bykkan beramal ibadat kepada Allah :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...