#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM180 -Trial Box (10sachet) RM60 *Promo

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

raya sakan.

raya kali ni sakan.
ok bukan la sakan beraya sana sini ke apa.
tapi sakan sebab betul-betul cuti.
aku memang tak check langsung internet.
if check pun bukak fb nak main game kejap.
tu pun selang sehari kot.
email ke apa semua tak bukak.
ni baru bukak.

sebab tukar hp baru ni.
memang dah setting email semua.
tapi email takda la tunjuk masuk ke apa.
so takda la aku tengok.
sekali aku click. haaa kau 60 email ada.
gituh.
baru terkejut n check.

in a way bagus gak. sebab berehat.
kalau tak check dpd hp.
pastu tak attend to it rasa bersalah pulak nanti.
walaupun aku ni takda la keroje ke apa.
kerja dpd rumah je.
tapi since ada jual ni. hello. mengreply email n menjawab bermacam soalan orang pun letih.
pastu pack pun satu hal rasa nak patah pinggang.
pastu pergi post office semua.
hari-hari ada kerja. penat.
so bila dapat rehat ni. rasa macam aku pun cuti seminggu la macam orang kerja office. heheh.
apa-apa pun Alhamdulillah. penat pun tu salah satu punca rezeki kan. :D

so yeah, now ephyra n tabita dah open yea.
ephyra limited. tapi tabita banyak.
aku akan post monday.
so siapa nak cepat boleh la email.
akan ku curik masa untuk respond.
apa-apa yang sesuai untuk korang.
aku gi post office every other day.
isnin, rabu, sabtu ke.
selasa, khamis, sabtu ke.
nak ulang alik hehari pitam gak.
nak harapkan pick up. aku rasa tak percaya dah.
ok la tu kan. :)

semalm layan dpd sampai subuh.
then try tido payah sebab angin kot.
sakit kepala teramat n rasa nak muntah je.
makan panadol baru lega.
tidur. tapi tadi around 9ish terjaga.
sampai sekarang takleh lelap balik.
tu baru check email bagai. :)

cerita raya nanti aku cerita.
sorry la mood malas masih berleluasa.
pic pun aku tak amik dpd camera. ada pun dpd phone je la. kat instagram.
so nanti aku amik pic dpd camera noy yea.
sebenarnya ngidams nak camera baru.
tapi agak2 baru beli hp. nak beli camera pulak. semputttt.
dah la next month nak keluar negara lagi.
takpa. bawak bersabar kan.
nanti ada camera baru maybe rajin kembali. ;p

eh ok la.
nanti sambung lagi.
siapa yang bercuti tu. selamat hari raya. raya sakan noh.
yang dah start kerja. ucapan, 'sian kat awok'.
heheheheh.

eh lupa.
untuk sementara ni bbm aku takda yea.
aku nak beli no baru for that.
takda yang berkenan lagi.
ye aku cerewet. taknak ni yang bersepah sangat.
so apa2 nak contact call, text or whatsapp je ye.

ok ta-ta.

aku merindui mu. ting tong.

sunyi sepi dunai blog kan.
yang dalam list aku ada 2-3 blog je update.
aku nak update tp aku takda waktu senggang lagi.
ni pun online guna macbook noy.
bukan pandai aku. n takkan sesuka hati nak download pic bagai.
so nanti je la yea.

aku merindui Mr.B ni.
dia tetiba bawak abah balik rumah aku malam raya.
ok je no prob. dia kata semalam je.
tetiba rupanya seminggu. sebab semua fam dia raya sakan. tinggal bapak dia sorang kat rumah.
bapak dia tu tak sihat sangat.
ok la takpa.

tapi dah kata raya.
aku memang plan nak duduk rumah mama.
sebab mama pun tak sihat.
orang datang serbu rumah. sian dia nanti nak buat semua sorang.
aku idok la rajin bebenor.
tapi takat isi biskut raya.
tolong potong ketupat, nasi impit, lemang bagai tu ok la.
sambil noy n zeity pun tolong.
apa-apa je la kan.

so malam semalam Mr.B balik rumah duduk ngan bapak dia.
aku pulak tido ngan noy. teehee. suka gak.
dah lama tak tido sama. sobs.
aku takleh nak ulang alik. macam aku ada kereta pun.
orang semua busy nak amik aku ke apa.
so tidoq rumah mama terus senang.

ni zeity dah balik. noy kerja.
lagi la mama sorang kan.
so elok stay je.
Mr.B call banyak kali kata nak jemput aku balik.
bukan taknak. tapi balik pun takda apa. bukan aku buat apa sana.
sapa je nak raya kan. orang semua balik kampung.
lain la dah seminggu raya. ada la tetamu nanti kan.
so better stay sini je.

entah la dia tu.
tapi emosi jugak. sebab rindu la.
dah la 1st raya. boleh la arrangement gini kan.
but what to do. dah dalam family dia memang prihatin lebih.

dia cuti seminggu.
memacam plan dah ni.
nak jalan ke. shopping ke.
nampaknya semua tak dapat la. T____T

takpa. hope next year lebih baik.
ok tu je.
nanti dah balik rumah akan ku update raya bergambar ye.

selamat hari raya semua.
lets gain 5kg in 2 days.
gagagagaga.

eh tetiba nak buat wishlist makan raya.
nak soto sedap bersama bergedil.
laksa johor.
kambing golek.
harap dapat by the time abis shawal. ;p

empat s


sorry lama tak update.
been a very shitty blogger nowadays. ;p
sangat busy this week.
if tak busy akan spend masa tido je. heheh.

keluar sana-sini.
banyak aktiviti menarik.
tapi bak katanya shitty blogger.
takda mood nak amik pic n blog about it pun.
cukup la orang-orang kat twitter je tau apa jadi.
so siapa yang sakit hati tengok blog ni takda update.
sila la follow aku kat twitter yea.
situ ada jugak la update sana sini. heheh. ;p
harap lepas raya kembali rajin.

ok most of u guys dah tau kot.
aku asyik la complain ngan bb aku tu.
sebab menggila tak tentu hala.
tp ye la. hp dah 4 tahun nok.
what do u expect.
memang dah calculating nak beli.
but u know baru kawin, baru pindah.
duit tersalur ke sana sini.

but for the past month aku rasa aku berkerja keras sangat.
jual beratus set tabita n ephyra.
tapi tetap emo.
sebab aku rasa semua aku beli untuk rumah.
n none for myself.
so hati tersentap-sentap je rasa.
rasa nak beli. tp fikir. eh baik beli ni. baik beli tu.

padahal dah few months dah dok tanya sana sini.
tanya antara iphone n note mana best.
orang kata better s3 dpd note.
ok so aku tanya pulak antara iphone s ngan s3 mana best?
ramai jawab 4s.
hmmmmmmmmm.
tapi di hati memang prefer iphone pun. keh keh keh.
tah macam tak berapa minat samsung.
plus takut aku tak reti pakai android.
atleast apple aku biasa la pakai ipod noym ipad dia, macbook ke apa.
tau la basic.gituh.

then lately noy tak abis-abis paksa aku tengok instagram kat ipad dia.
pastu cousin aku izza pun tak abis-abis.
aku jengok-jengok je la.
then tengok kat fb n twitter instagram sana sini.
bila nak bukak tengok takleh.
katanyaaaa. fineeeeeeeeee!!!
racistphonecist sangat.

so bila dah noy asyik suruh aku tengok.
then suruh aku main game la apa.
lagi rasa macam bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa. nakkkk.
pastu noy lak racun. kata beli je something untuk diri sendiri.
puas kan hati. rasa lega nanti.
wah over betul kalau orang shopaholic ni kalau menghasut kan. hahahha

so decide.
ok taknak shopping apa pun for raya.
lantak la.
aku nak hp raya.
so last thursday.
noy teman aku mission mencari handphone raya. ;p

yang aku confident yang ada stock bersepah.
sebab dah lama kot 4s ni kan.
nak kuar iphone 5 pun.
takda makna ok.

memula gi maxis klcc.
takda stock.
aku tak check machine klcc. sebab konon nak beli under maxis sbb murah sikit. ;p
rupanya dah blk tu. baru check twitter. ada orang inform kt machine banyak stock :/

so tak stay lama kat klcc.
pass tabita kat customer.
beli aunty anne's n noy beli macaroon.
terus gerak ke sungai wang.
otw, call maxis tanya pavi ada stock tak.
dia kata takda. then tweet tanya ada ke kedai apple kat pavi.
orang kata ada. so ke pavi.
sampai sana. takda stock jugak. uwaaaaaaaaaaaaaa.

aku dah putus harapan dah. memang takda la semua kot.
yang noy sempat sambil jalan tu singgah shopping.
saiko ok perempuan tu.
padahal mission dia teman aku je.
nway, aku dah nak give up.
yang noy, "kita try low yatt punya apple. if takda jugak beli je kat low yatt. kalau tak kau mesti tak tenteram."
hehehe. over kan dia. tapi memang betul puin.

so ke sana. ramai jugak orang kan.
apa aje orang buat situ.
penat mencari parking.

ke dua kedai apple.
ye!!! dua-dua takda. sobs.
then nampak kedai maxis.
tanya ada tak.
dia kata yang package tu takda.
tapi if nak iphone ada.
hoiii. ada la tu. tapi saje lettew taknak jual package kat kitew.
saje nak suruh kitew beli mahal.

ok so akhirnya beli situ. heheheh.
dah la mamat tu gila.
aku mintak screen protector yang tak nampak cap jari tu.
dia bagi diamond punya.
dah la macam gadis getik screen glitter bagai. 
keh keh.


 so taraaaaaaaaaaa.
yeay kitew adew hp rayew lewww. hewhewhew. ;p
terus install instagram ko. gagaaggaga. dasar.
aku amik hitam.
sebab aku ni smoke. mostly barang-barang if warna putih. nanti jadi kuning.
tak suka. so hitam senang.

tapi day one tu macam chilake hp ni.
sebab online je. 2-3 minit sekali screen tu macam stuck. senget2 warna brownish. pastu turned off.
then terus dia on balik kuar pic apple tu.
annoying gila.
aku tak tau napa.
so aku delete semua apps yang aku ada.
ok. takda masalah.

tapi sangap la kalau takda apa.
so aku install balik tadi.
memula ok. pastu jadi balik.
makin kerap.
rasa nak nangis n rasa macam wtf. bb 4 thn aku tu pun tak macam ni.
gila letih nak pergi balik lowyatt nak tukar ke apa.

memacam la try. still takleh.
last tadi aku pergi reset balik iphone tu.
then aku start install balik apps ke apa semua.
n yeayyy. so far dah few hours ok tak jadi apa.
legaaaa *urut dada* hope akan ok.

perasaan? puas hati la akhirnya dpt hp raya.
n hasil titik peluh sendiri.
siapa baca blog ni maybe tau.
aku rasa sepanjang aku pakai hp.
tak pernah aku beli sendiri. hahahaha.
teruk kan. sebab aku takda la tukar gadget all the time.
hp yang aku pakai mesti 4 tahun or lebih.

dpd zaman nokia. ada 2-3 siries aku pakai.
samsung apa tah dulu. flip.
then kawan aku murshida pernah bg sony cybershot dia.
then Mr.B dulu belikan sony cybershot baru.
then noy bagi BB bold 1 tu.
now setelah 10 thn macam tu pakai hp.
baru la beli sendiri punya. keh keh.
tu pun ikutkan nak pow Mr.B belikan.
tapi lambat je. takpa beli sendiri.
ada chan kita pow benda lain. ;p

tapi tensi sebab jejari ku tembam.
asyik la terlajak sana sini nak type tu.
rasa rindu pulak qwerty keyboard.
tapi of coz iphone best sbb byk app.
bb takda apa sangat kan.

so at the moment korang jangan bbm aku yea.
sebab aku tak amik lagi line bb tu.
aku plan nak pakai gak.
sebab untuk business n bbm ke apa kan. :D

oh cakap pasal line. plan postpaid iphone murah kemana-mana eyh dpd bb.
takpa kita try dulu. aku amik 1GB. harga sama macam masa aku BIS 250kb.
yes. aku masa BIS amik 250kb je.
sebab aku tak guna sangat pun. bazir bayar memahal. ;p
so nanti monitor. if aku still kurang guna. aku akan turunkan plan. which akan lg murah.
if tengok aku guna banyak je. kita naikkan.
pun aku rasa tak mahal mana la banding ngan BIS.

ok la tu je.
if rajin update lagi.
if tak. jumpa lepas raya.
korang pun mostly dah balik kampung kan. :D
ok ta-ta.

whats wrong with the world momma?

plan nak keluar shopping raya.
then decide tak jadi.
taknak la beli baju ke apa.
rasa nak beli hengpong raya. heheh.
dah semangat ni.
elok abis mandi. hujan turun selebat-lebatnya.
memang takleh keluar la.
nak bukak n tutup gate bagai. pffftt.

dah line hp terus jadi tah apa-apa.
takleh nak online.
sanggap. astro pun takleh tengok.
ni dah reda sikit. baru berani nak bukak pc.

bukak fb.
ada orang share pasal suspect la apa.
tgk link dpd Fb Polis KL.
baru tau tu suspect pasal kes pagi tadi ke semalam.
pasal remaja kena bakar la apa kat wangsa maju.
huish tak jauh tu daripada rumah aku.

aku memang tak tau. sebab lately busy.
tak dapat nak online or tengok tv sangat.
so tak tau apa.

so nak tau kisah. aku goole la.
baru tau cerita.
remaja perempuan ni 16thn.
lelaki tu 19 thn.
pompuan ni duduk rumah mak angkat dia.
pastu around 3am dia mintak keluar nak sahur ngan bf dia kat luar.
n yes. the parents bagi n tak kisah.
sebab kononnya dah kenal lelaki tu.

tetiba dapat call dpd nombor tak kenal.
budak perempuan tu call. mintak tolong.
kata dia sakit la apa.
dia kena bakar.

so now budak tu koma.
n suspect tu masih di cari.

ok abis.
ni pendapat aku la.
motif budak 16 thn kau bagi keluar sahur bagai.
budak sekarang kan. berani tak bertempat.
aku dulu buka puasa luar pun takda ok masa form 4.
ni pulak nak bersahur.
ngan bf lak tu. sporting betul.
aku takda la baik ke apa.
tapi zaman dulu. ada kawan lelaki pun takut je parents tau.
kawan ye. kawan. bukan bf.

ok tu takpa.
pastu dalam fb polis tu.
orang letak la link budak laki ni. n mangsa tu jugak.
page mangsa takleh tengok.
yang laki ni some boleh la.
T__________________T
haiyoh. pitam membaca.
remaja lagi bercinta panggil pa n ma.
benda paling takleh terima.
gila apa nak panggil macam tu.
sama la terkedik kemain dedua.

kononnya lelaki tu panas baran n cemburu.
tu yang dia bakar pompuan tu.
hmppphhhh. pandai betul budak2 sekarang.
bengang sesuka hati bakar orang.
menakutkan betul.

hish. mintak dijauhkan la daripada aku dan family n orang yang kita kenal.
semoga dilindungi. Amin.
n hopefully budak lelaki tu di tangkap.


postage

short update.
untuk siapa yang order n aku dah reply email korang dengan details semua.
esok aku last post yea.
so please clearkan payment by tonight.
or paling lambat10am tomorrow.
lepas tu cuti.
nanti dah puas raya kita sambung balik business.

thank u.

sila jangan complain tp bersyukur ye.

kahwin ni tak sama macam couple kan.
aku ni kadang keras kepala.
dulu aku ikut je kepala aku.
ok sekarang ada sikit la. tapi sedikit rational la.

kawin have been ok la.
ada ok. ada tak ok.
biasa la. still adjusting.
plus semua orang kata. kau nak dapat perfection tu memang tak la derr.
kalau perfect. boleh la kita cakap kat orang tu #untunglah
hahhaa ok tetiba.

weekend aku kat rumah mama.
tolong menyiapkan hamper raya.
mama tu dpd dulu aku tolong.
dulu dapat upah. tp since last year takda upah dah.
tahun ni lagi la takda kan.
sebab aku dah ada income sendiri n dah ada laki. kijam.
tapi takpa la. buat ajo.

so spend weekend kat sana.
lewat malam pedd datang.
tapi aku emo.
sebab tak lama lepak.
Mr.B dah panggil ajak balik. kejam gila.
sentap hati mak nak.
dah la aku ni dah lama tak keluar.
lepak sembang pun ajak balik.
bosan lettew.
kalau ku tahu datang asing. dia boleh balik dulu.
aku balik lewat sikit kan.
what to do. dah kawin.
kadang aku rasa tahap control Mr.B ni dah macam Christian Grey.
ewahhhh nak jugak sama ngan Mr. Grey. ;p

tadi pun sambung buat hamper.
tapi kali ni gerak awal.
sebab noy pun takda.
dia keluar. shit u noy. keluar shopping raya tak ajak kitew.
me is so sad. dulu semua sesama.
tsk.

then balik rumah.
biar Mr.B main pc.
aku tengok tv kejap.
abis cerita aku nak tengok.
aku pulak online.
aku ingat dia nak relax tengok tv kat depan.
takdanya.
dia buat kerja non stop.
dia bersihkan dapur, vacuum satu rumah. mop bagai.
peluh dah macam mandi.
pastu dia buang sampah ke luar.

terus rasa macam, wahai pija, sila la bersyukur ok.
sebab aku rasa banyak kerja dia yang buat.
aku buat yang simple2 je.
aku ni dah la penggeli tahap over.
so benda yang aku tak suka buat. banyak dia suka buat.
awwww so sweetttt.

yang aku dia buat kerja.
aku online.
siap package bukak lagu electro lagi. heheh.
pastu dia takda complain ke apa. buat je kerja.
aku la kalau buat kerja banyak macam tu. mesti sentap je.

so walaupun dia tak best macam Mr.Grey.
tapi dia adalah my Mr. Black. heheh.
eh talking about Mr. Grey.
aku dah habis baca buku tu.
loving it. tak sabar nak tunggu movie dia.
apesal kau ni untung sangat anasasia steele. rasa nak lempang.
pastu abis baca. aku emo.
sebab rasa macam. alaaaa. nanti nak baca apa lagi.
buku apa lagi yang best n over the top macam ni?
nanti rajin nak ulang baca. keh keh.

ok tu je short update.
aku nak tengok tv tadi kul 2am.
shit dah terlepas.
takpa tengok halfway pun jadi la.
nanti tgk repeat.
aku ikut HGTV design star kt 706 tu.
finale. nak tengok siapa menang.
ok tu je.
byeeeeeeeeeeeeee.

raya oh raya.

sana sini orang meriah nak raya kan.
semua la dok tayang hasil shopping raya.
tah la. aku macam takda mood sangat nak raya.
langsung tak prepare apa langsung.
konon nak tukar langsir bagai. wah langsir kau. makcik2 sangat raya tukar langsir kan.
tapi sebab malas menyelubungi diri. tak kuasa nak beli or tempah.
sebab langsir rumah aku ni pakai sementara langsir lama mama.
konon la sementara. tapi sampai sekarang tak tukar kan.

n feeling rasa nak cat lantai n gate la apa.
masa nak pindah tu. benda ni dua tak buat.
sebab time tu dah tak sanggup nak cat dah.
2 minggu mengadap cat satu rumah. tak larat dah.
haaa amik sampai sekarang tak buat.
dah berbaloi je depan tu sebab renovate hari tu.
tapi siapa ada kisah pun kan.
konon sendiri la nak happy.
again malas lagi kuat dpd rasa nak happy tu. heheh.

baju raya?
tu pun tak beli apa.
baju kurung ke apa ke semua takda.
ada plan nak beli. tp again. takda mood n kemalasan sangat uolls.
ala baju lama banyak. pakai je la. takleh ke?
tak pun kita amik apa ada kat almari mama ok tak?
keji gila aku ni. Mr.B lagi la. ada ke dia nak pakai baju melayu time nikah.
warna putih tu. agak2 la.

baju extra pun tak beli.
sebab tahukah anda, ada baju yang aku shopping this year. tak sentuh pun lagi.
ye beli pandai. pastu tak tau nak pakai mana.
pastu noy ada belikan 3 baju masa dia pergi kuwait hari tu.
tapi pompuan tu tebiat. 2 dpd baju tu ialah dress.
hilang akal ke apa perempuan tu. dress ok dress.
tak pernah di buatnya aku pakai dress.
pernah pun sekali 2 aje.
pun rasa pelik rasa nak hantuk2 kepala kat dinding.
tapi dia beli ni lawa.
tapi still aku tak tau nak pakai mana.
ini pulak nak pakai time raya. lagi lawak kot. hahaha.

kasut takyah beli.
kasut time bachelorette tu br pakai 2 kali.
kasut nikah aku pakai tak sampai 1/2 jam.
kasut hantaran langsung tak pernah pakai.
aku suka kasut hantaran aku.
tapi noy kata macam over aku pakai.
whatt? abis bila nak pakai.
ye la kot. kita orang ni kan jenis pakai selipar jepun je ke mana mana.
so bila tetiba lain. rasa macam pelik n gediknyaaa kau nak pakai macam tu.
kau ingat kau cantik? heheh.

aku nak suruh Mr.B shopping untuk raya dia.
tapi memikirkan nak redah shoppin complex bagai tu tak sanggup.
tengok la. maybe last day puasa ke kita carik.
by then, mesti KL lengang. oh me loike.

eh tu je la.
i ada kerja nak buat.
rajin iolls update lagi.
ta-ta

bibir hitam.

semalam di WWM lepas berbuka.

Mr. B : abang rasa noy kena kurangkan rokok. bibir dah nak hitam tu.
noy : tu la kan.
me : ye ke. aku rasa kau pernah kena dulu la. kau ingat tak. tak silap sebab kau gi kuwait tu panas. ke sebab kau makan ubat jerawat. tapi nanti ok balik.
noy : yeah? a ah la.

me : bibir i hitam tak sayang?*juih2 bibir kat Mr.B*
Mr.B : a ah. u punya pun hitam belah atas.
me : elehhhh cakap orang. u tu?
Mr.B : i memang hitam pun bibir.
me : takdanya. u tu hitam satu badan. lagi bahaya tu.
Mr.B : hihihi

hahhaa. tetiba sangat kat.
tanya orang. pastu sentap.
pastu kutuk orang tu. ;p

Ninas - raya collection 2012

boleh lupa nak buat.
busy poyo sangat.
ni ada masa terluang aku buat la.

kan tessa yang buat baju nikah aku tu.
dia ada buat raya collection.
kaftan.
so pretty all.
aku n noy tak pergi2 lagi nak.
padahal dah berangan nak ni.
kang sold out baru tau.

ni antara collection dia.







cantik kannnn.
n harga aku rasa affordable.
dah la banyak gila beads tu.
n ada postage yea.
so make sure siapa belum ada baju raya.
check out cepat.
so dia boleh post a.s.a.p kat korang.
raya minggu depan weyh.

nak tengok details n more collection.
boleh tengok kat fb page - NINAS

lagu raya berkumandang.

tengah duduk online ni.
lagu raya berkumandang di rumah wilcha.
amboih. kemain.

tu ok la.
sebab minggu depan nak raya.
tapi tau tak masa baru 3-4 hari puasa dia dah start karaoke lagu raya.
aku dah macam. wth, baru puasa kot.
agak-agak la kalau excited nak raya ke apa kan.

aku teruskan membalut tabita aku.
tapi dalam tak sedar.
aku siap kepala ke kiri ke kanan.
menyanyi sama.
rasa macam nak dekat sangat la raya ni.
padahallllllllllll.
bagi harapan pelesu je wilcha ni.

lawak betul la dia ni.
oh wilcha sebelah umah aku ni.
memang macam ucop wilcha dlm hantu kak limah tu ok.
bukan sebab muka dia ke apa.
tapi tau tak tangan nya tu. kemain penari kebudayaan kan.
ok tangan wilcha ni takda la macam tu.
tapi dia jenis sesuatu macam tu. heheh.

paling tak leh blah.
customer yang amik tabita kat rumah.
mesti tak pasal sibuk nak jenguk wilcha.
siap ada yang cakap, eh mana wilcha? tu ke? eh memang dekat sangat rumah.
aku besarkan mata. hoih tak coverline kau.
dengar dia kang sentaps. hahaha.

rumah dia ramai budak2 remaja sekolah suka lepak.
aku memang sangat rimas. sebab kadang-kadang bising.
n kadang-kadang menakutkan pun ada.
n ada yang balik sekolah je lepak. siap smoke bagai.
kot ye pun.
so aku memang annoyed gak la.

tapi Mr.B kata baik. selalu budak2 tu tegur dia.
whatever. tak suka jugak.
n Mr.B siap pesan kat wilcha, jangan la bagi bebudak tu duit ke apa.
tapi wilcha kata bebudak tu baik. selalu tolong dia kemas rumah ke apa.
aku dah macam pelik je.
baik betul bebudak ni. dah la remaja. lelaki pulak tu.
nak pulak datang rumah orang tolong kemas ke apa.
tanpa habuan. weird.

but pandangan aku yang mak jemah sangat suka nak negetip ni berubah since 2-3 hari ni.
sebab appear yang bebudak ni memang baik.
sebab dah few times nampak.
dorang before puasa datang rumah wilcha bawakkan makanan n all.
so sweet.
ok aku takda la kepoh jenguk2 ke apa.
tapi aku kan selalu ulang alik keluar masuk rumah sebab pergi amik stock ke.
pergi post office ke.
so tu perasan tu.

n semalam. lepas balik dpd berbuka puasa tu.
tengok ada budak atas bumbung depan rumah wilcha.
budak tu tengah cat bumbung depan tu. memalam ok.
sangat baik ok. siap catkan rumah, gate ke apa semua.
membuatkan aku rasa bersalah bila aku nak cat simen aku yang berbalau ni. ;p
noy lagi tah apa-apa.
ada ke dia suruh aku tanya bebudak tu berapa upah if cat kan gate aku n simen tu.
gilo. tetiba sangat.
alah boleh buat sendiri. malas or rajin je.

ikutkan if Mr.B pergi kerja.
boleh je aku buat.
tapi aku segan n takut pun ada.
sebab aku sorang n rumah depan banyak kontraktor buat reno.
takkan aku nak tertonggeng2 cat sorang. kan.
nak tunggu Mr.B. bila dia cuti. busy pergi sana sini pulak.
tah bila nak buat tah.
alah macam ada orang nak datang rumah pun kan.
so biaq pi je la kan.

eh. wilcha dah stop karaoke.
baru nak amik feel tau.
takpa. nanti-nanti dia karaoke lagi lettew.
heheh.

kebodohan apakah ini?

kan semalam aku mention pasal aku beli wireless USB adapter tu kan.
untuk pc ni.

so semalam pakai la.
sampai ke hari ni.
tapi agak harem la.
tension rasa nak hempok pc sendiri.
so siapa terel pasal pc sila bagi tau mana silapnya.

ok dah pasang.
tapi since semalam dia start buat hal.
macam tengah menaip ke apa.
tetiba cursor aku tah mana pergi.
nanti bunyi ting ting ting.
tengok cursor ke mana. so aku terus menaip tu.
kira macam aku menaip tempat yang tak boleh la konon.
tau tak bunyi macam error tu.

tu takpa.
tetiba tengok nak send tweet ke, fb ke, auto save blog ke.
semua tak boleh.
rupanya line terdisconnected.
bukan sekali. bukan dua kali.
tapi ada la every 5 mins.
wtf weyh!
dah la aku set auto connect.
tapi tetap la kena manually connect n everytime pun kena masuk password sangat.
why weyh like this?
adakah adapter ni rosak?
or mmg macam ni?

selama ni aku pakai kat pc lama.
lagi yang murah ok je takda masalah.
kenapa yang ni macam ni.
arghhhhhhhhhh. ni aku menaip ni.
asyik la terjump2 cursor.
pastu bunyi error2.
tak pasal kena pegang mouse n place balik cursor ni.
kiwok betul la.

takkan nak pakai cable balik.
memahai aku beli ni.
nak buat apa eyh?
uninstall pastu install balik ke?
pakai cable balik ke?
ke benda ni rosak n aku kena tukar?

anyone?
harap ada jawapan dpd sesiapa?
so aku boleh move on buat entry lain pulak.
terima kasih.

p/s: aku nak publish ni pun tak dapat. sebab line disconnected lagi. arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

semputtt....

hari yang penat sangat.
ingat nak tidur.
tapi takpa la.
before lena.
lets update satu entry :)

poslaju pick up harem gila.
sampai ke sudah tak pick up.
so tadi aku ke post office je post.
senang kerja.
tapi memang ramai gila manusia kan.
memang orang last minute shopping online sempena raya.
masa sampai aku orang ketiga beratur.
yang depan sekali nak settle dah pun.
masuk akak kedua tu.
lama sikit la.
dia pun meniaga kot.
ada berapa berapa belas parcel dia rasanya.
then giliran aku.
by the time aku habis.
gerak nak keluar.
barisan belakang aku sampai ke pintu luar dah ok.
ada la dekat 20 orang belakang aku.
pitam hoih.
nasib aku sampai tu just nice masa.
tak pernah panjang macam tu barisan.
during office hour pulak tu.

then settle kerja.
ke wangsa walk.
noy ajak teman ada benda dia nak buat.
nak pasang screen protector kat ipad dia. n amik line untuk ipad tu kat celcom.
hoi lama gila woih pasang screen protector tu.
ada dekat 1/2 jam.
ni bukan exaggerate ye.
dah la kedai tu ada la 2 stool.
tapi dua-dua goyang.
takut aku. aku duduk mau terus ke lantai perginya nanti.
kematu kaki berdiri je.

so aku ke kedai computer berdekatan.
beli wireless usb adapter.
selama ni takda. pakai cable tarik dpd living hall.
memang semak menengoknya. ;p.
now dah ada. senang n cantimnyi sikit. hihih.
aku dah beli tu. berjalan blk ke kedai.
still tak siap pasang lagi.
nyampah.

eh lupa.
memula sampai tu terus reserved tempat kat ayam penyet.
senang order semua terus. n bayar deposit RM20 je.
then ke FOS. dapat seluar pendek untuk tidur.
3 pasang rm23 je. super love.
dah sekian lama carik yang size aku, selesa n length just nice. :)
sorry la now kemalasan snap pic bagai.
dah pakai pun. so tak payah je la yea.

settle dua urusan noy tu.
then berjalan lagi.
dia nak ke cold storage.
kata nak beli air freshener kereta dia je.
takda makna. lama ok.
iolls kaki dah rasa nak tercabut dah.
dah rasa macam pelari olympic 1500m. cea.
kemain. macam la larat pun lari macam tu kan.
100m pun belum tentu.

so dia settle situ.
aku ajak duduk.
so bersantai la duduk kat bahagian luar subway.
takda buat apa. tunggu masa berlalu je.
tiem tu baru 5ish.
malas nak blk rumah.
nanti susah nak dapat parking balik.
so tunggu je la.



perempuan ceria.
aku kat belakang tu sentaps.
sebab penat melampau rasa.
tak cukup tidur few days ni.

then arounf 7pm ke ayam penyet.
orang pun dah ramai.
Mr.B pun sampai n join.
makan dengan gumbiranya.

tetiba terasa nak makan spaghetti.
cakap kuat.
tetiba terus noy kata nakkkkkkkkkkkkkkk.
so kena la beli bahan n buat.
so ke cold storage kejap.
beli. balik terus masak ok.

pastu appointment orang nak hantar ready stock tabita.
ok je aku ada kat rumah.
elok dia sampai aku baru abis masak.
masa dia sembang ngan aku.
sempat dia tanya. ni berpeluh teruk ni kenapa?
hahahahhahaha. aku baru lepas masak.
memang gigih sangat peluh tak coverline.
ingat nak rehat sikit.
tapi noy siap bagi time.
siapkan cepat.
dia nak balik awal sebab esok kerja.
eeee boss boss sangat.


ready stock sampai lagi.
so yeah. tak perlu tunggu.
ada barang. so boleh terus bayar. tak perlu tunggu.
oh so sweet ok this girl yang deal ngan aku ni.
siap bagi kuih raya. <3 p="p">nampak tak balang kuih kat atas kerusi tu. heheh.

ni tadi baru lepas email customer ke apa bagai.
online kejap je.
update ni kejap.
serious lepas ni nak tidur.
dah ngantuk terlampau.
lately asyik tido awal.
pastu bangun pun awal.
ish tak larat betul la.

ok tu je.
nanti update lagi.
ta-ta


perkhabaran gembira.

semalam dah lewat.
tetiba Mr.B ajak makan.
aku takda la lapar pun.
so aku suruh dia pergi la carry on.
tapi dia nak jugak makan sama-sama.

serious malas.
aku duduk bersila tengah tengok tv.

me : kalau nak suruh i makan, okong(dukung) dulu.

ok aku main-main je pun.
sebab masih segar di ingatan ku.
dulu dia dokong aku. 1st time berjaya. tapi sakit pinggang.
2nd time jatuh tergolek sampai terkentut-kentut.
cukup lah. *paling muka, bagi tapak tangan. talk to the hand*

pastu aku angkat la tangan. buat-buat mintak dukung kan.
pastu dia pun konon nak angkat la.
well aku sebenarnya expect dia tarik je bagi aku diri.
sekali dia bebetul dukung ok.
aku dah gayat dah.
tu takpa.
siap dukung aku all the way ke dapur.
ye ruang tamu aku n dapur agak jauh sebab memanjang ke belakang.
aku dah jerit suruh turunkan. dia buat tak tau je.

tapi lepas tu teruja.
hello aku yang seberat peti sejuk ni boleh dia dukung.
pastu siap berjalan bagai.
kalau tau masa kawin i pose dukung2 tau.
ewah kau over. hahahaha.

me : amayjing (amazing). hihihi. maknanya boleh la kita ........ (eh tetiba macam tak sesuai lak nak sambung. hahaha)

itu je la khabar gembira aku.
boleh dukung je. ;p
aku la gembira. korang tak gembira biarkan.

lepas ni takyah la dia sibuk nak gi gym bagai.
suruh dia dukung aku je.
confirm meletop bagai macam pelari olympic punya badan. eh.

poslaju.

siapa yang beli ephyra n tabita.
sorry aku tak dapat post today.
aku takda kereta tadi.
so aku amik pick up service.

katanya akan pick up by 2-6pm.
ok takda masalah.
usually tak sampai satu jam dah sampai.
ni aku tengok tadi almost 5pm tak sampai jugak.
aku call. dia kata dalam system still ok.
if takda jugak. by 5.30pm call blk.
call again. still jawapan sama.
dia kata maybe lambat sikit. by 6.10pm.
aku kata no prob.
aku kat rumah pun. tak kemana.

tengok 6.15pm still takda.
call. kiwokkkkkkkk. hotline dah tutup pun.,
cibais menipu aku.
dia tau if aku call takkan dapat la tu.
kong ajar doe.
baik kau kata takda terus.
atleast takda la aku tunggu macam bangang.
aku pulak tak tau yang line dah takda after 6pm.
sebab usually if pakai ok je.
tak pernah macam ni.
herghhh.

so esok aku akan post.
n tadi rupanya memang dramai kat twitter kata poslaju byk orang pakai.
nak raya kot.
so lepas ni will take note takleh pakai pick up tu.
ada yang di tipu lagi lepas ni.

nway, last korang boleh order n bayar untuk ephyra ialah by this weekend yea.
sebab poslaju akan stop rabu depan.
anything later than that, barang akan sampai after raya.
so kalau boleh aku nak post isnin last.
lepas tu semua after raya yea.

n aku akan layan balik segala order ke apa.
seminggu after raya.
so harap semua clear yea.
siapa nak ephyra sila place order latest by khamis.
so that aku boleh restock.
tabita takpa. ready stock esok dapat.

dan promo ephyra tu end 3 days before ramadhan habis yea.
untuk siapa nak pick up boleh.
but siapa yang nak post. sila buat by this thursday.

terima kasih daun keladi.
n harap maaf dengan kesulitan ngan poslaju ni.

lawak sangat. tak sukaaa.

hari yang panjang rasa.
baru pukul 4pm. ish.
still menunggu poslaju pick up yang tak kunjung tiba.
tolong jangan nak buat lawak plisss.
tapi dia kata between 2-6pm.
so ok la kot.

nway, aku nak share benda kelakar ni.
tadi sangap so down la scroll feed kat facebook.
nampak status someone ni, suriatulakma.
aku dah baca lebih 5 kali.
again n again aku akan tergelak.
sebab rasa kelakar sangat.

Perbualan antara aku dgn in-charge person utk software cashier machine :
Aku : How I want to insert company address and website..?..
Dia : Oo..u can do it on your own .. u go to propa...
Aku : What ..??...
Dia : Propa...propa...
Aku : No Propa label in the menu lahhhhh....
Dia : How come .. u search label under propa ..
Puas lah aku belek2 ... last-last
Aku : Profile ke ...?...
Dia : Yes..profile ..
Ada jugak yang kene sepak bulan2 puasa ni ....





pitam kan?hahaha
tak sukerrrrrrrr.
then aku teringat kisah ni.
cousin aku pernah tulis kat status dia.
months back la.
sampai sekarang teringat.
pasal conversation dia ngan bibik dia.
sambil tengok tv.

bibik : paper berita harian lagi bagus daripada paper star.

cousin : *ye-ye je dia ni, mana dia tau bagus. pandai ke dia baca paper english* kenapa pulak paper star tak bagus? mana kamu tau?

bibik : iya saya tau. kerana berita harian jika saya lap cermin nya bersih. tapi pakai paper star tak bersih. tompok-tompok.


hahhahahaa.
tak suka kannnnnnnnnnnn.
masa baca tu rasa saspen je.
sebab memang terfikir. eh dia ni educated jugak siap baca paper english.
sekali sebab untuk guna cuci tingkap n cermin.
kelakar sangat.
tapi ye la kan, kerja dia. harus la komen dia ke arah tu.

dua kisah yang bagi aku mood ceria di petang hari.
if ada lagi yang kelakar n menangkap jiwa.
akan ku share lagi. ;)

campur-campur.

malas menguasai diri.
malas nak update blog la.
usually hari-hari di penuhkan buat kerja n ke sana sini.
so bila ada masa terluang tak rasa nak update.
pemalas melampau sangat.

semalam bukak blog sendiri.
scroll atas bawah. bukak older page.
tengok dah lama gilaaaaaaa takda pic.
memanjang update cerita je.
buhsan lak tengok kan.

sekarang nak amik pic pun malas.
abis macam mana itu?
if ada pun pakai hp je.
pastu setakat mobile upload or twitpic je la pun.
so ni amik dpd situ
kita share sini pulak yea.
so siapa yang nak tengok aku update lite2 n share pic.
korang follow twitter je la yea.
tu pun takda la rajin mana.
tapi ada la jugak dpd takda langsung.
gituh.


kulit aku ni suka memainkan perasaan.
aku rasa camera hp ni la.
sebab aku rasa macam aku masih gelap n tak ok lg dpd tan masa honeymoon hari tu.
tapi ni nampak cerah pulak. entah.
ni time last weekend.
tunggu noy datang amik aku. dia ajak keluar.
gila kau 2 jam tunggu dia.
sampai dah tak tau nak buat apa.

oh saje nak cam whore sebab suka tengok make up tu.
aku tak pakai apa pun.
basic je.
tapi suka sebab kekening nampak tebal pakai eye brow pencil baru tu.
n pipi macam tak nampak apa kan.
tapi sebenarnya ada. warna dia sangat sweet pink.
ewah nak jugak cakap sweet kan. kah kah kah.
hari tu ada yang tanya harga kan.
yang eye brow pencil shu uemura tu Rm70
yang blusher benefit tu RM110.

eh aku rasa bulan puasa ni aku makin naik badan ada.
ok memang la biasa. takda yang tak biasa pun.
tapi menyampah P.G n noy asyik la nak mengutuk aku.

noy : pija ni dah naik banyak kan. gemuk.
me : whatevs
p.g : pastu kat fb nak letak pic yang lawa je. budget2. pastu orang komen kata dia kurus la apa. aku tengok sama je. hari tu nak je komen. tapi malas. kesian.
me : hahaha. hey aku cakap kot mana ada kurus. semua tu angle.
p.g : tau takpa. menyampah tengok. haha.
me : dengkiii.
noy : omg. tau. saya pun selalu baca. apesal la reader dia tu tak sedar2 lagi. memang pija ni tak pernah kurus la kot. tak putus asa dorang ni.

kong ajaq kan.
noy tu cakap orang.
dia pun sama tak putus asa suruh aku kurus.
patut kena terima kenyataan n terima diriku ini seadanya. ;p


ni masa berbuka kat papparich.
last week jugak la.
saje je snap pic dia.
tengah rasa berbunga kan.
kalau menyampah tu. apa pun tak boleh.
bila tatap ni terus redha.
takpa la tak dapat Mr. Grey (50 shades), dapat Mr. Black pun ok. kah kah.

last week zeity n zara datang.
aku tak dapat spend masa sama sangat.
kata dah pindah kan. sobs.
tapi ada peluang pergi la.
walaupun most of the time aku pergi tu time dia tidur. ;p

takda pun amik pic dia or dengan dia.
mana yang ada ni adalah dpd camera noy.
geram sangat budak ni.
dah la spoil. tapi cerdik. takleh tahan.
dah besar dah dia.

:: budak yang dah pandai kejut orang bangun tidur. noy kata terseksa je. sebab dia tak cukup tidur. balik dah pagi sebab standby kerja. ::


lulu yang stress everytime zara datang.
sebab dia takkan di layan.
so noy kata dia datang. dia bau2 hidung zara sofea sampai gelak2 kenit tu.
pastu dia terus duduk sempit2 menyelit antara zara ngan noy n ayol.
hehehe. tak malu sungguh.



budak yang pantang mak dia hilang.
ada je dia nak meragam.
tapi bila lepaskan berjalan. tak reti duduk satu tempat.
tapi comel.
ada one part tu.
kat kedai tu ada lagu.
kemain dia menari tak hiraukan orang.
tak sempat nak amik video. tapi serious comel.

sabtu lepas.
balik dpd rumah papa n mama.
kul 12ish.
terus ajak Mr.B pergi uptown danau kota.
nak paksa dia beli seluar jeans.
sebab dia ni asyik la pakai seluar ala2 formal.
rimas iolls tengok.

ajak dia pergi naik motor.
hahaha, sumpah lawak.
omg dia dah paksa aku naik motor since forever kot.
tapi aku taknak.
sebab aku terbayang motor pancit ke apa.
n scary kot.
last aku naik motor aku form 2 ok.
tu pun motor besar papa. 1000cc punya motor.
tayar pun lebar.
ni motor tayar nipis. pitam memikirkan.

since aku tau uptown tu sesak. aku kata naik motor je la.
kemain suka dia.
tapi memang seram. memanjang aku tutup mata.
tu takpa. macam nak semput aku dengar motor tu nak angkut aku ngan Mr.B.
hahahahahahhaa. omg lawak.
bau asap pun kuat.
agaknya sampai kuar asap hitam nak angkat aku. ;p

nasib naik motor.
sebab memang sesak nak mampuih.
orang park kereta ada yang 100m away from de venue.
ke lebih ok. serious jauh.
ngan jam lagi.
naik motor selit2 je.
tapi aku pejam mata. sebab nyilu.
pastu membayangkan tak muat ke.
kang selit. tetiba kaki aku sangkut kat kereta orang ke apa. hehehe.

sampai sana.
banyak dah lain. ada makan2 yea. memacam ada. menarik betul.
tapi sumpahhhhhhhhhh ramai orang. nak jalan pun susah.
lama gila tak pergi.
last pergi ada la 4-5 tahun lepas kot.

tak beli pun jeans.
sebab dia size besar.
jeans mahal. tah apa2 tah.
so aku rasa baik beli jeans ori je. lagi berbaloi. heh.
aku beli bed sheet je.
sebab hari tu nak beli kat jj single punya.
dia kata dah takda. sekarang semua super single je. tah apa2 tah.
so beli 2. rm15 je satu. keh keh. jadi la.
buat salin2. tapi dapat bed sheet n 1 pillow case je la pun.
rm15. tak payah nak complain sangat.

then jalan.
nampak mainan.
aku belikan untuk zara sofea.


sebab malam masa buka puasa tu.
orang sibuk berbuka.
dia sibuk nak memasak.
main ngan bekas tupperware n sudu.
so alang2 ada tu. terus belikan. tak mahal pun.
RM15 je.
aku lak teruja.
teringat masa kecik2.
aku ada la set masak2 ni. tapi takda stove. ada kuali n sudip.
then ada buah2 n sayur. so masak tu.
ni lengkap sikit.
masa bagi sofea tu suka gila dia.
pegang je taknak lepas. pastu orang amik terus nak balik.
macam orang nak curi dia punya.
nanti dia besar lagi. beli yang lagi proper punya.
ni dia kecik lagi. bukan pandai apa sangat lagi.

ok tu je.
rajin nanti update lagi.
hahah nampak sangat menipu kan.
sebab tadi baru je cakap aku tengah mood malas. ;p

abang botak.

semalam jonet datang rumah. :)
keluar makan kat papparich with noy.
then kita orang paksa noy tidur sekali rumah aku.
gila eksyen dia tu.
dia taknak tido rumah aku sebab panas takda a/c katanya.
kong jaq sangat.

tapi dah kata kuasa saiko kuat.
end up dia tidur jugak rumah aku.
dah la memula dia tak puas hati.
kenapa jonet tidur umah aku.
kenapa tak tidur ngan dia kat umah mama.
e eh. hello. jonet kawan iolls ok.

then lepas lepak.
balik rumah aku.
sembang la apa.
sampai subuh.
aku buat nasi goreng for sahur.
pastu tidur.
tengahari jonet gerak.

aku n noy pulak pergi vet.
bawak kaseh. sebab dia kena kurapan tu. kesian tengok.
ni dah inject. lagi 2 weeks kena inject lagi sekali.
hope ok lepas tu.

then melayan email la apa semua.
weekend aktiviti penuh.
sampai tak sempat nak melayan internet.
so tadi buat kerja.
settle kerja main game.

Mr.B balik.
awal2 dah pesan jangan beli makanan dulu.
sebab aku nak pergi sama.
elok dia balik.
datang kat aku terus cium pipi.
pastu sendiri terkejut tengok laki sendiri.
sebab dia botakkan kepala dia.
pitam.

rasa pelik n tak biasa.
berkerut2 muka aku.
selama ni memang dia botak pun.
bila rambut dia ada yang ala indo mee tu aku tak suka.
but for the past 2 years. memang dia simpan rambut.
so dah biasa tengok dia ada rambut.
dia jadi abang botak ni.
aku adalah rasa pelik. heheheh.
mesti rasa lain macam je nanti. eh.
ok merepek.

mood rajin dia datang lagi.
lepas berbuka dia sibuk amik semua pinggan basuh.
aku dah jadi macam maam dah ni.
sampai tak tau nak buat apa kat dapur.
so aku kata nak main game.
tengok dia get carried away.
mop n vacuum pulak.
suka dia la kan.

yang kelakar tu.
dia ni kan. takleh bawak pergi beli barang kat supermarket ok.
everytime pergi. asyik nak beli penyapu. aaaaaaaaaaa.
hari tu dah beli. dia kata nak keras punya. boleh sapu sampai luar.
then beli pulak lembut. untuk dalam rumah. ok.
semalam pergi. dia nak lagi penyapu. T____T
obses penyapu laki iolls ni.
kelakar je.

ok la. nak biasakan diri bersuamikan abang botak. heheh.
buhbye.

terjaga ku dari tidur yang lena.

siapa tau tajuk tu adalah lagu siapa?
siapa tau sila tepuk tangan untuk diri sendiri.

hari yang penat.
ngan tidur kejap. bangun kejap.
10 kali.
elok kul 2pm.
terus berdesup pergi office amik ephyra.
akhirnya stock ada.
terkangkang-kangkang angkat kotak.

sampai rumah around 2ish terus pack dah tak pandang kiri kanan.
berpuluh kena pack.
ngan kaseh menyibuk kacau.
pastu noy mengadap aku.

me : kau nak tolong saya ke?
noy : tak.
me : abis kau buat apa sini? menyibuk je.
noy : saya tolong teman. :) tolong tengok je. heheh.
me : what the hell.

lantak.
taknak tolong sudah.
so membalut la sorang ngan ngan tabita sekali.
gila kalut.
sebab takut tak sempat nanti post office tutup ke apa.
dah la esok sabtu pertama. so memang tutup.
kang hangin lak orang lambat barang sampai.
so kena pantas.

pastu mintak tolong noy tuliskan nama kat kotak2 yang siap balut.
sementara dia mandi.
aku masukkan dalam bag ikea.
kena pakai 2 bag.
betapa kalut. snap pic pun tak sempat.
sumpah berat hoih dedua.
setiap bag ada 20-30kg kot.

tu takpa.
noy yang bijak bistari.
boleh datang umah aku bawak baju tidur je.
baju untuk today takdak.
so aku bg la seluar aku.
eh baju dia ada.
tapi yang pasti seluar n baju tak masuk langsung. buruk bebenor.

pastu ke post office.
dia taknak turun kereta.
so sendiri uruskan.
nasib sempat.
then singgah ke pasar sebelah tu.
aku gi sendiri. dia taknak turun kereta. nice.

then settle semua.
lepas berbuka.
terus aku flat n tertidur ok.
gila kau sakit pinggang.
angkat barang tu.
n membalut tu bersila almost 2 jam.
ni baru sempat email tracking number.
baru untuk ephyra je sempat.
yang untuk tabita lepas ni aku email.

eh ok la.
nanti sambung.
penat tak abis lagi ni.
tadi konon after berbuka nak sambung baca buku 50 shades.
takda makna. buku elok terkepit celah jari aku.
tau2 aku tidur. ;p

ok laters, baby. *hahaha terpengaruh ayat 50 shades*
sila lempang diri ku ini.

terbawak ke mimpi tau.

hari ni tidur-tidur ayam aku.
sebab patut kan semalam dapat ephyra.
tapi aku call office. dorang kata still takda.
esok pulak. which hari ini la.
aku dah stress.
aku memang ada masalah kalau tak deliver barang kat orang.
rasa tak tenteram tu.
walaupun bukan salah aku pun.
lain la barang ada aku sesaja memang malas ke apa kan.
ni memang barang takda.

ok la takpa.
lepas tu one of the owner pulak call.
dia kata sorry sangat.
sebab dorang memang problem ngan supplier kotak tu.
patut 3 weeks back dah dpt.
tapi punya la problem. tu semua sangkut.

ok la takpa.
so tunggu la today.
dah la aku macam tak lena je tidur.
sesikit terjaga tengok jam.
sebab tunggu confirmation dpd dorang barang ada ke takda.
n bila boleh amik.

terjaga again around 10am macam tu.
terus bbm owner tu. suruh dia inform je bila ada. aku berdesup amik.
dia kata memang otw dah.
by 1ish barang sampai.
ok nice.

kau tau tak.
bukan apa.
aku masa tidur earlier tu.
aku siap mimpi ok.
macam ada budak cina ni kat rumah aku.
aku dah pelik siapa dia ni.
rupanya dia la supplier kotak tu. hahahha.
pastu aku dok tanya bila nak dapat.
dia jawab, lu jangan lisau. itu balang semua gua sudah bagi sama pelempuan itu. semua sudah angkut. banyak kotak.

saiko gila kau. sampai mimpi.
tu yang aku terjaga je tu.
dah tau lewat baru boleh amik.
tu terlena balik.
tau-ta dapat call kejap ni. barang dah ada.
tapi office takda orang. lunch hour.
around 2pm kang baru boleh amik.
walaupun orang tak lunch pun. tapi shopping la.
nak raya.

so bagi yang bertanya n email dah post ke belum.
kejap lagi aku post n email tracking code.
Insyallah by next week korang dpt la parcel tu yea.
sorry for the long delay.

ok abis cerita tu.
aku rasa aku adalah bengong terlampau.
semalam Mr.B pergi gim.
ngan adik dia.
agaknya dia baru kenal erti penyesalan kot.
sebab hari tu dia ngan senaman cakar harimau dia tu tak berjaga.
perut menjadi penghalang.
so suka dia la.
lepas dia gim. agaknya sambung lepak ke apa.
takpa la. suka uolls la.

aku mintak noy tidur rumah aku.
teman aku ngan kerja-kerja kejap lagi.
so semalam lepas noy abis standby noy dtg la.
dia call kata dah sampai depan.
aku pun mencari la kunci.
hahaha boleh tak takda!!!
aku pun tak buat spare ke apa.
aku rasa kunci aku tertinggal dalam kereta abang aku.
so jadi bangang je.
noy terkurung kat luar rumah takleh masuk.
aku lak dalam rumah. takleh nak keluar. pintu grill berpad lock kan.
bungok.
nasib Mr.B dah otw balik time tu. ;p

ni aku amik kunci dia.
jap lagi nak buat spare key la 2-3.
takda la perkara tak di ingini terjadi lagi.

ish tak senang duduk iol.
mengira jam je nak amik barang n start pack ni.
tick tock tick tock.

Fifty Shades Trilogy

sekarang ni mood membaca buku kan dah start balik.
last week aku baca buku lama aku.
yang dah lama lupa pun jalan ceritanya.
dalam macam 3 hari habis baca.

sambil tu tweet la apa bagai.
then sorang follower tu kata sila beli 50 shades of grey.
mesti takkan rasa nak letak buku tu.
serious tak rasa apa.
rasa macam okeyh.

pastu dah abis baca buku yang lama tu.
pergi JJ.
lalu kat MPH.
tetiba rasa nak beli buku baru.
suruh Mr.B tunggu luar jaga trolley barang yang baru shopping tu.
aku masuk dalam.

dulu aku pernah baca satu buku sidney sheldon tu. aku suka.
tapi dah lupa. so plan nak beli la.
so tengah pilih buku sidney sheldon tu.
tepi aku ada pulak buuku 50 shades tu.
nak beli 50 shades of grey tapi takda.
yang ada dia dalam set trilogy.
dalam kotak.
tapi buku 2 n 3 ada single punya.
so nak taknak amik je la trilogy tu.

hoih buku mahal bebenor kan.
beli satu sidney sheldon n trilogy tu.
dah rm100+
keluar je Mr.B tanya berapa semua tu.
buat muka blur je. hahah takut nak jawab. ;p


then balik.
start baca sidney sheldon tu.
memang tak leh stop la.
Mr.B nak main game berjam pun aku tak kisah.
aku baca je non stop.
dalam masa 3 days abis baca.
ye gigih kan. page 600+ pun akan ku habiskan.
aku ni kesabaran kurang.
sebab tu memang kalau boleh nak cepat2 je habis.
sebab tu if tengok tv series.
aku suka tunggu season abis. download semua.
then marathon tengok.
aku tak suka rasa terseksa nak tau apa jadi tu.
sebab tu sekarang ni terseksa.
sebab game of thrones tu season 3 adalah april tahun depan. nice kan.

then abis buku tu.
baru la aku nak start baca fifty shades of grey.
sebelum baca.
aku snap gambar n twitpic la.
then orang tanya. cerita tu pasal apa.
entah. aku pun tak tau.
sebab kat kotak takda tulis pasal apa.
tapi masa beli aku perasan kat kotak tu pic gari.
so aku assume cerita ni ada kaitan jenayah ke apa.

ye aku jugak ada habit sekarang ni.
aku suka beli barang tak belek details.
macam ni. main amik je. n beli.
kalau barang lain. aku amik je. tak belek price tag.
pastu bayar macam terkejut2. hahha.
if aku expect mahal. tetiba murah. rasa gembira gila.
tetiba budget murah. tetiba mahal. pastu sentap je tau duit makin nipis. hahha.



so masa orang tanya tu.
aku belek la kotak ni.
sekali kat belah bawah kotak.
ada tulis EROTIC ROMANCE - mature audience.
terkejut iolls.
selama aku baca buku. dah kertu macam ni.
tak pernah lagi la aku baca beli n baca buku erotic ni. hahahha
tengok porn tu ada la. eh.

memula ingat nak relax.
tetiba rasa tak sabar nak baca pulak. kah kah kah.
so start la baca.
seperti biasa. aku tweet la.

sekali ramai reply kata baca buku tu adalah haram di bulan ramadhan.
buka puasa baru boleh baca la.
siapa yang dah baca semua kata memang tak sesuai baca siang la apa.
aku dah pelik. takkan begitu sekali.
elok baca sampai page 100. still takda apa.
ok je.
so tak faham apesal takleh.

tapi memang stop lepas tu.
sebab time tu dah subuh.
ater tu aku tidur la.
then bangun. memang tak baca. dah orang kata jangan kan.
so elok buka puasa semua.
sambung baca.

my oh my.
now aku faham. hahahaha.
n yes. aku memang tak letak buku tu.
aku baca dpd pukul 8pm.
sampai 12ish am aku baca tak stop.
tu takpa.
tu pun tetiba lapar kembali.
so makan ngan MR.B.
pastu sambung baca.

stop again pukul berapa pagi.
pastu aku rasa memang buku ni bahaya.
sebab tetiba aku rasa nak kacau Mr.B.
nasib mengenangkan malas nak mandi pepagi hari. eh.

sumpah best buku dia.
n baca buku ni kan lagi best.
sebab kau kena imagine benda tu.
tu lagi teruja tu.
ada part memang la rasa pelik. tapi 95% aku rasa best. haha.

tu takpa.
bila baca buku ni.
tetiba rasa sayang lebih kat laki sendiri.
walaupunnnn.
sbb aku rasa sweet nak mampus.
laki ni dah la garang-garang. semua benda la tak ok.
bossy bagai. tp ngan pompuan ni. dia jadi lain.
aaaaaaaaaaaaa. i want.

tapi jealous jugak.
dah la kayo nak mampus.
cibaisssss.



keterujaan melampau ok muka.
macam mintak sepak je.
paling takleh blah.
orang berpuasa tak sabar nak makan n minum kan.
aku pulak tak sabar nak sambung baca buku.
sebab serious buku ni takleh baca time puasa.
nescaya boleh batal. hahahahha.
paling best.
sekali ada yang tweet. dorang pun rasa yang sama.
berbuka puasa sebab tak sabar nak sambung baca buku ni. ;p
so im not alone.

banyak respond kat tweet.
dorang nak buat movie cerita ni.
tapi as usual. baik baca buku. sebab movie nanti mesti x details macam buku.
n aku tak dapat bayangkan if jadi movie.
confirm tak masuk malaysia.
if masuk pun mesti banyak potong. citttt.

then ada tanya.
masa aku baca.
aku bayangkan Christian Grey tu siapa?
n Anastasia Steele pulak siapa.

tah kenapa.
baca buku tu.
bila watak christian tu.
aku bayangkan lelaki ini.



yes. dr mc steamy dalam grey's anatomy tu.
ye aku tak tau pun nama dia.
n aku tak pernah tgk pun series tu.
tapi tau la kewujudan dia.

aku rasa tak sesuai pun.
sebab dalam buku kata umur christian 27.
mc steamy ni lagi tua kan.
tapi lantakkkkkkkkkkkk. aku nak bayangkan dia. nyaaammmm.

aku jenis baca buku.
orang tu bayangkan la details macam mana.
aku amik point sikit2 je.
pastu aku carik satu watak. terus pilih.
janji masuk ngan imaginasi aku sudah.
gituh.

untuk ana tu pulak.
aku still takleh bayangkan sesiapa.
sebab bila baca. terbayang diri sendiri.
macam mana ittew?
wah nak jugak jadi heroin khennn.
biarkan. dalam dunia sebenar tak dapat nak feeling.
verangans sambil baca buku jadi la uolls.

n guess what.
dpd buka puasa. ke sebelum imsak.
aku dapat habiskan 1st book ni dalam macam 2 1/2 day aje.
gigih tak gigih la kan. heheh.
now baca buku kedua pulak.
yang ni slow sikit sebab busy lite-lite.

so.
aku dah pengaruh ramai orang kat twitter.
sekarang nak pengaruh korang yang kat blog ni pulak.s
serious buku ni worth buying.
best nak mampuih.
ada erotic dia.
ada sweet dia. ada lawak dia.
rasa nak terbang je baca.
aku beli trilogy tu kat MPH. RM95.
so siapa penggemar novel.
gi beli cepat.
sebab katanya selling fast.
sebab tu hari tu aku beli yang fifty shades of grey tu sold out.
beli trilogy.
tapi bila baca ni. aku rasa better beli trilogy terus.
berbaloi.

ok bye.
aku malas nak duduk depan pc lelama.
nak sambung membaca.

ephyra

[sticky post]

sorry currently ephyra memang takda stock.
since last week.
katanya this week ada.
tapi tadi dapat confirmation.
katanya khamis baru sampai stock.
so baru aku boleh amik n all.
tu pun tak sure pukul berapa boleh amik.

if sempat pack semua.
on the day it self aku post.
kalau tak kena tunggu jumaat la post yea.
sebab ramadhan ni pos laju tutup awal.
pukul 5pm dah tutup.
kalau macam selalu sampai malam ;)

sorry for the inconvenience.
aku update sini je yea.
senang semua baca.
if nak email satu-satu jenuh nanti.
berpuluh.

untuk yang email tanya Ephyra promo tu sampai bila.
promo tu sepanjang ramadhan yea.
maybe 2-3 days before raya aku stop la.
okies. :D

thank u.

senaman cakar harimau.

aku memang tak pernah tau la senaman tu macam mana.
pernah la dengar orang dok sebut-sebut.
usually dalam ceramah agama kat tv tu.
not sure ceramah agama ke yang rancangan motivasi ke what so ever la.
yang aku tau senaman tu have something to do with sex ke apa.
untuk tenaga ke apa. not sure.
yang pasti everytime keluar pasal benda tu.
mula la panel2 dalam tiv dok sengih-sengih gelak tersipu malu.
don't get it.

sampai la masa tengok tahajjud cinta last year.
nampak watak eman manan, ustaz shauki tu buat.
ok baru tau.
agak ngeri. gagaga.
takut aku kalau nampak orang buat macam tu.

then tadi pagi.
sembang ngan Mr.B.
aku cakap pasal kulit aku.
sebab tadi balik rumah papa n mama.
dorang kata kulit aku gelap.
vhatttt??? gelap ke? rasa macam dah ok sikit.
ni yang buat takut nak pergi pantai lagi ni.

me : kulit i gelap ke sayang? dorang kata gelap. taknak la pergi pantai.
him : kulit u masa 1st time i jumpa u dulu. fuhhhhh.
me : apa?
him : memancar.
me : memancar apa?
him : macam lampu kalimantang.

over gila kan. memang tak la kot.

me : sekarang dah tak kalimantang ke?
him : tak sangat la.
me : eleh. hello. dulu i jumpa u pun perut u tak macam tu ok.

*selingan*
few minutes before tu.
kat tv ada rancangan apa tah. gila2 ke sengal ke apa. not sure.
ada orang tanya. apa nak jawab bila orang tanya kenapa awak buncit.
jawapan : sebab nak bagi balance ngan isteri yang bunting tu.
*tamat*

him : ini sebab nak bagi balance ngan isteri yang bunting tu. hihihihi.
me : ite tu tak pandong(mengandung) aaaaa.
him : eh tilap(silap), sebab nak bagi sama ngan isteri yang buncit jugak tu. *tunjuk perut aku*

oh how romantic. menyampah.
*jeling*

pastu sambung cerita pasal memula kenal.
kemain gelak sakan n happy.

me : tapi dulu lain kan.
him : i dulu tiap hari buat senaman cakar harimau u tau.
me : ye la sayang. apa-apa aje.
him : tak percaya la tu. betul ok. sekarang je tak.
me : tipu....
him : tak caya.

terus dia buat gaya-gaya tu.
terus aku rasa nak pitam.
ok mostly tak berjaya sbb perut dah mcm bola kan.
menghadang pergerakan dia.
tp step tu semua aku tau la.
sebab aku tengok eman manan buat dalam drama tu.


ok tak semua la dia buat.
kalau tetiba dia berjalan guna jari kaki macam tu.
memang aku tampar.

ngeri n geli.
sambil dia buat tu aku takleh tahan nak gelak je rasa.
ngeri pun ye. cannot go ok.

me : eeuuuwww stop. kenapa nak kena buat macam ni.
him : haaa. ingat i tipu. nanti i nak start balik la.
me : eee nak buat apa. takut la.
him : bagus tau tak. orang lelaki buat ni.
me : hahahaha. omg sama la macam cerita tu. hahaha. serious. mana u belajar benda-benda macam ni?
him : ada la. ni orang lelaki je tau ni.

aku rasa nak pitam.
esp masa dia buat yang macam video atas ni kat minute 0:23 tu.
eeee scary woih.
tapi dia buat dalam gelak la.

hahaha. ada-ada je kan.
pelik-pelik.
bertahun kenal. baru ku tahu ada senaman harimau pulak mamat ni.
so lelaki senaman harimau.
pompuan senaman apa?
boleh aku lak menakutkan dia.
kah kah.
amboih konon. takyah nak senaman sangat la.
orang suruh warm up pun belum tentu aku rajin.
ni nak senam. riiiggggghhhhtttttttttt....



eeek geli la. tak sukaaaa.

so far duduk rumah ni ok la.
ok je.
paling best sebab since duduk tak jumpa lagi cik li.
if ada pun sangat kecik n tak takuit pun.
mama kata sebab Mr.B rajin sembur ubat serai wangi untuk bunuh serangga ke apa tu.
sebab tu agaknya dah takda.
ok la. janji benda paling aku trauma ni tak muncul ke apa.
harap berterusan.

tapi rasanya aku ada cerita kot.
tak kat blog. maybe kat tweet.
even cik li takda.
tapi ada je benda pelik jumpa.
tak sukaaaaaaaaaaaa.

memula tu kan jumpa cacing superrrrrrrrrr panjang kat dapur.
time tu aku tengah masak di malam hari rasanya.
terus jerit panggil Mr.B.
dia datang. angkut ngan tisu. n buang kat belakang.
taknak la bunuh ke apa kan.

then ada satu malam tu.
aku kat dapur gak.
nak membasuh kat sinki.
tetiba tempas kupas kulit tu.
ala yang untuk kentang ke. kulit timun ke tu.
tengok macam ada lendih putih ke apa.
lalukan kat air takleh hilang pulak.
pusing.
terus aku campak benda tu n jerit lari ke depan.
panggil Mr.B.
kau tau apa?
lintah bulan tu.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. dari mana pulang datang tu.
then ada sekali tu jumpa lagi.
tapi kat dinding ke apa.
again suruh Mr.B selamatkan. nangis.

pastu kelmarin aku sahur sorang.
Mr.B dah makan awal.
sambil tu teringat la.
Mr.B suka paranoid tutup2 pintu la apa.
sebab ada jiran aku bagi tau umah hujung ada 'tali pinggang' tu masuk.
mula la dia paranoid melampau.
aku lak sakit jiwa.
sebab aku nak keluar masuk dapur susah.
dah dia tutup semua.
siap selak sendal bagai kan.

then bila sorang semalam terfikir.
eh kalau la bebetul ada. aku ternampak ke apa.
omg. gila takut kot.
dah la Mr.B tu suka tengok discovery channel, national geography semua tu.
so ada sekali tu pasal ular. takut kot.
n ada siapa tak kat fb aku.
nampak kat feed.
ada sorang tu boleh ada ular masuk.
besar n super panjang.
wtf. paranoid terus aku.
Nauzubillah. mintak jangan la.

then ke depan.
kita orang suka tidur depan tv.
nyaman.
sebab bilik adalah super panas.
tak sanggup hoih.
so dia elok tidur.
aku meniarap dok membaca novel.
ye aku obses takleh stop baca.
novel 500-600 page 2-3 hari abiskan.
nanti aku share satu novel ni.
best nak mampuih hoih.

nway,
elok meniarap tu.
aku rasa ada pergerakan dpd ekor mata tu.
kat bantal peluk aku.
ingatkan Mr.B.
then benda tu merayap-rayap lagi.

melompat terus atas sofa.
sebab serious aku ingat encik li datang nak menghantui.
dpd kerusi tengok.
bukan encik li.
but worse.
well aku tak tau apa nama dia.
tapi orang kampung panggil kumbang asap.

super scary kot rupa dia.
dia almost like lipas.
but badan dia pendek sikit lagi.
tebal a bit then lipas.
ada sesungut jugak. tapi lipas straight kan.
dia macam curve.
badan dia la akan-akan kupu-kupu.
dia warna light brown. then corak n doted sikit warna darker brown.
aargggggggghhhhhhhhhhh.

terus terjerit-jerit aku.
kejut Mr.B.
kesian mamai melompat.
aku terus jerit2 kata ada binatang menakutkan.
yang dia juling-juling carik apa yang aku cakap.
tapi nampak je.
dia relax je angkat bantal tu.
bukak pintu. hentak bantal kat grill.
benda tu keluar. tutup pintu.
dia sambung tidur.

hamagad. apesal dia tak takut apa benda ni.
n yang aku perasan pasal dia.
segala benda tu. bila dia nak alihkan ke apa.
benda tu tak bergerak ke apa.
macam time tu la.
elok benda tu relax atas bantal tu.
even Mr.B angkat ke apa.

omg. cerita ni teringat lagi.
satu lagi. umah ni ada cicak.
aku agak scary jugak la ngan cicak.
*roll eyes* apa je aku tak takut kan. hahaha.
tapi cicak rumah ni melampau.
dorang jenis tak suka lepak kat dinding ke apa.
tapi jenis suka berjalan kat lantai, counter top ke apa.
aaaaaaaaaaaaaaaaaa...
ok takda la banyak ke apa.
ada la 1-2.
but stillllllllll....

ada satu malam tu.
aku tgk tv.
aku dengar tung tang kat dapur.
aku dah macam, "apa aje la Mr.B mengemas tu"
lama lak tu. tak abis2 kelentung kelentang.
aku gi belakang jenguk.
dia baru lepas tutup pintu belakang.

me : sayang tu buat apa?
him : i halau cicak.
me : hah?
him : cicak ni suka nak ada kat bawah-bawah. so i halau naik atas.
pastu i halau keluar.

T_____T
kau ada?
halau cicak ok. hahaha
kelakar pulak aku rasa.

pastu ada sekali tu.
aku kat dapur belakang.
dia kat dapur depan.
dia tengah kutip sampah nak buang ke depan.
elok aku nak pergi depan.
dengar dia bebel-bebel.

me : kenapa?
him : *hulur kat aku tong sampah kecik tu* ni hah. i dah pesan dah jangan main kat dalam rumah ni. tapi dia sibuk jugak nak masuk.
me : apa? *blur n tak faham*
him : cicak ni hahhh. tengok la tu. ada duduk situ.

aku pandang kat tong sampah tu.
kat plastik tu, elok cicak tu pun tengok aku.
apa lagi. berlari jerit la aku.
berdiri kat sudut.

me : tak suka laaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! takuttttttttttttttt!!
him : apo? *relax bawak tong sampah tu ke belakang. hempas ke arah grill. cicak tu terpelanting la ke luar kot*

again aku amaze apesal cicak tu boleh relax kat situ.
tak bergerak ke apa.
eeee ngeri ok. teringat lak cicak tu pandang aku balik.
tapi bila dah ok rasa.
teringat ayat dia, "i dah pesan jangan main n masuk rumah ni. tapi dia sibuk jugak".

lawak. motip kau pesan bagai ngan cicak.
kau ingat tu binatang peliharaan ke? boleh paham
mementang ada ceceh ni.
manja kemain ngan ceceh. bercakap bagai.
abis ngan semua serangga pun dia nak bercakap n pesan bagai.

dear serangga,
rumah ku bukan taman serangga ke apa.
please keep out.