Instagram : @peejburhan

bila dah tak ada baru terasa kepentingannya.

sana sini baca isu air.
if tak silap yang terjebak area ampang, pandan n cheras yea.
aku pun tak berapa sure sebab apa.
dasar pemalas tengok berita.

pastu terbaca kepayahan orang yang mengadap isu air ni.
aku lak terasa penatnya tu. n betapa lecehnya.
dah la katanya nanti lepas raya cina baru ok. oit lama tu.

bila baca kepayahan tu semua.
timbul rasa syukur dalam diri.
kadang selalu diri ni mengeluh itu ini tak kena.
ada je la.
padahal tak sedar yang sekecil2 benda di sekeliling ni pun adalah pemberian Allah.
contoh orang lain payah ngan isu takda air ni.
sedangkan aku happy je kat rumah ada air.
nak basuh pinggan n cawan ada air.
nak mandi ada air.
nak basuh baju ada air.
paling penting nak berak tu ada air.
kalau takda air seksa weyh.

dulu masa kecik pernah gak jadi.
tapi rasanya takda la lama mana.
maybe tak sampai seminggu pun.
ingat lagi zaman dulu bila lori tanki air tu sampai.
ramai2 la bawak segala bekas yang boleh untuk isi.
time tu kecik, benda macam tu pun happy je rasa.
mandi pakai air tu ok lagi.
tapi cuma bab masak n membasuh pinggan mangkuk la leceh kan.

n zaman masa kat mrsm pun pernah takda air.
pun sama kena angkut air daripada lori.
tapi jenuh la jimat air.
kalau kau ada dua baldi untunglah.
yang ada satu je baldi. merasa kat botol2 or bekas pun nak takung air.
time tu nanti penuh je baldi dalam toilet sampai nak berjalan pun susah.

tak silap air dalam baldi tu guna untuk kencing n berak je.
kalau mandi ramai mandi luar.
aku tengok akak2 senior bukak perigi ke telaga tepi block asrama n mandi situ.
aku tengok air tu tak berselera nak mandi.
takda la kotor pun. tapi idok le sejernih air biasa.
kata orang bandar sangat kan. so macam ngeri je nak mandi macam tu.

so mana yang taknak mandi situ.
pergi ke banggunan akademik.
bawak baldi n gayung masing2.
penuhkan baldi ngan air pili bomba pastu mandi.
eh jap. pili bomba ke nama dia?
pili yang melekat kat tanah tu yea?
ni tak.ni yang hose tu. siapa bukak aku tak sure.
tapi guna air tu la. keh keh.

paling aku takleh lupa.
time prep.
tetiba lak rasa nak kencing.
so ke toilet la.
tapi dah tentu air takda.
gayung ke baldi pun takda sebab katanya time prep kan.
so selamat kencing nak cebuk la.
memang hose bomba dah ada kat bilik air tu.
pintu takleh rapat la.
macam hose kau siram bunga selalu.
kan boleh adjust kepala depan tu untuk air banyak ke. sikit ke.
so hose tu memang dah teradjust sikit je air keluar.
elok aku tala. amik kau rasa nak tercabut weyh. tajam nak mampuih air dia.
nasib air tu adjust kecik macam tu.
kalau la besar macam orang yang nak padam kebakaran tu.
mungkin aku tercampak keluar daripada toilet tu dalam keadaan terdampar n kebogelan.
hahah. ok tetiba sangat pulak nak kebogelan.

ok cukup teringat kenangan lama.
sambung balik.
yang pasti ku harap tak kena la kat area umah aku ke apa.
but if jadi akan ku lari duduk rumah mama.
macam the other day balik umah sana.
tetiba takda air.
dorang kata if lama takda. dorang nak duduk rumah aku.
ok je takda masalah.
senangnya rumah tak jauh ni kan.
at least ada back up la kan.

ada gak terbaca ada orang kata. baik takda electric daripada takda air.
ok ada betul gak la.
tapi for me, dedua aku nakkkk.
sebab ada elektrik pun tension gak weyh.
dah la nak buat apa pun tak boleh.
paling tak tahan panas la weyh.
tak pasal mendatangkan kemarahan je nanti.

eh tetiba tak tau nak ending apa.
ucapan untuk readers yang menghadapi krisis air ni.
bertabahlah.



4 Comments:

Jojet said... [Reply to Comments]

kat kuantan pon xde air..mmg betabah sgt..mmg kena redha sgt..

manisz said... [Reply to Comments]

aku pernah menghadapi situasi yg sama mcm ko..hahahha..aku mandiiii guna pili bomba..sorang2 tgh2 mlm..masa kat maktab dlu..huhuhu..giler best kenangan itu! puihhhhh!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Rumah aunty alhamdulillah ada air....tapi nak juga terkenang zaman dolu2 terjadi waktu aunty dalam hari bersalinkan anak perempuan aunty pada tahun 1991....air tak ada 2 minggu, aunty pulak saje gatal tak nak balik jb saje nak bersalin kat klang je.....ambik kau masa aunty baru 2 minggu bersalin air tak ada selama 2 minggu...menangis ko macamana nak basuh baju baby dan segala bagai....pastu lori air datang bawak air pun bukan nya depan rumah aunty....lori tu berhenti agak2 dalam 10 buah rumah dari rumah aunty, tak ke menangis dalam hari terpaksa mengangkut air berbaldi baldi, lori air datang pagi dalam pukul 10 cemana uncle nak tolong dia dah pergi kerja masa tu.....sampai sekarang aunty selalu rasa sakit sakit badan sebab dalam hari mengangkat benda berat2 kan....apa nak buat dah nasib badan.

H Is For HAYATI said... [Reply to Comments]

aduhh jenuh tahan gelak sensorang. Baca time ofis lak..muahiiii

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...