#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM180 -Trial Box (10sachet) RM60 *Promo

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

Sexy Saturday #37 - heart attack


mael lambung yang tak berapa nak lambung

lately taman perumahan aku ni asyik la electric trip.
tah apa kena. dah berapa kali.
semalam kena jugak.
nasib semalam Mr.B cuti.
kalau aku sorang memang aku cabut pergi rumah mama.

so semalam masa takda electric tu.
Mr.B ajak tengok wayang.
ikutkan aku malas.
sebab baru lepas mandi elok baring.
rasa nyaman n nak tertidur je.
tapi dah panas n gelap macam tu.
apa yang nyamannya pun kan.
so siap terus keluar.

sampai je terus ke tgv.
tengok ticket.
tengok mael lambung.
Mr.B tu kemelayuan tu kuat di diri.
kang aku tengok cerita lain ada yang dia tidur dalam wayang tu.
kalau tidur elok senyap takpa.
ni jenis satu cinema nanti dengar dia berdengkur.
nasib ada kosong lagi.
tak lama pun. tunggu 45 minutes macam tu je.

sementara u pergi kedai makan.
takleh nak pergi jauh pun sebab tak cukup masa.
so ke kedai tepi cinema tu je. box office cafe ke apa nama dia.
aku malas nak makan elok2.
sebab kat rumah aku ada goreng mihun petang tu. 
boleh je balik nanti makan.
so order dessert je.




comot tak?
hahah abis tu dah takda electric. nak melawa macam mana.
sarung baju n seluar je dah.
cea matiklah alasan. padahal if ada electric pun tak rajin nak make up. mih mih mih.

gelap jugak muka aku.
tak cerah lagi.
tapi i like the glow (ye sila tikam aku sbb puji diri).
maksud aku masa memula balik pantai tu kan kemain kelam.
ni gelap tapi glow n rasa bronzy. hahahahaha. bronzy sangat! *tangan didada mata ke atas*

aku skrg tgk experimenting ni.
untuk pengetahuan. sejak kawin. which is dah 2 bulan.
aku dah kurangggggggg sangat pakai tabita.
cleanser maybe selang sehari.
yang toner n cream pulak ada la seminggu sekali je kot.
satu sbb lupa. hahaha.
dah alang2 lupa. apa kata kita try sekali.
sebab ada yang kata stop tabita muka jadi teruk la apa la.
so aku sekarang sangat kurang pakai. more to none jugak la kan.
Alhamdulillah elok takda apa.
cuma maybe lambat nak cerah balik la muka aku.
tapi lain-lain aku rasa ok je.

tapi. tak pakai tabita.
aku tetap minum ephyra.
sbb if aku guna dua dua. mana aku nak tau sebenarnya mana yang bg effect apa ke kan.
esp tang kulit tu la.
tak abis2 aku tekan kan energy. nak jugak rasa yang lain.
so oleh itu. aku rasa. kulit ku yang glowing ni hasil ephyra.
eh masalahnya glowing ke? ke aku perasan je ni.
jap *amik bb snap pic sendiri* aku rasa ye. hahaha.
n dah 3 orang kata kulit iols cantimnyi. :p

tetiba aku tengok balik pic atas ni.
rupa sakai pun ada dah aku ni.
ngan kening tak cabut bagai.
ok esok buat.
weekend nak balik KG, cousin iolls tunang.

ok lets sambung cerita.


:: Mr.B yang mana tempat pun kau bawak dia. asal ada nasi lemak rendang ayam je dalam menu. memang tu je la dia order. tak order lain ::

me: sedap ke?
him : sedap. u nak rasa?
me : taknak.
him : sedap dpd yang selalu kita pergi tu. yang kat sri rampai tu. apa nama dia?
me : apa papparich?
him : a ah.
me : mana lagi sedap. yang ni ke yang kedai kat rumah kita.
him : yang ni la i tak suka kedai tu. i rasa biasa je.
me : sedappp la yang tu.
him : tak la. ni lagi sedap.
me : mana sedap. yang ni ke? nasik lemak i buat?
him : of cozzz yang ponje tu buatttt. mana boleh challenge.
me : >:D

oh. lately Mr.B tak abis2 cakap kata dia nak bukak gerai jual nasi lemak.
aku dah macam. siapa yang nak masak? kosser aku.
dia kata mak dia.
mak dia buat sedap katanya. dulu meniaga laku sangat.
pastu nak buat kat rumah kita ni la.
aku tak kasi la. kat rumah aku ni dah 2 tempat jual.
apa jadah nak jual yang sama kan.
dia kata tak kira la. siapa punya sedap. kedai tu la orang datang. T___T
pastu siap cakap, "lepas ni glamour la Kandar Corner" *siap angkat2 kening, buat muka mintak sepak*
haha bengongggggg. dah la time dia cakap tu.
aku terbayang ejaan Corner tu Korner. btw, kandar tu nama panggilan dia ngan fam dia.
so aku terbayang KK macam kardashian tu.
kan dorang semua KK. K depan tu terbalik. hahhaa.
kandar korner. tak sukaaaaaaaaa.
laki sapa la ni. lawakkkkk je.



oh ni aku punya
lamaaaaaaaaaaaa gila tunggu ok.
ada dekat 20 minit.
Mr.B dah abis makan baru sampai.
pastu tak sesedap mana.
aku makan tak sampai half. baziaq
aku rindu waffles hartamas square plisssssssssss.

oh btw, aku rasa cerita mael lambung tu biasa je.
lawak pun tak seberapa.
sikit je kot.
banyak lawak bodoh dpd lawak menjadi.
n parut muka mael lambung tu annoying betul.
dah la rupa tak sama.
kejap lebar, kejap kurus, kejap kedut parut tu. kedap ada line hitam kat parut. aaaaaaaaaa.
entah la. aku rasa biasa je.
bukan cerita yang kau rasa nak tengok 2-3 kali ke apa la.
kenapa la aku keep on terlupa yang cerita melayu ni mostly tak berbaloi tengok kat wayang.
tengok kat MMF je lain kali khennnn.

ok tu je.
aku nak sambung main game yang ketagihan itu.
aku tak attend lagi emails tabita.
soon aku check yea.
terlalu banyak email masuk.
lemah semangat bila bukak.
wah drama sangat.

ok tu je.
selamat hari minggu uol.

Expose Mistik : Cerita di Office

As slm Sis Peej, kita pun among your silent reader sbb suka baca cerita mistik walaupun penakut…
By the way, nak share jugalah some stories mories… tak tahula mistik ke tak… try baca dulu ye Sis Peej.


Kat Office

i)             Office kitorang ni kat level 11, tepi semua tingkat kaca see tru and tepi adalah kondo.  
Tp bila matahari dah takde, kira gelaplah cermin ni.  
Nak jadi cerita satu hari ni, husband lmbt sikit so kita mcm biasala continue buat kerja.. 
lepas tu, stop kejap nak sembahyang maghrib, dlm pukul 7 lebih mcm tu… 
kat depan tmpt kita ni, bilik bos, bilik dia dinding kaca tp kalau mlm still nampak jugalah apa kat dlm tu kiranya… 

So td dh Lepas sembhyg, siap lipat telekung, lipat sejadah semua… 
masa dah nak duduk balik tmpt kita, terperasan ada bayangan hitam kat depan tmpt kita ni… 
kira berhadapan dinding kaca bilik bos… 
mcm tak jauh, rasa dlm 7 tapak…  
Sbb nak kata pantulan dr cermin dinding mcm tak mungkin sbb bayangan tu mcm kat depan bukan kat tepi.. 
Wallahu alam, tp serius punyala takut… 
nak bergerak tkt… jd duduk senyap2 baca zikir dlm hati sambil tutup mata.  Alhamdulillah takde lg Nampak bayangan tu tp bulu roma memang meremang dan rasa mcm diperhatikan… 
tak tahulah maybe dah takut sgt mcm2 rasa pun datanglah kan…


ii)            … Lgpun kat office kitorang ni mcm keras sikit… 
biasa juga dengar kalau sesiapa dtg office time weekend akan dengar bunyi budak kecik lari2 nak g toilet…  
Bukan sorang tp ramai.  
Ada satu kes ni, member ni dia datang berdua, sorang dtg dgn anak dia (perempuan dlm Darjah 1), 
kebetulan masa nak masuk kat department kitorang ni, dia dgr bunyi budak kecik kat toilet, 
dia ingatkan anak member dia… tak tanya apa lah.. 
sekali esok time kerja dia pun saje tanya,  
member dia cakap, mana ada anak dia bergerak gi mana2… 
anak dia penakut… hahaha… tak tahulah anak siapa tu ye… 
Actually kat level lain pun kitorang pernah dengar cerita ni, 
dgr budak2 berlari2 dan gelak2 dlm office time weekend ataupun time stay back…


iii)           Ada sekali tu, sorang kawan ni dtg office time weekend juga, dlm 5,30 ptg baru dia balik la, rajin sungguh. 
Cuaca mcm mendung, hujan gerimis kot… 
masa dia nak tutup pintu tu, dia perasan mcm ada org, kat pintu tu, 
kira lobby memang kitorang ada letak bnyk sofa utk menunggu… 
dia Nampak kat sudut tepi ada satu lembaga warna mcm gelap tak jelas sgt tgh duduk kat situ dan tundukkan kepala… scarry… 
smpai skrg kalau balik tak lalu situ… 
Peristiwa ni jadi dlm tahun lepas…


iv)           Ni pun jd masa weekend, berlaku dlm office kitorang, siang2 dlm tengahari nak ke petang lah, waktu tak sure, tp nak cakap, cuacanya terang…  
Radio pasang, tiba2 mcm senyap, then bunyi balik… 
sampai kawan ni pergi betulkan tp jadi juga… 
okla takpe lagi sbb radio tu mmg dah bengong sikit… 
then, dia duduk kat tempat dia, biasala ada mug nk minum air, ada air ok, bergerak sendiri… 
mula2 dia tak perasan sbb yela buat kerja tak perasan, tp bila dia nak ambil mug tu nk minum eh, apasal mug ni makin jauh… 
last2 dia perhati betul2 mmg mug tu bergerak sikit2 mcm kena tarik dgn magnet… 
And pada hari kejadian, hanya dia sorang aje yg dtg office…  
takutnya kita… aii… tp yela tkt sgt pn tak boleh.. tawakal ajela… 
dah kena kerja ni… nk buat mcm mana kan… wallahu alam

Okla Sis Peej.. that’s all for now.. Insya’ Allah ada lg nk share.  
If nk publish tak kisah, and kalau nak kena edit pun tak kisah ye.
Actually tgh menaip ni pun rasa mcm meremang dah…
TQ
-MSW-

...........................................................

siapa yang nak share cerita expose mistik.
boleh email ke

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : Expose Mistik : ......(tajuk)....

thank u.
selamat malam jumaat. :D

MurahSaje.

Ok entry ni khas untuk kaki shopping.
Siapa yang rasa nak berjimat cermat n insaf. Entry ni bukan untuk anda. hahahha.

Kali ni nak kenalkan satu lagi online shop.
So siapa yang suka berfesyen mesti suka ni.
Sebab barang-barang adalah up to date n trendy.
Dan yang paling penting sebab semua ni MurahSaje.
Tak percaya?
Check this out.






Sangat murah kan.
N cantik pulak tu.
Dan yang bestnya setiap minggu ada update stock baru.
Selain daripada baju.
Banyak lagi barang lain macam shawl, keychains, accessories and etc.













Serious ada banyak lagi, cantik n yang penting murah sangattttt MurahSaje.
n harga adalah nett ye.
YESSSS!! ini bukan cobaan. ini betul-betul.
Sebab perhantaran adalah PERCUMA seluruh Malaysia. :D

so kalau berminat boleh la check out MurahSaje di:
so boleh check semua tu.
if ada yang berminat.
isi form n email ke murahsaje@yahoo.com

If korang tinggal kat Ipoh, Perak.
And tak berapa gemar nak online shopping, refer beli secara direct from kedai.
Boleh la ke kedai MurahSaje di GB03, Bazar Lot, Mydin Meru Mall, Ipoh, Perak.


Best kan.
Baju trendy, every week update stock baru n yang paling penting MurahSaje.
So apa tunggu lagi. Pergi la check out the rest of the collection.

Ok. Happy shopping all.
Aku tau mostly dah masuk gaji kan. :D

apa pun tak boleh

bila dah start main game ni blog pun lupa. hahahhaa
ok tak kelakar. tau.
ok takda la sebab game je.
tapi dua hari ni busy sikit.
sebab semalam postage day.
so minggu ni uruskan emails customer n all.
pack barang la apa semua.
letih ok. semua buat sorang.
before ni ada la noy tolong.
walaupun takda la apa sangat dia tolong.
tapi bila aku dah bising2 tu dia tolong jugak la tulis nama kat sampul ke.
tolong sellotape ke. apa je la.
ni semua buat sendiri.
dah la bukan sikit2. phewwww.

oh again aku bagi tau.
siapa nak order tabita ke apa.
sila email ke email tabita yea.
bukan kat personal email aku.

btw. ni tak tidur lagi ni.
sebab lepas settle kerja.
tersangkut main game. ;p
kronik.

lagi satu aku macam tak tau nak cerita apa dah la kat blog.
sebab semua benda tak rasa nak cerita.
bukan la yang taknak cerita tu kontroversi ke apa.
tapi cerita biasa pun tak kuasa.
tambah lagi sekarang aku memang dah tak pegang camera.
lagi la tak tau nak share apa.
i mean serious dah 6 tahun aku blogging weyh.
apa aje nak cerita pun.
makan pun pusing2 tempat sama.
aktiviti pun sama.
lain la tetiba duit jatuh dpd langit. kaya raya terus.
terus aku buat entry ke sana ke mari.
ewahhhh. mmg takkan la. ;p

serious tak tau nak cerita apa.
everyday pun benda sama.
lepak pun dah jarang.
asyik berdua je pun. tu pun gi makan.
takda lagi keluar jalan-jalan ke apa.
sobs.
weekend ni busy la.
sebab ada banyak majlis to attend.
n akan balik melaka.
cousin tunang.

oh twitter pun aku dah tak hadap.
sekali sekala je.
sampai orang tanya kenapa aku tak tweet dah.
entah. tak tau nak tweet apa kot.

tah la aku rasa kawin ni penat kan.
macam segala benda nak kena buat kot.
macam tak berkesudahan je.
tu pun kira ok Mr.B quite rajin.
yang dia adalah menyapu, mop, gardening.
benda-benda mengemas la.
so aku save situ. tapi lelaki tetap lelaki.
air pun nak isteri amikkan.
dah la sejam 3 kali kot nak air.
aku nak bancuh dalam jug besar taknak.
yang tak tahan tu.
dia ke hulur ke hilir ke dapur ke apa.
tetap carik aku, "ja nak air ja"
sabarrrr je la.
nanti kejap, "ja kenapa x dgr sound pc ni?"
kena la aku dpd tgh baring tengok tv, pergi tengok. rupanya dia tak on suis.. grrrrrr.
"ja, stokin i mana?"
" ja charge kan hp i"
padahal sebelah dia charger tu. *hantuk kepala sendiri kat dinding*

wah matiklah banyak bunyi.
padahal dia kalau buat kerja takda bising.
kalau aku tertidur. tetiba terjaga. terus dia amik air bagi.
awww sweetttt.

aku ada kerja kena buat ni.
takpa esok buat. kejap je tu. ok la dah subuh.
later nak tidur.
ta-ta.

main sorang-sorang.

macam pelik pulak tajuk kan.
ah lantak la.

nway siapa baca blog ni dah lama.
tau la aku ni hantu game.
sekali dah main memang lupa segala.
ok sekarang dah kurang la.
sebab game sekarang dah ada kat fb.
so boleh relax sikit la.
dulu if main game pc. berjam la bukak game je.
tak check lain dah.

fb punya game boleh relax sebab dia pakai energy.
energy abis. takleh la kau main. tunggu la dia refill baru boleh main again.
so bila sim social masuk fb harus la teruja je main.
memang teringat game je la.
tapi since tahun nhi dah stop main.
sebab busy with wedding tu kan.
hari tu ada try main again.
tapi takleh pergi dah rasa.
sebab makin complicated je rasa. so malas sudah.

tiba-tiba nampak ada ad simcity social akan datang.
wahhhhhhhhhhhh suka.
sebab mmg dpd dulu if main game kat pc.
aku memang prefer simcity dpd the sims.
sebab the sims ni cepat bosan.
sim city best sbb kau jadi mayor.
pastu buat city sendiri.
lama2 nanti kau nampak banggungan semua jadi lebih gempak.
pastu tanah kat area ni mahal la apa.
tapi tension bila dah maju city.
masalah traffic terlampau.
tak dapat nak tolong. tak reti aku.

then start semalam.
tengok kat fb page simcity tu.
dah ada beta version. pastu boleh main.
lagi la suka.
cepat2 kasi main. hehehe.



of coz graffic tak best macam simcity4 ke apa la kan.
tapi aku suka je main.
tapi game ni leceh la dpd yang main kat pc.
sini pakai energy.
then tanah kena beli la apa.
lebih kurang macam simsocial la aku tengok cara dia.
tapi simsocial takda masalah sebab dah ramaiiiiiiiii main.
simcity ni takda lagi.
aku rasa macam main sorang-sorang.
tak kisah la. tapi prob sebab some benda kau nak siapkan.
kau kena mintak alatan dpd orang.
tak pun banggunan siap dia kena hire pekerja la apa.
so bila kau takda kawan. macam mana kau nak hire pekerja bagai kan.
so banyak banggunan aku terbengkalai construction dia sebab tu.





ni city aku masih kecil n tak tersusun.
kasi penuh je semua ruang.
takpa la. buat masa ni maybe main n kumpul duit je.
soon ramai orang main game ni ok la kan.
by that time duit bukan lagi masalah.
ewah ayat. tak nak kalah kan.

tapi now dah ada dua orang join.
hope soon ramai lagi.
n later ada yang obses game ni buat fanpage ke apa.
so semakin ramai geng untuk tolong menolong.
macam game sim social hari tu.




ni city contoh yang dorang bagi.
best kan. dah lawa n maju.
nanti kau. soon nak lawan. hahah. ;p

wah aku kalau cerita pasal game semangat.
atleast takda la sangap sangat.
ade je benda boleh buat.
tapi rasanya takda la masa free sangat.
sebab semua benda nak kena buat.
ecen tinggal berdua je.
sekarang rumah aku habuk tak ingat.
everyday habuk.
baru mop 2 hari sudah tapi berjalan kaki dah hitam.
sebab lorong rumah aku ni ada 2-3 rumah renovate.
satu betul2 depan rumah. tu yang melampau abuk.
mementang nak raya. semua berebut nak renovate.

but anyway. tu je.
siapa yang suka simcity before this.
jom la main game ni sama2.
kasi add aku sekali yea.
yiiihaaaaaaaaa.
*eh tetiba*

tv, internet dan ephyra.

tah apa la problem.
last saturday astro aku menggila.
tiba-tiba takleh bukak sebab katanya service not available/
due to weather ke apa la.
masalahnya time tu panas terik ok.
mcam-macam la aku try buat tak boleh jugak.

so call la astro.
buat aduan bla bla.
so dia kata in 48 hours technician akan dtg. ok noted.
tetiba petang n malam ok.
tapi esok tu around 12 until 4pm macam tu takleh tengok balik.
aku rasa astro aku gila. orang hujan takleh tgk.
dia panas terik sangat pun tak boleh.
puteri lilin sangat kan.

sama la keesokkannya pun.
so petang tu orang astro datang.
time dia datang harus la ok.
dia check itu ini.
dia update sekali decoder aku.
aku punya tu version 2.1.
rupanya skrg dah v7.0.
aku pun tak tau. tah apa beza pun tak sure.
tapi yang perasan, font dia lain la dpd version sebelum ni.

but anyway masa budak astro tu datang aku rasa lawak.
sebab sambil tunggu update tu.
dia bebel, "bolo punya olang"
sambil belek tangan2 dia.
ada kesan calar n getah sana sini.
dia kata rumah sebelum ni dia kena panjat pokok.
sebab rumah tu dish dia atas pokok ok.
ye atas pokok1 orang letak atas bumbung dia letak kat pokok. T____T
bangang jugak la contractor yang pasang tu kan. motip kat pokok.
so budak cina tu kata bila pokok besar harus la tak dapat signal.
so tadi kena panjat pokok bukak n pindah ke tempat lain.
funny kan. i mean apa yang membuatkan dia nak letak atas pokok.

tu takpa.
then since pagi tadi.
around 3ish am macam tu.
sampai la ke pukul1ish tadi line internet menggila.
banyak tak boleh online dpd boleh la.
jenuh tau check cable ke apa.
ke internet aku tak suka Mr.B. tah tak sure.
sebab bila dia ada internet gila.
dia takda terus ok. hahhaa.

so ni dah boleh online again.
call TM tadi.
dia kata mmg nampak mcm line problem.
so dorang tengah nak monitor samada  line yang problem or segala barang2 ni yang problem.

hoih macam2 hal la.
dah la kerja aku ni memang kena guna internet.
bila takda memang payah la kan.

oh lagi satu.
pasal ephyra.
ni aku share testimonial dpd che sue. CLICK HERE.
aku ni nama je meniaga.
tapi segan nak mintak orang testimonial.
macam beria sangat pulak rasa.
orang nak share bagus. taknak takkan nak paksa kan. ;p
tapi siapa minum Insyallah boleh rasa perubahan tu.
macam banyak nak cerita pasal Ephyra ni. tapi takpa.
tu kita buat entry lain.
ni nak masak la. dah kul 4pm aku tak makan apa lagi.
sibuk membalas email n all.

ok la tu je.
ta-ta

mobile upload

kadang-kadang apa yang share kat twitter or facebook.
tak share dekat blog kan.
if rajin mari download pics tu n share kat blog pulak.
mood rajin so here it is.

last week ada ke jj wangsa maju.
beli barang rumah lagi
ye skrg ni dah takda beli brg utk diri sendiri.
kalau keluar harus beli barang untuk rumah or barang dapur je. 
hahaha bosan gila kan.
takda nak tunjuk barang yang di beli.
tapi tunjuk ini.



ye cedera parah kat kaki masa shopping tu.
dah lama tak shopping. keluar kejap dah cedera.
kelam kabut kejar noy tolak trolley.
aku terlanggar sama ada bekas2 plastik besar2 tu. or perabot. not sure.
biasa la langgar rasa sakit n perit. kan selalu akan macam melecet tu kan.
tapi ni semacam je pedih.
bila tengok darah meleleh n banyak ok. wth.
nasib aku mmg letak spare plaster kat handbag.
letak. kau tengok kuyup macam mana.
by esok tu penuh.
tukar pun sama.
now dah kering la.
aku tengok setiap liang roma tu luka n kuar darah. gila.
maknanya jj bukan saja makan duit orang. dia juga makan darah.

:: lama gila rasa tak vain. so feeling sikit la. kulit hari tu dayang senandung sangat. malas nak snap pic sendiri. horror. so ni dah ok sikit boleh la mulakan aktiviti vain. walaupunnnn. hahha ::



noy candid.
pergi makan sama before dia pergi kursus sebulan lebih kat kuwait.
lama gila tak keluar ngan dia. so sad la.
sebab kena atur timing. aku kalau keluar ngan dia mana ada kejap kan.
so susah dah skrg. sobs.
semalam tgk bbm. noy tukar pic aku ngan dia.
rindue kitew lettew. hahaha.

ni pulak smlm amik.
blk rumah papa n mama.
noy dah takda.
so lulu pun ketandusan kasih sayang.
selalu yang rajin layan dia aku n noy.
sekarang dua2 takda.
so aku balik semalam asyik nak berkepit je.
ikut je mana pergi.
pastu tak layan dia sondol2 paksa belai dia.







:: bila layan macam ni la jadinya ::



tadi masak sambal tumis udang petai.
gi rumah mama ada petai.
harus amik satu papan.
cukup la tu. makan berdua je pun.
sedappppppppppp gila.
makan ngan nasi panas. letak kicap, sambal tumis udang petai, telur dadar, timun. fuhhhh.
nasik dah habis ni Mr.B makan before pergi kerja tadi.
harus aku masak ni nak makan kejap lagi.
ye kul 11ish makan nasi.
lantak. ada aku kesah?

ok tu je. 
nanti ada akan ku share lagi. :)

eye candy.

wet kitchen aku kat belakang sangat la panjang.
so dpd sinki nak ke dapur memasak rasa jauh je nak berjalan.
kan mama kadang2 tidur rumah aku.
dia kadang2 masak sekali.
so dia kata penat dia nak berjalan-jalan.
so dia mintak ubah dapur memasak kasi dekat ngan sinki.
ok so aku n Mr.B alih la.


then mama suruh aku gantung benda belakang dapur tu.
sebab belakang tu dinding.
kang masak percik takleh lap pulak.
so gantung tikar getah (kahkahkah) senang nak lap.

so pergi belakang.
bukak pintu belakang.
aku suka bukak sebab berangin je rasa.
pastu suka tengok pokok2 hijau banyak.
aku sukaaaaaa gila pokok2 ni.
unlike Mr.B yang pantang aku tinggal kejap je dapur. dia tutup semua pintu. lock sendal segala.
takut sangat orang culik bini dia. aaaaaaaaaaarrghhhh.
jadi kerja sepuluh kali nak kena bukak ok. sabar je la.

so nway, masa aku tengah nak gantung benda belakang dapur tu.
tetiba aku dengar bunyi lelaki-lelaki macam jerit. aaaaaaaaaa *suara garau*
bila pandang ke pintu. nampak ramaiiiiiiiii gila lelaki tengah berlari-lari macam ke arah rumah aku.
aku yang blur time tu tetiba nak lari jugak ke arah depan. bangang gilaaa.
serious time tu aku macam hoi orang nak bergaduh ke apa ni?

rupanya orang nak lintas jalan.
kereta kat situ mmg laju2.
so sebab tu kot sampai menjerit dorang. haha. fear factor sangat.
rupanya bila tengok bebetul. mereka adelah abang-abang askar dpd kem belakang rumah.
abang ke? confirm adik kan. aku ni dah kertu. ;p
takpa panggil abang rasa macam geram sikit. eh? *kena panah petir*



dorang lintas jalan nak pergi solat jumaat.
comel je tengok.
sebab macam-macam warna ada.
siap sampin bagai. dah macam nak pergi beraya aku tengok.
ye la selalu orang mana ada pakai lengkap macam ni kan solat jumaat.
tapi sebab askar dorang memang kena kemas.







ramaiiiiii gila kau.
berlari aku ke depan amik hp pastu snap. dasar. hahahha
serious tak tau belakang tu ramai macam ni. i mean bujang la.
sebab aku ingat belakang tu macam tempat tinggal askar berkeluarga ke apa.

bila cakap kt mama dia kata mmg macam ni.
kadang2 nampak dorang exercise berlari la apa.
serious tak pernah tau. maybe dulu aku kecik sangat. heheh.

lepas ni tiap jumaat, time-time ni nak memasak di dapur la.
boleh cuci mata. hahhahaa
takda makna cuci mata. ni aku main snap je pun.
aku tak pakai speck. bukan nampak apa sangat. rabun.
lepas ni mungkin kita memasak sambil pakai spec. ;p

Nikah Video

Dah ala-ala tak pengantin baru, baru reti nak masukkan. hahah.
sebab video ni ice amik.
so nak jumpa tu memasing busy. tu tak transfer tu.
hari tu baru dapat la.
yang jumpa last time tu.
tapi baru upload. so boleh la share sini ye.

actually ada few video lagi.
ada satu tu. sebelum nak nikahkan.
papa sempat toleh kat aku, pastu muka sedih dia lambai.
haih. saje bagi orang emosi tau.
satu lagi ada time taklik ke apa namanya tu.
Mr.B membaca tu. tah apa dia sedih sangat.
siap sebak n nangis.
aku tak berapa dengar. so aku tak rasa apa la.
dia yang emo lebih.
aku kat belakang tu siap sembang n tak sabar nak kasi sarung cincin. hahah.
dasarrrrrrrrrr.
oh btw, aku malas nak upload video2 lain tu. ;p

aku selalu tak faham kenapa orang nak emo time nikah.
patut happy la kan.
sekaliiiiiiiiii. aku pun sama.

bukan apa.
sebab papa tak pernah cakap dia nak nikahkan.
lepas kena stroke 2 kali. percakapan tak lancar sangat la.
ada yang tak jelas n all.
n kadang2 tersedak la apa.
so dia kata tak pa lah. tak payah.
sekali time hari tu. papa yang nak nikahkan.
so terkejut la kan.




tapi bukan aku je yang bergenang air mata n sebak
almost semua kat situ pun sama.
sebab time nikahkan tu. papa mpunya suara sebak n siap muka cembeng lagi.
tak pasal semua pun emo situ.

mama ada cerita.
rupanya before kahwin.
few times papa duduk berdua ngan Mr.B sembang.
cakap pasal kahwin n all.
siap cerita dia jaga aku dpd kecik sampai la sebesor ni. heheh.
mama kata dah la session dua-dua menangis. 
aku dikelilingi lelaki-lelaki sensetip. ;p

apa-apa pun semua selamat ngan sekali lafaz.
in few days time genap 2 bulan kawin.
baru 2 bulan? long way to go ni.
oh gambar dah dpt from official photog.
tapi tertinggal lak kat rumah papa n mama album n cd.
nanti dah amik aku upload bila rajin. :)

ok tu je.
selamat hari jumaat semua.

Expose Mistik : bilik fellow kejiness dan lain-lain yg kejiness di kolej kediaman

assalamualaikum. hi, peej! xD

ahha baru berkesempatan nak cerita pasal expose mistik yang melanda time belajar dulu. zaman sekolah ada jugak, tapi kali ni nak cerita time belajar kat univ.

masa tu kitorang semua first year students kena duduk kat kolej kediaman.. tp sy dari sem 1 sampai habis pun duduk hostel. haha (hujung minggu baru balik, siap kautim dgn lecturer mintak buat kelas hari khamis supaya jumaat dapat balik. lecturer memang awesome :D). sambung. time tu kira first time duduk hostel sebab selama ni pemalas lipas nak duduk boarding school semua. kat kolej tu, satu bilik 3 orang. dah tu, mula-mula masuk tu tengok-tengok tinggal sorang.. tak ada roomates. (roomates asalnya ada, tapi mungkin diorang tolak offer lantas pergi belajar kat tempat lain. keji je kan T_T)





sebelah bilik (kanan) tu adalah bilik senior, yang jugak fasilitator time minggu orientasi. dia tinggal sorang jugak. fine la ada kawan kat sebelah bilik (katanya). seblah lagi satu (kiri) tu bukan bilik student, tapi bilik fellow kolej. fellow ni macam pegawai yang jaga student, tapi bilik fellow sebelah bilik sy tu kosong.. tak ada orang. (org ckp dlm bilik tu sofa tv semua ada. jeles jeles bilik ai ada katil bujang dgn double-decker je haha)

time minggu orientasi tu tak de apa-apa. in fact tak tau pun kolej tu kolej paling lama, and blok tu blok paling keras (nasib baik tak tahu time tu kan). lepas minggu orientasi tu baru masuk roomates baru. dua orang. senior. sorg bdk fizik yg gila-gila, sorg bdk vet. time lepas roomates baru masuk tu la kejadian misteri berlaku.. (sbb lps tu baru roomate-senior tu cerita psl blok tu keras! cis!)

benda ni berlaku pukul 3 pagi. beberapa kali ok. bukan sekali je. so awal-awal kejadian, kalau terjaga pukul 3 pagi tu memang menyumpah habis la (dalam hati). sebab katil sy tepi dinding yg sebelahnya bilik fellow kosong tu kan. pukul 3, mulalah dengar bunyi org bukak tutup locker, bunyi kerusi kena tarik.. bising ok! dah la bilik fellow sebelah tu mmg berkunci tak de org! roomates tido mayat. senior siap mengigau (sah tdo nyenyak!). time tu sy akan pejam mata rapat-rapat sambil kelubung dlm selimut. tak habis sampai situ ok. pastu dgr pulak bunyi ayammmm (kejadah bunyi ayam pukul 3 pagi. tau kan pasal bunyi ayam ni?? tak tau xpe nanti sy cerita). bunyi ayam tu mula-mula dkt lps tu jauh. sambung menyumpah dlm hati.

org ckp, bunyi ayam tu sbnrnya bunyi ponti. sy no comment. senior la ni cerita. katanya kalau bunyi dkt maknanya dia jauh. kalau bunyi jauh maknanya dia makin dkt. kejiiiiiiiiii (tp sy xpercaya hantu-hantu, jin setan tu semua ye mmg ada). tp time tu still student lg, masih jahil segala. so selalu la byk gangguan-gangguan bodo mcm tu kn. haha (kat bilik tu jgk kalau tdo siang selalu kena tindih benciiii. lps bangun mamai tu telinga bunyi berdesing, rasa dahaga sgt. kejiiiii tak sukaaaa).

lps-lps tu la baru share cerita dgn members/seniors satu blok. hah. senior faci yg bilik sebelah tu pun kena kacau. rambut dia macam ada orang main time dia baring kat katil ok! (nasib baik kitorang kat bilik tu tak kena macam tu!). members bilik lain pulak dgr bunyi org memberus sabut kat atas siling. keji sgt niiiii. yg paling kesian, bilik tingkat G la (kitorg 1st floor). tingkat G ni mcm bwh tanah sebab kwsn bukit. so tingkat 1 mcm tingkat G, tingkat G mcm basement. bilik member senior tingkat G ni tingkapnya mengadap padang. bilik dia la super keras. selalu la nampak benda-benda kat tingkap. ish2 kental betul dia T_T
hah tak habis lg cerita psl bilik fellow. kalau waktu siang pun, time sy balik kuliah lalu dpn bilik tu nak sampai ke bilik sy, akan dgr bunyi org tgh shower. lps tu tgk pintu bilik, berkunci mangga siap bergrill!! waaaa. habis siapa yg mandi?!! kejikejikejiiii

ok lasssttt but not least. (byk ok kejadian kat kolej tu!! dah boleh buat drama dah T_T). waktu malam kitorang (my friends & i) biasa keluar ikut pintu belakang kolej, cross padang nak pergi kolej lain sebab nak dinner. kafe kolej kitorang tak sebest kafe kat kolej lain.. haha. so time balik dari makan, kitorang lalu la pintu belakang kolej kitorang tu macam biasa. tiba-tiba sy nampak benda putih kat atas pokok kelapa tepi pagar. tinggi gile pokok kelapa tu. sy siap tnya kawan-kawan.. "eh, kenapa ada plastik sampah putih kat atas pokok kelapa tu??" naif gile, dah la rabun!! hahaha

begitulah cerita expose mistik yang berlaku zaman belajar kat univ dulu. dah kebetulan dapat kolej kediaman lama yang keras, nak buat macam mana T_Tv kami redha dan menerimanya dgn tabah. eceyy. sori cerita pjg sikit. jgn biarkan hidup anda diselubungi.. misteri.... *asap bbq kepul-kepul keluar* lol. sekian.

-wani ezryl-

Perhentian day 3.

yang email masuk order.
nanti aku reply yea.
sebab aku takda kat rumah sekarang ni.
buku semua tinggal rumah aku.
aku tidur kat rumah papa n mama.
noy nak pergi tinggalkan kita orang sebulan lebih.
so dia suruh aku tidur sini. over sangat kan.

but anyway, boleh tak aku terlupa nak pasal entry yang ni.
perhentian day 3.
takda apa pun sebenarnya.
tapi dah ada pic tu kita share je la yea.

konon pagi nak tengok sun rise bagai.
takda makna. tidur lebih.
tapi jonet pergi sorang siap amik pic.
tapi kecewa dia kata tak nampak pun.
sebab ada awan besar lindung.







hehe sian.
tapi suka lak tengok permandangan pagi ni.
sebab tenang je tak ramai orang.












aku kejut Mr.B bangun awal.
aroung 8pm macam tu.
sarapan sandwich kat  bilik je.
lepas tu mandi laut.
ye la dah nak balik dah.
n konon nak tan la kulit.
tak best la pergi pantai tak tanned.
so berjemurlah.
tapi tak panas sangat pun.
yang dotdot mandi kejap je.
lepas tu tidur kat tikar. heheh.

jahat betul la dia tu.
kat situ kan banyak biawak yang macam komodo tu.
pastu aku main2 bergerak macam komodo dalam air.
dia ikut.
aku kata aku nak dia bergerak macam tu keluar laut sampai ke tikar tu.
sekali dia buat betul2 ok.
dah la time tu ada orang baru balik dpd dive ramai.
dah macam apa orang semua berjalan air paras lutut macam tu.
yang laki aku macam komodo tepi tu. hahahha. tak sukaaaaa.
terus suruh dia bangun macam biasa sebelum dia memalukan diri sendiri ngan lebih teruk.
haih laki sapaaaa la tu.

dah mandi tu.
harus lapar.
merasa kul 11am carik nasik ok. gilo.










time tengah duduk tu nampak 3 orang.
dua lelaki sorang perempuan.
melayu la. yang Mr.B terus, "sayang tengok tu. kira dia pakai macam tu dia kat australia la tu"
haha mulut puaka. perempuan tu pakai topi besar gila n sun glass besar la.
siap pareo bagai. over gak la. tapi lantak la kan.

sekali mmg gen itu poyo.
tetiba salah sorang lelaki tu datang kat perempuan2 atas ni cakap, "do u mind i take a picture with u?"
dah la suara kuat n gaya rasa macam nak tumbuk je budak tu.
pastu terus dia datang kat perempuan tu berdiri sebelah.
kawan laki dia lagi sorang dah ready nak amik pic.
pompuan tu tolak dia, sebab dah jawab earlier yang yes i do mind.
dia tak dengar kot. so again dia cakap.
kalau aku dah malu lets terjun laut.
tapi budak tu tak. kerek gila.
dia berdiri tak jauh.
dia coverline amik pic ngan kawan laki dia tu.
sambil perli2 n cakap kat kawan dia, "do u mind i take a picture with u?" kawan dia jawab, "no i dont mind"
pastu amik la pic berdua.
pastu dia amik ngan kwn perempuan dia pulak.
yang perempuan kemain posing kaki naik kat pinggang laki tu.
badan mcm terbaring siap jelir lidah.
wtf sangat.
pompuan2 omputeh tu pun geleng kepala.
sepuluh kali dorang ulang yang "do u mind i take a picture with u" tu.
kuat2 lak tu. eee saiko.




habis makan sambung mandi laut. hehehe.
cuaca pulak elok time tu.
tak terik langsung. matahari terlindung ngan awan besar semua.
oh suka.
sampai ke sudah yang lelain tak join.
bangun lambats dorang tu.
kul 12pm gerak n kejut dorang.
so bersiap n packing semua.
kul 2pm macam tu pergi makan lagi.











aku tak makan dah.
minum je. dorang makan la.
aku just order onion rings yang super sedap tu je.
then kul 3ish tu gerak.
sebab boat amik kul 4pm.
















sampai jetty kul 4ish pm.
bestnya gerak petang rasa relax.
tak bestnya mostly kedai kat jetty dah tutup.
nasib ada kedai tutup lambat sikit.
so berjam la makan n minum situ.
then gerak ke bas stand.
ada pulak pakcik naik motor kata siapa nak keropok lekor dia boleh bawak.
so ok la. beli keropok lekor.
duduk situ.
bas kul 8pm.
naik memang tidur je ok.
tau bangun makan sekali.
then tau2 subuh dah sampai putra.

kemain ramai abang teksi.
dah la nak charge rm30. padahal tak jauh.
pastu kata kena amik 2 teksi. sebab beg tak muat la apa.
amboi kau over sampai rm60. kosser ok.
so tunggu until 6ish am.
berjalan ke luar dpd hentian putra tu.
amik teksi kat luar tu.
elok pakai meter. tak sampai sepuluh hengget pun ok.
n elok je muat naik teksi ngan semua bag n 4 orang.

hari tu ada ramai email mintak cost ke sana la apa.
aku dah pernah buat dulu masa pergi dulu.
so siapa nak tengok ni CLICK HERE.

aku baca balik the other day.
aku rasa mostly sama je.
takda beza apa.
mcm bilik tambah la lg 5-10 ringgit.
makan minum pulak maybe naik 1-2 ringgit.
lain mostly sama.
snorkeling pulak untuk 5 tempat, charge dia sorang rm30 sahaja.
ok la kan.

serious rasa nak pergi lagi.
tengok la if ramai cuti.
kita pergi lagi yek.
:)