sebentar tadi selepas menguruskan hal pos barang customer.
ku ajak suami ku ke klinik.
aku sudah tidak demam.
cuma terasa sendi semua sakit dan mencucuk-cucuk.
selsema juga parah.
batuk tok sah cerita la.
aku batuk sampai semua kaki tangan terangkat ke udara.
dalam sungguh batuk itu. terasa hendak terobek dada ku ini.
jika sedang baring. bila aku batuk. anggota badan ku semulajadi refleks n membentuk seperti tapak sulaiman.
entah apa-apa tah.
tidak comel n menyeksakan pula tu.
tapi tengok n baca sana sini. ramai gila kan deman macam ni.
kejap ok kejap tak.
so ok la. im not alone. heheheh.
jadi aku ke klinik.
lama menuggu giliran ku.
hampir setengah jam.
terseksa juga rasa. sebab menahan batuk.
tidak mahu mengganggu pesakit lain.
sebab pesakit lain yang masih kecil jika memekak.
memang rasa hati nak je aku jotos kepala mereka menggunakan siku aku.
dan jugak starlight dahi mak bapak dorang yang biarkan anak bising.
tak amik peduli sebab sibuk main hp memasing. nice.
so sampai giliran.
duduk.
doktor datang.
di pintu kelihatan seperti nama doktor wanita.
bila masuk rupanya doktor lelaki. lantak. ok je.
belum sempat mengadu nasib.
terus doktor bersuara, "u have a very beautiful complexion"
hanya mampu sengih.
paling tak tahan. sebelum check. sempat dia usap muka aku pakai belakang jari dia.
dia kata sorry. dia kagum sangat tengok kulit aku. so dia nak rasa. gituhhhh.
kembang kuncup bontot pesakit ni tau.
sebab pesakit ni pergi jumpa dia ngan tak mandi, muka sememeh sebab selsema, lengkap.
time tu rasa nak carik cermin check out muka sendiri. kah kah.
so aku ckp je aku pakai skincare indo bla bla.
ye aku ni ahli perniagaan yang paling tak pandai meniaga.
sebab tu korang takkan nampak aku beriya promo.
minta testi ke. tepek sana sini promo produk ke.
sebab tak suka.
bagi aku if barang bagus. orang akan tanya.
tanya cakap je la aku jawab.
orang nak share testi. nice. aku share.
tapi sendiri nak beriya2. memang tak reti.
lepas ke klinik gi makan.
balik rumah. makan ubat lalu tertido sambil dipopok suami.
tau-tau terjaga sebab suami nak pergi gym.
bangun kencing n berak.
demam tak rasa.
selsema ada rasa tapi tak meleleh.
batuk sekali sekala je.
berjaya tak smoke sepanjang hari. syabas untuk diri sendiri.
tapi tak sure sebab ubat. or sebab sakit ni.
aku rasa numb yang kronik.
berjalan rasa tak jejak je kaki.
kencing ke berak pun ala rasa tak rasa.
genggam2 penumbuk pun rasa sikit je.
tadi dalam toilet bawak hp.
tp online tak tenteram. sebab kebas.
so tak rasa grip hp.
risau aku kalau kelepappp jatuh kan.
cecepat stop.
serious banyak benda nak buat.
tapi rasa high sangat. ubat apa doktor ni bagi weyh?
duduk kat kerusi ni. rasa terawang-awang macam aku naik magic carpet. va va va.
sorry asyik lupa letak expose mistik.
minggu depan la yea. Insyallah. :)


























































Tabita Skincare
Ephyra
Beutskin Essence & SNE
Ummi Bakery
