#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

bila rasa gembira.

agak lama jugak la aku dah masukkan pics ni semua.
tapi dok la dalam draft je.
sebab bila tiba nak update dah malas melampau je rasa.
serious macam blur je rasa.
mana tak malas.
baru sampai kat tajuk aku dah takleh fikir nak letak apa.
so awal pun dah fail.
sampai bawah lagi la tah apa-apa kan.

tapi tu la.
pic memang membantu.
sebab ada pic kau tau nak cerita apa.
tapi tu la. pic pun malas amik. macam mana.
camera tinggal rumah je ok.
apa-apa pun semua snap pakai phone je.
itu pun sebab nak instagram.
so tau la. bila instagram kau ada 1-2 pic je.
bukan pakai banyak pun.
so kalau nak macam dulu cerita satu. gambar berderet memang tak la kan.

so yeah. mari cerita.


ayam penyet. yeay.
dapat je komen kat blog kata festival city ada ayam penyet.
malam tu jugak aku ajak Mr.B pergi.
lama gila kot tak makan. i want.
since tak jauh daripada umah aku. aku ajak Mr.B naik motor.
hoi syok woih naik motor.
aku last naik motor darjah 5 kot.
pastu trauma n tak suka. aku rasa motor akan jahanam kalau aku naik.
sebab berat lebih muatan.
tapi Mr.B suka paksa naik. n bila aku naik dia punya happy tu melampau. so layankan.
tapi bila dah naik memang best kan.
aku semalam siap cakap dah lama rasa tak jalan naik motor.
nanti nak ajak jalan area dekat2 naik motor. hahah tebiat sangat kan.

ok sambung pasal ayam penyet.
so ke festival city la kiter.
gembira ni. tapi aku rasa macam tak sama.
sebab sambal sini pedas. tapi ada manis melampau jugak.
so adalah potong. so masih tak berpuas hati.
tapi takpa. hari tu lalu depan wangsa walk.
aku dah tau kemana mengilang ayam penyet tu.
rupanya dia pindah ke tempat baju buat kat wangsa walk tu.
ke arah kanan n tingkat atas. yeayyy.
ok nanti nak pergi.


kan aku selalu sakit dada.
eh tak bagi tau yea. aku bagi tau kat fb je.
aku last week macam sakit dada melampau. serious rasa nak mati je.
sakit tengah dada ni. macam susah nafas.
pastu tetiba nanti keluar angin rasa lega.
so tiap malam Mr.B la layan sapu tiger balm kat dada n belakang.
pastu urut la sampai rasa lega.
dia punya tak selesa tu satu apa kau takleh buat. serious.
baru plan lepas seminggu tu nak pergi klinik.
sekali jumpa jonet. so tanya dia. then dia explain la sakit apa.
ok aku lupa term dia. dia kata takda apa. 
tu sebab ada imflamation. sebab tu bila bergerak,  berlanggar ke apa. so sakit bla bla.
so dia kata takyah gi klinik. ada pain killer cukup.
then dia bagi la. bagus nak mampus pain killer jonet bagi tu.
makan. after 2-3 minit hilang ok sakit.
sehari boleh amik sebijik je. n best nya pain killer tu boleh tahan sehari.
so memang takda sakit lepas tu.
tanya jonet if nak beli kat farmasi boleh ke?
dia kata boleh tapi mahal gila ubat tu.
sebijik rm3-rm5.
vhattt. pitams.

so pic atas tu adalah hari-hari ku yang sakit before ada pain killer.
n time Mr.B takda kat rumah.
takda tempat untuk mengadu n meminta tolong.
so sendiri la baikkan diri.
tampal koyok kesukaan ku, tokusen.
satu tampal tengah dada. satu lagi kat lengan.
sengal tangan ku.
lepas tu lega. best.



ni time pergi rumah bella.
bella adopt j.lo ni masa dia datang raya umah aku tu.
lepas raya umah aku dia pergi rumah owner yang bagi adopt j.lo ni.
kucing biasa yang normal.
dapat kat bella kau tengok tembam mana kucing ni.
nak sama ngan aku dah ok. hahaha.
tapi pic ni kelakar kan.
aku rasa aku n j.lo ni dah nak sama dah.
ketembaman memang sama.
tapi eksperasi pun sama.
aku pandang dia pandang. siap nak cium. comellll.
yang tengah tu sesama nak pose.
last tu dia nak rasa kot.
maybe dia tengok aku ada rupa KFC. so nak rasa la samada original recipe or hot n spicy.
j.lo. please ok, of coz kakak hot n spicy. hahahhaa.
ye aku memang still bahasakan diri ngan kucing kakak.
rasa muda sangat *flips hair*

:: amik form noy's ig. lazy saturday at my place. aku tak paham kenapa dia buat pic ni warna merah. wth. dah macam brothel. ::



:: black canyon coffee ::

later gi makan.
makan 3 orang. bil Rm101. gagaga.
ok memang sedap la bla bla bla.
tapi aku rasa terkilan sebab makan tomyam je kot nok.
yang sama sedap kau leh makan kat gerai. gituh.
but whatevs.
shit tengok pic ni tetiba aku lapar macam mana.
ye dah petang tapi as usual tak makan lagi ni. ;p



nasi arab pemberian reader but now come agent ku.
sweet gila dia ni.
almost everytime datang ada je dia bagi barang kat aku ke.
kat mama ke.
ni bagi nasi arab untuk mama dia kata.
tapi gila banyak kita orang boleh makan whole family.
siap bawak ke esok lagi. thank u bebeh.
best. sebab memula macam biasa je kita orang ni.
sebab aku ni kan kera sumbang sikit.
tapi now looking forward je nak jumpa untuk amik stock.
sebab mesti tambah extra 1/2 jam or more untuk gossip.
ada je pulak tu. hahaha funny. love it.


yeay dah keluar.
since keluar dah 4 kali makan. hahahah.
prosperity burger i lebiu.
ngan curly fries yang sodap itu. nyam.


ni pun antara tempat kesukaan untuk makan.
hari tu masukkan kat ig.
ramai tanya kat mana.
tak sempat reply pun.
so ni adalah kat taman melawati.
kat food court dia. bukan yang baru.
tapi yang lama setingkat tu.
yang sebelah ruang selalu orang buat pasar juadah tu.
eh tapi now ruang tu dah takda.
nak buat construction apa tah

so kat situ la.
yang ada jual nasi ayam singapore ke apa tu.
so situ ada laksa jugak. sodappp.
aku suka mintak taknak nenas, bawang n cili.
if ada lengkap la. tapi aku memang if ikutkan, makan laksa kalau boleh just nak laksa, kuah, telur. thats it.
tak suka yang lain2 tu.
sedapppppp. tetiba rasa nak ajak mama buat laksa la.
wah gedik. takdanya mama nak layan.



di akhiri ngan pis kami.
tak tau apa motif.
tapi ada rasa nak tampar laki sendiri sebab suka konon tak pandang camera.
i is benci.
ok dah. tu je.
aku nak makan. seksa n kelaparan aku membuat entry ni.



Shit u sinister

Aku ni penggemar cerita seram.
Eh sebelum sambung nak bagi tau.
Aku bukan lupa pasal segment expose mistik. Tapi xde siapa hantar email.
If ada hantar aku akan post. So siapa ada cerita seram boleh la share n email yea.

Nway. Mcm ku cakap.
Aku suka cerita seram.
Tapi lately ketakutan melampau.
So dah lama la tak tengok movie2 seram ni.
Especially now dah pindah n selalu sorang je. Xnak aku ketakutan nanti.
So mari hindari. Gituh.

Bertahan la tak tengok movie seram.
Email expose mistik pun aku baca siang time tengah ramai ke apa.
So that later nanti lupa. ;)
Syabas.

So baru2 ni ada keluar cerita sinister kan.
X silap sinister ni yg buat cerita org yg buat cerita insidious.
Insidious bagi aku sangat menakutkan n trauma.
Hari tu ada ulang jt astro. Aku x tgk. Tak sanggup woih.
Tapi sana sini orang dok tweet.
Kau bayang baca tweet pun aku boleh ingat music lagu yg menakutkan tetiba ada budak menari tu.
Then muzik apa tah time bapak dia masuk dunia lain tu.
Muka minah2 tu.
Aku x tgk cerita tu tp baca tweet org pun semalam aku ketakutan. Gaggagag.

Sinister keluar. Rasa nak tengok tu ada.
Dah la sana sini kata best.
Tapi nak tengok wayang takda geng.
Last2 lupa nak tengok.
Sekali balik umah mama n papa.
Tengok papa beli dvd tu.
Ok lets pinjam.

Memula ayol kata seram gila.
Then semalam masa amik mama lak kata seram.
Yang mama suka nak cerita.
Aku pantang orang cerita. Tak suka.
Tak thrill la kan.
Mr.B sibuk suruh mama cerita.
Dia memang not into movies. Tau nak shortcut n tau ending terus. Wth.

Sebab aku marah2 so mama tak jadi la cerita.
Mr.B kata nak tengok sama2.
Apa2 la. Dia bukan suka cerita hantu. Tapi if nak tengok sama then bagus la.

Tapi sampai kul bape pagi tak tengok lagi.
Dia main game. So aku tengok la.
Elok start dia join.
Tapi aku rimas dia ada. Bukan nak tengok.
Tanya je banyak.
So dia gi potobg kuku la apa.
Later join balik.
Aku dah start seram sana sini.
Bagus gak dia teman.
Tapiiii kejap je pun. Pastu dia tidur. Tah apa2 tah.
Menggelupur n ketakutan la aku sorang2.

Kejap baring.
Kejap duduk.
Kejap smoke.
Kejap tweet.
Kejap tgk ig.
Tak sanggup nak mengadap weyh.

Ok siapa taknak spoiler jangan teruskan baca ye.

Cerita dia pasal this one guy penulis buku.
Dia tulis buku pernah hit dulu2.
Buku true story kisah pembunuhan la apa.
So now nak buat buku baru.
Dia tau ada satu rumah ni, 4 beranak kena bunuh gantung kat pokok belakang umah tu.
Sorang dpd anak mangsa tu hilang.
So dia nak kaji la n buat buku.

Hari pindah tu dia nak simpan barang kat loteng. Jumpa kotak ada filem video.
Dia tengok la. Ada video pembunuhan tu.
Bukan tu je. Tapi ada banyak la video pembunuh dalam tu.
So dia kaji. Rupanya berkait.
Kat situ la bermula segala expose mistik.
Yang agak mencibaikan.

Ok cut story short.
Semangat tengok seram la apa.
Pastu ending haram jadu.
Aku rasa agak potong.
Benci bila tengok movie berpuhak kat orang jahat.

Ao anyway. Bila ending macam tu tetiba rasa macam, ahhhh tak best ah cerita ni.
Tapi aku rasa orang buat cerita ni memang mcm tu la.
Masa cerita insidious tu pun ending geram.

Pastu aku macam. Bodoh la cerita ni.
Tak seram ah. Time tengok je seram. Pastu takda rasa apa dah.
So gi toilet buat itu ini.
Then ke depan balik.
Tengok pintu toilet tak tutup.
Eh nak tutup.
Dpd hall ke toilet tak jauh. Dekat je.
Tapi kanan ada bilik pc
Kiri ruang makan all the way bawak ke dapur.
Tetiba iolls is seram damn in.
Terbayang hehantus cerita tu.
Kalau nampak adalah seram la kan.
Mintak dijauhkan pliss.

Ho man tadi minum kopi.
Mata tak ngantuk. Me not loike.
Untuk cover ketakutan maka gigih type entry ni dpd iphone hokey.
Kalau typo maaf di pinta.
Ye takut sampai taknak online kat pc.
Melekat kat laki sambil type ni.

Ok dah.
Aku nak online or main game kat i phone sampai tertido.
Fuhhhh...fuuuhhhhh.

apa-apa aje la ye.

dua perangai noy dulu yang aku cannot go.
bila tidur ngan dia super lasak.
n everytime laundry day. baju dia banyak macam tak masuk akal.
contoh after lipat aku punya sejengkal je.
dia punya mesti dua jengkal pastu ada dua. so bayangkan banyak mana.

so bila kawin adalah gembira akhirnya takyah hadap semua tu.
no no no.
sekali aku tengok laki aku tido sama je ganas macam noy.
seksa iolls.
selalu dia tidur dulu. aku jenis tidur lambat.
sibuk online kat phone.
nanti mula la tangan dia sesuka hati terlepuk aku sana sini.
tangan dah la panjang.
ada sekali tu tidur rasa tak selesa belakang badan.
rupanya tangan dia ada kat bawah badan aku. grrrrr.
pastu nanti tido macam akrobatik ke apa.
tau nanti elok menegak tidur. dia tidur melintang. aaaaaaaaaaa. sangat macam noy.
nanti tetiba aku terhimpit. belah dia luas.
dia tidur atas bantal aku. uwaaaaaaaa.
sabar je.

tu satu.
satu lagi laundry ni laaa.
aku tak tau la dia ni pakai baju ke memperaga baju.
sumpah everytime basuh baju aku dah macam. hoi banyaknya baju.
rasanya 80% dia punya.
ada sekali tu bakul baru suku penuh.
aku kata kat dia. kumpulkan baju yang nak basuh.
jangan la sepuk2 ke apa.
sebab aku taktau mana nak basuh. mana dia nak pakai.
sebab nanti tetiba dia tanya aku. mana seluar kerja dia la. asal tak basuh la.
dah kau tak letak dalam bakul. mana aku nak tau kena basuh ke tak kan.
so aku suruh tu dia buat la.
tau-tau aku tengah tengok tv. dia angkat bakul baju tu ke aku.
dia kata, "dah moling. ni semua nak basuh"
penuh melampau ok. aku dah macam. vhatttt???? 
mana datangnya semua baju ini?

sama macam minggu ni.
the last time aku tengok bakul tu baru half je.
so takpa kita relax
tetiba aku tengok esoknya dah penuh.
tu takpa lagi. weekend noy tidur rumah aku. dia pun nasi tambah kat bakul tu.
membuak dah. nak nangis rasa.
nangis bukan apa. sebab kalau musim hujan letih nak tunggu kering.
lagi satu mana aje aku nak sidai bebanyak macam ni.

nasib lately musim panas kan. gumbira baju kering dalam masa sehari.
so malam semalam aku basuh baju n jemur.
tengahari tadi kasi tolak ke depan.
ye dah tengahari baru tolak. pepagi tak bangun lagi.



penuh melampau kan.
tu kat gate sebelah sana pun ada tu.
ampaian dah rapat baju.
aku kalau boleh suka jarak2. senang kering kan.
but what to do. tak muat dah.



rumah jiran depan lagi over. heheh.
tu rumah sewa student tu.

aku nak gi rumah mama ni.
kerinduan. dah mintak kebenaran tadi nak gi.
Mr.B bagi. bagus.
tapi tu la. nak tunggu baju kering.
if keluar then kena tarik baju bawah porch kan.
sayang la pulak sebab tengah panas terik elok tu.

tapi rokok iolls pun tinggal sebatang je ni.
kena gak keluar.
takpa. tarik je la.
esok masih ada.
harap panas sampai ke petang.
bukan hujan di tengahari. keh keh.
tetiba nak pepatah. ;p

eh tetiba lapar.
harap makan best kat umah mama. hahah.
aku antara aktiviti kesukaan. adalah check fb mama.
kadang tengok dia rajin update bagi tau menu hari itu.
if dapat pergi best la. kalau tak stress je membaca kat rumah.
ada sekali tu lagi la.
papa siap call bagi tau mama masak nasi ayam.
sob sob.
nak pergi tapi tak dapat sebab time tu hujan lebat sangat.
tapi best sebab noy datang umah aku.
so aku mintak pack kan. yang mama terkejut mana aku tau dia buat nasi ayam.
tak tau yang papa ni pun rajin call or bagi tau menu kat aku.
tapi pack pun aku tak dapat makan.
sebab aku keluar kejap.
Mr.B memula kata taknak. sebab later nak ke gym.
so ok la kan.
sekali dia call kata nampak macam sedap. dia nak makan boleh.
aku kata boleh la. takkan nak kata takleh pulak.
terkilernnnn tak dapat rasa. ;p
yang noy saje je banyak kali cakap stone nasi ayam mama.
dia makan tambah 2 kali.
whatever noyyyy.

oh satu lagi.
aku rasa papa ni comel.
dia jenis takkan kata dia rindu ke apa.
tapi dia akan cuba pancing aku balik ngan bagi tau mama masak apa. heheh.
kadang if dia tau aku takda transport. dia akan kata nak dia jemput ke.
aku kata takyah. bukan apa. macam susahkan dia kan.
so tunggu Mr.B balik kerja kita orang akan pergi.

eh ok la.
patut entry ni pendek je.
tetiba meleret2 lak.
ok bye. nak kemas umah sat.
later nak ke rumah mama.
ta-ta

p/s: tajuk entry membawa maksud tak tau nak bagi title apa.

pencarian kasut cinderella

kelmarin noy tido kat rumah aku.
sebab semalam banyak benda nak buat.
but yang terpaling utama sebab nak carik kasut kerja dia.
serious everytime dia kata nak carik kasut kerja dia.
i is stress.
sebab kau akan penat tak berkesudahan sebab susah nak dapat.
sebab kaki dia kecik. so sepuluh kedai kau pergi. memanjang nanti size habis. damn.

hari tu dah carik kat JJ, klcc n festival city. semua tu size dia habis.
if pergi tu bukan pergi satu kedai je. akan carik n berpusing masuk 3-4 kedai.
then dia ada gi pavi pun takda gak. tsk.
so aku kata try gardens la. mana tau ada kan.
situ ada isetan n robinson. then midvalley pun ada memacam.

so lepas post barang.
terus ke gardens.
nasib jalan tak berapa jam.
kat gardens terus ke isetan. yes seperti di jangka. takda size dia.
dia size 4. pastu sales assistant memanjang cakap, size 4 dah takda.
size 5 ada? nak try.
taknak la. sebab kalau dah boleh pakai size 5 takda la mencari bagai nak gila kan.

pastu sambil jalan aku bebel.
cakap takda ke operation besarkan kaki? hahaha.
yang noy pun kata kenapa la size saya 4. kalau 5 kan dah senang.
tapi satu je kan solution dia.
tak silap mama kata setiap kali beranak kaki akan membesar. cool.
tapi nak tunggu tu tah bila weyh.
olus once dapat anak maybe dia dah tak perlu pun carik kasut kerja. kannn?



setiap kali menunggu dia.
kerja aku ni je la.
cam whore.
apa lagi pun boleh buat.
tengok la tu.
amik pic pun kat cermin kedai kasut. keh keh.

 :: excuse my perut boyak ::

kekecewaan kedai pertama takda.
kita orang terus gi makan.
time tu dah petang pun.
tak makan apa dedua. sarapan mama koko krunch with milk je. ;p
so lets makan.
noy tu lagi melampau sekarang.
tak makan apa sampai dah kurus melampau.
aku n mama bising. sebab kurus keding apa yang lawa nya uolls.
elok dia berisi sikit la.
hari tu berat dia naik sampai 50kg. dia rasa dia gemuk.
now dia diet n exercise apa semua. now dah 44 macam tu. wth.
tu takpa. pakai seluar semua dah tak elok.
abis semua dah besar kan.

me on the other hand.
aku memang tak diet.
tapi kan pemalas makan tu kan.
so bila kau pemalas makan.
kau macam dah setting macam tak makan sangat.
andai kata makan pun. portion mesti sikit.
sebab aku pernah tamak n amik banyak.
halfway dah rasa takleh masuk. rasa nak muntah lagi ada.
tapiiii. aku ni konon portion kecik la apa. herghhh.
tapi iolls takda la tetiba kurus macam noy ke apa.
tetap sama hahahhahaha.

 :: excited rasmi subang baru. <3 ::="::" p="p">
pergi chili's.
rasa tamak nak memacam.
tapi nasib ku sedarkan noy.
ikutkan noy nak lamb shoulder. aku pun rasa nak tu.
tetiba noy nak fajitas pulak.
aku dah macam. gila apa. banyak kot.
pastu dia kata apa kata aku amik lamb. then dia amik fajitas.
makan tukar.
still aku rasa macam banyak tu. tau sangat dia tu bukan habis.
n now aku pun makan selalu seksa nak abiskan.
plus sebenarnya nak lamb tu sebab nak mashed potato dia tu.
teringinnn.
so kita orang order fajitas n side order mashed potato tu.

 :: mashed potato with black pepper gravy. hoiii sedap. tengok pic ni aku sendiri mengidam kembali. tak puas makan sebab kongsi. mih mih mih. dasar pentamak ::


 :: fajitas trio ::

damn. time type ni aku tak makan apa lagi ni.
laparnyaaaaaa.
so stop kejap gi dapur potong buah lai. nyam.
ok lets sambung.

lepas makan.
sambung mencari kasut dia kat midvalley.
pergi carik lewre lagi. still takda size dia.
so berjalan.
tetiba.

noy : omg mango mango..mango. cepat jalan. saya taknak masuk. tapi saya kena carik seluar. takpa kejap lagi. carik kasut dulu.

taknak konon. tapi aku tengok dia makin tersedut masuk dalam kedai.

me : pergi je la. kau masuk. saya duduk depan. jap2 lagi saya masuk.
noy : okkkk.

cehhh. hampeh.
by the time masuk dah 2-3 kat tangan dia.
aku ikut je.
tetiba aku nak tunjuk dia baju yang aku rasa ok.
tetiba hasutan syaiton dpd dia. dia suruh aku lak yang beli.
aku lak kalau label tak tulis XL mmg aku tak teringin nak try.
yang noy kata pergi laaa. saya tengok muat.
aku tengok L. memang tak la. macam tak yakin.
but no harm trying kan.



sekali muat uolls.
hahahahha. aaaaa suka.
tapi tak suka noy sebab tak pasal aku shopping.
padahal aku memang taknak shoppingggg.
perlu berjimat sebab nak beli barang rumah. damn.
tu pun dia nak suruh beli selai lagi.
hoi tak sanggup. melampaui batas sangat kan.
cukup la dua ketul ni je.

then before ke metro midvalley carik kasut dia.
tetiba dia ke bershka pulak.
serious perempuan ni suka lari daripada tujuan asal.
so shopping situ.
baru ke metrojaya. stilllll takda kasut size dia.
rasa nak nangis. penat dah weyh jalan sana sini.
siap time perempuan tu carik size aku berdoa, Ya Allah, tolonggggg la ada size dia.
tsk.

takda lalu kecewa.
so ke gardens balik.
try la kat robinsons pulak.
aku dah tak larat dah.
so aku duduk je. online.
dia mencari. Alhamdulillah ada.
yeayyyy.

kau tau kepayahan itu.
ni kasut terminal. kasut cabin lain tau.
so bayangkan satu kasut payah macam ni.
kau bayangkan dua kasut.
noy pulak jenis yang pakai 2-3 bulan tukar.
tak pitam kau.
aku siap suruh dia buat sujud syukur sebab jumpa kasut ni.

 :: pencarian kasut cinderella berakhir ::


hasil shotonk untuk semalam.
tapi bukan aku punya.
semua tu noy punya. aku ni ibarat pak supir tolong angkat barang.
kong aja sangat perempuan ni.
tapi takpa makan n minum dia belanja. miahahahah.
sian perempuan tu. badan dah kurus, panties n bra semua kena beli baru. hahha.
pastu tanya aku asal aku tak beli.
aku kata yang berkenan takda size aku. benci.
semua bra lawa untuk orang tetek kecik. damn u semua bra lawa.
tapi mungkin la kan. sebab pakejnya tak seberapa. so bra kena la fancy. hahahhaa.

tapi kegembiraan hanya sementara.
later noy balik.
pastu Mr.B pergi gym.
tinggal la iolls kesepian seperti biasa.
so bila kesepian. penghibur hati hanyalah diri sendiri.
merasa la orang kat instagram aku muntah-muntah sebab memanjang masukkan pic diri sendiri. kah kah.


ini namanya duck face mintak lempang.
tapi dah lama tak buat duck face. so sekali sekala buat kita layankan je la yea.

ok tu je.
aku nak sambung makan buah lai.
bye.


Celcom's J.Lo Concert

[ADVERTORIAL]
[sticky post - scroll down for new entry]

Rasanya mostly pun dah tau.
Siapa yang akan datang Malaysia untuk buat concert tour dia.
Yes. Yes. Yes. Tak lain dan tak bukan....J.Lo!!
Wah sukanya. Hamagad. Suka kat dia daripada zaman remaja.
Pernah kat blog ni aku share pic bilik aku dulu-dulu.
Penuh poster J.Lo....heheh. Idola sangat.
Idola macam tu je la. Feeling tu ada. tapi impian nak jadi macam dia, tak pernah kesampaian. :p

So bila dapat tau dia datang Malaysia.
Aku n nNoy terus teruja n akan make sure nak pergi concert dia.
Concert J.Lo ni di bawa oleh Celcom Xpax.
She will be down in KL on:

Date: 2 December 2012
Venue: Stadium Merdeka - KL
Time: 8pm


Wah dah tak lama tu.
Come on, let's get loud!
Siapa yang belum beli ticket.
Don't worry, as long as u r ready to have fun, Xpax and The Cube ada sediakan free tickets.
So bersedia untuk malam yang dipenuhi dengan sensational song and hot grooves kat konsert J.Lo ni.
If interested nak tau macam mana nak dapatkan free tickets tu.
Read on !

Whatchuwant? Wanna live life like J.Lo?
Have Whatchuwant and be treated like the Fashionistas that you are.
Dial *128# and subscribe to any Whatchuwant packs for a chance to get the ultimate J.Lo experience worth RM10,000.
Just make sure you subscribe from the 12th until 26th November to be in the running to grab the experience package including:



Be On The Cube, Be at J.Lo’s Concert
Korang jugak boleh menang ticket to Jennifer Lopez in concert when you get on The Cube dan download lagu dia to your Call Me Tones daripada 1st October to 20th November.
Just download and keep any TWO J.Lo Call Me Tones then gift TWO more songs to your friends and family for a chance at getting a pair of J.Lo’s Live In Malaysia concert tickets worth RM658 each
OR
Download a 3-month Call Me Tones package for a chance at getting an all-expenses- paid trip to watch J.Lo Live in Singapore.

Semua Jennifer Lopez’s best club hits available on The Cube dan tunggu masa je jadi korang punya Call Me Tones.
So hit up "www.thecube.my"

for more info (plus other ways for you to get the tickets).

You’ll get to have J.Lo on your mobile and tengok dia perform live.
What could be more awesome than that?



Feeling & Looking Hot?

If rasa korang ada confidence and sexy attitude macam Jennifer Lopez, show it through MMS. 
Snap at least 3 gambar of your most J.Lo-licious poses dan hantar via MMS to 20000 by 25th November 2012. 
You could win two tickets worth RM658 each to see J.Lo in Malaysia as well as get an all-expenses- paid trip to Singapore to see her there too!   

for more info boleh check kat sini. HERE.



Don’t Miss Jenny from the Block!
Starting out as a dancer, Jennifer Lopez – a girl from Bronx, New York – has become the worldwide diva that she is now. With her dancing, acting and singing talent, Jennifer Lopez has entertained audiences for more than a decade, so you should not miss the chance to see her live in concert.
You don’t have to be “Waiting for Tonight” to get those tickets, go grab the chance to get them now!


So hurry up.
cepat join n kita boleh jumpa kat sana.
wah tak sabar.
so mari amik feel n tengok video clip J.Lo.


thank u kominyo.

seperti yang sedia maklum.
noy sekarang memanjang busy.
bukan busy apa pun. busy berdetim.
so iolls is kesepian sepanjang zaman.
wah melampau kan. yes tapi itu la rasa dia.

sebab siapa baca blog ni lama.
tau kan macam mana kita orang ni melekat je.
sana sini sesama. macam lobster.
tapi bila dah kawin kurang la sikit.
tapi dia mesti akan datang rumah aku ajak teman sana sini.
tido rumah aku ke.

so bila dia membusy. rasa lost n emo je.
boleh je membuat kawan baru.
tapi aku ni paling la tak reti nak berkawan sangat.
tapi 2 weeks back dia tido rumah aku few days. yeay.
so dapat la bersuka ria sikit.
then jonet pun ada datang.
so keluar la kami.

so adalah gembiraaaaa.
sebab dapat keluar n makan-makan.
sebab ngan Mr.B ni mesti makan tempat biasa-biasa aje.
satu sebab takda masa, dia tu kerja.
nanti tak kerja nak gym pulak.
abis bila nya yang nak keluar makan tu kan.
nombor dua sebab laki aku ni makan jenis kemelayuan sikit.
mana tak biasa makan dia tak gemar.
gituh.
so ngan noy je la dapat jugak makan yang lama ku idam ke apa.

tapi takpa. ni tengah slow2 ajar Mr.B makan ikut tekak aku.
n nampaknya sikit2 dah berjaya.



makan at al-andalus dengan noy, jonet, nisa n hida.
hoh sedap. mari menangis. haha.
tapi rasanya saba punya lagi sedap. sebab kuah dia tu pedas meletop sikit.

lamb mandhi.
plan asal nak makan kat pavillion.
tapi kata time tu shopping.
by the time nak makan dah pukul 10pm.
tetiba dah duduk dorang  tak bagi order apa pun even air.
sebab katanya malam tu around 11pm pavillion akan shut down semua electric ke apa.
untuk buat maintanance la apa. macam tu la
tensiii.
tu yang kena keluar daripada pavi untuk makan.

:: makan yong taw foo.::

:: suzi's corner. sirloin steak. chicken wings n satay lupa nak amik pic. pelahap uol ::

:: nasi paprik from gerai near my place. ada sekali tu Mr.B balik lewat daripada biasa. aku dah risau. selalu dia bagi tau if lambat. ni takda. sekali dia balik siap bungkus makanan untuk isteri. hihihi. sukaaa. dah la sodap paprik ni ::


:: the apartment klcc ::

:: pan mee, stall dlm festival city. ::

noy selalu gelakkan aku.
dia kata if aku keluar mesti nak makan macam-macam.
ye la lama kot tak makan syiok.
kalau ngan Mr.B mesti dia nak makan minang.
aku ok je. sedap je. tapi tu la.
nafsu aku nak macam-macam. dasar tembolok takleh kawal. haha.

later nak keluar.
yeay best. nak makan apa pulak yea?
eh ku teringin ayam penyet. pergi wangsa walk hari tu tengok kedai dia dah takda.
kecewa n kesedihan iolls.


jiran-jirun

ok no such thing as jiran jirun. tapi kau ingat senang nak buat tajuk?
topik hari ini adalah mengenai jiran.
aku memang jenis tak reti bergaul sangat.
buat hal sendiri je.
which is not good. i know.
but dah tak reti khenn. nak buat macam mana.

unlike Mr.B. dia memang jenis pandai bergaul.
daripada rumah mama lagi. jiran-jiran semua kenal n suka dia.
siap nampak dia jemput pergi kenduri bagai.
hari tu aku tido kat dalam. ye apa lagi aku buat. tido je la.
sekali malam sembang. rupanya jiran depan mama mintak tolong dia betulkan paip ke apa.
dia tengah bergardening.
so dia tolong. siap akak tu nak hulur rm100. hamboih. sejak bila lak reti plumbing laki aku ni.
paip sinki dapur tak reti buat lak dia.
tapi ok la. i mean dorang selesa ngan dia siap boleh mintak tolong semua.

macam hari tu mak ngah aku datang rumah.
dia kata ada atuk sedara aku suka kat ben.
dia jumpa masa izza bertunang tu.
dia cakap kat mak ngah, "bagus menantu ******, tegur orang tua n boleh bawak sembang".
dia ingat ben ni menantu kepada aunty aku yang lain.
so mak ngah cakap la bukan. tu menantu din (papa) baru kawin hari tu.
awwwww. time tu pengantin baru uols. hahhaa.
so dorang dok kata la bagus apa.
elok la. tapi dia memang macam tu. jenis senang bergaul ke apa.
aku ni kera sumbang sikit. takda geng mula la seperti apa je jadinya.

so sama la macam kat rumah ni.
dah duduk berbulan takda siapa aku kenal.
aku kenal la few. tu pun sebab kekecik dulu kenal kan.
still takda la tegur ke apa. segan ah.
so aku just sebut orang depan, orang sebelah, orang hujung. gitu je la.
tapi bila sembang ngan Mr.B semua dia kenal.

kemain tau orang depan kerja apa.
pastu aku bebel kata ape ke hal la buat rumah berbulan.
pastu kereta park kat umah aku. bengang la apa.
yang dia kata takpa la. bla bla bla.
pastu tau abang tu renovate umah sebab dapat duit epf. hamboih gossip jiran.
dia kata sebab dia selalu sembang2. tu tau.
pastu nanti dia kata la makcik rumah mana tah.
aku memang tak kenal la.
dia kata alaaa. makcik suara serak tu.
dia suka cakap kuat. tapi suara serak macam tak keluar.
okkkkayyyyyyy. sampai ke la ni, aku tak tau makcik suara serak mana la yang dia maksudkan.

Mr.B ni perangai suka tegur orang.
nampak je jiran ke dia akan tegur n tanya khabar.
so orang nampak dia pun akan buat benda sama.
me? aku terus bukak gate masuk dalam.
paling tak pun senyum je. hahahha. kera sumbang.
tapi kelakarnya laki aku ni.
dia memang berniat baik. tapi dia suka sesuka hati panggil nama orang apa.
dia memang ada masalah mengingat nama orang.

contoh wilcha sebelah rumah ni.
nama orang tu lain. dia tak abis-abis panggil abang man.
wth. sepuluh kali aku betulkan. sepuluh kali jugak salah.
tak pernah aku dengar dia panggil betul.
yang kelakar tu. si wilcha pun layan je.

Mr.B: abang mannnnn.
wilcha: yeeeee.
Mr.B: abang man sihat? dah makan?
wilcha: sihat. dah makan dah.
Mr.B:ok ye abang man.

hahahaha. wilcha ternyata pasrah ngan nama abang man itu. hahaha.

kan aku pernah cerita rumah depan aku ni oren.
oren terang yea. siapa follow instagram aku ada aku amik pic hari tu.
heppp. aku amik pic bukan kutuks.
tapi aku join game yang photo of a day.
tiap hari ada la photo yang kau kena snap ikut tema tu.
so hari tu tema view from your window.
so snap pic. nampak la rumah oren itu.

nway, a couple of week ago aku tengok rumah wilcha bergelap je.
2-3 hari gak la.
aku syak kena potong elektrik. tapi idak la aku kepoh kan. biarkan.
sebab aku tengok bergelap n pakai lilin je. tiada lagi bunyi karaoke sakan.
then aku balik rumah mama few days tu kan. oh masa raya haji tu.

then bila balik tengok dah normal macam biasa.
ho ho ho. terkejut tengok rambut wilcha adalah perang. kemain color rambut.
but anyway, berapa hari lepas aku tengok bebudak remaja yang lepak umah dia pun rambut nak sama.
so agaknya bebudak tu color rambut dia kot.
apa-apa pun iolls tak sangka abang wilcha jiran ku so stylo.

Mr.b balik kerja tengah lepak tengok tv sesama.

me : kemain lain kawan baik u rambut blonde.
mr.B : siapa?
me : jiran kesayangan u la. kawan baik u, abang man.
mr.b: tak tau i.
me : u tak perasan ke.
mr.B : perasan. biarlah dia. dia amik cat rumah depan oren tu color rambut dia. aaahahahahaaa.
me : hahahaha. jahat u ni.
mr.B : betul la. sama dah warna. hahahha.

hahaha laki aku. sabar je la.
dia jarang bercakap pasal orang ke apa.
so kalau cakap tu kelakar je aku rasa.
so sekarang depan n kanan ku di penuhi color oren.
gagagagaga
^_____^


Sexy Saturday #40 - Girl I Love You


diet n malas adalah dua benda berbeza.

hoi mood malas masak adalah melampau batas.
selalu akan makan luar or order delivery je.
serious every other day akan order nandos.
sampai bebudak rider nandos dah kenal aku kot. hahaha. lantak.
siap bila call tu. machine tu jawab n cakap 'bonjiaaa', teruja weyh.
dah la sodap.

but usually siang aku tak makan pun.
if lapar sangat aku makan roti perisa2 tu. tengok la apa yang ada.
tak pun aku makan buah.
tak pun aku makan koko krunch.
kalau rajin pun aku goreng la burger ke, nugget ke.
n kalau ada stock la barang dalam fridge.
selalunya tak makan langsung la.
minum je pun.

pastu nanti Mr.B balik kerja pergi la makan mana-mana.
tapi kadang Mr.B siap belikan makanan.
haha so sweet.
tu je la makan.
aku ni tidur selalu after subuh.
so if lapar tengah pagi. makan lagi la buah.
tak pun rajin sikit kita buat maggi.
if malas. kirim je kat Mr.B belikan mihun ke apa.
sebab dia pergi gym tu lepas tu lepak minum.
ye kita tumpang order.

sebab tu bila balik rumah mama rasa heavennyaaa.
esp bukak tudung saji tengok lauk sedap. hohoh.
rindu weyh home cook meal.
memang ada rasa nak masak.
contoh today dah siap keluarkan daging.
memang rasa nak masak.

tetiba tadi Mr.B call. dia kata balik kerja dia belikan aku nasi paprik.
aku kata takyah sebab aku nak masak.
dia kata takyah. aku kata nak jugak.
dia kata kalau macam tu masak sikit untuk aku makan je.
so now tell me. adakah best kau pepenat masak kau sorang je makan.
laki ku memang tak makan dah. usually malam memang tak makan.
sebab later dia nak ke gym kan. so taknak la makan n kenyang ke apa.
gituh.
omg. tu takpa. obses ok dia.
tak abis2 belek badan sendiri. tensi aku.
pastu lepak ngan fam aku. topik sembang ngan ayol n noy tak abis pasal gym.
sabar je la.
ayol layan la. sebab dulu ayol jenis gigih main besi jugak. sekarang je pemalas.
noy lak sekarang obses jugak.
sepuluh kali ajak aku join futsal.
ni baru ni dia join kick boxing pulak. eeeeeee kosser.
rasa nak exercise tu ada. tapi malasnyaaaaa.

tapi sana sini kata susut sikit.
aku dah macam. masalahnya exercise kuak lentang pun aku tak buat.
tak logik tau susut2.
setelah berbulan. hari tu timbang la.
va-va-va. turun 4kg+. hehhheheh.
ceh 4kg je pun. padahal lemak berkati-kati.
tapi as usual. teruja sebab nombor pangkal tu berubah. keh keh.

tapi tu je la pun.
pastu nanti aku makan macam biasa. naik la balik.
pastu pemalas nak exercise.
rasanya sekarang ni kalau turun pun sebab aku pemalas nak makan.
over kan nak makan pun pemalas. kronik gila.
tapi letihnya. bila tak makan or aku makan menu ringan, semua dok kata aku diet.
memang tak la diet.
seperti tajuk entry ni, diet n malas adalah dua benda berbeza.

btw, tadi makan koko krunch with milk.
jam pun dah kul 4. memang tak la aku masak.
daging tu simpan dalam fridge.
malam-malam karang lapar kita masak.
cukup makan buat masa ni. later kirim apa-apa kat Mr.B. keh keh keh.

syok ke? syok la.

antara kegemaran adalah mengambil pic sendiri.
vain gila. hahhaa.
atau dalam erti kata lain. syok sendiri. heheh.
lantak. dah takda siapa nak amikkan.
so sendiri syok sudah. masalahnya syok ke?
syok la.

tapi aku rasa aku takda la kronik sangat kot.
sebab aku check instagram aku.
dalam banyak-banyak pic.
ada ni 3 je pic aku vain for the past 2 weeks macam tu.
takda la setiap hari n setiap minit tepek muka sendiri kan. kan. kan.



pic ni macam kelakar.
tapi aku suka sebab feeling rambut dah panjang. haha.
walaupun masih jauh nak sampai ke tahap masa time sebelum potong tu.
angle kemain tinggi amik. sampai muka dah rupa kekura.
but whatevs.
oh n ignore dark circle yang horror tu.
burung hantu bab dark circle memang takleh di bantu dah.
terima hakikat n pasrah je mata lebam macam kena tumbuk. o___O



sempat cam whore kat BB.
last week ada pergi BB n ke H&M sebab noy ajak.
ok jugak. dah lama aku tak kesana sini. buhsan.
tapi tak beli banyak pun. beli baju satu n subang dua.
aku ni malas nak mencari-cari baju. cukup syarat dah.
selalu rajin paksa beli noy.
tapi dia pun busy shopping. kosser nak melayan aku kan.

time ni depan kedai semantara nak smoke ngan jonet.
tunggu noy. lama pompuan tu.
i love BB.
paling best masa jalan dpd pavi ke lot 10 tu.
teringat kenangan-kenangan lama. heheh.


ni semalam.
noy paksa nak amik pic.
dia amik pic aku kemain horror.
pastu dia bebel2 kata lain kali lepaskan rambut.
ye aku kan suka siput je rambut.
so terus lepaskan.
bestnya siput rambut ni, nanti lepaskan terus rambut curl lawa.
tapi masalahnya aku ni suka siput tapi tak lepas2 pun rambut haha.

pic muka kemik tu saja je.
sebab noy suka buat muka kemik.
pastu siap request nak 2 pic. so satu normal. satu kita tiru dia buat kemik.
paling tak menahan kat instagram ada komen kata ingatkan yang kanan tu noy.
ewahhh kembang kuncup. sebab feeling adakah muka ku runcing macam noy.
atau noy yang sekarang muka lebaq macam aku?
kah kah.

sekian pic vain daripada ku.
aku sekarang memang tak pegang camera dah.
semua pakai phone punya je. keh keh.
takpa camera kita pakai if travel je.
so segala pic ada kat phone.
nanti la if rajin ku transfer pic.
n akan buat entry.
tapi pic berulang la.
siapa yang follow kat ig, sila la tengok siaran ulangan.
tapi ok la kan. kat blog aku explain details sikit.
ig kadang nak tulis caption pun malas kan.

ok tu je.
selamat hari jumaat.

p/s: ku harap panas sampai ke petang. sebab tengah basuh comforter belambak tu. harap sempat jemur n kering. ye baru nak basuh. kata burung hantu. mana ada bangun pepagi.


kesayangan

aku ni memanjang sorang je kat rumah ni.
so peneman aku si kaseh ni la.
or panggilan manja ceceh.

tapi ceceh ni bukan jenis manja.
kau panggil la 80 kali harem dia tak layan.
benci gila.
so rasa macam tak bela kucing.
ceceh jenis sombong tapi pedengki.
dulu kat rumah mama. kau panggil dia mampos dia tak layan kau.
kau panggil lulu. lulu datang n manja.
tetiba dia akan datang n duduk antara lulu n kita.
gila pedengki.
pastu dia buat perangai berak sana sini tanpa sebab.
stress gila semua orang.
sampai dorang rasa nak give away je.

aku lak tak sanggup.
sebab jaga dia daripada kecik.
so aku kata takpa, biar aku bela.
duduk rumah aku elok pulak dia pandai behave.
tapi perangai eksyen tu dia tetap ada.
tapi ngan Mr.B kurang sombong dia tu.
asyik nak sama-sama je.

tapi ni lepas kes dia meroyan tu.
manja dia lain macam.
sampai aku lak rimas hoih.
dulu ngan Mr.B je.
sekarang ngan aku pun dia sibuk.
cuma ngan aku dia reti bahave la.
sibuk nak selit tapi senyap.
sebab dia tau if dia memekak aku akan marah.
so bila Mr.B balik baru dia sibuk bising la apa.
sampai nak bergerak pun susah.




time ni kelakar.
aku panggil dia, gila sombong buat tak tau je.
then time tu aku period pain.
so aku bukak la tiger balm.
terus dia melompat datang.
dia suka gila tiger balm. pelik gila.
aku bagi dia bau direct dpd botol dia kebelakang. tak suka kot. kuat sangat.
so aku sapu la kat belakang badan.
tetiba terus dia datang pastu dok jilat badan aku. what the hell.
aku cecepat betulkan baju. tak bagi jilat.
takut la kan.
sekali tak dapat jilat. dia rapat gila lepak belakang badang aku.
amik bau pun jadi la. kelakar. macam pic kat atas ni.
pastu pic satu lagi tu muka kepuasan terbaring belakang badan setelah puas amik bau. funny.


 :: ni time dia sibuk. time aku nak buat kerja. time tu la dia sibuk baring kat benda2 yang aku nak guna ::

 :: orang nak tengok tv. dia saje buat aksi bagi orang geram. tidur depan kita ::

 :: dia baring in between aku, mama n Mr.B time kita orang nak sembang. ngada gila ::


pic ni gelap.
tapi tu dia tengah baring tu. siap peluk tangan Mr.B.
memula dia tidur tempat lain.
Mr.B baring je.
cecepat dia lompat datang. terus baring n siap peluk tangan.
amboi mengadanya.

tapi serious tahap sayang dia kat Mr.B tu melampau sangat.
dah la ikut ke sana kemari.
macam semalam. dia dok gigit wayar charger hp.
Mr.B marah dia buat tak tau. kena la jentik.
yang aku sentap. aku kata jangan la pukul dia. dia mana tau.
Mr.B kata abis rosak nanti.
aku sentap.

Mr.B: ye lahhh. tobby (sorry) mecehhh (ceceh).
ceceh : *lari ketakutan*
me : tengok kan dia dah takut. sian dia.
Mr.B : *kejar ceceh yang lari ke arah dapur*

after few minutes datang balik.
tah apa dia buat tah dapur tu.

Mr.B : meceh (ceceh) dah tobby (sorry) kan ite (kita) tu.
me : ye lah.
Mr.B : dia tah tobby kan.

pastu Mr.B masuk bilik.
aku tengok terkedek je ceceh ikut belakang Mr.B.
haha kelakar.



tu takpa.
aku rasa tahap kesayangan dia kat Mr.B tu.
sampai asal aku n Mr.B baring or duduk sama.
dia mesti nak ada tengah2 tu.
pastu Mr.B nak cium aku.
mula la muka dia muncul kat sebelah muka kita orang.
kemain kuat meow macam kan marah sangat.
eh hello ceceh, ni laki aku ke laki kau ni.




kadang rasa kesian tengok dia ni.
macam kesunyian je.
ada rasa nak tambah kucing.
tapi ceceh ni jenis jealous.
kang if ada kucing lain mula la dia buat perangai ke apa.
so takpa la. jadi la kau satu-satunya kucing kat rumah ni.



Expose Mistik: pengalaman pertama & terakhir


Hye,,kak peej...slalu bace cite expose mistik ni walaupun diri sendiri xkurang hebat nye penakut....asal lepas bace expose mistik ni je nk pegi toilet pun smpai kene berteman...bhahaha...mmg pompuan penakot xbole bla....hahahah.....sy ad satu cite y agak scary buat pompuan penakut nk mams cm saye nih....

Cite ni berlaku mase sy pregnant 8 bulan n anak y pertama (kawin mude)...sy ni ddk uma mertua sbb FIL sy dah divorce ngn MIL...hasben ank llk sulong n kesayangan FIL....
Bih kurang 4 bln pas sy kawin ni FIL meninggal (mengejut) n mase tuh sy msh blm prgnant....Kebetulan mase wat kenduri arwah 3 malam berturut tu tetibe je sy jd alah xbole bau org masak n muntah xbenti2....makcik belah hasben ad tegor2 ckp myb sy prgnnt tp xsure coz sblm tu sy mmg normal n xde tanda ap2 y sy prgnnt....

Nak sedapkan ati pas settle kenduri arwah semua sy n hasben pun g cek n mmg btl sy prgnnt dlm ad 2 minggu....hasben sedih coz arwah da xde sblm ank kitorang lahir...ank kesayangan la katakan....pas tu kitorang pun teruskan ari2 cam biase...pas arwah FIL meninggal y tinggal kt uma tu cme 4org...hasben,saye,ngn 2 lg adik laki....

sampai la tibe 1 arini (khamis) kebetulan aritu sy ngn hasben cuti sbb g cek up....pas cek up kitorang pun balik uma melepak baring2 tido2 depan tv sbb kt uma tinggal kitorang bedua je bb adik lg 2 org tu balik uma MIL cuti skola...dah petang tu sy bgn tido tetibe tgk hasben nangis...tanye die np nangis hasben ckp die rindu sgt kt arwah FIL.....sy pun jd sedih tgk die cmtu n ckp xpela esok ari jumaat kite pegi kubur arwah....mlm tu lepas mkn sume kitorang tgk tv lg bb malas nk kuar...tetibe kwn hasben dtg ajak lepak2 kt luar...bygkan uma kg pastu ad gazebo...plak tu gazebo bwh pokok durian n jln nk msk uma ad 1 pokok nangka beso sgt...uma pulak atas bukit...klu mlm mmg serammm.....

Dlm kol 9 bih kurang hasben lepak kt gazebo ngn kengkawan tinggalkan sy sensorang dlm uma...n sy mmg penakot dr kecik kalau xde org sy mmg xkan bgn pegi mne2...ddk je kt 1 tempat....n mlm tu pas hasben ddk luar sy tros msk bilik nk tido pdhal bru kol 9 kot n msh awl lg,,,,

Mse tido tetibe sy rase cm katil bergegor pdhl katil jenis divan n mmg xkan bole gegor la kan....dah bergegor telinga berdengung smpai sy rse cm nk pening2 tu sy try bukak mate n depan mate betol2 nmpak muke arwah FIL....die baring betol2 sblh tmpat y hasben slalu tido...n berbungkus cme nmpak muke je....punye la terkejot tros tutup mate balik tapi nk jerit xkuar suare cecepat sy bace ayat kursi smpai tersasul2 tah ap2....mase pejam mate kumat kamit tu ingatkan da ilang tetibe gegor lg kali ke 2.....perghhh,,,,teros berderau darah naik ke muka....xnk bukak mate tp xbole sbb pening sangat....so bukak mate ad lg benda alah tu kt tmpat y sme....takooottttttttt sgt......pejam mate kumat kamit bace ayat kursi smpai telinga dah xberdengung n try bukak mate n dah xnmpak ap2 tp peluh kuar 1 badan padahal xpanas takot punya pasal....

Time tu dah xingat ap tros bgn amek Quran selak ap2 y patot bb cri yassin xjumpa sy tros bace smpai nk lap peluh peluh pn xberani....time tu dah kol 12....nk kuar n jerit panggil hasben takot nmpk bnda lain n lain pulak y sahut....so dok jelah dlm bilik menggigil ketakotan sensorang.....mase tu sy ad terpikir smpai nk tepon ambulan ckp nk terberanak sbb takot sgt...tpon hasnben xbawak pulak bb depan uma je kan....smpai la bih kurang 1 jam lpas tu dengor bunyi tv....n xlame hasben masok bilik tanye nape bace Quran ngn ddk atas katil selubung selimut bagai....sy xberani nk gtau tros ajak tdo n esok bru cite....

Tetibe hasben nangis lg bb die ckp die y rindu nk jmpa arwah tp np sy plak y jumpa....eiii,,,,mengade je...kite da tkot2 die bole sedih menggila....
N sebulan lepas tu sy pun deliver baby girl n baby kuar sebijik cm muka arwah FIL....subhanallah....lg bercucuran airmate......

Hahahah,,,,tu jela citenye....
Yang pertama n terakhir....xsanggup rasenye nk lalui pengalaman y cmni lepas2 nih....


-fiona-
............................................................................................................

sesiapa nak hantar cerita expose mistik boleh email me at

nurhafiza.buhanuddin@gmail.com
subject : expose mistik ..(tajuk)...

n make sure kau betul-betul ok nak share cerita.
jangan nanti suruh aku turunkan ke apa.
ok. over n out.

thanks.

PeejBurhan silent reader. URGENT PRONTO!!

Salam peej,

Sorry for such ⓐ rude intro on the subject. i just need to get your attention.

My name is nadirah, n I'm your silent reader..i like to read your blog sb from your writing, dpt rasa mcm you sgt cool.. Love to read bout nonoy jgk.slalu tergelak sendiri sbb macam tbayang gelagat nonoy tu, mcm ala2 nerd gtu..n realy love your sister bonding :)

Act the reason I'm writing to you because i need your help. i know that you ada thousands reader who live in klang valley area..if possible you. Can write an entry bout my husband'ⓢ cousin..he went missing since last tuesday, 6nov2012. His name is kareem n His family live in PJ. Here's the detail bout him..i also attach pic of him.

ABDUL KAREEM BIN KHAIRAZAN
UMUR: 22 TAHUN
LELAKI OKU – TIDAK BOLEH BERCAKAP

Telah hilang sejak 11 pagi hari Selasa 6 November 2012 di sekitar 
kawasan pasar  PJ Jalan Othman Old Town.

Pakaian : T-shirt putih/krim, seluar track hitam.
Perwatakan:  Tinggi  165cm. Rambut pendek. Ada kesan parut di pipi kiri.
Bermisai nipis dan janggut pendek. 


Sesiapa mempunyai maklumat sila hubungi Balai Polis Petaling Jaya
Sarjan  Mashadi di 0379662254 / 013 3518040

U can google out this news, i found that ⓐ few blog already write bout him. But i just think that's not enough..

Since dia hilang, his family dah hari2 pegi pusing2 and cari in d area yang dia hilang. N over wekend we're also help to find by walking in the area, sampai jalan klang lama..his mother ckp, ada info saying that nampak kareem di area kg dato harun few days after dia hilang..

last nite kami ada buat solat hajat...n ikut pesanan imam perlu adakan gerakan mencari antara 11 malam hingga 3 pagi..so malam tadi sekali lagi kami join , tp stil nothing..

Now its been more than ⓐ week, n its been raining everyday.. He can't talk, he's registered as OKU, he have no money n no ic. We're afraid that orang. Ingt dia org gila @ pendatang asing..Kami semua sgt risau n last nite his mother seems to think that Kareem dah takde, meninggal.. She had gotten all the signs. But again, if betul kareem dah takde, at least we can have his body untuk disempurnakan..we're going to continue searching but i hope that you can help me to spread the words.

Tq in advance peej.
Wishing you all the best in writing.. Tq.