#sayajual

Tabita Desi Damayanti Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

amboi kuat merajuk.

macam-macam hal la.
jiran iolls ni menguji kesabaran sangat.
dia nak karaoke ku tak kisah. rumah dia.
dia nak jadikan rumah dia port bebudak remaja port lepak n hisap rokok pun ku tak kisah.
walaupun memula tu ada rasa curiga n takut tu.
tapi lantak la malas amik kisah.

tapi ku mula tak gemar bila dia gemar meminjam duit kat laki ku.
pinjam tak banyak. tapi sebab tak banyak nanti laki ku kata biarlah tak payah bayar.
ikhlas tolong.
kalau sekali dua kali takpa. ni banyakkkkk kali.
aku dah bebel. aku rasa motip bagi dia?
daripada bagi dia baiklah bagi kat mak bapak kita. adik beradik kita kan.

yang geram tu. siap sms. macam2 alasan la dia bagi.
kata duit yang patut anak sedara bagi. tak bagi lagi la.
nanti sekian hari bulan dapat dia bayar.
masalah 2-3 hari lepas tarikh yang konon anak sedara dia nak bagi tu.
nanti dia mintak lagi.

pastu aku bebel. laki ku dah tak bagi.
aku kata jawab je kita pun takda duit.
masalahnya betul pun. ada rupa ciri2 kami ni banyak duit ke.
masalahnya kalau dia sebatang kara ku paham.
ni adik beradik ramai kotttt. awat tak mintak kat adik beradik kan.
satu lagu. ada ramai lagi jiran yang kau dah kenal bertahun.
apesal kita orang yang baru kenal ni dia mintak kan.
ke sebab orang dah masak perangai dia?

then tak dapat duit.
dia mintak pulak minyak masak n telur la.
kata dah 3 hari tak makan.
mintak kat laki ku la.
yang aku, "hah? 3 hari tak makan? tadi siang kemain gembira karaoke. takda macam suara orang tak bermaya tak cukup makan pun."
as usual laki ku tu memang baik hati.
so bagi la minyak n telur.
ok la. pastu aku lembut hati n fikir, bagi la.
plus aku pun bukan selalu masak. ada je barang pun.

then ada laki ku tunjuk sms dia yang panjang lebar.
kelakar kau kemain panjang bagi ucapan itu ini siap lirik lagu bagai kias sana sini.
akhir ayat kata nak pinjam duit. wth sangat.
pastu nanti dia sms kata duit bantuan dia dah dapat.
berapa ratus tah. then dia suruh budak yang selalu lepak cucuk kan.
patut cucuk rm250 kot. tapi budak tu kata mana ada Rm250. dia tengok ada Rm200 je dlm bank. gitu la.
pastu dia kata la dia syak budak tu rembat.
then masa bagi budak tu bg Rm100 je.
sebab Rm100 lagi bebudak tu karaoke. so nanti esok2 dia tong-tong dpd kwn2 n bayar balik.
so katanya dia simpan la seratus tu.
sekali esok dia nak mintak tolong someone belikan barang dapur.
alangkah terkejut duit RM100 tu dalam wallet dia dah takda. kena rembat katanya.
ngan salah sorang yang melepak tu.

pastu akhir sms mintak pinjam duit n nak barang dapur.
arghhhhhhhhhhhhhhhhhh.
aku taktau la Mr.B ni layan tak dia.
sebab laki ku ni tau aku tak suka benda mengarut macam ni.
memang aku hangin.
so dia buat or layan senyap2 aku taktau la.

ngan aku dia ni memang tak bercakap.
sebab aku ni bukan mesra alam sangat.
bukan la sombong. tapi aku kalau geram n marah. kalau boleh pandang pun taknak.
tambah lagi cakap. sebab aku kalau maki memang tak coverline.
so if nampak aku dia hanya senyum je.
aku senyum la balik if bertentang mata.
tapi usually aku akan avoid making eye contact la.
masalahnya kadang terpandang gak.
sebab dia ada perangai dengar gate aku bunyi je.
tak kira la aku nak keluar or masuk. or aku ada tetamu ke.
dan-dan dia jenguk, buat2 nak tutup gate. buat2 nak sapu la apa.
grrrrrrrrrrrrr.

anyway, kan dia kata orang rembat sana sini.
tapi aku tengok kemain ramai je lepak. ok je kau.
pastu masa kes tu aku kata la, senang lepas ni u amikkan duit dia.
pastu bagi. takda cerita orang rembat la apa.
yang mama n papa tak bagi. mama kata jangan layan.
kang dia bawak mulut kata Mr.B lak rembat duit dia. bukan betul.
eeeeee bengang.

tu takpa.
tadi ni aku balik.
dah lewat la. laki ku takda rumah.
dia kerja.
tapi aku pun banyak kerja so kena balik. ikut hati nak tidur umah mama.
tapi rindu la pulak kat laki. keh keh.
keluar kereta cemas sebab malam kan. aku kan trauma2.
sekali nak bukak gate tengok ada dia kat depan tu. macam penunggu gua je dalam gelap.
tanjat gegirl.

him : is ada?
me : huh? *muka kerek*
him : is ada?
me : takda. *bukak gate*
him : nak pinjam telefon boleh tak?
me : nak buat apa?
him : sebab hp abang kena rembat dik. bag duit. duit semua kena rembat?
me : abang ni macam-macam la.

sebabbbbbb tu aku kalau boleh nak elakkan sebarang contact.
sebab tahap kemenyampahan adalah level tinggi.
kan tak pasal aku jawab pun kerek.
then aku toleh ke belakang ke arah kereta.
sebab time tu aku nak lock kereta. sebab lupa.
then nak keluarkan few barang.

me : abang tu la masalah. percaya sangat orang. now dah macam-macam.

sambil cakap sambil buat kerja.
tapi aku pikir fine bagi je la pinjam.
walaupun aku tak suka sebenarnya.
sebab nanti dia rasa best. nanti macam2 la lagi nak.

him : takpa la abang tunggu is balik.

then lepas dah pusing nak ke arah rumah.
tengok dia dah takda.
siap lock gate.
lock sliding door semua.
dia pun dah tak nampak bayang.
amboi kau. kuat merajuk pulak.
kemain laju hilang ala2 ahli paralympic sangat.

mesti dok ngata aku evil la tu.
sayang sangat la tu kat laki aku.
sebab laki aku melayan.
beruntung lah sebab laki ku hati baik n lurus bendul kadang2.
dapat kat aku memang tak bagi chance la kan.
lantak la. nak merajuk suka kau.
tak memberi kesan kat aku.

memang macam kejam la telepon pun je dia nak pinjam.
but aku tak suka la.
maybe la tak baik prasangka buruk ke apa.
tapi hp aku la benda paling aku sayang.
buatnya dia cerita kat bebudak tu hp aku itu ini.
buatnya benda tak diingini berlaku. aku gak yang merana nanti.
memang la maybe budak2 tu tak macam tu.
tapi bukan kau ke kata dorang kaki rembat.
harus la aku paranoid kan.

cukup baik la laki ku rajin melayan.
which aku rasa pun dia sabarrrr je tu.
dia pun tak tahan tu.
tapi sebab pikir hidup berjiran katanya.

tu takpa. ada sekali tu aku tidur rumah mama.
Mr.B call memalam bebel kata tong sampah kena curi.
ala tau kan yang warna hijau tu.
kita orang sampah semua letak dalam plastik hitam.
tapi tetiba malam tu Mr.B kata tong sampah berulat2.
tengok tong sampah tu penuh sampah semua buang gitu je.
so orang sampah kan takkan angkat kalau gitu.
so syak mesti ada orang tukar la tu.
bebel2 la dia sebab orang tukar.
tak pasal dia bersihkan tong sampah tu basuh semua n letak dalam plastik semua.
dia mencari gak mana tong sampah kita orang. tapi malam tak jumpa la.

ada gak aku nampak yang lama tu Mr.b ada letak no rumah.
tp pakai marker pen n kecik je pun.
so malam tu carik takda.
esok tu dah siang baru nampak.
jengjeng teka la siapa dok tukar?
taktau la siapa tapi tau la rumah mana amik.
bekas no rumah pun dah kena padam pun nampak lagi. amboih

me : then tukar la balik.
him : taknak la. i dah cuci yang hari tu. kang tukar tah2 yang tu pun sama kotor. nanti i nak beli spray merah nak letak no kat tong sampah. tah2 apa2 tong sampah pun nak curi or tukar2.

sekarang amik kau. keliling tong sampah tu laki ku spray merah no rumah. kah kah kah.
haih la apa nasib.
hidup berjiran.
jiran takpa lagi. tapi masalahnya pelik sangat perangai i cannot go ok.
biar la orang nak kata sombong ke apa.
janji iolls is tak sakit otak.

nanti dia ngadu la tu kat laki ku.
merajuk sangat, nasib dah malam.
if awal lagi mesti dia merajuk sambil karaoke lagu irama melayu.

ok bye. sekian bebelan ku di pagi hari.
berlalu pergi *masuk step zapin*

p/s: untuk customer aku yang selalu pick up barang. bawak2 bertenang. kadang some tu kemain tak coverline cakap, ini ke rumah tetttttt tu?" kah kah kah. *pitam*

17 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

jiran serupa gitu pun ada kan. mula2 dgr mmg la kesian.. tp kejadah dia biarkan lg bdk2 tu lepak rumah dia semua kalau bdk2 tu kaki rembat kan.

tp sila hati2 dgn org yg suka pinjam tp xbayar2 ni. dulu ada juga mcm ni kat ofis lama.. selalu la hulur kat dia sbb kesian ckp nk beli tong gas la, buku sekolah anak etc etc. kadang pinjam sikit je so halalkan. tp lama2 makin bertambah la kan sbb asyik pinjam. lps2 tu dpt tau rupanya akak ni pinjam dgn rmai org kat ofis.. cerita masalah yg sama. rs mcm tertipu pun ada. laju2 mintak akak tu bayar balik hutang. kejam tak kejam ai tak peduli hihi. kalau tak buat gitu nanti dia buat lagi. tp mmg beberapa kali mintak jugaklah baru dia bayar.

so moralnya kita semua tak ada masalah nak baik hati tolong orang semua ni, tapi kena berpada2 utk mengelakkan drp kes2 kena tipu macam ni.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Tabah sis. Tabah.

Abah ku pun selalu kata ku ni tak pandai hidup berjiran. Hidup bermasyarakat. Aku mengajar - aku bermasyarakat gak apa?

Masalahnya kawasan rumah, ada jiran yang suka bercerita tak tentu hala. Ada siap hari tu - cerita tahun 1998 pun dia up semula. Tak memasal.

Blergh!

suka canteq said... [Reply to Comments]

Kenapa ada jiran mcm ni?????

suka canteq said... [Reply to Comments]

Kenapa ada jiran mcm ni?????

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kalau aku kan... mulalah aku buat citer mcm contoh nak pinjam phone aku ckp kredit abes. kahkahkah.. pandai la nk elak.. eee x suka la org cmni

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Eh eh..loratnye peragai.
Makin ditolong, makin pijak kepala.
Makin naik tocang. Kita bagi dia senang, kita yang tak senang hati.
Membantu orang berpada-pada. Dia tau peej orang senang, berduit ada business tu yang amik kesempatan atas kesenangan orang lain.
Tau pulak laki peej tu jenis baik hati, lagi lah kaduk naik junjung. Usah dilayan and amik pot dah orang camni. Menyampah lak aku..huh!

Nina Azhar said... [Reply to Comments]

kak peej, jiran mcm ni is sooooo annoying ok . kalau jiran atas rumah nina plak dia suka bertukang mlm2 buta , bhini dia tumbuk sambal belacan guna lesung batu pkl 2 pagi . lepas tu esoknya subuh2 dia remp enjin wira turbo tak kira laa ahad ke isnin ke . parking double selalu tarik handbrake which is so selfish! nasib baik jrg bertembung sbb dorg 1 family jenis x bercampur org . kalau x maunye kena bahasa

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Dia ambik kesempatan sebab tau Ben baik sangat....jangan lah di layan, orang macam ni kalau kita buat baik pun tak guna....lambat laun nanti dia akan memfitnah peeja suami isteri pulak.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Dia ambik kesempatan sebab tau Ben baik sangat....jangan lah di layan, orang macam ni kalau kita buat baik pun tak guna....lambat laun nanti dia akan memfitnah peeja suami isteri pulak.

kimmy said... [Reply to Comments]

aihhh...i pon menyirap pula baca citer jiran u nih.. pening kan dapat jiran mcm gitu..huhu

Shida Idris said... [Reply to Comments]

huhu, boleh sakit kepala dapat jiran macam ni.

nasib baiklah semua jiran-jiran shida ok, shida pulak jenis x bercampur sbb yelah keje shift.

FARYN said... [Reply to Comments]

pasni buat muka kesian abiskan beras kat umah kau plak..
takyah dilayan sangat.. kang makin menjadi..

strawberi said... [Reply to Comments]

oh no..plis..jgn layan..org camni mmg tatau bersyukur
n scary part..iskk..nauzubillah la kan...kot dia brani wat bukan2...takut je dia tnya ben ade ke tak tu..ade maksud lain..if dia tau asben peej takde..lg scary if dia tau peej dok sorg...plisss..buat je pagar autogate..supaya takyah tgk muka dia..tros masuk umah je

Meg-ct said... [Reply to Comments]

I pulak yg naik stress membaca pasal jiran you ni peej.... Hadoilaa....

PRIMADONA BRANDLICIOUS said... [Reply to Comments]

hari2 kena rembat mmg x masuk akal la..so motip dok tunggu laki org tengah mlm???? hahaha..sengal jiran ko ni peej

A.I said... [Reply to Comments]

Haiyooo!! tak selesanya dpt jiran camtu. kau ckp le ngan laki kau, jgn kasi muka sgt. mcm saiko je jiran kau tu pija. ish...

Qneem said... [Reply to Comments]

Essshhh....memang patut pun peej x bagi pinjam phone tuu...gelilaa tangan dia nak pegang2...x yah layan, pelik lain macm jee dia!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...