#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

sunday last untuk 2012

weekend yang langsung tak kemana.
sebab demam suka bermain dengan perasaan ini.
kejap ok kejap tak.
so baiklah di habiskan di rumah je tengok DVD.
ni pun dah takda cerita nak tengok sebab semua aku dah abiskan tengok.
tadi singgah kedai DVD ingat nak beli kalau ada yang menarik.
tapi dah kata baru je tak sampai seminggu lepas aku beli.
takkan la ada yang baru or menarik kan.
takda la. so balik ngan hampa je tadi.

 :: walaupun demam, tapi tetap gigih nak vain kan. walaupun mata tu panda tak coverline. pastu demam ni tetiba ada eyebag lak. kuangkuangkuang. apa la nasib. pasrah ::


patut tadi nak melawat bapak mertua aku kat hospital.
aku dah sihat sikit. so ok la.
singgah makan nasi kandar pelita jap.
hoiii. rasa extra sedap plak hari ni makan.
ke sebab baru baik demam lalu dapat menikmati kesedapan makanan kembali?

nway, lepas makan gerak je.
tetiba Mr.B kata tak jadi pergi hospital.

sebab dah lewat la apa.
dia ajak balik rumah.
tah apa2 kan.
punya la dia ajak keluar.
pastu aku gigih siap n rajinkan diri nak keluar.
tetiba dia nak ajak balik.

me : kita pergi jj au2 la. nak beli pasir kucing. dah habis kan?
Mr.B : a ah.

sampai sana malas nak berjalan. so berhenti tepi. beli kat kedai pet save je.
then terasa nak tengok tanah runtuh tu.
so corner ke setiawangsa.

Mr.B : u nak pergi mana ni?
me : nak tengok tanah runtuh tu.

tapi sampai traffic light sri ayu. malas lak nak ke sana.
so daripada situ dah nampak. jadi la.
pastu tetiba masuk simpang umah mama.

Mr.B: ini macam nak pergi rumah bapak mertua ngan mak mertua ite tu je.
me : hehehehe.
Mr.B : dah agak dah. moling tu tektik.
me : hehehe. alaaaa. andoku tu tau ke.

hahaha harus la.
daripada aku melangok kat umah.
baik lepak umah fam aku.
plus tengok mama sepi je kat fb.
so balik rumah boleh gossip ke apa.
rupanya sampai sana. dia dok marathon dvd ngan papa n ayol.
patut la sepi je fb dia. kalau tak ada je dia update.



tadi semua ada.
tapi rasa sikit je.
tapi tetap happy. ada je cerita2 itu ini.
tapi tak dok lama pun.
kena pulang ada kerja nak buat.

oh alang2 aku tolong promo sekali la kat sini.
pedd nak let go 2 benda ni.
interested boleh email dia farhanarazali@gmail.com



:: FOR SALE: RM400. used for 1year. Sits 3 or 4, solid wood, red upholstery, not from ikea. sofa sahaja. lapik zebra n cushion hanya hiasan ::



:: Solid wood tv cabinet (only middle one), fits 44" TV, not from ikea, very heavy - RM600 (not including delivery).::

ok itu aje.
nak pergi layan mr.B.
layan tengok dvd je pun.
eh tetiba nak explain bagai.




selepas 17 tahun, tak mampu lagi bertahan.

semalam ke setiawangsa.
gerak around 11ish balik rumah sendiri.
tengok mr.b dah sampai rumah. n kawan dia cojack tu pun baru sampai.
ajak gi makan kat kedai atas.
tengok tv sat. rupanya ada maharajalawak mega.
boleh lupa lak. takpa nanti tengok repeat la.

so layan tv kejap.
lepaskan pukul 12am.
then gi minum.
lepak n sembang semua.
later noy call kata nak join.
dia tido umah aku.
so makan2 n minum dulu.
noy cakap puncak setiawangsa runtuh.
dia nampak kawan dia update kat fb.

hah? terkejut. i was there few hours before je.
ok lak takda apa.
eh tapi if ada pun maybe taktau.
sebab kita orang kat bawah ni.

so aku terus search kat twitter.
sebab aku tau ada apa2, mesti kat twitter la paling laju news.
keluar la banyak tweet.
n some pics.

 :: pic credit - twitter @malikridhwan ::

time tengok pics yang ada tu.
hanya mampu cakap Allahu akbar.
daripada aku kecik tengok retaining wall tu.
tapi kuasa Allah, kau buat la benteng konkrit macam mana pun, kalau Allah dah tentukan jadi macam ni.
jadi la kan.


:: pic credit - twitter @bernamadotcom ::

so scary kan.
rumah paling hujung tu selalu tengok.
kalau malam paling la menyerlah. sebab sebanyak2 lampu la dia bukak keliling pagar rumah ni.
kalau macam pilihanraya. nampak la ada baloon besar tu n ada bendera BN terbentang kat wall ni.
aku pun tak pasti rumah siapa ni.
tapi yang tau yang kat area lereng ni ada dato zulhasnan, ada dato jamaluddin jarjis tu.
ok not sure pangkat dorang apa.
dulu kawan papa duduk atas tu jugak. sebelah rumah zulhasnan tu.
tapi about 1-2 years ago dia jual rumah dia tu kat zulhasnan.
gituh la.
aku ada gak kawan duduk kat atas tu.
tapi kawan masa zaman kanak2 dulu la.
pergi tuisyen sesama.

but nways, after 17 years. akhirnya wall ni tak mampu lagi bertahan.
hope tak teruk sangat.
tapi memang mostly dah di suruh evacuate.
first prob puncak, second bukit setiawangsa la.
kalau puncak keep on ada landslide. memang rumah bukit jadi mangsa.

semalam dok sembang ngan noy, "eh rumah kita sangatttt jauh kan daripada tempat tu? takda apa kan"
ye rasanya sangat jauh.
aku pun tak sempat lagi tengok.
baru tengok daripada pics je ni.
later maybe balik kot.
or maybe tomorrow ke.

aku ni agak zombie ni.
pagi tadi sibuk baca timeline twitter ni.
after subuh baru tidur.
ni tadi pukul 10 dah bangun.
sebab ada customer pick up barang pukul 11.
then continue tengok pics kat twitter lagi.
baca news kat situ katanya still ada landslide sikit2.

eh ok la.
zombie sangat rasa macam tak tau apa cuba ku sampaikan.
bye nak packing barang.
ta-ta


since 2007

dulu aku ada pageviews kat blog ni.
tapi since few months back dah takda.
tinggal la yang berapa currently reading je.
macam bawah ni.


sebab aku perasan dah few months takda page view tu.
keluar kotak macam error takleh load tu.
so ingat nak tukar la baru punya.
tapi yang baru tu takleh nak letak hits dpd yang aku tengah ada now.
contoh hits now dah 5 million lebih.
so if baru punya paling max kau boleh isi if hits ratusan ribu.
so baik takyah kan.
so takyah la letak.

so tadi tengok kat dashboard.
nampak la details ni.

:: click for larger view ::

pageview - 5,075,081
post - 3002

start blog kat sini since sept 2007.
sebelum tu blogging kat friendster. 31st July 2006.
then tukar ke vox.
then ke blogspot jugak tapi url lain.

sedar tak sedar dah 6 1/2 years dah blogging kan.
macam-macam cerita ada.
ada yang suruh aku delete.
tapi aku taknak. sebab tu history kot kan.
mana kau nak lari pun.

if betul delete pun. 
maybe sebab aku tukar blog baru ke.
malas nak blog lagi ke.

as for now. hadap la benda ni.
6 tahun lebih weyh.
n all this while almost everyday update.
jadi kalau sampai satu tahap macam tak tau nak update apa.
or tah apa2 je update.
lantakkan la ye.

di harap tahun 2013 akan banyak lagi cerita yang boleh di share kan.
semoga kemalasan kita tinggalkan kat tahun 2012.
tahun 2013 akan lebih baik daripada semua segi.
Amin.






aktiviti lelaki.

last sunday balik je rumah.
tak lama lepas tu kawan Mr.B datang lepak.
dia ajak makan, dia tak makan lagi.
ok la suka hati.
tapi laki ku mesti la nak ajak sekali kan.
ok layankan.

so makan kat kedai area rumah aku je.
pastu lepak sembang la apa.
around 1ish am Mr.B dah ajak balik.
tapi kawan dia kata lepak la dulu.
ok layankan.
aku kata dorang lepak la.
aku balik. sebab time tu battery hp aku pun dah sipi2. hehe.
plus tak jauh pun. jalan kaki je sampai.
tapi Mr.B tak bagi.
mula la dia buat madah pujangga apa bagai.
takkan dia lepaskan kan aku berjalan n balik rumah sendirian la apa.
poyo semua ni.
padahal selalu je aku sorang pun.

:: asal amik pic je nak buat2 muka. nyampah kan ::


ni kawan dia.
cojack. kawan daripada zaman kecik.
tapi baru ni baru ku kenal. selama ni tak kenal.
rupanya sebab now dah single. biasa la kan.
selalu bila dah single baru la orang boleh free sikit. kah kah.
nwah Mr.B sibuk tengok pic dia kat hp.
pastu dia kutuk2, "kau ni kenapa jack? muka kau dalam gambar semua sama je. eeeee. menyampah pulak aku tengok."
so aku mintak la tengok. takda apa pun. pic normal la sengih amik pic kan.

me : ok la tu. dia senyum la tu. memang la amik gambar senyum. daripada u tu buat2 muka.
Mr.B : kena la. tau cojack, lepas ni amik gambar kau kena pose sikit.

eeee tah apa2.
cojack ni aku tengok character dia macam ayol.
jenis cakap lembut.
banyak senyum n sengih je.
jenis tak reti menipu sangat.
bagus la. so kalau Mr.B keluar ngan dia. aku adalah tak kisah. wahhhh.



since malam tu dah makan kat rumah mama, sambal sotong brown tu.
hoiii sedap. itu adalah lauk fav. makan lauk tu seperiuk pun no hal. ratah je.
tapi hari tu tak makan banyak la. ingat orang lain.
so masa lepak tu. aku order mushroom soup n garlic bread je.
lately bebudak kedai tu asyik la bakar garlic bread hampir hangus.
nasib aku malas bising.
telan aje. kadang ok lak.


Mr.B. beef burger special with fries.
best nya kedai abang ni sebab burger dia ada kuah black pepper. i like.
selalu aku akan order burger cincang.
burger cincang tu letak daging burger yang di cincang, pecah telur, then letak fries.
letak kuah black pepper. then ada la sos n mayonise.
aku selalu request taknak sos n mayo tu.
aku tak tau kenapa aku geli makan benda bercampur2 sangat. haha boleh tak?
sodap i like.

elok lepak sembang.
abang owner ni datang n Mr.B tegur.
Mr.B ni kalau sembang takleh stop.
yang abang tu pun sama.
tambah lak lately tak nampak abang tu dah lama.
sebab dia ada worker dah.
so jumpa dorang sembang sakan.

yang aku rasa nak pitam kat situ.
selamba je dorang sembang pasal berurut lelaki la.
lepas urut boleh ketuk pintu or lantai pakai tu la.
God helppppp!
yang Mr.B dah bersemangat nak pergi. siap tiap kali bercerita dia order kopi jantan.
tah berapa gelas tah dia order malam tu.
grrrrrrrrrrrrrr....nama kopi je dah menakutkan.

abang : sorry ye abang cerita ni. takyah malu. korang pun dah rumah tangga. ni untuk kesejahteraan masing2.
me : heheheh.
abang : kalau is nak bawak orang rumah berurut pun abang ada contact. ikhtiar tak salah. kita kawin ni nak ada waris. abang dulu kawin 4 tahun kawin takda anak. bawak orang rumah berurut. Alhamdulillah lepas tu haaaa tengok. berderet anak abang.
Mr.B : haaa ja. pergi la. i urut. u pun urut *sengih mintak sepak*

semangat kan.
tu abang ni n Mr.B.
kat umah aku noy pun dok la tanya.
bila kau nak urut. bla bla bla. gagagaga.
so scary.

banyak la dia sembang.
end up around 4am macam tu baru gerak.
tu pun memang battery hp aku habis.
sangap la kan.
so aku kata nak balik.
baru la reti balik mr.B.
kalau tak sakan je sembang.

tapi ok la.
takda la sangap je kat rumah kan.
atleast lepak la n sembang sana sini.
kalau tak boleh tertekan weyh asyik mengadap muka sama je kan.






aktiviti laki bini.

this was last sunday tak silap.
matiklah nak bertemu sunday satu lagi baru reti nak update kan.
sorry ite tu demim la.
ni dah ok sikit la. no more rasa seram sejuk tu.
tapi hidung still tersumbat la.
n rasa kelat tu ada.
rasa macam nak mandi.
tapi Mr.B tak bagi. dia kata nanti demam balik.
ye jugak kan. tapi takpa dia takda nanti gi kerja aku mandi.

ok sambung.
last weekend Mr.B ajak gi makan minang.
aku tanya dia nak makan apa.
aku bagi la 2-3 pilihan. yang best2 la bagi aku.
tapi tetap la dia nak minang.
ok mari.
so ke taman melawati.
elok sampai, kedai dia tak bukak la pulak. pffftttt.
so makan kat medan selera taman melawati tu.
suka gak makan situ. makanan not bad n murah. :)

tapi Mr.B mesti nak makan nasi campur.
tapi aku taknak. last time aku pernah makan kedai tu.
tasteless aku rasa. macam hoiii rupa ada. rasa takdak.
Mr.B jenis tak memilih sangat. janji nasi, lauk2. dia kenyang sudah.
aku lak kalau tak sedap memang pangkah la kan.
so dia makan nasi campur.
aku order mihun sup special.
ada kedai sebelah dia.




hoi hoi hoi.
sumpah sedap ok. sukaaaa.
sebab memacam isi ada. campur2. ada daging, perut, paru, tauhu.
makan lak ngan kicap cili tu. menangis.
serious teringat2 ni. nanti nak pergi lagi.
kelmarin post barang tu ingat nak gi makan.
ye la demam2 tu dapat sup panas sedaps.
tapi tutup lak.
tengok la esok ke pergi.
if ada nak makan, n kasi bungkuih untuk fam ku.

then abis makan.
bungkuskan nasi ayam for PIL.
ke sana straight.




cam whore adalah fav kami. hahha.
kemain masukkan kat instagram n fb.
orang dok tanya pergi mana.
haha tak kemana pun. pergi rumah inlaw ngan later ke rumah fam aku.
hahaha buhsan kan.
tapi saje gedik lebih hari tu. melarams la sikit.

takda buat apa pun selain bergossip ngan ibu mertuaku.
n bergossip ngan mama.
sambil mengadap debab yang rupa macam ketandusan kasih sayang ni.


kelmarin adik ipar datang rumah tu.
kata mak mertua aku cedera.
katanya dia pegang kuali panas penuh kari ke apa.
then tetiba lantai ada something ke apa.
terpelecuk then tumpah kari panas ke tangan dia.
abis tangan penuh gelembung tu.
adoiiiiii. aku yang dengar ni je pun dah rasa ngeri.
belum tengok. tak sanggup.

ni semalam ku keseorangan lama kat rumah.
sebab Mr.B balik rumah parents dia.
dia kata takda siapa ada abah je.
tengok abah terlentang kat lantai.
katanya takleh bergerak la apa.
abah memang sebelum ni stroke.
so Mr.B kata kena balik n teruk la.
Wallahualam. aku tak tengok lagi.
Mr.B ni ada perangai suka drama lebih.
tak tau la.

weekend ni if larat aku gi visit.
weekend ni pun ramai ajak jumpa n ke sana sini.
tengok kondisi kesihatan iolls.
kalau tak sihat tu. memang melepek kat rumah je la pun.


Expose Mistik - kat hostel

salam..first of all nak cakap citer ni macam serabut sket kot nak
paham..sori malas nak lukis keadaan bilik sume..hehe.sori..
harap blh phm cte sy ye...n maybe cte ni pjg gle..

cite time sy form 1 or form 2 (xsure sgt sbb bilik sama) kat asrama sy la.
ptg tu dh start cuti sem tapi sy xblik sbb nak tunggu bus malam tu.
so sy pnjm komik kwn sbb xtau nak watpe then baring ats ktil.
sy brg kt tepi la..tetbe je sy terasa mcm de 'something' lgkh bdn sy.
sy xbergerak lgsg wktu tu n bile sy pndg kt tilam de ksn kne tkan (mcm
de benda pjk tpi xnmpk bnde tu)
sy terkejut,trus melompat turun ktil pegi bilik kwn..
lepas dh cool down,sy blik bilik semle tpi xde pape jd pastu.

de 1 mlm tu sy tido awl sket.hjg kaki sy meja stdy.dpn meja stdy tgkp bilik.
then sy t'jge tgh malam sbb pe ingt la.
bile sy bukak mate,sy nmpk mcm de 1 lembaga org (wrna hitam) dlm
keadaan mencangkung kat ats meja tpi tgh nak lompat ats sy.
cepat2 sy bce ayt kursi tpi smpi terslah2 bce smbl ttp mate..
pas tu sy bkk mate,bnde tu dh xde..xtau la sy mamai or pe tapi mmg sy
nmpk jelas la bnde tu..

mse hjg2 thun form 2 plak, mse tu kecoh de acik cleaner india ni
bergduh dgn student.
sbb sbnr xberapa pasti tpi mostly sbb ktorg xkemas smph or toilet sndri kot.
lbh krg gitu la.
then acik ni mcm berdendam dgn ktorg sume..
bdk yg die gdh tu blok lg 1 tpi blok asrama pmpn ni bersmbung kat tgh
n de 2 tgkt je..
1 hari tu bdk2 yg dekat blok lg 1 tgkt ats jmpe bangkai anak kucing
ptus kaki n leher kena kelar
pastu bangkai tu t'gantung kat dlam toilet diorg.
so diorg pn cpat2 amek n tanam bangkai tu.
then selang sehari lepas tu, de org jmpe bgkai lg sekor keadaan lbh
krg sme tp kt blok ktorg plak.
kli ni ktorg wat report kt warden sbb tkut sgt.
then selang brp hr pastu plak,hari khmis ptg tu sy dh de rse xsedap
hati kat bilik
tpi malas nk cte kt bdak2 ni..so syp je la.time maghrib tu sy mmg rse
meremang kt dlm bilik xtentu psl
so sy pn bce la yassin mlm tu.lgpun mlam jumaat kan..
then tgh hr jumaat tu (ke esokkan harinye la) class kan habis awl
so ktorg lepak dlam bilik jap before pegi kuliah jumaat.
then kwn sy nk tukar bju sekolah n syiling die jth msuk bwh ktil
roomate ktorg sebelah katil die.
die pun tunduk la nak amek duit die.
sekali die nmpk de bangkai anak kucing mcm yg before ni bwh ktil kwn tu.
trus die menjerit2 pggl ktorg..then bile sy pn dh nmpk bangkai tu,trus
ktorg sume keluar bilik n wat report kt ketua blok.
then pggl ustazah dtg..ustazah pn tgk drh tu mmg dh krg means dh lme
jgk la bnde tu de dlm bilik ktorg.
so cuci bilik sume mmg sume tkut sgt2 nk tido dlm bilik tu tpi
terpakse jgk la kan.
so malam tu ramai2 bce yassin n sy renjis air yassin kat keliling
bilik,tgkp n pntu sume..
al kisahnye sebenarnye lepas warden2 wat siasatan sume,anak2 kucing tu
diorg sume adik b'adik de 4 ekor.
so msuk mak die jd 5 la kn.
then dpt tau yg acik cleaner tdi tu pnye angkara.
kononnye die nak sihir kan kami2 sume la sbb skt ht sgt2.
kn kucing td 5 ekor kan.kalo ktorg wat gmbr blok dr atas n smbg titik2
tmpt kucing2 tu di jmpai mati(cewah ayt),
akn jd 1 bntuk dlm agama diorg..xingt name die.... ok tp xtau la kalo
bdk2 ni wat teori sndri ke pe kn..
tp mmg logik pn la..sbb tuk slmtkn anak yg ke 4 n ibu kucing tu,warden
ktorg sorok kucing ni kat dlm koperasi dlm 2 hri camtu.
pas diorg soal siasat acik cleaner td,die kne tukar ke tmpt laen sbb
acik tu pn dh ngaku mmg die de niat nak sihirkn ktorg.

scary weh..sbb sorg due gdh dgn die,xpsl nak sihir sume org..=_=
ok lah..tu je wat mse ni.
byk lg kisah family sy tp tgk la nnt2 k kalo smpt..
thanks 4 reading kak peej n everyone..:)

-Ms J-

big bad wolf...awuuuuuuuuuuu...

dah tau big bad wolf ni dah lama.
selalu tengok orang update.
daripada zaman 1-2 tahun sudah.
tak silap last time kat serdang ke apa. ke tah bila punya tu.

tiap kali tengok orang kata orang pergi. i is menangis dalam hati.
sebab aku sukanyaaa baca buku.
tapi tu la. tau la harga novel seketul kadang mau rm70. gulp.
so sekali sekala sudah.
tapi kat big bad wolf ni murah kan.

tahun ni pun sama.
buat kat mines.
nak pergi tapi tak tau tempat n tak tau nak gi ngan sapa.
kang pergi ngan Mr.B ada gaduh sebab sesat.
tak pun dia boring menunggu aku memilih buku ke apa nanti.
so matikan je la niat tu.
pastu fikir. takpa la. nanti tahun depan dia buat lagi, kita pergi la ye.

then sabtu petang aku tengok cousin aku izza upload pic dia kat bid bad wolf tu.
pastu aku komen la kata aku nak pergi, tapi tak tau tempat n takda teman.
sekali dia reply, kata nak ke dia temankan malam karang. boleh je.
wah biar betul. baiknya hati dia.
padahal dia kat situ lagi kot.
oh benda ni bukan 24hours.
so kau nak gi kul berapa pun boleh.

so set semua.
dia kata dia baru habis n nak gerak la apa semua.
dia kata around 9pm jumpa dia.
so mintak kebenaran kat laki ku. wah mithali sangat kan.
dia kata ok so on la program.

try gak ajak noy.
perempuan tu memang tak suka la kan.
so sendiri la ku bergerak.
memula jumpa izza kat kedai makan kat bandar utama. area umah dia.
makan n sembang semua.
gerak arpund 10ish.

nasib izza dah pergi earlier.
so dia dah tau jalan. takda sesat ke apa. yeay.
since pergi pun dah lewat. so kereta pun time tu tak banyak.
so takda la jam ke apa.
izza kata dia pergi siang tu 2 jam dalam kereta sebab jam n sesat semua.


oit besarnya tempat.
n banyaknya buku.
serious rasa taktau nak tuju mana.
paling best sebelum masuk tu.
daripada luar dah boleh bau buku. heheh.

pergi sana ada target nak buku apa.
tapi sebab banyak sangat. sama ada tak jumpa or memang takda buku2 yang aku nak.
so kita beli je apa pun.
pergi pun dah nak abis. so agaknya dah habis pun kan.
tengah sedap membeli boleh lak terjumpa nysya.
lama betul tak jumpa dia.
so jumpa tu dapat la gossip jap.
pastu sambung tengok buku.
sedar2 bila jumpa balik izza.
time tu dah 1ish am.
fuh. tak sedar masa berlalu cepat.
izza pergi ngan aku ni pun dia beli lagi buku.
ye la murah sangat melampau kan.
buku yang aku amik semua harga RM8 je ok. la la la.


:: tapi until now tak start baca apa lagi. ;p  ::


nasib sempat pusing. ikut dia nak candid je.
kijam sungguh.
oh tu takpa. malam tu balik.
sempat whatsapp ngan izza.
ada sorang tu matiklah nak follow instagram dia.
e eh sibuk je. kata tak sukew kitew. apesal nak follow cousin kitew kan.
tak malu betul.
pastu dok gelak ngan izza sebab izza kata dia tak approve pun la.
tapi bayangkan if la izza approve request orang tu.
sekali 1st pic orang tu nampak adalah pic aku.
hahhaa. mati tersedak la kau.

nways, boleh tak berjam aku dok kendong kotak ngan buku2 tu.
malam tu gila kau sakit pinggang.
menangkap.
lain kali pergi confirm kena bawak troley la.
tapi beli idok la banyak pun.
poyo sangat if nak bawak troley kan.

eh tu je la.
aku menuggu nandos delivery ni.
tak makan lagi.
siang tadi ratah koko krunch sikit so that boleh makan ubat.
today tidooooo je.
tapi elok la tido tadi berpeluh sakan.
so ni feeling slightly better. :)


Kekura.

Awal bangun. Ni dok pusing sana sini sambil merengek.
Sejuknyaaaa.

Start kelmarin tak sihat pulak.
Memula rasa hidung x best n batuk.
Badan x panas lak.
Tp rasa macam nak demam tu ada dah.

Bangun tido terus Mr.B kata badan panas.
Uwaaaaa. Demam la pulak.
Nyangkit ngan noy la ni.
Sbb kelmarin tu lepak ngan dia. Pfffttt.

Ni terjaga sebab mulut kering.
Sebab hidung tersumbat so tido mulut ternganga.
Cea konon. Padahal selama ni pun ntah2 ternganga.

Ohoiii sejuk nya pagi ni.
Dok berselubung dah ni.
Rasa nak blk umah mama.
Tp rasanya nak drive pun tak larat.

Semalam pun semua urusan post Mr.B uruskan. Aku dlm keta tertido.
Gi makan. Blk umah tido again.

Terjaga sbb Mr.B kejut sebab dia nak vacuum tempat aku tido tu.
Then later adik Mr.B satu fam datang.
Sebab adik dia rindu abang dia.
So sweet. Heheh.

Tak mengadap pc lagi ni.
Nanti larat aku reply emails semua yea.
Ni pun pakai blogger app kat phone je update ni.

Ok tu je. Nak makan ubat n tido blk.
Ubat ni bikin ngantuk betul la.
*tarikselimuttidurmacamudang*






nak apa? akan ku cuba try penuhi. wahhhh

pics fro instagram.
since tak semua ada instagram kan.
so mana rajin akan ku share sini.

tak pun maybe orang ada.
tapi kadang dorang request nak follow aku tak approve.
kah kah. kijam. 
tak gak. aku tak approve bersebab.
selalu lelaki aku memang tak approve.
sebab kat instagram ni tempat kau nak feeling. 
sesuka hati nak masukkan pic apa.
so if ada lelaki segan la.
tapi ada la few terlepas gak, reason sebab aku biasa nampak nama tu.
sama ada memang dah kenal sbb reader or biasa tegur sapa kat twitter ke apa.

lagi yang aku tak approve.
kalau orang tu baru buat acc instagram.
pic muka pun takda. motip nak approve kan.
tak pun muka dah ada. tapi profile pic muka anak ke, kucing ke, cartoon ke.
i is nak tengok muka kau. bukan muka seperti di atas.
tak pun dah dorang ada acc.
tapi pic dia takda langsung, 0. followers pun tak banyak.
tapi dia dah follow orang dekat seratus or beratus2.
hamboih kemain melampau kak nam ketara kan.
aku yang dah join few months ni pun baru bollow orang 100+ mcm tu.

hahah boleh.
ye aku saiko macam tu.
kalau aku rasa taknak approve aku reject la.
jangan berkecil hati kalau ada antara kamu yang membaca ni adalah salah sorang yang telah direject.
sebab kadang aku reject. tapi orang tu tak berputus asa n asyik request.
kalau mood aku ok time tu. aku approve.
so jangan mudah berputus asa. ;p

oh kenapa kena buat private acc?
biar je la public kan.
reason sebab aku tak suka nanti segala acc spam ni akan automatic boleh add kau.
pastu nanti kat pic kau mula la keluar komen2 spam. 
so aku tak suka. better public la kan.

kemain panjang kan mukadimah aku.
padahal kata tadi nak share pic.
maklumlah sekali dah membebel ni, aku memang susah nak stop. ;p



last week kot aku balik.
mama kata kat aku jangan la pakai cincin kawin aku tu.
ye since kawin tak pernah bukak. aku pakai je buat kerja ke apa semua.
mama kata sayang. nanti rosak.
so cincin tu biarlah pakai bila ada occasion je. gituh.
aku ada gak la terasa kadang.
sebab kau membasuh kuali la toilet tu.
beretuh sana sini. pastu sendiri menangis dalam hati. rosaklah cincin ku.
tapi masalahnya, nak tukar. tp aku sendiri tak tau mana cecincin lain aku.

mama : pakai la cincin lama kau.
me : tu la. tapi kat mana yea? pija tak tau mana.
mama : ada mama simpan.
me : oh ok. bak la.

so pakai la balik cincin lama ku.
yang atas tu cincin hadiah mama masa bday 21 aku.
hish dah lama kan. tapi rupa elok lagi.
yang pic bawah tu pulak cincin risik.
ok la tu buat basahan kan.

pic bawah ni pulak pic budak manja.
yang sentiasa bergolek sambil ku rasa dia berkata, "gimme some love".


 :: so gendut. so comel. so manja. lulu lebiu ::


gedik few nights back.
saje buat fishtail braid.
ok la. tapi tak berapa nak jadi sebab fishtail ni nak lawa jalin dia tu kena halus2.
masuknya kau amik nipis n sikit2 n jalin.
kau sanggup? dah la rambut panjang. kosser aku.
lagipun saje gedik kat rumah. tetiba nak semangat sangat buat apa kan.
tapi later tu Mr.B ajak gi makan.
aku bukan. segan lak aku, kau ingat kau remaja sangat nak keluar gitu kan. ;p

aku kadang suka layan youtube buat rambut2.
rasa macam bestnya dorang buat.
n sebenarnya boleh je buat. tak susah.
tapi tu la malas.
tak pun kau beriya tetiba pergi beli barang dapur je pun.
agak2 la kan.

ada lagi pic nak share nanti ku buat entry yek. :)
amacam. rahjin tak ahkak 2-3 menjak ni?
belum masuk 2013 lagi ni. hahhaa.

aku rasa aku tau kenapa.
sebab aku minum ephyra ni la.
sungguh bertenaga n kurang kemalasan tu.
kalau tak lemah je weyh.

nway, harap 2013 lagi banyak benda nak bebelkan kat blog ni yang sekian lama gak bersawang.
korang nak cerita apa eyh?
selain dpd cerita aku la.
yang tu takyah mintak pun nanti ada mood aku cerita.
ye la korang pun some dah lama baca blog ni.
mana tau ada yang korang miss ke.
sebab dah lama takda entry berunsur begitu ke apa.
sila nyatakan.
mana yang boleh akan ku cuba penuhi.

:) <--- manis.="manis." p="p" senyuman="senyuman">

2013!

2013 is just around the corner.
next week dah masuk tahun baru.
rasa kejap je masa berlalu.

2012 ada macam pahit manis.
manis sebab tahun 2012 aku masuk ke alam perkahwinan.
jodoh, tak sangka putus cinta.
tapi bertaut kembali n ke jinjang pelamain. ;p
few nights back tengok pics kat fb.
pics yang orang tag. pastu seronok baca komen sana sini.
masuk pics kawin. heheh teringat memacam kenangan.
rasa macam baru kawin semalam pulak.
padahal dah agak basi dah pun. hahhaa.

pahit pun ada.
masih tak tau kesudahan macam mana.
harap by 2013 ni adalah keputusan.
kalau takda. pepandai la kan.
aku pun malas fikir. sebab 2013 tahun baru. malas nak semakkan otak kan.

setiap kali nak tahun baru mesti nak feeling ada azam apa bagai kan.
walaupun aku ni memang daripada dulu tak suka azam baru la apa bagai.
sebab aku memang tak pernah nak menjadi pun segala azam tu nanti.
tapi semua orang nak azam. aku pun gedik nak.

kemain nak azam tahun 2013 kan.
padahal tahun 2012 punya fail.
time tu tak silap aku azam nak reply komen orang.
n rajin komen blog orang.
righttttt. halfway je rajinnya tu.
pastu tak kuasa kan.

serious ada rasa nak tutup kotak komen pun ada.
supaya takda la aku ni ada rasa bersalah if pemalas balas komen kan.
tapi memikirkan nanti kang emails lak masuk bertimbun. lagi semak kan.
plus buat rasa rimas ada komen since ada nuffnang X ni.
sebab aku rasa system komen jadi menggila.
aku pun tak sure n keliru sangat.
plus satu lagi. aku nowadays kan suka online pakai hp je.
baca komen pun dpd situ.
baca komen. nak tekan publish. aku tertekan DELETE ok.
mahapkan lah diriku yang serba jejari tembam ini.
lain nak tekan. lain yang tekan. tsk.
so siapa rasa dia komen, tapi macam, eh mana komen aku.
kiwok peej ni tak publish.
tidak niat di hati ini taknak publish. tapi aku accidently tertekan DELETE. pfffftttt.
dasar jejari tombam.

oh azam baru untuk tahun 2013.
aku nak gigih kembali berblogging.
sekarang tahap kemalasan takleh nak blah.
akan ku cuba untuk rajinkan diri amik pics bebanyak.
pastu kalau boleh semua nak update.
macam memula blogging dulu. ;p

sekarang ni sebab malas melampau.
lama-lama jadi kebiasaan.
so last jadi lupa terus.
banyak kali orang tanya kat twitter ke apa semua.
lama tak nampak cerita jonet kat blog.
lama tak dengar cerita ice n huda kat blog.
padahal ada je aku jumpa. tapi bila lepak sungguh la lupa nak snap pic ke apa semua.
ada gak tanya lama tak nampak noy kat blog.
ok tu kes lain. sebab aku sendiri sekarang lama tak nampak dia. kah kah kah.
that bitch!
so kita akan cuba gigih yea.

oh lagi satu now ajak aku work out starting next year.
aaaaaaaaaaa....yang ni tak tau lagi.
macam nak. macam malas. we will see.
kalau rasa-rasa baca blog ni.
ghupe tuan blog sama je takda perubahan.
maknanya mari slash awal-awal yea tang ni.
tapi ni bukan azam aku.
ni azam noy. kah kah kah.
so azam dia. so siapa kisah kalau tak tercapai pun kheennnn.

eh dah la tu.
takyah nak feeling melampau sangat.
kita try rajinkan part blog ni dulu kan.

ok peeps.
2013, here we come.

hiburan tak berapa nak terhibur sangat la



kasih ni je la kawan ku kat rumah tu.
tu pun tak berapa nak kawan la.
sebab dia ni sombong kemain.

tapi satu perangai dia.
everytime aku nak buat kerja.
time tu la dia sibuk kat situ.
macam pic bawah ni dia sibuk tidur kat kotak barang yang aku nak guna nak pack.
ni dia terjaga sebab perasan aku bergerak.
padahal dia tengah tidur tu.
nak gerakkan dia tak sampai hati lak.
tapi kadang melampau tidur mengalahkan tuan.
aku alihkan gak la.
sebab time tu nak petang.
nak pack barang bukan kejap. lama weyh. kadang if banyak tu berjam gak.
kalau tak kacau dia. memang tak jalan la kerja kau


aku ni pack tabita tak kisah. senang kerja.
yang payah nak membalut ephyra ni.
dah la aku balut macam balut gift tu.
penat weyh.
tu takpa. dulu ok lagi kotak je.
sekarang ada lak bag bagai kan. lagi rumit aku rasa.
aku balut pakai mahjong paper tu. beli kemain banyak.
sampai uncle kedai tu pelik apesal aku beli banyak sangat.
ye la selalu orang pakai sikit je kan.
ni sekali beli 50 keping terus segulung tu.
tapi aku prefer pakai mahjong paper daripada kertas minyak tu.
kertas minyak leceh kau nak gunting la apa bagai.
tapi mahjong tak payah. sebab size dah just nice. :)

nway, time aku sibuk ngan kertas tu.
dalam banyak tempat dia nak baring atas kertas mahjong tu. grrrrr.
banyak2 tempat luas, dia nak gak jilat bulu dia sambil santai kat kertas tu.
kau alihkan. dia terkejut la konon.
pastu aku amik kertas balut ephyra.
nanti dia pergi balik kat kertas tu n landing. hish sabar je la.
kalau tolong aku balut takpa la jugak.
ni tolong sibuk ada.

tapi tengok la muka dia tu.
macam mana kau nak marah.


si sibuk.
aku baring tengok tv.
dia sibuk dok terjenguk2 aku.
nak panjat ke taknak panjat.
pastu tengok geram. aku panggil la dia.
tapi tengok la perangai tu.
dia akan make sure dia stop jauh dpd kau.
pastu geram kau nak capai dia. dia lari.
kasihhhhhhhhhhhh....why u no manja?

serious ku berfikir ku nak tambah kucing.
sekor lagi. tengok la kitten ke apa.
kalau boleh biar bawah 6 months la kan.
tak sure lagi nak amik mana.
senang nanti ku kutip je memana stray cat yang kita jumpa kan.
banyak sikit kucing, mesti best kan.
esp tengok memacam gelagat nanti.
dah lama tak layan drama kucing.
hiburan gak tu.
sekarang ni tak berapa terhibur sangat ngan kasih ni. kah kah.
takpa nanti meriahkan kucing2 kat umah ku.
hopefully kasih tak buat perangai la.

tapi kena jugak la.
kadang tengok kasih ni kesian je. macam depress n kesepian pun ye.
sebijik macam tuan dia. kah kah.
tapi atleast tuan dia boleh layan internet.
umah aku apa je pun dia boleh layan.
Alhamdulillah umah aku lipas takdok lagi. la la la.
aku suka la. tapi dia takda apa permainan la nak main kan.

berapa malam sudah.

Mr.B : mecehhhh. mecehhhhhhhh. *kasih tidur buat tak layan. selalu dia paling gedik nak berkepit je ngan Mr.B* Meceh ni tombong la moling.
me : dia memang sombong. baru u tau.
Mr.B : mecehhh. sini.
me : panggil la u. takkan dia datang. dulu macam tu la. panggil dia sampai sudah tak datang. tapi panggil lulu. lulu datang je. n kita orang dok usap. dia daripada jauh terus mengeliat pastu datang n duduk in between kita orang ngan lulu. dia penjealous ni.
Mr.B : ye ke.
me : ye.

Mr.B amik selimut dia.
buat macam bawah tu ada kucing.
sebab kasih suka masuk bawah selimut mengada nak baring sama selalunya.
memula dia dok panggil kasih ajak masuk bawah selimut.
dia buat tak layan.

me : cuba u buat macam ada kucing.

Mr.B terus buat macam tu.
yang aku baring balik selimut tu buat bunyi anak kucing *i'm very good at this. ehemmm*
haaaa kau. memang terus dia datang ok.
dok la terjenguk2 n mencari mana kucing tu.
pastu sibuk nak jenguk n masuk bawah selimut nak check.
tau lak jealous kan.
tapi kita panggil dia, dia tak nak layan.

tak sabar nak tunggu ada tambahan kucing.
nak tengok dia macam mana nanti.
heheh. padan muka kau kasih.
aku nak kucing biasa je. sebab kucing biasa ni selalu sangat manja.
me loff it.

soalnya. nak amik jantan ke betina eyh?


bahasa melambangkan bangsa

ewah tajuk mengada je rasa.
macam best je kan.
padahal cerita biasa je.

ni kisah malam kelmarin.
aku kat rumah memang pakai air mineral.
macam ku pernah cakap.
air paip rumah ku memang terasa paip dia tu.
tak sanggup.
so beli la mineral. buat bancuh air, masak air panas.
n bagi kasih minum.
ye la. kita pun nak minum sedap, takkan nak bagi kasih air paip yang klorin melampau terasa tu kan.
so kena la beli mineral.

selalu akan beli 2 carton terus.
tahan la kot seminggu lebih. kot. tak sure lak.
tapi tau tinggal 1-2 botol pergi la beli.
selalu beli kat KK mart. murah n senang.
sebab part depan kedai, bagi tau n beli.
dorang tolong angkatkan letak dalam kereta terus.
selalu pergi aku duduk dalam kereta. Mr.B la yang uruskan.

tapi malam kelmarin aku kata biar aku pergi.
time tu ramai lak kat cashier tu.
sampai je tengok kekecohan sikit.
aku baru sampai so tak tau sangat cerita.
tapi ku tunggu je la. sampai giliran ku nanti.

time tu tengok cashier tengah buat untuk orang nak beli prepaid tu. pakai machine tu.
sambil ada sorang budak melayu poyo n konon gangster sangat kat situ bising2.
cashier adalah lelaki bangla.

mamat : gua customer takkan gua nak kira. lu cashier. lu tak tau buat kerja ke.

mamat bangla tu buat je kerja dia ngan prepaid tu. 2-3 dia buat. ramai nak kot.
tapi bangla tu senyap je tak menjawab.
tengok tau muka dia tahan geram n marah. n maybe malu.

mamat : lu tau lu apa? lu lancau. lu tu lancau.

    gua customer. takkan gua nak kira. lu la kira.

   lu datang sini lu nak suruh gua pulak buat kerja. balik la negara lu.

   lu tu lancau. muka pun macam lancau.


mostly semua senyap je la.
malas nak layan. kecoh lak. dah la lembab.
aku pun memula tak sure apa benda mamat ni kecoh sangat.
aku tengok mamat bangla tu pegang calculator n kira-kira.

mamat : haaa. kira la. berapa?
cashier : 15 *suara slow*
mamat: berapa? cakap la kuat. siapa yang dengar kau cakap slow macam tu.
cashier : 15!
mamat : haaaa tu je pun. bukan susah.

pastu aku tengok mamat tu ngan sorang lagi kawan dia amik bakul.
pergi kat tempat air amik 15 tin Beer.
T________T

time dorang gerak nampak muka bangla tu geram je.
tapi ye la. apa dia boleh buat pun kan.

WTF.
kau nak beli beer. kau sendiri la kira.
apesal lak kau suruh cashier kira. pastu dia tak tau kau nak maki hamun n tunjuk bagus.
aku rasa dia datang. then cakap, "saya ada RM100, berapa beer saya boleh dapat"
eh kerja dia ke nak pikir.
patut kau la sendiri tau, pastu kau bawak ke kaunter. kerja dia kasi key in.
then tengok total. kau bayar la kan.

just because dia bangla. kau layan dia macam tu.
kau tu dah la beli beer.
entah-entah bangla tu solat pun tak tinggal.

then tu takpa.
pastu dorang bawak beer tu kat counter.
nak bayar tu.
mamat tu punya kawan cakap kat cashier tu.
masa kecoh tu dia tak cakap apa, dia tunggu tepi je.

mamat 2 : eh masam je muka. senyum la sikit.

mamat bangla tu senyum.
senyum tak berapa ikhlas. then baru ok.
kalau aku pun taknak.
dah memalukan aku n buat scene pastu nak suruh senyum.

kesian lak aku tengok cashier tu.
apa la salah dia.
aku benci orang racist macam ni.
ok aku idok le baik.
tapi aku rasa kau kena treat orang ngan hormat kot.
tak kira la siapa orang tu.
unless orang tu dah buat taik, then tu lain cerita.
tapi kalau tak. layan la orang tu elok-elok tak kira la dia dari mana or bangsa apa pun.

ntah aku fikir macam tu sebab semua ni karma.
bayangkan kau treat orang teruk.
then kau pergi negara orang, cuba kau kena macam tu.
mesti tak best kan.

tapi aku rasa mamat tu tak pernah pun pergi luar negara kot.
sebab tu minda sempit macam tu.
pffffttt.


im okay now.

aku dulu paling la tak reti nak keluar memana sorang-sorang.
mesti nak berteman je.
paling tak boleh adalah makan sorang.
rasa macam amboih sedih bebenor hidup kau kesepian macam tu.
rela aku tak makan daripada keseorangan macam tu.
no..no..no...
kan aku pernah kata dulu, aku selalu dalam otak akan terfikir if la aku keluar or makan sorang, "kesiannya budak gemuk tu. takda siapa nak kawan ngan dia."
hahahha yes im saiko like that.

but since now dah kawin.
laki gi kerja.
noy lak memang malampau punya busy ngan kawan2 n dating life dia.
memang takda harapan la aku nak ada geng nak ajak teman ke sana sini.
so belajar la if ada nak pergi memana. pergi la sendiri ye. kah kah.
dan now dah berjaya. heheheh.
walaupun still ada la rasa pelik sikit. tapi ok je.
janji kerja jalan kan.
n thanks to technology, walaupun kau sorang. tapi kau boleh online. 
takda la rasa awkward sangat khennnn.



antara aktiviti aku.
pergi amik stock ephyra.
which tak jauh pun daripada rumah aku.
lepas amik akan lepak la makan sorang kat oldtown.
ok je.
sambil tunggu makanan kita layan la apa boleh layan kat hp tu kan.
aku ada upload pic ni.
ada tegur, walaupun aku sorang.
tapi handbag maintain kat peha.
hahahhaha. ok fine. benda tu takleh hilang lagi.
sebab aku paranoid masih kuat. ye la.
kang letak sepah jadi apa taknak la kan.
so makan la sungguh macam mana pun. tapi handbag tali maintain melekat kat badan. ;p


order roti sementara tunggu makanan sampai.
aku kalau ke oldtown suka order chicken n mushroom steam rice dia.
meal ni amik masa 30 minutes untuk masak.
memandangkan tak makan apa lagi the whole day.
time tu dah almost 5pm kan.
lapar gila. so roti tu alas peruit la kira.


fav menu if pergi oldtown.
tapi petang tu makan dia kata takda cili padi potong.
terus kurang best rasa. kalau tak syok makan.
tapi gila kedekut taknak bagi kitew cili padi potong.
tak logik tau takda. grrrr.

nway, elok makan.
hujan lebat mencurah.
terus la lepak sorang.
tunggu hujan reda.


ni later nak keluar lagi amik barang.
nak gi makan gak kot.
teringin ayam penyet.
dah banyak kali ajak Mr.B tapi dia taknak. kejams.
maknanya if nak makan, pepandai la pergi sendiri kan.
tapi kadang syok gak keluar sorang kan.
now aku paham perasaannya.
sebab boleh ikut timing kau, suka kau nak pergi mana ke apa kan.
dulu bila orang kata dia suka keluar sorang mesti akan rasa macam, hoih pelik punya orang.
tapi i'm okay now. takda hal. boleh je.
tapi buat masa ni takda la jejauh pun.
yang area dekat n biasa je la.
plus, macam la laki aku tu bagi aku nak kesana sini sendiri.
takut sangat ada orang kacau bini dia.
setelah bertahun. takkan la tak pepaham lagi yang tak mungkin ada orang nak kacau aku.
hmmmmmm...

Menangkap.

Hoi selalu complain tak gi mana.
Hari ni dpd petang sampai la ke 4ish am ada kerja n kesana sini.
Ni br selamat kat umah n berehat sebelum tido
Sambil online kt phone ni.
Amik kau, pinggang sakit bebenor ni.
Tua sangat uolls.
Tangkap pinggang.
Eh serious nak massage ni.
Nak pergi daripada sehari ke sehari x pergi2.
Serious la nak ajak noy pergi.
Payah sungguh nak keluar ngan dia tu sekarang. Busy sesajo.

Bestnya if dpt massage or spa ke kan.
I wantttt.

Sexy Saturday #43 - Run


eksperimentasi.

eksperimentasi la sangat.
padahal macam pemalas sangat kan.
tapi ok la. pemalash sambil  eksperimen namanya tu.

apa yang malas?
apa yang eksperimen?
tabita dan ephyra. keh keh.
seperti yang di ketahui. aku since kawin dah stop pakai full set skincare tu.
satu sebab malas la. satu sebab aku takda toner. noy curi toner aku.
nak pecahkan new set sayang, baik aku jual. kah kah.
so aku just pakai facial wash je.

aku rasa ok je. takda masalah.
takda pun muka naik jerawat ke apa ke.
so ok je la kan.
tapi aku perasan muka macam kusam sikit la. tak gebu like dulu. gituh.
tu takpa lagi. aku rasa ok je.

sampai la one day ni. ada repeat customer.
dia datang pick up.
aku macam kagum tengok muka dia. haha boleh?
dah la lawo. pastu muka licin n berkilat sangat.
padahal aku yang jual kan. aku la patut orang belek muka.
tp ni aku lak terkebil2 tengok kulit dia. lawo.

then aku lepak ngan kawan aku.
dia pun pakai tabita.
pastu tengok kulit dia super lawa.
terasa down. eh muka kitew tak lawa puinnn.
tapi dia kata la time aku kawin kulit aku lawa gila kot.
tu yang dia rasa nak pakai tu.
oh ye ke? rasa biasa je.
then merajinkan diri belek pics kat facebook.
ok fine time tu kulit aku pun macam kulit dorang now.

so terus. bukak je new pack. make sure lepas ni pakai balik macam biasa.
but biasa la. dah sekian lama tak pakai.
kadang2 lupa gak. ;p
harap lepas ni kembali ke asal.
heheh.
then aku terbaca blog sepet ke green apple. tak sure la.
pasal ada orang tanya, if nanti muka ok, tak terus pakai ke apa ok ke.
tapi soalan dorang mengenai collogen kot. tak sure la. lupa lak.
ke skincare. pun acik lupa.
nways, jawapan dia ialah kulit muka kita ni everyday ada sel mati.
so kalau kau tak buat apa-apa memang la akan nampak muka kusam ke whatsoever.
oh gituuu. patut la acik terasa bezanya.

ok tu hal tabita.
ni ephyra lak. pun lama tak amik.
sampai la bebaru ni aku like page ephyra kat fb.
then tengok la pics la apa semua. testi orang.
lalu berasa jealous n kagum.
hoi lawa n berbeza bila tengok testi orang.
kena rajin minum la everyday n berbulan kan. memang nampak hasil.
ada sorang tu aku pernah jumpa. masa memula dulu amik ephyra.
now tengok pic terbaru dia. memang beza.
terus rasa macam eh takleh jadi ni.

apa lagi. bukak pack baru n start minum.
nak cantimnyi jugak. heheh.
harap lepas ni boleh feeling cantimnyi. hahhaa.
yang pasti minum balik ephyra ni rasa bertenaga kembali.
kalau tak tido, then bangun tak sampai sejam rasa penat n bosan n nak tido balik.
n ye memang tido balik.
ni so far ok la. no more nap time.

ada bagus jugak ada perasaan jealous ni kan.
kalau tak memang takda semangat la nak feeling cantik ke apa.
tapi ni jealous tengok oit apesal kulit korang lawa sangat ni?
terus rasa. ok mari rajin kembali pakai skincare n minum collagen.
keh keh keh.

eh ok la. nak buat keroje.
ye daripada tadi aku tak buat.
sebab kasih tidur kat kotak2 barang aku.
nak alihkan kesian. tapi takleh jadi. kang tak alihkan dia.
sampai bila takleh buat kerja.





macam-macam raso.

lama tak share pic makan.
eh ye ke?
ke itu je la pun yang aku asyik share.
but anyways. pic ni je aku semangat nak share.
pics lain malas nak share. tu tengok kat instagram or fb ye yea.

nway, bukti kerajinan tak berapa nak rajin tu.

 mihun goreng sebab teringin.
siap beli taugeh. sebab terasa nak mihun ada taugeh. melampaus sangat kan.
memacam la teringin. kalau mengidam berisi takpa.
ini isi lelemak perut semata.

oh ada yang komen tengok warna macam tak menarik.
hey hey hey. dont judge mihun by its warna ok.
tahukah anda mihun takda color la lagi best sebab dia pakai cili padi.
cili cili padi. cili cili padi.
dan hari tu 1/2 paket mihun tapi aku pakai 19 biji. gilaaaaa.
aku ada masukkan sikit sos tiram. masa masukkan tu boleh lak terkeluar banyak.
aku dah macam, alaaaaa...manis la mihun aku ni. grrrrr.
but it turn out ok.
terus rasa things happen for a reason.
sebab mihun ni pedas meletop ok.
nasib sos tiram tu tertuang banyak. so dia ada cover sikit.
kalau tak agaknya takleh makan kot sebab pedas sangat. ;p

bawah ni pulak time tu aku pergi rumah papa n mama.
takda apa nak makan lak. mama tak masak. sobs.
nak kuar ikut noy makan ngan bf dia. tapi time tu tak sure tabita sampai kul berapa.
orang nak hantar barang. so takleh la ikut dia.
dah emo sebab lapar tapi keseorangan.

oh aku memula petang tu nak gi umah mama.
Mr.B taknak ikut. dia kata malam ada gym.
aku ok je la. elok dah gerak. tetiba dok terlambai2 dpd porch.
bukak tingkap tanya kenapa? dia kata dia nak ikut aku.
dia rasa kesunyian pulak kat rumah. eee mengada betul.
aku dah sound awal2. nak ikut, ikut je. jangan nanti sibuk nak balik la apa.
dia kata ok.

tapi guess what. tetiba dia kata nak balik. suruh aku hantar balik la.
suruh aku hantar tah kemana la. sebab kawan dia nak pick up.
kawan dia tak tau area umah mama. hoiii bengang.
sentap kuasa lapan bagi aku pening.
nasib last dia kata cancel, tak jadi gi gym. baguih.

tapi aku ajak makan dok la kata dia tak lapar.
dia kenyang la. if pergi pun dia teman je. -____-
pastu aku ajak, dia sibuk tengok tv.
papa tanya la nak makan mana?
aku kata tak tau lagi. tengok la.
sekali papa cerita lak pasal nasi minang.
malam pun ada la apa.

kau tau. sepuluh kali Mr.B dok terteleng2 kepala bagi isyarat kat aku ajak gerak.
sebab dia nak kejarkan nasi minang tu. amboihhhhh.
so porgi la ke sana.
pergi kat area pasar datuk keramat.
opposite lrt putra.
kemain laju turun tak tunggu aku. tau-tau dah order satay minang bagai.
dia ni tak boleh makan minang.
mula la perangai nak cakap minang je.
dia takda la reti sangat cakap, tau sesikit je. tapi dia punya over tu.
rasa nak pitam.

 tengok la betapa terujanya dapat makan tu.
hamagad makan ni rasa macam terkejut sebab murah gila.
aku rasa la murah. tengok la penuh je lauk amik, Mr.B pun amik banyak.
tapi nasi n lauk tu cost us RM5 je ok. each. bukan la 2 pinggan RM5.
banyak n kenyang gila.
rasa macam penipuan lak murah gitu.
ye la usually makan fast food, tak pun restaurant ke apa.
amik kau bil tak cecah rm50 tak sah.
lain kali terasa makan sini lagi.
tapi bagi aku siang lagi best la. lagi banyak choice lauk.
malam dah kurang. tapi takpa. puas hati jugak. :)


:: si comot rasa nak penampar muka sendiri::

semalam dinner ngan papa n mama.
Mr.B takda sebab kerja.
so ku membawa diri. cea ayat nak sedih je. padahal tak pun.
memula plan nak domino's
tertelan2 air liur nak mengorder tu.
tapi tetiba orang tu kata takleh order dah sebab kawasan umah kita orang banyak order.
so tak cukup rider la apa. arghhh.
takpa some other time.

so decide ke krisik.
best gak. lama tak makan siakap 3 rasa.
ada sekali tu aku teringin. tapi since dah pindah.
aku akan makan kat area umah aku la.
malas nak drive all the way ke krisik pulak kan.
so order la. adalah sedih sebab tak seperti yang biasa makan.
siakap 3 rasa dia ikan goreng, letak macam sambal atas ikan.
then tabur2 nenas. vhatttttt??
sob sob. tak sedap lak tu.

then ada nak order kat area umah aku ni.
ikan pun takdak ok.
agaknya area ni banyak student. memang tak laku la ikan bagai ni.
even if aku n Mr.B order siap lauk2 apa bagai. student kemain terjenguk2 tengok.
macam kan pelik bebenar.
tapi ye la penuh table.
sebab dorang semua akan order menu ala-carte je.

so semalam dapat kat krisik rasa heavennya.
siap berlaga2 sudu kasi cedok kuah dia. mmmm.. dappp.



oit sedap.
sendiri update. sendiri rasa lapar.
tak makan apa lagi ni.
nak pi minum ephyra then kita fikirkan nak makan apa.
ada yang makan nestum oat je ni.
dah kul 3 pun.
kang buat kerja tau dah petang
dah nak keluar lagi. khennn.

ok tu je.
bye.