Instagram : @peejburhan

Adab meniaga.

tak paham aku orang meniaga ni nak dengki medengki.
Aku ok je if jual barang yang sama.
Aku yakin Allah dah tetapkan rezeki masing-masing.
Tapi motif kau dok kata aku jual barang fake la apa.

Dalam diam dok mengata sana sini pasal barang yang aku jual.
kata aku jual barang tipu.
terpulang lah.
aku dah buat benda ni setahun lebih. kecil-kecilan je pun.
n apa yang aku jual aku pun pakai.
bukan aku je. orang2 yang aku sayang pun pakai.
noy pakai, mak aku pakai, bapak aku pakai, kawan-kawan rapat aku pun pakai.
Alhamdulillah ok. so akai ada tak kalau barang tu tak betul/fake/teruk apesal aku nak binasakan diri sendiri, family aku, n kawan2 aku.

kemain siap bercommunicate ngan customer aku bagai.
kata barang aku tak bagus. dia punya lagi bagus.
masalahnya benda sama pun.
mana kau tau kau punya betul? kau pun baru jual berapa bulan je.
siap hari tu jual set yang tak wujud pun.
kat situ pun dah boleh mempertikaikan tentang stock kau tu dpd sumber macam mana.

siap kata aku jual mahal. beli kat dia lagi murah.
tapi tak silap aku. dia jual lagi mahal.
tengok harga aku tak tinggi. dia plak turunkan.
pun takda aku tak kisah.
sebab again aku anggap. rezeki masing-masing.
terpulang la pada customer nak beli kat siapa pun yang dorang selesa.
rezeki daripada Allah ni luas.
tak salah pun berkongsi.

yang kelakar kemain kutuk barang aku.
tapi 1st set kau pakai pun kau beli daripada aku.
yang kau buat banyak entry kata bagus la apa.
lepas tu kau pun start jual. good for you.
atleast ada duit poket sendiri kan.
tapi just because kau jual, kau tetiba canang sana sini kata aku punya barang fake.

terpulang kat masing-masing.
aku jual ikhlas.
kalau barang tak bagus takda la beribu2 customer ku.
takda la orang repeat beli sampai 6-7 kali.
takda paksaan pun. rasa nak try, beli.
rasa selesa boleh repeat order.
rasa macam nak beli dpd orang lain lepas tu, or nak beli sendiri, or nak meniaga lepas tu. pun ok.
takda masalah pun. terpulang.
rezeki ni semua Allah yang tetapkan.

aku faham. kita ni manusia biasa.
biasa la kadang jealous. kadang sentap.
aku pun tak lari daripada rasa tu.
tapi nanti sendiri sedar yang rezeki semua daripada Allah.
kalau banyak Allah tetapkan, banyak la dapat.
kalau Allah tetapkan sikit, tetap bersyukur kan.
setiap orang ada rezeki dia la. Insyallah.
Allah tu Maha Pemurah.

jangan busuk sangat hati tu.
sebab busuk sangat la ada je benda nak merempan ke, tak puas hati ke, nak caras orang ke apa.
try bersyukur ngan rezeki sendiri. n happy ngan rezeki orang lain.
kadang-kadang yang kecik ni kita tak perasan.
contoh, kau tengok orang tu meniaga. ehhh dia boleh bercuti sana sini. eeee sakitnya hati.
tapi kau tak fikir, maybe rezeki kau belum sampai ke tahap nak bercuti, tapi rezeki kau..since meniaga kau dapat la merasa makan mewah sikit. or beli baju baru ke.
ok la tu kan. still peningkatan apa.
kalau kau rasa kau nak jugak ke tahap bercuti. then usaha la lebih.
tapi jangan la dok khianat orang ke apa.
buat cara betul. tak kisah la kau meniaga online ke apa.
adap kena ada.
ni dah ngan customer pun kau nak berkira.
kata kau just nak jual barang, bukan jual budi bahasa.
then tanya la diri sendiri.

panjang lak bebelan ku.
celoteh pagi hari.
one of the reason aku malas rapat ngan orang.
sebab nanti kita ok ngan dia, taknak judgmental ke apa, dia pun kemain ok ngan kau, tau-tau belakang kitaaaaa.....
suka hati la.
janji aku tau, aku ikhlas, takda dengki or busuk hati ngan kau.
tapi i is very terkilan rupanya gitu sekali kau buat.

oh nways, stock dah sampai.


regular set ada banyak.
exclusive limited. Insyallah ada rezeki ku tambah lagi.
siapa berminat boleh email at tabita.nhb@gmail.com.
more details HERE.

ok tu je.
ta-ta. :)






30 Comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Abaikan je orang camtu Kak Peej. Dia lupa rezeki tu Allah yang bagi.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said... [Reply to Comments]

Hemm..org busuk ati ni x ke mana peej...biorkan dia dgn labu2nya

Macikz Konah said... [Reply to Comments]

Biasalah kak peej itu namanya orang guna daya bersaing x sihat. Mugnkin duit dia tu dpt byk..tapi keberkatan tu kita kejar. Biar sikt janji berkat.

green apple said... [Reply to Comments]

Wahhh, sape la tu weiiiii.

Nina said... [Reply to Comments]

wow, peej. orang ittewkah? yang dah privatekan blog dia tu? dia tak sedar agaknya dunia ni kecik. speechless. dengan semua orang pun dia nak tunjuk busuk hati. anyways, dont worry, people know who u are (and dia, if my tekaan betul). reputasi dia memang dah lama busuk, so anythg she says, people wud end up mocking and laughing at her

cintadalamhati said... [Reply to Comments]

cam bole agak je sape.... :)

safiyyah osman said... [Reply to Comments]

Huhu..akak pun terkena ke...org gini kita kna buang..aura negatif.huhu

norul othman said... [Reply to Comments]

mg trus bertabah peej...melayu sesama slu gitule...sembang je lebih pon...tp,habok pon tara...xpa2...ajak en hubby pi pekena satay padang dkt kedai ros dkt kg baru nun...sodap bona....hehe happy sunday...

kardina73 said... [Reply to Comments]

stay strong n be urself peej..
all the best to u n hubby..

kardina73 said... [Reply to Comments]

stay strong n be urself peej..
all the best to u n hubby..

Rapunzeel Cikilolo said... [Reply to Comments]

peej teruskan berusaha!

::cdot the dot:: said... [Reply to Comments]

dia lari sekali dgn kunci umah aku.gampang xgampang dia ni.pastu ugut aku mcm aku utang dia.hamjadah!

Akuro ® said... [Reply to Comments]

Omg xsangkanya.. speechless.. apa dah jadi??

Zalia said... [Reply to Comments]

aku dh agak dh sape..patut la blog dia private..stupid bitch..hmmm..ckp berapi..habuk pun tarak dia ni..bosan aku..kalo tulis kat blog tu..sume pung pang pung pang..kritik org kemain..benci aku org mcm ni *tibe2 emo lak aku*
tp aku mmg benci org ko ckp ni peej..serius..wpun dia xde salah dgn aku..hahahhahahaa

ladyhermanas said... [Reply to Comments]

Sabar peej. Manusia psychotic mmg cenggini.

sepet a.k.a zack_u said... [Reply to Comments]

Memang ramai je kot orang macam tu. Kalau ada rezeki kite, tak kemana kan. Kalau bukan rezeki kite, dah masuk mulut pun boleh terkeluar balik. Itulah..orang tamak selalu rugi, sabar je la kak...

Tata Azha said... [Reply to Comments]

Gila lah org camni .. Kalau kena kat aku tau lah nasib dia...

::cdot the dot:: said... [Reply to Comments]

dia gila..tuko mangga grill umah tu..xpe, tunggu la masa dia..aku xkan diam

arLene said... [Reply to Comments]

ahaha...aku bukan gelakkan ko peej, aku gelakkan dia. aku rasa aku tau sapa. coz aku slalu baca blog ko, kak d, lady noe n dia. so, pusing2 macam boleh tekala sapa. aku dah buang pun blog dia dari list aku. tension tengok tajuk asyik nak kondem orang jer. orang kondem dia kata jeles pulak. tu dia privatekan tuh sebab nak menghanjing lagi kot bisnes orang thats y tanak org baca.muahaha... tapi sure dia baca post ko nih then sapa2 yang kondem dia dengan tepat, dia masuk blog orang tuh then gi kondem plak orang tuh...muahaha

mafuza said... [Reply to Comments]

bagus lah entry ni. suka.. mintak izin copy ye. nak jadikan iktibar :)

love for life said... [Reply to Comments]

kesian hang peej, xpa nanti dia kena la tu.

Zurina Hj.Zainal said... [Reply to Comments]

biarkan je la peej, bukan ko mkn duit dia pun....org cenggin x leh dibwk berkawan....lantok ler...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Eeei jahat nya, sampai macamtu sekali dia buat.... tak boleh ke kita saling hormat menghormati dan sama sama berniaga dengan jujur....ni tidak sampai mengata ngata orang sana sini...dah peeja jangan dilayan lah, biar je lama lama orang akan tahu perangai buruk dia tu, siapa lah agak nya orang itu ya?

ShilaShower said... [Reply to Comments]

aku baru tau ah semua cerita hangat di pasaran. sebab aku selalu je paling last nak tau gossip2 ni kan. hahahaa. tapi aku macam tak sangka la sbb aku ok je ngan dia sbb dia satu kampung ngan kown. hahahah (konfiden je aku tau sapa kan)

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

yes meniaga, hati mau bersih, jangan ada hasad dan dengki, dan keinginan utk menjatuhkan orang lain.. jangan jadi orang yang tak leh tengok orang maju, terus nak jatuhkan.. rezeki Allah bagi sangat luas.. kita tak dapat kat sini..ada banyak lagi kat sana.... keikhlasan hati penting ;) takmoh stress, jom kopi? muahahah

funky_D a.k.a Mrs Al said... [Reply to Comments]

aku pun cam tau je org tu sape. cakap memang berapi je tapi habuk pun tarak. dulu buat contest siap ada hadiah. ala hadiah cikai je tapi sampai sekarang aku x dapat. xtau nak cakap apa la org cam ni.

yg penting Peej abaikan jela org tu. aku dah follow ko lama kot. me and all of ur readers know u better.

biarkan la dia dgn labunya. kalau tenggelam dalam laut terus lagi bagus kot. hahahahaha(gelak jahat).

Azwin Nalisa said... [Reply to Comments]

xsgka lak die cmtu. huhu. slme ni bce blog die, cam xksh pn. lantak la die nk kutuk ke ape. da blog msg2.

pdn ar asik duk up entri tabita, gitu gini, perghhh. igtkn sape la yg die ckp jual tabita palsu. rupanye peej burhan. huhu. sabar je lahhhhh....

kalo xslh, xpyh la privatekn blogggggg ...hewhew

Azwin Nalisa said... [Reply to Comments]

xsgka lak die cmtu. huhu. slme ni bce blog die, cam xksh pn. lantak la die nk kutuk ke ape. da blog msg2.

pdn ar asik duk up entri tabita, gitu gini, perghhh. igtkn sape la yg die ckp jual tabita palsu. rupanye peej burhan. huhu. sabar je lahhhhh....

kalo xslh, xpyh la privatekn blogggggg ...hewhew

Azwin Nalisa said... [Reply to Comments]

xsgka lak die cmtu. huhu. slme ni bce blog die, cam xksh pn. lantak la die nk kutuk ke ape. da blog msg2.

pdn ar asik duk up entri tabita, gitu gini, perghhh. igtkn sape la yg die ckp jual tabita palsu. rupanye peej burhan. huhu. sabar je lahhhhh....

kalo xslh, xpyh la privatekn blogggggg ...hewhew

Syue Mustafa said... [Reply to Comments]

Setiap orang ader rezeki masing-masing. Tak payah ler nak dengki-mendengki, nak sabotaj orang. Nanti rezeki tak berkat plak. Banyak-banyak bersabar ya Peej.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...