#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM180 -Trial Box (10sachet) RM60 *Promo

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

idola lettew.

kan hari tu aku gi KLCC tu.
sampai teman noy.
aku pun beli jugak. kah kah.

oh ada komen kata nampak Mr.B yea?
wah scary tetiba.
tapi katanya Mrs B takda pulak.
takda sebab time tu kita orang kat sephora.
agaknya dia bosan nak teman.
dia kata dia nak pergi kat concourse tu.
time tu ada macam persembahan tradional la apa.

memula pergi nak beli eye brow pencil.
shu uemura.
berofe this pakai eye liner pencil je. haha warna brown.
ok je aku rasa.
tapi noy tu perangai suka paksa.
dia tak habis kata best la apa.
malas aku nak layan.
sekali ada awal tahun tu aku nak gi wedding.
dia paksa n siap pakaikan.
aku tak gemar memula.
sebab rasa macam tebal n scary je.
tapi bila dalam pic nampak ok pulak.


terus gengang gendut senang hati ok.
tapi time tu beli color slightly lighter than this one la.
tak try lagi.
hopefully ok. :)


then blusher aku dah habis.
dah tinggal tepi je.
n dah pecah puh.
adalah susah nak pakai dah pun.
so beli benefit sugarbomb.

pun tiru noy.
sebab dia pakai ni since 2 years back kot.
everytime dia pakai rasa lawa je.
macam nampak natural n pinkish. n kilat sikit.
nampak macam memang blushing.
tak la. cantik je la nampak.
terus rasa macam, ok abis blusher ni, nak beli yang sama.
tapi tak tau la kalau kena kat muka aku yang pasu ini nampak cantik ke tak.
again. aku ni kalau beli malas try.
mih mih mih.
bad habit die hard.

 pastu masa balik.

noy : eeee tiru sayaaaaaaa. idola kitew lettew.
me : tak kuasa nak idola.
noy : ye. beli macam saya punya.
me : sebab nampak lawa. n memang dah habis. so beli la.
noy : idola lettew.

eeee malas layan.
fine. whatever.
sebab aku suka ejek dia.
dia nanti tetiba color rambut nak sama ngan aku.
pastu rambut nak blow curl macam aku.
aku suka kata dia idola kan aku.
dia bengang je.
tu yang dia kenakan balik.

apa-apa aje la kan.
aku pun reti make up pun banyak dia ajar.
kalau tak, takda makna. heheh.

tapi sekarang dah jarang pun aku make up.
sebab most of the time keluar dekat-dekat je.
kosser nak sakan kan.
reason kenapa dah lamaaaaaaaaa gila korang tak nampak aku tepek muka sendiri kat sini.
sebab comot nyew kitew.
hewhewhew.

if nanti aku make up.
n pakai 2 benda ni, if ingat. akan ku amik pic ye. ;p
ok la tu je.
later update lagi.
chiow.

email. email. email. i prefer email.

as usual aku tidur masa pernah awal.
tadi after subuh baru tidur.
pagi around 9am bangun sebab Mr.B nak gi kerja.
pastu sambung tidur.

pastu 10ish bangun sebab door bell bunyi.
poslaju datang. parcel sampai.
then mamai. sambung tidur again.
then pukul 12pm macam tu phone bunyi.
aku ignore. sebab mengantuk takleh kawal.
then bunyi lagi. so angkat.

customer.
tanya if dia nak barang ada stock tak.
aku dah macam barang apa?
dia kata tabita. aku kata ada.
then dia kata if dia bayar bila boleh dapat.
aku kata if now, later aku post la.
memang ada postage for today.
or else khamis.
so ok la. tu je.
letak.

terbaring balik. tidur.
after 1/2 hour. hp bunyi lagi.
again ignore. sebab kau tau tak rasa mata melekat tu.
pedih gila je nak bukak.
di alam mimpi lagi. nasib bukan tengah mimpi Christian Grey. eh.
then tetiba lepas tu bunyi lagi.
ok better angkat. kalau tak sampai bila tak stop bunyi.

so angkat.
the girl on the other end cakap dia baru bank in.
n dia dah email.
aku dah macam. oh ok.
then dia tanya lagi bila boleh dapat.
*besarkan mata*
today aku post.
dah cakap earlier.
so bla bla bla.

then dia kata.
nama dia something N...Azmi kot.
ke tak. see aku terlalu mamai untuk tangkap pun.
tapi aku ingat dia kata dia dah bank in la.
n dia dah email.
so should be ok la.

tapi terus takleh tidur la.
tapi takpa. dah tengahari pun. walaupun bestnya if tidur ni.
so terus bukak buku log.
check. eh takda pun nama tu.
even aku dgr exactly nama dia. but if tgk buku mesti kenal.
then aku assume salah tangkap nama earlier tu.
then bukak email pulak.
within that 1/2 hour.
takda pun masuk email from sekian orang.
kata dah buat payment.
with trans proof ke apa semua.

aku dah pelik.
n geram. apakah ini semua?
yang paling best. aku takleh nak call balik n verify.
sebabbbbbbb dia guna tu ialah no phone office.
macam mana nak call n tanya?
nama dia pun aku tak sure.

now i'm pissed.
sebab tu aku suruh apa-apa pun please via email.
sebab bila pakai email. semua clear.
aku dah ready kat pc, ngan segala buku n all.
senang nak record semua.
sebab senang tau semua info.
sebab kadang orang ni email nama lain.
nama sendiri lain.
aku dah confuse.
contoh email dia daisy bloom. (*contoh rekaan)
memang info dia tu je yea. takda lain.
tetiba dia sms or call.
kak, saya amik barang malam ni.
me : ok no prob. ni siapa?
girl : saya melissa

punya la aku carik kat buku.
tang mana melissa ni.
kena tanya la email dia apa.
then baru tau. tu daisy bloom.
contoh la.

get it. get it?
so sila pakai email.
aku pun tak sure mana dapt nombor aku.
maybe return customer.
maybe yang pernah pick up sendiri ke.
so ada la no aku. gitu.

tapi tu la.
harap faham.
sila berurusan ngan aku via email.
senang kerja. n check n all.
jangan pakai phone. payah.
sebab aku bukan 24/7 depan pc.
kau sms, call. aku iya iya.
dengan harapan balik rumah aku catit kat buku.
tapi kata melayu ni mudah lupa.
kang aku lupa tanda ke apa. tak ke nanti tak pasal kau tunggu2
barang tak kunjung tiba.
sebab aku lupa tanya. n aku ingat kau mmg tak bayar. haaa gitu.

n kadang some bagi tau nama la apa.
susah nak ingat.
sebab berpuluh nama kot dalam satu-satu masa tu.
mana la nak ingat.
n if since jual. silap beratus ke ribu nama dah.
so memang susah la tetiba ada yang cakap, ni i beli 2nd time.
u ada lagi tak alamat i?
gagagagaga. of coz no.
usually yang aku ingat sebab return customer dah banyak kali sangat la.
or biasa beli banyak terus ke apa.
so nama dia sangat familiar la.

gitu.
so siapa yang call aku tadi ke apa tu.
if baca ni.
sila email kat email tabita tu.
bagi trans proof n all.
so i can post it to u by today.
thank u.

Mawar Hijab

[ADVERTORIAL]

lagi online shop untuk di promo.
untuk semua reader blog ni yang suka online shopping. :)
kali ni nak promo Mawar Hijab pulak.
so siapa yang masih mencari-cari hijab untuk hari raya boleh la check out Facebook Mawar Hijab ni.
sekarang ni semua orang panggil hijab kan.
aku panggil tudung je. ;p
tapi untuk entry ni, mari ikut trend.

Mawar Hijab menawarkan harga yang sangat reasonable.
Range between RM30 - RM80.
Ada pelbagai jenis tudung.
Ada shawl, syria, chiff 2 & 3 layer ala2 fareeda.
n most of the time, Mawar Hijab akan cuba dapatkan collection yang mengikut trend semasa.

ni pics untuk some of the collection yang Mawar Hijab ada.







kain yang digunakan pun daripada kain yang berkualiti.
jenis chiffon, bawal no 1 & bawal no 2.
semua adalah ready stock.
selain daripada tu.
if ada customer yang nak colour n design lain.
Insyallah, Mawar Hijab akan usaha untuk memenuhi permintaan.

semua hijab ni adalah terbuka untuk retails.
maknanya boleh beli 1pcs.
dan terbuka jugak untuk wholesale. Bulk min 10pcs.
if beli in bulk, harga lebih murah.
so siapa nak meniaga untuk hari raya ni.
or pada masa akan datang.
boleh dapatkan stock hijab yang lawa-lawa ni daripada Mawar Hijab.

:: cantik pulak color dia. comel ::





untuk siapa yang berminat nak beli wholesale.
or nak cari tudung raya.
or untuk any occasion.
or even untuk daily wear ke.
boleh la ke Facebook Mawar Hijab. HERE
ada banyak lagi hijab yang lawa-lawa kat facebook shop tu.

selain daripada postage.
if nak COD pun boleh.
if nak COD ni area yang Mawar Hijab cover - Cheras, Gombak dan KLCC.

if interested untuk nak COD.
boleh contact CIKIN at 019- 299 8091

special untuk reader blog ni.
if mention 'PEEJBURHAN' masa nak purchase tu.
korang akan entitle dapat 10% discount.

so happy shopping everyone.
dan selamat berpuasa. :)


Ramadhan 2012 - day 7

lambat gila aku update kan.
serious nak online takda masa.
either busy melampau running errands.
tak pun online kejap untuk reply email n all.
tak dapat nak bersuka ria update blog or main game ke apa sangat.

n sekarang aku kan datang angin membaca balik.
tu yang if ada masa terluang akan baca novel. ;p

so ni adalah menu berbuka last friday.
as usual aku tak masak.
sebab Mr.B suka membeli.
tapi aku pesan, taknak pembaziran.
aku pesan beli lauk jangan banyak.
if nak banyak pun, make sure semua RM2 je.
satu je main dish. lain semua yang RM2 je.
pastu dia suka pajeri nenas. tah aku tak suka pajeri. dpd dulu.
selalu dia beli RM2. mesti ada terbazir. so aku kata pajeri beli RM1 je.
bagus mengikut dia.
so hari tu. memang takda lauk terbazir :D

:: air laici, kari ikan n masak lemak apa tuh yea? ::

air tu dia nak.
aku tanya nak berbuka air apa? dia kata nak laici. ok set.
kari tu sesama makan.
sedap kari dia. macam kari yang selalu kita orang masak.
wah sempat nak ngaku kari sendiri sedap. haha.
tp kalau ku tahu dia nak kari. aku pun boleh masak kejap je.
masak lemak tu pulak dia tak makan.
aku makan sorang.
dia tak beli pun. tapi makcik tu bagi free.

bagus la gerai makcik ni.
dia macam jual depan rumah je.
lauk dia mostly sedap.
n dia tak kedekut. kau beli 2 ringgit pun macam berpuas hati sangat.
n Mr.B kata makcik tu suka sedekah. nanti ada je lauk dia bagi free.
so nice eyh.

:: pajeri nenas, daging goreng pedas kot. sambal tumis ikan bilis petai ::

aku ni time tak puasa hari tu.
tapi sama je macam orang puasa.
sebab aku tak makan apa pun.
tengah hari aku minum ephyra.
tak makan or minum apa.
smoke je pun.
lapar sangat makan chocolate sikit.
pastu tunggu makan sama-sama ngan Mr.B time berbuka.
dah memang rasa macam puasa ok.
sikit-sikit aku tengok jam.
pastu rasa macam, hoi lambatnya berbuka.
tapi padahal nak makan boleh je kan.
tapi konon nak makan sama sangat la.

ni dah boleh puasa :D
jap lagi nak pergi beli lauk. ;p
tunggu Mr.B balik keroje.
pergi sesama. asyik dia je pilih.
aku pun nak gak tertelan-telan air liur time memilih lauk. heheh.

hari minggu terasa busy.

if weekend je rasa busy.
before this tak sangat la.
sebab mr.B kerja siang malam.
weekend malam dia kerja.
so dia mesti nak spend time kat rumah je rehat.
eventho dia takda la rehat sangat.
suka sangat buat tah apa-apa kerja.

tapi now that dia tak kerja malam dah.
tu yang ada je program nak kesana sini.
kadang rasa penat n tak cukup rehat je.
rush je ke sana sini.
pastu dah buat balik system pick up.
tu yang kadang duduk satu tempat ni kejap.
pastu kena rush balik rumah ada orang nak pick up.
pastu kadang kita dah tunggu. tetiba ada yang tak jadi datang.
pastu set another date n time.
aku rasa lagi senang postage.
sebab lagi cepat aku rasa dpd pick up.

cuma kadang-kadang tengok alamat yang order tu dekat sangat ngan rumah aku.
so aku tanya again if dia prefer pick up.
sebab aku rasa tak berbaloi je parcel tu pusing sana sini.
padahal rumah jarak tak dlm 10 mins driving je kan. :)

but anyway, today penat rasa.
sebab iolls puasa. hahah akhirnya kan.
pergi saloon Mr.B nak potong rambut.
then ke rumah mama.
keluar ngan noy n Mr.B.
ke klcc. dia nak beli make up.
aku pun beli eye brow pencil n blusher.
pastu balik.
kagum pergi klcc bermotif. tak sampai 1/2 hour balik. :)

sebab aku nak berbuka ngan fam.
malas nak berbuka luar.
sabtu buka rumah in law.
so ahad rumah papa n mama pulak.
1st day puasa.
rumah sana kan mewah je makan.
tau-tau kul 9pm aku n Mr.B terbongkang. kah kah kah.
aku ingat tertidur kejap je.
rupanya mama kata aku tidur 2 jam. vhatttt???

tu takpa. patut aku kena tinggalkan few sets of tabita kat rumah sana.
yang kat area sana nak pick up kat rumah mama je.
ikutkan aku tak suka. tp dah dorang kat area tu kan.
bukan apa. sebab papa ni kadang-kadang keluar.
padahal aku pesan kat dia uruskan.
dia if keluar pass kat mama tugas tu.
dah berapa orang datang. kata dia orang tekan door bell banyak kali.
tapi takda orang. tapi rumah macam ada orang.
ye la. mama tak dengar kan. tu susah.
mcm susahkan dia.
tp dorang don't mind pun. tp tu la.
eh apa aku cuba sampaikan ni? ;p

ni balik baru dapat mengadap pc.
n reply email ke apa semua.
so harap siapa yang email faham.
aku ni kalau weekend ni busy sikit.

rasa penat everyday ada je benda buat.
tapi tadi sembang, ayol kata atleast kerja sendiri.
aku ikut timing aku.
if yang kerja office ke apa ni lagi la.
yea...ok mari bersyukur.
tapi ok la.
sebab ingat lagi time tetiba aku takda kerja nak buat tu.
sebab stock takda.
dah biasa hari-hari kau busy.
tetiba takda benda nak buat.
rasa gelisah je. sebab tak tau nak buat apa.

eh rasa memacam lagi nak cerita.
takpa. kita simpan di lain entry ye.
righhtttt.
by the time nanti.
silap-silap aku dah kemalasan dah. ;p

simple tp best.

aku ni nama je takleh puasa.
tapi rasa tu macam puasa je.
macam hari ni.
just minum ephyra sikit.
then smoke je la pun.
rasa lapar kejap je. tp lepas tu ok.
ni baru lepas mandi. nyaman rasa.
duduk depan kipas. 
kalau tak kejap-kejap datang angin bahang tu.
panas betul cuaca kan.
tapi best sebab baju cepat kering. :)

lapar pulak.
so tadi makan 2 mini toblerone noy belikan.

pic bawah ni dah few days ada.
nak share memanjang lupa.
if rajin sikit. aku goreng la nugget makan.
sedappppp.
makan yang menggemukkan ni mesti sedap terlampau kan.
wah tetiba konon concern makanan menggemukkan konon.
padahallll....hahhaha


aku adalah suka gila beef nugget.
jonet la ajar aku makan few years back.
yang panjang belakang tu chicken fingers.
saje beli sbb dia tulis spicy. tapi dok dak (tak sedap).
biasa je. tp since ada tu. goreng je la sikit2. slow2 abis la kan.

korang pernah try beef nugget?
sila try. best.
jangan beli ramly. ramly mahai berapa ringgit tah.
so aku beli jenama pride. sama je rasa. :)
n sos usually aku mmg akan pakai sos tomato.
tah aku suka lagi tomato dpd chili.
tomota masam. cos gili ni kekadang ada rasa manis dia.
me not loike.

hari tu before puasa mama n aunty aku dtg. bawak tembikai.
lama tersadai dlm peti sejuk.
konon aku nak buat air tembikai laici for berbuka.
tapi everyday Mr.B mesti beli air.
so tak buat.
kang simpan lelama rosak pulak.

so half aku potong kecik2.
senang if nak je bukak peti sejuk makan. best.
half lagi letak dalam mangkuk. makan macam ni.
cara pemalas.
tapi tetap la sedappppp.


korek2 pakai sudu je.
pastu nanti main pusing2 sudu. tembikai tu jd bulat2. comel.
pastu nanti akan ada air2 dia tu. 
fuhhh sedappp.

haaaa. mesti korang terseksa kan.
takpa. lagi sejam lebih je nak berbuka tu. ;p
eh tetiba aku plak rasa haus.
ada lagi tembikai dlm peti sejuk tu.
ok bye.

Ramadhan 2012 - day 6


over sangat kan.
malam before flight dia.
siap bagi wishlist kat mama nak berbuka apa.
adik sapa la tu.
tapi lepas aku komen tu. aku lak telan air liur.
sodap tu.

aku datang rumah mama pun lewat.
sebab busy earlier packing barang semua.
then ke post office.
bulan puasa ni post office tutup awal.
pastu kat area tu ada bazar.
kau pergi almost pukul 3pm je.
merasa la seksa n rapat2 kereta semua.
awal gila pasar juadah situ bukak.
n dah start ada orang membeli pulak tu.
gigih betul. panas-panas terik tu.

so sampai rumah mama.
duduk tak lama.
aku dah kena pick up noy.
mama kata dia masak 2 tu je.
dia tak larat nak buat lelebih.
so aku pun plan nak ke pasar juadah ngan Mr.B.
sekali aku tengok makin lama, makin macam-macam mama but.
so better tak payah pergi, kang pergi kang semua benda rasa nak beli kan.

then naik atas sembang ngan noy.
sambil try baju baru dia belikan.
lawa tapi aku dok delak.
sebab dia belikan aku dress.
dia kata lawa n sbb murah. dorothy perkins pulak tu.
so funny. tak pernah di buat nak pakai dress.
segan iolls. haha.
yang papa lagi takleh blah,.

papa : bagus la adik kau beli. nanti kau mengandung boleh pakai dress tu.
me : tetiba je.
noy : ni bukan baju mengandung la pa. ni dress biasa.
papa : ye ke? besar je. papa ingat baju mengandung. hahahha.

ok tak kelakar bapak aku ni.
bebulan puasa ni kan.

tu takpa.
elok nak dekat berbuka baru teringat ada laki kat bawah. haha.
kejam je.
tapi kosser nak meneman.
dia balik je daripada kerja terus dia dok depan.
bersihkan litter box hannan, sapu depan, siram pokok. siap gardening cantas pokok2 mama.
dia kata supaya masa berlalu dia tak sedar. if duduk saje nanti lagi dia rasa haus n lapar.
kau mampu? bebulan puasa. panas terik tu?
tu semalam aku ada tulis kat fb.
aku rasa Mr.B ni macam kerasukan hantu rajin.
kat rumah aku ni pun dia takleh duduk diam.
selalu dia main game la.
if lama sangat aku bising kata aku nak guna pc.
dia bagi.
lepas tu nanti tetiba mula la dia vacuum n buat memacam.
hari-hari ok vacuum.
pelik gila. tak penat ke dia ni kan.
takda ke tetiba rasa malas ke apa.
but whatever makes him happy la kan.
n of coz aku pun happy la. sbb aku mmg pemalash. ;p

ok sambung.
turun bawah terkejut iolls.
dah rasa macam ramadhan buffet kat rumah ni.
memacam ada.
semua teruja kot sebab ramai kan.
mama mmg everyday ajak ada jiran ni berbuka sama.
aunty ni balu. so selalu dia sorang je.
so mama kata datang la rumah mama. buka sama.
tu yang bertambah meriah.

:: tengok la. penuh coffee table ngan kuih n memacam la ::

:: mama ingat takda kuih. dia goreng donut n kuih bom tu. kurma nabi pulak noy bawak balik from kuwait. ::

:: agar-agar cendol aunty bawak. jiran sorang lagi bagi dia. n ada kuih gulung tu aunty bawak jugak. dia buat. lupa aku nak snap. kuih lopes pulak ayol beli. hoih nampak sedap la pulak. tak sempat makan semalam. rambang mata tak tau nak makan mana satu. ;p  ::

:: roti john pun ayol beli. popia basah, karipap n murtabak (dlm bungkusan) tu P.G pulak beli ::

:: ni lauk kat meja makan pulak. sodapppp ::

:: asam pedas ::

:: rendang daging. mama siap pack untuk aku n Mr.B. best semalam makan ngan nasi panas time sahur. dia la sahur. aku tumpang sibuk je ::

:: ikan masin, ulam petai n kacang botol, sambal tempoyak, sambal belacan ::

:: ikan jacket goreng garing ::




:: semua kelam kabuit. sebab dah waktu berbuka. tu gegar2 je semua. oh belakang tu tetiba ada lampu lap lip. mama n papa beli. siap beli utk rumah aku. siap demo kat aku. tetiba dorang tebar n sangkut situ. haha sabar je la ::

seee. so meriah kan.
mana la aku tak emo sekarang berdua je.
suka gila meriah macam ni.
dah la tak puas lagi sembang ngan noy.
semalam dia tertidur awal.
yang Mr.B pulak ajak balik awal.
so tak dapat la sembang sakan.
takpa. nanti2 la.
semalam after berbuka ayol datang rumah.
dia ngan Mr.B tengok sampai dua dvd.
yang pertama aku tengok la.
lepas tu aku ngantuk lalu tertidur.
tapi later terjaga sebab teringat kena email customer.

hari ni tak tau la berbuka apa.
makan je apa Mr.B beli.
aku ni nama je tak puasa.
tapi tak makan apa lagi pun.
minum ephyra je tadi.

eh serious ngantuk.
tak cukup tidur ni.
tidur 5am. sebab sekarang mood baca buku. ;p
tapi bangun awal. sebab Mr.B pergi kerja.
ingat nak sambung tidur.
tengok sms masuk orang nak amik barang. pagi sungguh ku rasa.
time tu kul 9ish. kata nak amik kul 10.
so ready je la.
later tukar kul 11am. takpa.

sementara basuh baju n jemur semua.
then ni ngantuk balik around 12 tadi.
teruk layan mata kat sofa.
call masuk dah ada orang sampai depan rumah dah.
n now here i am.
mata kuyu ni.
ada jap lagi tidur ni. ;p
tapi ramaiiii nak amik barang.
harap dorang amik after office hour. haha.

ini betul punya scary.

kan aku plan taknak buat expose mistik bulan ramadhan ni.
sebab bulan puasa ni ketakutan kurang. so takyah la.
nanti-nanti baru buat balik kan.
memang tak nak pun.
tapi ni memang special kes.
sebab membacanya membuatkan aku takut melampau ok.

bukan email dpd reader.
tapi entry daripada Rye.
sila baca n nilaikan scary ke tak.

.........................................................................................

pelik pasai tiada apa-apa aksi berlangsung semalam gara-gara kepala dengan perut berat makantedarah nasik daging tak hengat. kahkah. dah la waktu malam ja buleh gelis gelis.


ok tak la. bukan nak cerita pasai tu. nak cerita pasai aku rasa pelik la rumah aku ni. aku start duk rumah ni tahun 2006. means dah 4 kali beraya kat rumah ni. sebab masuk dulu lepas raya, dan tahun ni tak raya lagi, maka baru 4 kali la beraya. tetiap kali bulan posa pun mesti ada benda pelik jadi. heran. kalau nak kata setan, dah katanya setan kena ikat kan? habis menatam jadah hapa?

ok tahun kedua duduk tu, 2007 tak dak apa. tahun 2008 masa aku mengandung kat Affan, anak sedara Boss duduk sekali rumah aku. pasai dia dapat kerja kat Aloq Staq. dia tak mau duk rumah tokwan dia (papa Boss) sebab tak best kot. so dia duk dengan aku. time tu kebetulan aku tengah cuti sem. dia duk pun tak lama pasai keja on contract based. berapa bulan tah lupa lak aku.

so satu pagi tu, aku tengah prepare sahur. duk buat something la kat sinki. sebab dia time tu anak dara lagi, so aku malas la nak kacau suh tolong ka apa kan? aku kira macam ni ja, kau rasa nak bangun tolong, kau tolong. rasa tak mau, aku tak paksa. kot mana pun aku kena bangun masak kat laki aku. time tu aku memang payah nak tidoq pasai mengandung. time tu plak aku menggila main Yoville dengan Ardiana kat fb. tiap 6 jam sekali kena pi factory kerja. kalau kerja baru dapat duit. dapat duit boleh beli baju dan perabot. so aku dengan ardiana take turn la log in akaun fb memasing pi kerja. pastu siap buat akaun fb 3-4 lagi pasai buleh share duit gaji. kahkah.

so time tu aku tengah buat apa tah. tetiba aku macam terperasan seimbas dia mai dari hall masuk dalam bilik ayaq. aku tak la toleh tapi aku nampak la kelibat dia tu dari ekoq mata. sebab budak ni dia jenis pakai kain batik dengan baby t. so kelibat dia tu memang nyata sangat.  pastu bunyi dia tutup pintu bilik ayaq. so aku sambung la buat kerja. tapi lama-lama aku terperasan plak. eh. buat benda apa budak ni? senyap ja pun. tapi aku ingat kot dia berak kot. so aku diam lagi. tapi hati dah tak sedap. pelik plak. buat jadah apa sunyi sepi. maka aku pun pelan pelan pi jenguk. sekali pintu bilik ayaq tak tertutup punnnnn! tadak sapa pun dalam tuuuu!

habis sapa yang aku nampak tadi? bunyi pintu bilik ayaq? takkan tertutup sebab angin tolak? nak celah mananya angin plak. tingkap apa semua tutup. baru pukoi 3-4 pagi ja pun.

terus aku pi bilik dia. gerak dia bangkit. tak payah nak lena sangat. sila teman aku.



lepas tu tahun 2009 kot. Affan dah setahun lebih time tu. eh. mana ada. tahun lepas la. ada aku tulis dalam blog tahun lepas. laki aku tidoq bilik yang anak sedara aku tidoq tu la. sebab bukan apa, bila dia balik lewat, malam tu mesti Affan mamai. jadi bila dia balik lewat, dia tidoq bilik sebelah. kalau tak lewat, tak la.

tu pun jadi area pukoi 3 camtu la. aku nak terkencing, aku pi bilik ayaq. time aku jalan keluaq dari bilik tu aku rasa macam laki aku pun keluaq dari bilik sebelah follow aku pi dapuq. tapi aku buat derk ja la. pasai duk mamai lagi. pastu masa kencing aku dengaq bunyi kat kabinet dining hall tu. bunyi macam dia selalu duk balut. tapi hati aku rasa tak sedap terus aku panggil dia. dia pun berdehem. so aku pun oklah. basuh kencing cepat-cepat bila aku keluaq tengok tadak sapa pun kat dining hall. eh pelik. takkan cepat sangat. lagipun laki aku selalu kalau dia balut, dia mesti hisap kat luaq. kat meja luaq. aku pi kat pintu tengok pintu terkunci dari dalam. aku bukak jenguk tadak sapa pun kat meja luaq. eh. takkan balut saja tapi tak hisap plak kan? terus aku lari pi bilik dia. tetengok selamba duk mengeruh ternganga dalam selimut. terus aku gerak dia. tanya. u, u keluaq pi balut kah tadi? dia terkejut pastu marah aku pasai kacau dia tidoq. eh ehhhh sapakah tadi yang berdehem tuuuu? sumpah aku tak pekak lagi. memang suara laki aku!

terus aku masuk bilik laju-laju peluk Affan dengan Waheeda. huhu.


dan semalam. semalam pun jadi gak. well tak malam la. around 3am camtu. tapi aku tak plan nak berjaga terus pasai aku tak masak pagi ni. perangat saja nasik kurma daging semalam. pastu guruh pun bunyi punya kuat. tengah aku duk kencing dalam bilik ayaq tetiba anjing rumah cina sebelah melolong. ok bukan menyalak, ok? melolong. awwuuuuuu awuuuuu camtu. terus aku rasa takut. sebab memula aku ingatkan bunyi siren bomba ka apa. rupanya bunyi anjing. terus laju laju keluaq. masuk bilik tengok laki aku switch on torchlight. terus rasa lega. pastu sambung tidoq. tapi tak boleh lelap. gaya aku nak lelap tetiba laki aku plak melolong. siyes sebijik bunyi macam anjing tadi. terkejut siak aku. sekali dia bunyi aku biaq ja. ingatkan satgi dia berenti. eh tapi lama plak duk melolong. naik seram plak aku. dah la kuat plak tu. satgi jaga habih anak. terus aku gerak dia. terus jaga dia istighfar. pastu aku pun sambung tidoq balik sampai pukoi 4.30 camtu.

pagi ni bila aku tanya baru dia cerita. dia kata lepas aku masuk dia terlena. terus dia mimpi Waheeda plak keluaq dari bilik. pi bilik ayaq. bila Waheeda keluaq muka Waheeda jadi laen. muka pompuan gemuk hitam. terus aku menjerit-jerit laki aku pun terus tolak Waheeda ke dinding pastu laki aku azan.

rupanya yang dia melolong tu dia tengah azan.

lepas tu aku tanya la kat laki aku, kalau bukan setan la, dah katanya setan kena ikat, benda apa yang suka duk ganggu jugak kita ni? kalau kata nafsu tu aku percayalah. sebab nafsu selalu benda-benda nikmat. ni benda menakutkan nak nafsu apanya. tak kosa aku. laki aku pun tak tau. dia kata mungkin setan yang ada dalam diri kita la kot. tak pun another side of roh. the bad one. mungkinlah. sebab tak pandai bab bab macam ni.

ada sesapa tau?

...........................................................................................



i dont know about u guys.
tapi lepas baca tu seram nak mampos ok aku rasa.
aku kalau cerita misteri-misteri ni takut dia memang lebih sikit.

dah la time tu aku memang masak sahur awal.
Mr.B request nak sahur awal.
so gi dapur aku buat nasi goreng.
semua dah siap. tinggal nak masuk nasi.
time tu nasi tak masak lagi.

so aku biarkan pintu semua terbukak.
sebab memang later nak sambung masak kan.
tapi padahal Mr.B dah tertidur pun.
time tu dia punya seram. grrrrrr.
dah la cerita dia ni pasal dapur la apa.
yang position pc aku pulak memang selari ngan toilet n dapur. aaaaaaaaaaaa.
takut.
tak bergerak aku. tapi tabahkan hati.
gi jugak belakang. siapkan masak.
cecepat tutup pintu semua.
still ketakutan. aku baca la blog yang lawak ke apa semua.
main game. baru ok.
lepas tu lupa. selamat.
bukan apa. tak sanggup nanti aku sorang ke apa.
iolls kan penakut nowadays.
nasib sekarang Mr.B dah tak kerja malam.
so ok sikit la.
tapi kadar ketakutan aku masih tinggi.
tak macam dulu. hardcore tengok segala cerita hantu ke apa ni.
sekarang asal ada iklan cerita hantu kat tv ke apa.
cecepat aku tukar. kah kah.

Ramadhan 2012 - day 4

ikutkan malas gila nak buat entry menu ramadhan macam every year tu.
sebab berdua je kan.
macam tak meriah je rasa.
tapi since dah berapa orang jugak la tanya.
so semalam aku snap la.

semalam aku tak masak pun.
sebab kosser aku nak masak kalau Mr.B tu kaki beli.
so plan nanti dia balik kerja lets pergi pasar juadah bersama.
tapi takda maknanya.
dia balik. kat tangan dia dah bermacam plastik ada.
dia pergi tanpa aku pun. cisss.
tapi takpa. aku tak puasa pun.
so takda la keinginan melampau ke apa.
tunggu nanti iolls puasa. awas.

tapi satu tak best puasa kali ni.
aku perasan yang Mr.B bukan kaki kuih.
dia jenis laukkkkkkkkk je. macam-macam jenis lauk.
kuih satu apa pun takda.
aku dpd kecik sampai besar, buka puasa mesti ada kuih pedas, manis, murtabak ke.
ni takdok. sobs.
dia not into kuih kot.
takpa. tapi tunggu aku dah puasa nanti. ;p
semua aku akan tamak beli. haha.

semalam dia beli banyakkkkkkkkk gila jugak.
dah la semua main dish n aku rasa tak masuk.
dia jenis makan boleh campur semua dalam satu pinggan n makan.
aku pulak manusia pelik. aku tak suka campur2. nanti aku geli. hahah saiko tak.
so aku jenis akan concentrate satu lauk je.

:: masak lemak tempoyak. yang aku tak makan langsung. konon nak makan today lunch la. tp aku nowadays dah tak makan pun siang. kang ada yang terbuang je nanti. tsk. bazir la ::

:: bawak masak merah kot. pun dedua dia makan. me not loike manis remember. so Mr.B makan for berbuka n sahur ::

:: ayam percik. ::

ni dia beli khas untuk aku kononnya.
so sweet.
tapi kau tau tak besar gila ayam tu. pitam aku.
aku tak makan time berbuka pun.
aku ratah time malam-malam tu. duduk depan tv ratah. haha.
sebab berbuka semalam aku makan sambal tumis sotong yang aku masak the day before tu.
baru nak makan.
sebab semalam paling la rasa macam puasa.
tak makan apa pun. just minum satu mug air. tu pun sebab nak makan ubat.
lepas tu time berbuka aku pun menggelupur lapar sama.


:: daging masak cili kot. aku pun tak tau. pun Mr.B makan sorang ::

kesimpulan cerita.
aku nak pergi pasar juadah jugak plis.
sebab aku ni benda tak biasa makan terkebil-kebil je nanti.
aku nak bukak puasa rumah mama. uwaaaaaaaaaa.
makanan sedap sangat.
iolls tak suka lauk beli la.
memang boleh masak.
tapi masak pun kalau dah muncul 4-5 lauk macam ni.
sakit hati kau.
last2 nanti banyak tak abis.

takpa.
esok buka rumah mama.
sebab noy balik. yeay. :)

8 years.

pagi tadi takleh tidur.
plus tunggu waktu sahur.
even mr.B taknak sahur sbb dah makan before tidur tu.
tapi nak kejut dia untuk minum ke atleast.

tengok tv. pukul 4am alarm bunyi.
time biasa if aku masak for sahur.
dismiss alarm.
sekali tengok ada reminder pulak.
anniversary.
memang dah bertahun kot dalam hp tu.
tak pernah keluarkan.

sendiri lupa.
if takda reminder memang tak ingat.

24th July 2004 masa memula kenal Mr.B.
8 tahun lepas. lama gila dah weyh.
time tu aku muda remaja je. baru 21 thn.
time yang paling rasa best sekali rasa nak balik ke umur tu.
now dah kertu weyh. hahah.

kenal 2004.
then break 2009.
2010 couple balik.
2012 kawin.
jodoh. tak kemana.
dah setahun lebih pisah tetap end up kawin. ;p
ramai suruh cerita balik kan macam mana cinta lama bertaut kembali. ewah.
tapi aku malas nak cerita. macam mana itu? hahaha.
alah takda apa pun. kisah biasa je kot.
nanti la rajin aku cerita.
hahaha alasan kan. tunggu aku rajin memang lambat la weyh.

tapi serious rasa pelik.
kan break lama.
masa memula jumpa balik tu.
dia punya debar. macam kau nak 1st date ok. haha.
lawak. sebab padahal before tu 5 thn kot couple.
tah apa-apa tah.

dah la semalam masa dapat reminder tu tetiba sebak.
bengong gila.
pastu kejut dia minum sahur tu.
terus wish.
senyum je dia dalam mamai.

lepas ni kita count anniversary kawin pulak.
;p
hola peeps.

saje nak bebel pagi hari.
semangat aku 1st day sahur tu masak apa bagai.
elok tengah hari tetiba takleh puasa. tsk.
tapi nama je takleh puasa.
aku bukan makan apa pun.
aku just makan roti sekeping n telan panadol.
kali ni period pain teruk pulak.
sampai day 3 aku still sakit.
time masak untuk berbuka tu siap rasa nak pitam.
benci gila.

day 1 aku berbuku rumah mama.
meriah sangat.
then day 2 tu berbuka kat rumah mertua pulak.
lagi la meriah.
sepuluh kali mak suruh aku makan.
aku saje bagi semua makan dulu.
sebab aku bukan puasa pun.
plus dah kenyang.
sebab siang aku dah makan nasi ngan rendang daging yang mama bekalkan. hahah.

time tu kelakar.
elok aku keluar dpd dapur.

Mr.B : i rasa i sakit perut la sayang.
me : abis tu?
Mr.B : kena makan la.
me : u nak makan? boleh. tapi karang petang takyah pergi rumah mak. sebab u tak puasa. buat apa nak berbuka puasa kat rumah mak.
Mr.B : eleh dia ni. *jeling*

hahaha tau takut kena ugut.
elok pun puasa. mengada lebih.
time tu dah kul 3 kot.
plus bukan aku makan depan dia.
dengar pintu dapur pun tak tentu arah.
laki sapa la tu.

tadi berbuka rumah sendiri.
tak kemana.
plus hari ni ramai datang rumah amik barang.
so takleh la nak kemana-mana.

plan asal aku nak masak sambal tumis sotong brown, hati n pedal goreng sambal (Mr.B request), masak lemak su un n telur dadar.
baru masak 2 lauk aku dah tak larat.
sebab period pain datang lagi. benci gila.
so aku cakap kat Mr.B beli lauk. tapi 2 je n sikit.
masa balik kerja dia ada bawak balik bungkusan.
aku tanya apa. dia kata kuih. ok.
sekali boleh tak nak berbuka tu aku check. itu adalah lauk!
ada dua.
n dia beli lagi 3 lauk. banyak lak tu.
rupanya sebab dah petang. orang bagi lebih.
but stillllllllll. sampai 5 lauk. gila hape.
so lepas ni kosser aku nak masak dah.
dah suka sangat beli kan.
dia kalau beli suka melampau.
dia lupa agaknya dia tinggal berdua je.
dulu boleh la, rumah dia memang ramai orang.
ni aku n dia je.
aku ni dah la tak suka lauk sembarangan.
asal manis je kembang tekak aku. terus aku tak sentuh.
dah bazir kan. hishhhhhhhhh.

tapi dalam menyampah tu.
dia tu baik gila la.
tadi lepas teman dia makan berbuka tu.
aku telan panadol.
lepas je orang datang amik tabita.
terus aku tertidur.
dpd kul 9ish sampai la 12ish macam tu.

tengok Mr.B dah jemurkan baju.
pastu dia kemaskan dapur semua.
then aku terjaga. lapar. makan.
dia join.
pastu dia sambung vacuum.
pastu keluarkan box ephyra masuk dalam rumah semua.
aku? ye aku main game kat fb. hahaha.
kesian. dapat bini agak pemalash. haha.

tapi ada gak la benda yang dia buat aku takleh terima.
but takpa la. tahan je.
sebab of coz. dia pun mesti ada benda yang aku buat dia takleh terima kan.
so give n take.
kira ok sangat la tu dia rajin.
kalau semua aku buat sorang.
akan aku lari laju-laju lalu terjun kat belakang rumah. haha. drama gila.

sat lagi dia kata takyah sahur dah.
tapi aku nak kejut gak.
atleast dia minum kan.
n nak suruh dia makan ubat.
tadi pegang badan dia panas. demam.
aku suruh MC esok taknak.
kagum aku. demam pun rajin buat kerja umah n gigih nak gi kerja.
aku yang period pain ni je pun nak tidur je 24/7.
kah kah kah.

eh haus la pulak.
ok la bye.
nak gi minum ayaq wata coolaarr.

Ephyra promotion

[sticky post]



normal price for Ephyra is RM228
promo for ephyra.
here is the details.

  • 1 box for RM200
  • 2 box for RM380
  • FREE POSTAGE
so basically ikut harga asal plus postage. dah save RM40 untuk 1 box tu.
RM228 + RM12 = RM240

if beli 2 box pulak korang save lagi banyak.
do your math.
penghantaran hanya untuk satu alamat sahaja.
n delivery hanya untuk dalam malaysia.
semenanjung n sabah sarawak.

if interested u can email me at

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject : ephyra

to read about Ephyra. CLICK HERE.

baby why u sooo funneyhhh.

petang tadi hujan lebat melampau kan.
online kejap. tengok lebat melampau.
terus tutup pc. cabut plug semua.
takut kang kena sambar. menangis. 
cabut sekali plug tv semua.



bila dah takda apa nak buat tu.
nak tweet pakai bb pun takleh.
sebab line maxis kat sini gila punya slow n takda line.
if ada wifi unifi tu ok la.
if dah cabut plug tu apa pun tak boleh.

sementara kesepian n menunggu Mr.B balik tu.
tak tau nak buat apa.
terus capai buku cerita.
yang dah 5 thn aku tinggalkan.
bila dah baca ni rasa best la pulak.
terus sampai sekarang teringat-ingat.
nak sambung baca n tau apa ending. ;p


then Mr.B balik.
balik je terus dia mandi.
kena hujan. takut demam pulak nak puasa ni.
sambil tu aku mop lantai.
contractor yang buat rumah ni harem gak la.
bila tanya hari tu kata semua ok. dah check bumbung semua la apa.
hotak dia. banyak gila bocor.
esp dining area tu. situ memang teruk la.
ingat situ n bilik aku sikit la kena.
bila dah lebat n lama hujan tadi.
baru discover ada few lagi tempat bocor teruk.
kiwok betul.

ok takpa.
katanya bocor heavy.
walau dah tadah ngan baldi. tapi certain area tak cover.
so basah la.
so aku mop la segala tu.
Mr.B elok abis mandi.
dia berjalan ke dapur.
sebab aku suruh dia letak baju basah tu kat washing machine terus.
elok aku mop kat depan. aku dengar pelepop.
pusing belakang tengok dia dah terlentang kat area dapur.
membelakangi aku. siap terkangkang.
pergi kat dia cepat-cepat.
(hahahah ok bongok. tengah type ni pun aku tergelak sakan)
dia pusing. kiri kanan tangan ada baju basah.
atas kaki pun ada seluar basah ke apa.
then tuala dah terburai. elok dia terkangkang telanjang.
aku speechless. tak tau nak bagi reaction apa.

me : sayang niiii. u ni kenapa?
him : licin laaaa. i rasa kaki i patah.

aku pandang kaki dia. takda apa pun.
muka dia sentap gila.
tah mana yang patah tah.
memula aku risau. sebab ye la jatuh kan.
tapi bila dia drama kata kaki patah. aku dah tak tahan nak gelak.

me : mana ada patah.

terus sambung mop.

him : licin u mop sini.
me : mana ada i mop semua. i mop sikit je tepi tu. memang lantai tu jenis licin sikitl.

dia bangun terbogel betulkan tuala. amik baju semua gi letak baju kat washing machine.
lepas tu terus aku gelak non stop.
aku takleh tahan ok.
sebab terbayang-bayang lagi keadaan dia time tergolek tu.
kesian gila muka. macam budak jahat yang main kejar-kejar.
jatuh. buat muka. pastu salahkan orang keliling.

lepas tu dia pun gelak non stop.
sama-sama macam orang gila gelak.

him : sayang ni saje je mop situ nak bagi ite tu jatuh.
me : hahaha. mana ada. tapi memang kelakar ok. hahahaha.
him : hahahhaa. sayang tu gelakkan.
me : ye la. i tengah mop mengadap depan. i dengar pelepop. tau-tau pusing. tengok u dah terkangkang tuala terbukak.
him : hahahahhahahhhahaa.
me : pastu tetiba nak kata kaki patah. tah apa-apa tah.
him : hjahahhahahahahaha :( sayang tu gelakkan. ite tu takit.

hamagaddddddd.
sumpah type ni aku masih gelak.
lawak sangat.
sebab bertahun kenal dia.
tak pernah la dia tergolek ke apa.
kenal dia ala-ala gagah perkasa je.
ni 1st time nampak keadaan macam tu.
orang jatuh di timpa tangga gitu kan.
dia tergolek lalu terbogel.
tak sukaaaaaaaaaaaaa. hahahhahahahha.

tapi bagus dia.
lepas gelak la apa semua tu.
terus amik mop n sambung mop semua.
siap vacuum bagai.
yang aku?
aku gelak non stop.
takleh tengok muka dia. teringat. pastu gelak sampai sakit perut.

itulah kisah kami di petang menjelang Ramadhan pertama sebagai suami isteri.
lepas ni apa pulak la kan.
esok sahur sama. masak simple sudah.
later berbuka kat rumah mama. yeay.
baru ingat drama episode sedih sebab berdua je berbuka. ;p
Salam Ramadhan to all my lovely readers.
xoxo

padan muka kau.

plan nak amik stock ephyra hari ni.
stock amik awal minngu hari tu dah habis.
sekali office call kata barang takda. next week ada.
laku benar kau ephyra. asyik abis je.
ke dorang tak simpan stock kat office maybe.

but anyway.
since takda apa nak buat.
aku just tolak railing baju ke depan. panas elok.
online kejap.
tak makan pun. sebab aku ni takat sorang. kosser nak makan bagai.
plus takda pulak rasa lapar ke apa.

pastu dah tak tau nak buat apa.
tertidur.
tidur kat sofa je.
lengkap ngan bantal peluk apa semua ok.

sekali ada call masuk.
someone kata nak amik tabita.
hello tidur ok. harus blur je.
ada ke orang nak amik? hilang ingatan kejap.
ok kan aje. sebab stock memang ada pun.
pastu dia kata otw. melompat tukar baju sopan.
plus plan nak keluar pun later.

pastu tunggu kejap.
sambil tu tengok cermin. kening aku ni gila punya macam amazon.
ok lets bersihkan kening.
pastu dia sampai.

elok sampai dia kata dia lupa pergi atm.
so nak pinjam pc aku je transfer.
*gulp* terus teringat keadaan rumah aku.
boleh tahan macam kena bom la.
depan penuh tilam bantal segala la.
bilik komputer pun horror ada stock banyak gila.
ngan bakul baju yang tak berlipat bagai.

me : kau masuk tu. kau buat-buat tak nampak je la yea.
girl : ala takpa la kak.
me : kau ni kan. bagi orang malu je tau. tau nak masuk tadi boleh la kemas sikit.
girl : takyah segan la kak. aku je.

hahaha.
aku bukan la pengemas.
pemalas ada.
tapi usually if tau orang nak datang.
automatic akan kemas n kasi proper.
so bila macam ni kau rasa macam nak lari laju-laju langgar dinding ok.
so kalau ada emergency macam ni.
sila bagi tau aku awal-awal yea.
takda la iolls tanjat maimon.

eh tu je la.
aku nak keluar makan la.
sekarang dah ok je sorang-sorang.
pentingkan perut dpd rasa pelik kuar sorang. hahah.
tapi dah nak kul 5pm pun.
kang syok aku keluar laki balik pulak.
call dia tak jawab pulak.
nak tanya dia balik awal ke lambat.
if awal aku tunggu dia je.
if lambat aku gerak je now.
tapi idok la lapar bebenor lagi.
boleh je tahan sat.
amazing. padahal hari ni tak makan or minum apa pun lagi.
terlalu banyak lemak terkumpul. so dah takda effect.
eh ada la. tadi minum nescafe latte satu tin. :D

susah benar eh ada laki ni.
kena pikirkan dia.
if takda dulu sesuka hati je nak keluar ke apa.
oh mahnnn.
dear kominyo.
tak sabarnya nak tunggu dia balik.
dia takda ni rasa lost sungguh la.
lonely. i'm miss lonely. i have nobody.
eh miss ke. ok fine...Mrs. pfftttt.

ku lihat hijauuuu

kan hari tu aku ada bagi tau yang projek mama n aku tukar meja makan ke dapur belakang tu kan.
dapur tu quite besar n memanjang.
memula tu susunan memang jauh la.
dpd sinki nak masak.
nak amik barang ke apa. letih ok. sbb jauh je rasa.
aku yang muda ni pun letih.
ini pulak mama yang tak sihat tu kan.

so memula alih tempat masak ke area sinki.
ok senang kerja.
since besar n rasa jauh sebab rempah ratus punya meja ke. 
tempat aku simpan barang masih jauh kat belah sana.
so hari tu tukar.
so now semua within reach je. yeay.
itu pun mama suruh tukar fridge ke belakang.
aku kata tak mo.
bukan apa. antara dapur belakang n depan tu ada pintu.
aku tak kisah biar bukak je.
tapi Mr.B ni mat paranoid.
10 kali dia kunci.
kunci je takpa. tak susah nak bukak pun.
ni kunci, selak, siap sumbat sendal pintu bawah tu.
hangin je aku.
nanti aku angkat barang banyak-banyak.
tak leh bukak pintu.
tak pasal kena letak barang dulu. pastu bongkok. pastu cabut sendal. aaaaaaaaa.
baru-baru ni lagi la. letak dua penyendal tu.
sakit hati aku.
everytime aku bukak sendal tu mesti aku campak benda tu jauh2. benci gila aku.

so biar la fridge tu kat dapur depan je.
dah la Mr.B tu sepuluh kali nak air.
kang menyusahkan aku nak bukak pintu la apa.

ok sambung.
so since letak meja makan kat belakang.
aku jadi suka sangat.
sebab pemandangan dia sangat la lawa.

makan sambil bukak pintu.
nyaman je rasa.
if malam lagi best rasa dia.


cantik kan. macam hutan.
dah la pokok-pokok yang ada tu lawa-lawa. suka gila.
mama suruh letak langsir. aku taknak.
sebab tingkap dah lawa.
n takda apa pun belakang tu.
so tak perlu. kang ada langsir hilang best dia tu.


ni pulak pemandangan satu lagi.
best sebab lain-lain pokok yang ada.
so pandang sini lain.
pandang arah sana pulak lain.
yang kat grill tu gigih Mr.b bertukang pasang.
supaya kucing takleh kuar.
kemain dia sayang kaseh aku tengok.
balik kerja je carik kaseh n tah apa dia sembang manja kemain.
lebih memanja kan kucing dpd aku. 

banyak lagi nak buat untuk rumah.
ikut tak sabar tu. rasa nak ada semua sebelum raya.
tapi tau macam tak munasabah target tu.
so tenangkan hati sendiri.
n target untuk raya tahun depan.
hahaha. slow-slow kan.
iyolah. iolls kawin baru nak masuk 3 bulan.
pindah pulak baru 2 bulan.
agak terlampau nak expect semua ada kan.
takpa. sabarrrr *urut dada*



Expose Mistik : Suka

Salam sis peej..

saya ni dah lama jadi silent reader kak, sekarang ja baru follow sebab dah ada blog :).
Dulu asal masuk ja blog sis dan nmpak tajuk expose mistik terus skip tak nak baca, mcm eee suka sangat la cerita hantu2 ni..terus toleh kanan buat muka angkuh *libas tudung*..
padahallll...penakut tahap dewa.
Saya kalau tengok atau baca cerita hantu ni confirm teringat2 siap imagine lagi muka hantu tu mcmana..gila.
Tapi sebab minggu lepas internet ni problem dan blog peej ja yang boleh dibuka, terus ja yakin buat maraton baca cerita expose mistik sis..
Eh berani plak kan?? sebab baca kat ofis.
Pastu balik umah takut2 smpai kan hasben bukak pintu balik kerja pun menjerit..siott..
sungguh hidup dalam ketakutan minggu lepas..
Sekarang dah tak terbawa2 ketakutan tu yang berani nak cerita pengalaman ni, harus la kat ofis kan..
Kalau tak seram maaf la, sebab saya yang melalui ofcos seram + penakut lah katakan.

Saya ni dari lah kecik asyik kena kacau, dulu kalau bangun pagi2 mesti penuh lebam2 kat betis kering tu..
penuh stat dari bawah lutut smpai pangkal kaki tu..
yang best tu dia buat tersusun ja..kiri kanan okeh.
Setiap pagi ada,bila tanya mak,dia cakap hantu gigit.
Tapi tak percaya,cakap mak nak ngusik ja,tp bila pikir logik lebam tu jadi kalau kita terlanggar apa2 kan..ni tak..terus gerun.
Lebam tu bentuk bulat lepas tu ada kesan lubang kecik2 mcam gigi tu..siapa yang pernah kena mesti tau kan..
smpai start sekolah menegah baru stop lebam tu.
Masa saya kecik tu jugak saya pernah nmpak cik P terbang dekat pokok buluh dpan umah..
bila bgtau mak dia tak nmpak sedang kan dia elok ja tersengih kat saya..siott..

Ok bila sekolah menengah pulak benda lain pulak terjadi..asyik lah kena tindih..tapi tak la kerap..sebulan sekali macam tu,mcam wajib kena plak kan.
Tapi time tu kan sekolah agama,duduk plak asrama..mungkin sebab tu dia macam takut2 nak deka,tgk budak ni pulak muka penuh keimanan yang teguh*libas tudung*.
Lepas habis PMR mak tukar sekolah biasa sebab memang tu pun plan dia..bg anak dia ni ada ilmu agama sikit..huhu.
Tukar sekolah dekat rumah so ulang alik rumah la kan..
Rupanya bila duduk rumah tu makin galak rupanya dia..tiap malam kena tindih smpai kan tidur bukak lampu..bukan lampu tidur yang kecik tu tapi lampu kalimantang tu..tapiii tetap kena tindih..kerlass sangat hantu cap apa pun tak tau nih..
Lepas SPM masuk UiTM Merbok,,masa ni dah kurang lah gangguan dia tu..kadang2 ja kena.
Saya ada satu perangai kalau tak boleh tidur @ tak senang sebelum tidur tu memang akan kena tindih..dah tau dah simptom2 dia tu..

Habes diploma tak smbung degree sebab nak cari kerja dulu..masa ni memang bnyak masa kat rumah la..
Bila dapat kerja pun dekat2 rumah ja..paling jauh UUM Sintok,tu pun ulang alik rumah..
anyway rumah saya kat Alor Star ya..dekat dengan muzium padi tu,,kalau senang datang lah..eh??ok lari tajuk.
Masa duduk rumah tu kena tindih macam biasa tapi dia start mengganas bila saya dah bertunang..
sangat la sress smpai kan satu tahap saya naik hangin kat bendalah tu,
bayangkan asal tido ja kena,,asal pejam ja kena,tak kira siang malam..memang kuajaqq sangat.
Saya ingat satu malam tu bila dah tengah struggle dengan bendalah tu memang saya dah tak baca ayat kursi dah,,terus maki ja dalam hati kan sebab masa kena tu kan anggota badan kita macam kaku dan mulut macam terkunci gitu kan,,elok dia lepas tu saya terus menjerit maki2..
time tu kalau benda tu muncul depan mata pun confirm aku libas je,,kau huduh ka hapa ka memang rasa mcam nak tonyoh smpai mampus ja benda tu sebab kacau la aku nak tidur..tak aman..
tolongla bg aku rest..haa macam tu sekali punya dia menggila kacau.
Lepas tu dah tak senang duduk,melampau sangat kan,
kebetulan masa tu jugak la arwah abah sakit.
Slip disc,badan tak boleh bergerak sebelah..merata la kita ni berubat,,hospital pun ada,tradisional pun ada.

Ada satu hari tu mak ada panggil pak cik ni,dia berubat dengan cara baca surah al-quran depan patient..
so kebetulan dah nak datang rumah saya pun suruh la dia tengokkan bendalah apa la yang asyik kacau tu..
sekali pakcik tu datang lambat,,tengah malam baru sampai sebab ramai patient,
saya dah tidur pun.
Mak tolong tanya kan.
Esok bangun mak bagitau pakcik tu cakap susah ni,,benda tu dah lama..hahh gila cuak..
lpas tu pak cik tu suruh amal ayat pendinding.
Bukan ayat mandrem yang pelik2 tu..ayat al-quran jugak..
Alhamdulillah,,lepas amal tu dah kurang la gangguan tu..kurang banyak la kira sebab jarang sangat dah lepas tu..abah pun makin sihat.

Lepas tu kahwin transfer ikut hasben kerja kat Langkawi...
ha nant saya sambung pulak ya plak kat Langkawi ni lah segalanya terjawab dan apa kaitan abah sakit dengan gangguan saya ni..k bye..

-h.liyana-
.............................................................

wsalam,

kelakar pulak baca cerita dia ni.
memula nak cerita hantu kat office.
tetiba cerita hantu lain.
pastu sampai ke sudah takda pasal office.
nampak sangat time type ni takleh fokus sbb ketakutan ke apa.

ehehheh.
ok ni last yea cerita expose mistik.
lepas ni bulan puasa kita stop.
nanti dah raya. kita start balik.
bagi chance la stop kan bulan puasa.
katanya kena rantai. ;p

tapi korang still boleh hantar cerita if nak.
akan di share nanti.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject : Expose Mistik : ...(tajuk)...

selamat malam jumaat semua :D



peowwwwww

tengok blog iz pasal kucing-kucing.
baru terasa nak update pasal kucing.
lama gila aku tak update pasal kucing kat blog kan.
sebab selalu aku snap pakai bb je.
n mobile upload or tweet je.
tu yang malas nak buat kat blog.
tp ni rajin. lets buat.

before start.
siapa pencinta kucing.
sila lah baca blog iz yahya.
pasal kucing je.
banyak kucing dia n cantik sangat semua.
kagum tengok dia pandai gila jaga kucing.

since pindah memang rasa nak kucing.
tapi belum ready nak amik awal.
sebab aku belum lagi beli jaring yang untuk pasang kat grill tu kan.
hoi kalau dah bergulung-gulung tu pun dah berapa kan.

aku plan nak amik ceceh (kaseh)
time tu ceceh memang buat perangai kat rumah parents aku.
tak tau sebab apa.
dia suka berak kat sofa.
berak takpa lagi kau boleh angkat. ni kalau kencing tu kan.
yang pasti everytime bawak dia pergi tempat litter. dia akan menggelupur gila.
sakit hati weyh. dia akan berak kat tempat letak tangan sofa la.
kat sofa la.
pernah elok papa tido kat sofa. dia berak hujung kaki tu. keji kan.

noy pulak kata nak bagi kawan dia.
kawan dia ada nak.
aku time tu takda perasaan.
sampai la aku tengok pics kat bb aku.
tengok banyakkk gila pics ceceh dpd dia baby.
rasa sedih pulak. so aku kata. biar aku yang jaga dia.

ceceh ni satu. muka dia innocent gila weyh.
muka jenis sedih tu.
tapi jangan la kau terpedaya. syaiton gila perangai.
dah la semua kucing lain dia menyampah.
ngan lulu je kadang-kadang ok.
tu pun ikut mood dia.

lulu pulak memang manja.
kaseh ni tak. kau panggil la sepuluh kali. pandang kau pun belum tentu dia nak.
tapi kau panggil lulu, terus datang bergolek.
ceceh tengah tidur tu. terus dia stretch badan dia.
dia akan datang sempit n konon dia yang nak manja.
lulu rimas lulu gerak la.
elok lulu takda. ceceh pun gerak.
dengki gila kan perangai dia.

so nway, yang aku dah pindah sebulan still tak amik ceceh.
papa n mama dah bising.
so ok la. amik je.
even until now tak pasang lagi jaring.
sebab apa aku berani amik?
sebab aku tau ceceh ni penakut.
dia bukan suka nak keluar rumah sesuka hati.
macam kat rumah mama.
if kita orang letak dia luar.
dia akan duduk kat tepi sudut tak bergerak.
pasti meow merayu suruh bg dia masuk. heheh.

masa bawak balik tu.
day one tu.
rimas gila kau.
dia ikut je kau pergi mana.
pastu dia meow bising gila.
aku ngan Mr.B memang rimas la.

aku main computer pun tak tenang ok.
dia nak tidur. tapi dia nak berteman.
kalau dia dapat tidur tepi kau.
kaki dia kasi jejak kat kau. baru dia aman.

:: kena kaki pun puas hati. pastu tidur sampai ternganga. sabar je la pompuan ni ::

:: n again ::

:: aku n Mr.B nak bersantai pun tak boleh. sebab dia sibuk tidur tengah-tengah tu. kita orang yang tersepit. dia kemain tidur berpusing ::


tengok la.
ni bukan tidur kucing.
ni tidur ayam namanya.
kadang-kadang dia macam dah lena gila ni.
slow-slow aku gerak.
tengok dia tak terjaga.
aku gi toilet.
pastu aku keluar. nampak dia depan toilet.
vhatttt??????? watidis.


sekarang dia terlebih manja.
dulu takda pun.
so aku rasa sebab sebenarnya dia suka dia je kucing yang ada.
takda lain.
terus dia happy n gedik gila.
before this asyik sentap.
sentap ngan kucing2 lain.
abis dah kau tak manja. sapa suruh kan.
yang manja la disayangi lebih kan.

now dia lagi sayang Mr.B dpd aku.
sebab Mr.B rajin layan dia. bagi makan semua.
mana Mr.B pergi or duduk. dia akan lepak situ.
amboi. derhaka tau.
n aku rasa dia tak suka aku.
sebab aku selalu letak ubat kat dia.
sakit kot. so tak suka la aku. apa-apa la ceceh.


:: tido now dah tak tepi aku. semua tepi Mr.B je ::


tapi bagus gak.
sebab aku ni sebenarnya suka je kucing.
tapi aku rasa aku tak leh nak mesra or rapat sangat.
nanti gatal muka, leher n mata semua.
merah je nanti.
tapi tak teruk la. if basuh ngan air nanti ok la. :)

n seperti di jangka.
even rumah aku takda net tu.
pintu bukak pun.
ceceh tak keluar.
if aku keluar jemur baju dia ikut.
pastu aku masuk je, menjerit dia ikut belakang aku laju-laju.
takut kena tinggal la tu.

ada la sekali tu carik dia takda.
jerit la aku panggil dia.
laju je dia masuk dpd luar.
aku jenguk la.
rupanya dia ada jumpa kawan kat gate tu.
amboih. makcik tingkap sangat perangai kan.

oh n lagi satu.
kat rumah aku ok pulak kaseh berak n kencing kat litter box dia.
aku rasa yang kat rumah mama tu dia takut.
sebab samada tengah sedap dia melabur, tetiba ada barang jatuh atas dia.
or tak pun mesin basuh tengah spin ke apa.
bunyi menakutkan ke apa. tu yang dia trauma. ;p

ok abis pasal kaseh.
ni pasal lulu pulak.
sian tengok dia ni.
aku rasa dia lost sangat.
selalu kan dia tidur ngan aku n noy.
now aku takda.
noy pun takda.
tu yang hilang tempat bermanja.
papa cakap kadang-kadang dengar dia ngiau or cakar pintu bilik noy.
sian. padahal takda siapa.
so everytime balik rumah.
terpaksa la layan dia.
dia jaga je terus dia datang.


:: sesuka hati jadikan betis tombam aku ni jadi bantal dia ::

over kan.
aku tengah baring.
tetiba dia tidur terkangkang depan aku.
n no. aku takda dok urut perut dia sampai terkangkang ke apa.
dia sendiri dtg pastu macam ni.
dengan harapan la tu.
tau-tau nanti tertido. haha dasar kau ni lulu.


dia ingat dia manusia kot nak tidur kaki straight macam tu.
eeee geram.

sekian cerita pasal kekucing.
kalau rajin cerita lagi.
n amik pics dorang lagi.
kalau tak. tatap la kat twitter or fb aku je yea.