Instagram : @peejburhan

bidan terkejut.

hoi tak cukup tidur ni.
semalam tertidur awal. then terjaga.
pastu tadi 9ish am baru tidur.
pastu rasanya sejam lepas tu dah bangun dah aku. 

sebab Mr.B dok jerit panggil aku.
menggelupur bangun.

Mr.B : sayang anak ceceh tu!

terus flashback.
omg aku tak tau pun dia pregnant weyh.
ada la aku lepaskan dia few months back sebab dok memekak nak mengawan.
pastu ada bf lama dia pun dok tunggu depan.
aku kesian. tak sanggup aku tengok.
so aku lepaskan. depan pintu separuh jalan badan kat grill lagi dorang buat projek.
tak gi jauh pun. dalam compound rumah lagi.
aku perati je kejap2.
sebab kesayangan Mr.B. kang hilang apa aku nak jawab.

then aku nak keluar pos barang.
tengok dia ngan bf dia santai kat bawah kereta depan umah aku.
amik balik ceceh n promise kat dia n bf dia. esok jumpa lagi yea.
takda pun. sebab lepas tu aku sibuk.
n Mr.B tak bagi lepaskan.
habis situ.

langsung takda ciri2 pregnant.
last time nampak la gak.
ada la saspek. tapi try tekan perut macam biasa je pun.
tapi dia kuat makan. so if keras pun aku pikir dia kuat makan mcm tuan dia. heheh.
dia suka lepak n tido sendiri. tak manja.
tapi tu memang perangai dia. tak suka manja.
manja time dia getik n nak mengawan tu je.
kalau tak memang dia tak layan la kau.

so pagi tadi dia dok sibuk nak berkepit je.
pastu dok ngiau sana sini.
aku dah macam, aaaahhhh musim mengawan nak kembali ke ni kan.
pastu dia baring in between aku n Mr.B.
kemain purrr n nafas laju. 
pastu dok la bising2.
Mr.B dah bising sebab dia tidur kan. ceceh kacau.
aku suruh ceceh pergi dia takmo.
dok la datang balik.
aku siap jentik telinga baru dia pergi. muka sedih.

then tido la.
tau2 Mr.B jerit panggil tu.
berlari.
tengok ceceh kat tepi. then tepi tu ada baby tergolek je.
siap ada darah n kantung lagi.

whatttt??? bila dia pregnant ni?
ceceh tengok je baby tu tak buat apa.
Mr.B amik kotak. nasib ada kotak umah aku.
tapi paper takda. amik kau alas pakai paper bag nandos je.

ceceh masuk dalam tu.
anak dia tinggalkan.

Mr.B : cabut benda melekat tu.
me : mana boleh la. ceceh yang kena buat tu.
Mr.B: ye ke. kalau macam tu masukkan dalam kotak.
me : aaaaa geli... tak retiii.
Mr.B : apa yang tak reti. buat la. i nak pergi kerja ni.

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. amik plastik balut tangan aku.
angkat letak kat ceceh.
tapi ceceh ni sumpah tak reti buat apa.
di biarkan je.
jilat taknak apa taknak.
pastu sesuka hati himpap.

aku dah gelabah lalu ig apa nak buat.
aku memang tak reti.
selalu hal ni noy yang uruskan.
plus kucing2 before this tau je jaga anak dorang.
Mr.B siap pesan suruh aku duduk je ngan ceceh.
sebab risau dia ni bukan betul. kang tak pasal mati je kang.

 :: time ni cemas sangat sebab rupa dia macam kesakitan nak branak lagi. tapi dia relax je. anak dia pun dia buat taktau. tengok la kenit tu still ada benda melekat kat dia. ::


sambil ig sambil aku google macam-macam la.
sampai la jumpa few sites kata kalau after few minutes mak dia tak makan benda placenta ke apa namanya tu.
kita kena potong cord tu.
pakai gunting la apa.
uwaaaaaaaaaaa. trauma aku.
nak taknak kena la mak bidan buat.
dah la baby tu gerak2. risau aku salah gunting ke apa. 

ok gunting berjaya.
pastu most sites suruh kita lap2 kucing tu pakai towel. ok done.
lap sikit2 je pun. aku bukan berani.

ceceh tetap la tak jilat ke apa anak dia.
apa pun tak boleh la dia ni.
kejap2 nanti nampak muka dia ternganga semacam.
aku dah macam dia ni nak beranak lagi ke apa?
then ramai kata suruh check bontot terbukak lagi ke apa.
aku check tapi tak reti. darah banyak la.
then dorang suruh usap perut.
ku usap2. ceceh bukan nak beranak.

tetiba dia feeling manja macam kita nak belai2 dia. eeee sabar je la.

 :: tino takdo perasaan ::

gelabah again. taktau nak buat apa.
sebab dalam sites kata kalau dia nak beranak. kita tak tolong.
kalau la dalam perut ada mati ke apa. nanti ceceh tak survive la apa.
apa lagi. terus call noy si mak bidan la.
so now noy on the way. fuhhhhh.

baca lagi kata kalau baby dah gerak n cari nipple mak dia ok la.
ok memang ok. tapi dpd td dok gerak tak jumpa punca pun.
maka ahkak pun terpaksa tolong kenit tu.


baru dapat susu.
ceceh terkejut masa anak dia isap susu tu.
aku rasa anak dia sekor je la.
takda pun lagi.
hope ceceh lil junior survive.
boleh kawan ngan mommy dia.

- mak bidan yang masih terkejut n traumatize-

22 Comments:

Rapunzeel Cikilolo said... [Reply to Comments]

tahniah ceceh...

hehehe.

Norasiah Nasir said... [Reply to Comments]

sekor je anak ceceh..tahniah dah dpt cucu..hehehhehee...

nor said... [Reply to Comments]

typical persian cat. need to be assisted like mine. awak kena letak air makanan nearby utk dia tenaga. kami siap beri vitamin yg jilat sbb dia letih nak teran kitten kedua dan seterusnya. labour pain dia jadi sgt manja dan kita kena teman.

nor said... [Reply to Comments]

lagi satu kalau kaai maim check dlm twmpoh 35 hari tanda tanda kerap makan dan manja tu...serta cari port nak beranak etx.

SueGinola said... [Reply to Comments]

Aduh!baca je pun tapi dah rasa stress giler...kalau sayalah mau kejung disitu..sebaik peeja boleh fikir macam2...huhuhu

Meg-ct said... [Reply to Comments]

Peej, anak dia sekor je ek? Ingatkan kucing ni kalau beranak mesti banyak-banyak.. Huhuhu... Hebat la korang ni. Respect betul. I ni penakut kucing.. huhu

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

ceceh ni kenapa? tak sayang anak ke?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

kucing jns gini mmg tak pandai .. dia tau mengandung, lahirkan pastu wat bodoh. hope the baby can survive

Zila said... [Reply to Comments]

Hi...selama ni I'm your silent reader..tp cannot help ler nak comment ...cute betul cite u psl ceceh ni..tahniah dpt si kenit!

Dils said... [Reply to Comments]

siannye Ceceh tataw ape yang berlaku . harap2 baby kitty survive. C Kalau kite pon trauma kuttt ...

Hamizah Sahabudin said... [Reply to Comments]

hahaha...comel dgt ceceh. tuan dia pun comel :)

Miss Moon said... [Reply to Comments]

Peej ,

Ai baca ai plak yg geli geleman ...hebat la u Peej , dengan ini ai bagu gelaran Bidan Peej kat uhahhahah wah glamers nama bidan u ols

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Fulammak..ni baru betul bidan terjun. Lepas ni boleh bukak klinik bersalin la gayanya...Hi hi hi.
keep update tumbesaran cucumu okeh.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja
Setahu aunty kucing kalau beranak mesti lebih dari satu...jarang benar kita dengar kucing beranak satu kan.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja
Setahu aunty kucing kalau beranak mesti lebih dari satu...jarang benar kita dengar kucing beranak satu kan.

dot said... [Reply to Comments]

Congrats Dr. Peej. Hehe. Hebat youols. Kalau aku kena jerit2 dulu kat situ pehtu lempang diri sendiri agaknye. Seb baik kucing iols semua jantans. Hahahha

huda79 said... [Reply to Comments]

Alahai..ciannyer ceceh..dia x tau apa2..nsb baik peej pandai n cpt bertindak. Tgk muka ceceh tidur dlm kotak sian sgt..

huda79 said... [Reply to Comments]

Alahai..ciannyer ceceh..dia x tau apa2..nsb baik peej pandai n cpt bertindak. Tgk muka ceceh tidur dlm kotak sian sgt..

safiyyah osman said... [Reply to Comments]

Akak kucing jeneh ni mmg anak dia tunggal ja kot sbb kawan saya pun bela kucing gebu mcmni n tiap kali beranak msti sekoq ja...selamat mjdi tok..hehehhe

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

tahniah mak bidan terjun! haha. biasanya kucing ni tak peduli atau tak pandai jaga anak either sebab dia muda sangat so xreti, atau dia tua sgt jd dah pelupa dan xkisah.

sitihadiana said... [Reply to Comments]

Peej, i dgr kan kucing ni dia boleh rilek2 je take her own sweet time nk teran keluar semua anak dia, berhari2 pun boleh! So kan ntah2 ada lg kot anak2 dia kt dlm perut?? U bwk lah dia pi vet boleh buat ct scan (seriesss x tipu mmg scan mcm org pegnen jgk, vet tu cukur sikit bulu dia kat perut & letak gel+ batang machine scan tu)

sitihadiana said... [Reply to Comments]

Kucing i sebijik mcm Ceceh, nama Isabella ye x bleh blah nama nye haa. I punya la risau dia x reti beranak (sbb persian cat mmg mostly x se gagah kucing kg) so i register dia for caesarian operation kat vet. Tapiiiii...dia pulak sakit tgh mlm sorg2, pagi tu i bgn jmpa dia dh passed away..terkangkang mcm tgh teran nk beranak...i dgn ayaq mata merambu bwk pi vet trus buat post mortem vet kata can try la kot2 ada baby survive..scan before tu nmpk ada 4 ekor.so operate lah bwk kluar 1 by 1...but xde sekor pun yg dpt rescue...trauma sgt i... I wish i admit dia ke clinic a day earlier tp sbb busy sgt keje i took it for granted..sbb ingt alah maybe dia pandai jela kan teran beranak sndiri....
Eh sorry pjg lak menceceh hehehe. Congrats Ceceh!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...