keletihan.

rumah masih penuh dengan saudara mara.
sampai tak cukup ruang nak tidur.
ni pun dah letih sangat ni.
tapi tengah fikir nak placing celah mana.

tadi offer all the boys tidur kat rumah aku.
takda apa lagi rumah tu.
tapi setakat nak tidur tu ada la tilam, cadar n few bantal.
bilik air ok semua.
pesan je tidur, mandi ke apa semua. then esok pagi datang balik rumah pa n ma.
breakfast ke apa semua.

ingat nak ajak Mr B tidur sini. amboih getik. hahhaha.
tapi dah ramai ni kan.
aku suruh dia balik rumah parents dia je.
sian. terpisah uols.
perasaan masih pelik-pelik.
macam tak percaya eh betul ke suami isteri ni.
kelakar.
dia pulak sepuluh kali tanya, ' kita dah jadi suami isteri ke sayang?'
hahha. pastu aku pun sepuluh kali tanya dia balik soalan yang sama.
bila kata 'ye' je. pastu masing-masing goyang kaki.
hhaha bengong gila.

aku still lupa-lupa yang dah ada suami.
sesuka hati lepak kat bilik. biar dia kata bawah la apa.
nasib dia jenis pandai bawak diri ngan saudara mara semua.
tadi pun aku naik atas kata nak mandi.
padahal dok layan zara sofea.
then turun bawah tengok dia tengah packing tapai letak dalam fridge.
sorang-sorang dok bersila depan fridge.
sebagai isteri yang tak berapa nak mithali buat masa ni.
aku jenguk-jenguk sambil buat air je.
then carikkan kipas supaya dia tak peluh.
bukan nak tolong.
again naik atas melepak. hahaha. biadap.
pastu lupa mandi. turun again jenguk dia.
dia nak air lagi. buatkan again.
baru aku mandi.
pastu lepas mandi lepak bilik.
tetiba mama naik sound aku, "eh suami kau tu kau bagi makan ke tak? kau tinggalkan dia. pergi la tengok. dia bersihkan pasir kucing. menyapu apa semua tu"
opppppssss. ada 'suami' la ok. lupaaaaaaaa. hilang ingatan kejap.
dia tu tak letih ke apa.
aku nak pitam dah. semua saudara yang ada kat rumah semua dah tertidur la apa semua.
dia elok je kemas itu ini lagi.
tak menyesal dinda kawin. hahaha.

paling nyampah.
tetiba masa dia buat kerja tu. aku jenguk.
dia cakap, 'sayang buat kan abang air. hihihihi. i cakap abang yea?'
me, "memang tak la. jangan mimpi la tiba-tiba i nak panggil u abang".
eeeekkk. geleman. tak biasa.
ish memikirkan perkataan tu pun rasa nak pengsan.

tadi before dia balik.
aku cakap esok aku pergi rumah family dia hantar barang-barang yang ada.
nak singgah tadi dah lewat.
then suruh dia bawak some baju.
tidur rumah papa n mama. rumah sendiri takda internet lagi.
kena tunggu dulu. nanti fikirkan bila betul-betul nak move out.
yang dia sepuluh kali tanya, "bila kita nak balik rumah kita sendiri?"
ish seram je ni.

p/s: ni entry 4ish am tadi. boleh tak dah type lepas tu lupa nak publish. tah apa-apa tah.





Officially Mrs B.

Selamat sudah. abis sudah teka teki kan. aku rasa by now mostly dah tau la siapa suami mak kan. auwwww. suami ok. hahah rasa tak biasa je. siap tadi masa dia menghilang sana sini. aku siap tanya. eh mana boyfriend aku pergi ni.

Nanti akan share semua cerita.
slow-slow. bagi hilang penat.
ni penat tak hilang lagi.
tadi bagi tau suami. wah sebut suami lagi. rasa nak lempang diri sendiri.
nway sambung. tadi bagi tau suami nak naik atas mandi la apa semua.
takda makna.
aku lepak sembang ngan noy, zeity n p.g.
ni tetiba depan p.c pulak. takpa. pandai-pandai la dia bermesra ngan orang ramai.

aku takda pic lagi.
so aku download dpd fb je.
yang huda n ice tag.
so kasi update sini.
sebab tak semua kawan ngan aku kat fb n kat twitter kan.
tapi if kat twitter pun aku tak update.
hp aku tu berapa hari ni jenguk pun tak.
notification banyakkkk gila.
battery abis sebab tu je.



weeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
ye tu orang kata if jodoh tak kemana.
ye. dotdot yang misteri nusantara sangat kalah expose mistik tu ialah ben.
kekasih awal dan akhir sangat. hahahhaa.
nasib masa break tu tak kutuk sakan kan. kang makan diri.
sekali. hambikkk kau. kawin jugak ngan hitam manis ni.
wah manis ke?
tah. tak rasa lagi. eh. ;p

so aku selamat nikah semalam 28 april 2012 around 12pm kat masjid area rumah aku.
sekali lafaz. weowww. hebat. 
ye la. kalau setahun lebih gigih sms aku hari-hari n call sehari mau dekat 20 kali without fail walau sikit aku tak layan. tapi tang nikah fail. memang saje cari nahas.

untuk sesiapa yang datang tadi.
terima kasih banyak-banyak sebab sudi datang.
sorry tak dapat nak entertain ke apa.
aku hazab kat pelamin. kemain lama.
dah la takda kipas n aircond tala.
n yessssssssssssss. peluh aku horror kalah kambing.
silap-silap gajah pun tak peluh macam ni.
boleh buat kolam renang ok.
rambut aku kuyup sampai ke bawah.
kesian jonet jadi tauke tisu.
tak tau la macam mana rupa aku dalam pic.
ngan rambut kuncup, peluh macam mandi, muka sesilap masam macam cuka.
dah la tak reti senyum.
dan jangan tak tauuuuuuuuuuu. sepanjang hari hanya dapat makan 3 sudu nasi je okkkkkk1
sadis. menangis tengok udang n ayam bergolek depan aku.
tapi nak makan pun tak sempats.
oh. bagi pihak family pun mintak maaf if ada salah dan silap.
if ada terkurang dan sebagainya.

ok la tu je dulu yea.
short update.
untuk reader blog ni. :D

bye-bye.
nak mandi n start jadi isteri mithali.
wah ye ke.



Last entry daripada Miss Peej. Miss ye...Miss.

Salam to all,

sorry la aku tak dapat nak reply all emails, messages, tweets, sms ke apa semua tu la.
busy sangat dengan last minute thingy.
n no aku takda nak feeling princess ke apa bagai. berangan kejap.
lepas tu membusy balik. macam-macam kerja kena buat.
hantaran semua dah siap. tinggal nak ikat ribbon sikit kat box cupcakes je. :D

mandi pun tak lagi ni.
semalam berinai.
tu takpa. agaknya aku tido letak tangan kat muka.
pastu minah peluh.
siang tadi merasa muka ada cop inai sana sini. miahhaha.
maybe malam karang kena tidur ikat tangan. kinky tu. hahaha. ok lempang diri sendiri.
orang inai siap cakap kalau mandi tu suruh adik shampoo kan.
kalau boleh jangan main sangat ke apa.
eeeee. getik gila. kosser ok siap ngan shampoo kan.
aku kata takpa aku pergi wash n blow je nanti.
tapi masalahnya ni dah pukul 9pm. tak sempat pergi pun.
so kejap lagi mandi pakai sarung tangan plastik la. ;p

semalam letih melampau.
sebab baru sedar dah nak kawin.
so siapkan remaining dulang hantaran.
ngan berinai semua.
malam dah letih.
siap last minute pergi JJ beli barang lagi.
then malam noy lapar. merasa nak dekat 12am keluar makan.
siap pakej lepak ngan kekawan dia lagi.
sesuka hati. orang kata nak kawin takleh keluar dah.
tapi apa boleh buat. kita langgar je semua.

tu takpa. sampai. duduk kejap.
aku terlena. letih sangat.
yang noy dah tidur siang. minum coffee bagai. takleh tidur.
sikit-sikit nak cakap ngan aku.
terkejut-terkejut aku.
marah dia. sambung tidur.
tetiba dia peluk aku ketat-ketat. berpinar mata terkejut.
aku dah lena dan mula di buai mimpi kot.
terus marah dia kata jangan la kacau.
letih la. saya nak tidur ni.
dia paling ke lain.
then aku jenguk tengok dia menangis sakan.
e eh. gilo tau. drama sangat.

sekarang rumah aku semua nak pakat nangis je. hahaha.
mama n noy memang sesikit nangis.
papa takda la pulak.
tapi jumpa dotdot tadi.
dia kata tadi papa cakap-cakap ngan dia.
pastu papa nangis. dia kata dia tak tahan. dia pun bergenang air mata.
haiyoh drama semua orang.

aku?
entah. tak tau nak rasa apa.
so far takda la nangis. rasa sedih ada. tapi tak nangis.
sebab letih sangat kot. n busy. pikir benda lain sebelum fikir feelings ke apa.
just rasa tolong la cecepat settle semua.
aku boleh concentrate buat benda lain. gituhhh.
semalam la nangis sikit.
sebab tau la. kenduri ni kan stress lebih.
aku rasa semua orang nak jerit-jerit n marah-marah.
dorang tak marah aku la. tapi aku tak suka tengok gaduh sana sini.
so aku kememeh lalu nangis.
aku tak suka la. patut happy la. ni semua tension kan.
me not loike.
mula la bebel cakap, sebab tu taknak wedding besar-besar n busy macam ni.
if buat simple hari tu mesti relax je kan.

lain takda apa kot.
kejap lagi photog sampai.
lewat malam sikit la.
so aku mintak ayol tunjukkan jalan ke hotel dorang.
aku sewakan budget hotel je.
last minute kan.
sebab dorang risau esok pagi dorang stuck ke apa. tak dapat sampai.
so better ada tempat tinggal near by.

n untuk hantaran.
later belah malam. lepas dapat 1 sirih junjung.
akan suruh dotdot ambil 3 dulang.
dulang sirih junjung, dulang hantaran n mas kawin, dulang cincin.
lain tinggal je kat rumah aku.
aku n mama fikir takyah la susah payah nak berangkut bagai pergi masjid ke apa.
side aku just bawak dulang cincin je kot. n maybe sirih junjung kat masjid tu.
senang gitu. alah takda sapa nak tengok pun la.
nak tengok datang rumah.
sebab later makan pun kat rumah.

tu takpa.
paling drama.
jangan tak tau. aku baru beli cincin rabu lepas ok.
tu pun setelah bebel kat dotdot.
aku kata. khamis aku dah pakai inai.
tak pernah di buat orang dah pakai inai baru nak beli cincin.
bikin malu je.
tau-tau dia kata ok jom gi beli.
paling best ada size aku. yeayyy.
thank u cincin sebab tunggu ioll. yeay.

tadi tessa n faressa datang.
tessa hantar baju nikah.
hahahah kelakarrrr.
ok baju memang cantik. bukan kelakar.
yang kelakar adalah perasaan aku.
dah la semua dok tenung.
pastu dorang suruh practice duduk la apa.
muka aku macam kerang ok. aku rasa macam kelakar la. haha tah kenapa.
aku mana reti weyh benda-benda macam ni.
harap takda la benda merepek yang aku buat. mihmihmih.

ok la. takleh lelama.
tah selagi tak settle.
ada je benda rasa tak siap.
ada je kerja rasa kena buat.
so nanti by the time next update.
i dah jadi mrs.
keh keh keh. hamagad tetiba rasa geli gila.

Expose Mistik : Hotel B

hai...

seronok plak baca kisah mistik nie, sampai saya sendiri rasa nak share. 
mungkin xseram bagi orang lain baca tapi terkesan di hati..*chewahh*..hahaha

ni berlaku january aritu.
saya n 4 org member follow family day gi universal studio singapore..
mmg best la walaupun dah dua kali pergi sana.
kitaorg agaknye suka sangat tu yg agaknye bahana menanti kitaorg..euwww!!

cenggini, dari USS tu kitaorg mmg dah book tido kat hotel johor, sbb lg murah kan..
so kitaorg sampai je hotel B***** (kalau sebut nama mmg org tau).
hotel ni menghadap singapore.
time tu check in dah pkul 2 pagi okk!! dah penat gila !! 
saya ngan kawan saya awal2 dlm bas dah berebut nak masuk toilet bila masuk hotel nnti.
so bila jer nak masuk no bilik tu (xingat dah) xboleh check in,3 kali try masuk kad tu tp macam haram jadahh, xbolehh!! 
then kwn lg sorg ni ni hembus *bismillah* then boleh check in. binawe tul..(kawasan menuju bilik tu menyeramkan).
first masuk tu saya dah rasa seram sejuk, then masukkan kad utk hidupkan lampu..
sekali lampu satu lampu je on yang kat bilik off plak..ishh mengkarung betul!!! 
so saya jln gi bilik tu (perasan kapet tu macam basah2 lembab2) so tekan suis"ehh xhidup pun).
perasan ade mesin pegering lantai tu berfungsi dlm hati cakap, (bodoh ke, client check in, boleh pulak letak benda ni lagi). dah rasa xsedap hati,,,

so cepat2 masuk bilik air berebut ngan member, then saya masuk terus kunci pintu, pastu tgk cermin, jadi takut plak tgk muka sendri..
toleh la belakang tgk jamban duduk tu tertutup..
tp hati macam takut je, so saya bukak penutup jamban tu....(DARAH PENUH DLM MANGKUK JAMBAN TU)...terus mengigil.
bukak pintu then bisik kat member yang ckp bismillah tu ,member bukak sikit terus tutup balik then mmg mengucap.. tapi xbagitau member lain..

saya call receptionist 3 kali xangkat langsung.
saya dah cuak.. then member yg cakap bismillah tu call receptionist, then org tu angkat..
then dia cakap la (bla..bla..bla..).
pas letak org tu call lagi tanya macam2 (betul ke bilik ni yg call td, nama ape ye? betul ke no bilik nie) so jwb ye.
then call lagi, tanya soalan sama..
time tu saya dah pelik, kenapa tanya banyak kali..

so staff dia dtg, muka macam takut2, kitaorg mmg dah senyap dahh..
cakap la masalah tu, then org tu jengah je bilik air tu xmasuk pun then dtg kat kitaorg cakap..(saya mintak maaf sangat, yang sebenarnyeeeeee bilik ni mmg xboleh digunakan..) 
sayup je suara dia,...kitaorg mmg dah kaku..
so tukar bilik lain, mlm tu kitaorg berjaga2 alhamdulillah xde apa yg jadi sampai pagi (tp saya trauma ok!!)..

so bila nak balik plak... member yg baca bismillah tu dah turn dulu..tggal la kami 4 org trun lambat...
so naik lift macam biasa..dr tingkat 8 nak turn ke 1..
lift tu turun punye la laju gila (xterbayang) pastu terasa macam naik laju giler, then tgk kitaorg statik kat tingkat 8 lagi (nkpengsan).
saya terus tekan bintang *HELP.
then ade suara perempuan cakap dia nmpk kitaorg tersekat melalui cctv.
pastu bleh plak dia tanya *berapa org sebenarnye korang dlm lift nie???*...WTFFFF...
kan ke dah nmpak,,nape tanya plak??saya ckp cam tu then dia diam...\
so technican dtg kitaorg kluar naik lift lain so sampai bawah dgn muka ketakutan...
kwn tunggu kat bawah tu tanya, korg ok ke..
kitaorg diam je smpi naik basss.. 
itulah ceritanya...
x reti nk buat penamat la..HEHE

yang penting tertanya2, kenapa karpet bilik tu lembab2..
darah sape dlm mangkuk jamban tu.. bkn darah kering.. darah fressshh ok!!!.
kenapa bilik tu sebenarnye xboleh gunakan lg??.
ape yg staff tu nmpk dr cctv lift tu???..
kitaorg xtahu dan xnak tahu...hehehe..

email from Pang Kee Seng

sunshine thru my window

morning sunshine.
ewah kemain ceria kan.
walaupun hati tak berapa nak ceria.

ok semalam ceria.
tapi ni bangun tak ceria.
semalam adalah ceria sebab akhirnya kitew dapat cincin lewwwww.
ye aku paksa dotdot.
ikut busy dia tu silap hari nak kawin pun takda cincin. herghhh.
aku dah bising.
sebab today akan pakai inai.
so aku kata tak pernah di buat orang dah pakai inai baru carik cincin.
pastu aku lupa pun.
tau-tau dia kata jom beli cincin. wahhh suka.

hari tu ada reader siap bbm cakap pergi la wah chan.
wah chan banyak cincin size besar.
elok nak pergi. papa kata dia dapat sms from habib ada festival diamond la apa kat habib.
so aku kata then kita tengok habib dulu la.
siap ajak noy. siap aku suka tanya pendapat orang ni.
sebab aku ni jenis kalau kalut. aku jadi dah kisah.
lantak la apa pun. janji ada. gituhhhh.

dah namanya jodoh khennnn.
ada ok few cincin size aku.
paling best. ingat tak entry aku pasal cincin idaman la apa tu kan. kan. kan. kan.
walaupun lepas-lepas tu tak berapa idaman sebab dasar perempuan. nampak yang lagi gempak taknak dah idaman tu.
tapiiiiiiii. semalam kan cincin idaman tu sedia menanti ku.
fit size aku pulak tu.
yang kat habib klcc takda size aku. kemain nak kena resize la apa.
semalam masa try tu noy dah nyampah je tengok aku.
dia kata muka takyah nak ceria sangat n mata bersinar.
hahaha. abis tu. dah memang suka. harus la terpancar kan.

then earlier tu beli kasut nikah.
aku rasa cantik je. walau terlebih dpd budget gue.
tapi suka jeeeeee.
biarkannnn.

tu takpa.
malam semalam takleh tidur until subuh ok.
sebab nervous terlampau.
macam-macam la fikir. ish seram.
paling bengong rasa macam jantung berdebar lebih je.
then siap la aku ngan stopwatch kat hp.
sambil kira pulse rate.
90+ beat per minute.
pastu tak tau normal ke tak tu?
siap google pulak.
nasib mostly kata 60-100 tu normal.
ceh, drama lebih.

yang aku perasan la kan.
nak dekat kawin ni.
tidur la lewat macam mana pun. mesti terbangun awal.
usually 7ish am dah bangun.
tidurnya subuh.
tapi then sedar apa aje nak buat pepagi. so tidur again. ;p
tu pun kul 10ish dah terjaga again. tak senang hati nak tidur lelama.

macam tadi ni.
tetiba menggelupur sebab ingat terlajak tidur.
adakah aku tutup alarm hp ke apa.
siap mimpi orang inai kena tunggu aku baru boleh inai.
takut la. orang tu dah la busy kan.
menggelupur. rupanya belum bunyi lagi alarm. aku yang jaga awal.
tu takpa. baru ingat nak adjust mata tidur kejap je lagi.
sekali ada nombor keluar.
ingat orang inai nak tanya apa-apa ke kan.
tapi bukan.
orang tu tanya pasal tabita. orang yang aku tak kenal.
soal siasat macam polis.
tanya rumah aku kat mana la apa.
aku dah la mamai.
aku dah macam. eh kejap. ni kenapa ni eyh?
dia kata if dia nak beli. dia nak pick up. kenapa tak boleh ke?
aku dah macam. eh dah la contact thru hp. nama apa pun tak tau.
order tidak. tetiba tanya rumah aku nak amik barang kan.
terus aku potong kata memang boleh pick up.
tapi i nak kawin weekend ni. stock pun i takda.
so memang stop ni.
nak nanti contact balik.
nasib dia faham.

tapi satu yea aku bagi tau.
sila jangan la order thru sms ke hp.
bertuah je la kalau aku layan.
selalu aku buat tak tau je.
proper guna email ye.
senang kerja aku.

oh tu takpa.
then ingat nak golek-golek.
tetiba masuk email kata bila dia boleh dapat tabita dia.
dia dah bayar tengah bulan hari tu.
dia paste le date,time n ref number.
menggelupur la aku. sebab orang dah bayar aku tak deliver kan.
mana tau terlepas pandang ke apa.

so terus on pc.
sambil tu check kat buku. aik takda pun nama dia with payment ke apa.
nama dia familiar. tapi aku ingat la. nama antara orang yang order tapi takda dapat payment.
takpa la. still. maybe aku buat error ke.
so aku search la email ke apa semua.
memang takda ok.
aku ada la email kata buat payment.
usually orang akan reply kata ok dia akan buat payment.
then after payment siap bagi print screen payment.
or direct dpt email notification from banks ke.
ni takda apa pun.
aku check 3-4 kali.
memang takda.

so aku pun confuse di situ.
aku just reply la kata tak ada ke apa.
oh ni aku bagi tau untuk sesiapa yang tak biasa beli online ke apa.
setiap kali buat payment. sila la masa bayar tu email ke orang jual tu.
with print screen ye. tak kisah la transfer online ke, cash deposit ke, atm transfer ke.
tak dapat print screen. kau amik la pic resit tu. kasi.
sebab kat online banking takda tulis nama kau bayar, tarikh kau ke, ref number kau ke.
yang ada tarikh, jenis transaction n jumlah je.
atau aku yang bangang sebenarnya taktau check. hahhahaha.
so untuk betul-betul confirmkan. sila bagi attachment transaction proof tu.

maybe la orang rasa aku lorat ke apa.
dah macam tu aku buat kan.
sebab aku bukan boleh monitor semua.
n make sure dapat email from aku yang confirmkan payment tu.
maknanya aku dah tulis kat buku korang dah buat payment ke apa.
ada sekali tu. ada email kata dah bayar.
aku kata ok. tapi nak proof la.
dia kata pakai acc kawan dia. kawan dia buat depan mata dia.
aku kata ok. tapi yang buat payment ramai. kalau setakat macam ni aku takleh nak bebetul confirm.
pastu dia kata macam mana? dia dah bayar. pakai kawan dia punya. bla bla bla.
aku kata suruh kawan u bukak balik maybank dia. print screen payment dia la apa.
lepas tu baru bagi esoknya. haaa kan senang.
ada satu tu pakai cash deposit. kata takda resit la apa.
aku kata aku takleh confirm if takda.
lepas tu dia bagi 3 email kot attachment resit tu.
kertas dah komot2 pun.

if things like that happened.
i feel bad. rasa susahkan orang.
tapi if tak buat aku yang susah.
plus kau bayangkan la. let say 25th april. 10 orang masukkan.
tulis la kat buku semua.
check kat m2u 13 orang masukkan tarikh tu.
why? sebab tarikh 21-23 ada few orang masukkan. tapi baru clear kat 25th.
sebab dorang pakai bank lain ke apa.
kan dah nyusahkan aku.

hahahhahahahaha. ok tetiba aku rasa nak gelak.
nampak sangat otak dah tak betul.
tengah cerita kawin. tetiba cerita tabita.
tetiba cerita pasal online banking.
kalau mintak kerja kat bank ni dah boleh dapat ni.
ahhaaha ok bengong. ;p
seeeeee. betapa di kala aku nak kawin tak tenang.
sebab ada je gangguan.
ramai yang email la apa pasal order may kan.
ok maybe next week ada batch.
noy akan buat. not me.
so siapa nak email kat tabita.nhb@gmail.com ye.
siapa yang pernah email aku before this pun email again.
sebab masa aku tutup order. korang email pun aku tak check or catit pun.
so pergi sana. noy check n dia uruskan nanti.
so good luck ok.
minah tu boss besar. boss kuat marah. hahhahaha.

huiks.
kejap je dah 10ish.
nak mandi la.
nak buat few things before jap lagi berinai.
so later.
ada masa kita update lagi.
takda kita jumpa minggu depan.
tapi ngan cara aku yang agak berdebar n jiwa kacau ni.
ada kemungkinan aku update last before kawin.
boleh rasa lapang sikit type-type kat sini. ;p

ok ta-ta

berseri-seri.

tadi pergi spa.
patut pergi ahad. kasi tunda ke selasa.
ahad pergi color roots rambut.

tadi appointment pukul 11am.
takda makna la nak bangun kan.
noy kerja semalam.
aku pulak pick up dia.
so tadi bangun sesuka hati.
pergi spa pukul 2pm macam tu.

nasib takda orang.
so boleh je on.
aku amik pakej. ada sauna, massage, scrub n bath.
feeling sangat.
sampai je sauna dulu.
pernah la buat masa kat bali dulu.
tapi jenis bungkus tu.
yang kau duduk ala sendawan tumbuh. dia zip kau dalam tu.
tadi yang jenis bilik.
menangis gak la.
macam nak melecur terbakar.
peluh macam mandi.
rasa nak ketuk pintu tu sambil cakap help me. help me.
im burning in helll.
wah drama sangat kan.

settle tu massage pulak.
sedap budak tu massage.
dah la sweet n bersopan santun je.
malay girl.
rasa kesian je.
ye la selama ni pergi kat thai or bali.
so bukan orang kita. takda la rasa bersalah sangat.
tapi tu kerja dia kan. takpa la.

kelakar pun ye.
dia urut aku. dia yang dok angin sana sini. burp burp burp.
aku relax je la.
sambil tu dia kata la. aku ni boleh kurus.
badan aku banyak air. sebab badan aku lembik.
tak pejal. if pejal penat dia urut. ni ok.
apa-apa je la dik.
pejal la bagus dpd lembik macam ni.
lems sans sins tahu.

then scrub. tapi agak pelik la.
dia pakai halia. dia kata untuk buang angin. layannn.
then time mandi.
suruh la aku masuk bath up tu.
dah la dia bagi mandi air lemon. pelikkkk.
i want mandi bunga. aura sangat.
tapi dah dia sediakan tu. takkan nak banyak bebel.

so masuk la dalam tu.
dah aku macam menggelupur.
sebabbb??!!1
bath up tu kecik ok.
if baring aku takleh luruskan kaki. kena bengkok or naikkan atas bath up.
tapi apa jadah kan. kata berendam.
bila duduk biasa baru boleh luruskan kaki.
tapi badan lak tak kena. aaaahhh.
dah la aku terbaring sambil kaki bengkok terkeluar daripada air. pfffttt.
pastu takpa. air dia tetiba sikit je.
lebih sikit je dpd half.
dia kata takkan kurang air dia.
tapi memula penuh. ni sikit pulak.
dah half badan aku tak kena air.
dah rupa dugong terdampar tepiran pantai ok. fakkkk. hahahhahaha.

aku yang ketot ni tak muat bath up.
if orang tinggi the how? gilo.
tapi best la tempat dia. dont mind to go again. :)

tapiiiii aku nak mandi bunga.
ni takda bunga puinnn.
aku cakap kat noy. tak seri la mak uolls.
dia kata masa aku siap tu. dia tengok aku berseri je.
ye ke?
so kalau korang datang wedding aku nanti.
if tak berseri tu diam je.
if berseri tu maknanya mak seri lemon la uols.
hahahhahahahahaha.

ok tu je. dah relax kejap.
later nak gi amik dulang.
memangjang tanguh.
tinggal 4 hari je ni. *gulp*

teaser

ok online kejap sebelum kembali sibuk.
tadi ingat nak singgah belikan cat untuk rumah mama.
tapi berderet kereta takda parking. terus balik rumah.
takpa. later try lagi.

hari tu aku beli contact lense.
kata rabun kan. tetibe bersanding pakai spec lawak pulak.
so beli la.
since ada promotion 3 for rm110. beli je la.
so pilih color hijau, grey n chesnut brown.
aku sebenarnya tak suka terang sangat.
nak beli clear rasa rugi pulak. ;p
n no. aku x beli yang besarkan bijik mata ke apa.
tak suka. aku rasa akan nampak scary if mcm tu.
aku la. bayangkan badan besor, mata besor. macam ghupe nak marah orang pulak nanti. hahah.
so beli biasa punya je.

selama ni pakai grey. rasa pelik. noy kata maybe sebab anak mata aku memang light brown.
so bila pakai grey. nampak jadi grey terang. so nampak macam aku ada penyakit mata.
bongok betul.
since hujung minggu ni dah nak kawin. e ehhh.
tetiba type tu pun dup dap dup dap. gilo.
nway, since nak kawin. apa kata try warna brown tu.
kasi adjust ngan mata kan.
aku amik chesnut brown. basically takda beza pun ngan mata aku sekarang.
ok la kan. takda la ketara. cuma contact lense ni urat2 dia lagi lawa la. bercahaya.
mata aku malap. cea malap katanya.

so semalam pakai.
ada satu ni rasa tak selesa.
sakit nak mampuih.
tukar ke mata sebelah lagi pun rasa tak selesa.
bila pandang noy dia jerit. saiko budak tu.
rupanya yang sakit tu. dia stiff. dia macam tak ikut anak mata.
faham tak?
kira mata aku ke kiri or ke kanan. dia tetap stay kat tengah. hahaha. bangang tau.
so semalam ingat nak tukar. sekali kedai tu tutup. takpa jap lagi pergi.
settle urusan di luar.
aku punya target nak siapkan semua hantaran hari ni.
yang baru siap 7 aje. gulp. nak kena buat 18 ye adik-adik.
takpa. kojap je tua. ecewah.

oh last week pergi jumpa hairi.
untuk fitting.
baju aku takda apa sangat.
hari tu dah fitting pun. try sekali ngan kasut je la.
n nak fitting baju dotdot.
wah so lovely.
rasa kelakarrnyaaaaaaaaaa.
sebab kat butik ada cermin besar kan.
yang dotdot kemain siap berjalan la.
siap ajar cara nak posing. tak sukaaaaaaa.
aku keras macam kayu. tak reti laaaaa.
tapi sumpah baju hairi buat super lawa.
aku ni gemuk sama je.
tapi pakai baju tu feelings kuruih. serious ok.
tak tau la if cermin butik tu nak sedapkan hati aku ke apa.
tapi serious sukaaaaaaaaaa. la la la.

tu takpa.
aku ada la beli spanx kan. abis dah semua orang suruh pakai la apa.
so masa fitting tu pakai la.
hairi kata nampak macam time hari tu aku tak pakai lagi ok.
nampak pakai spanx tu macam aku jadi lagi padat. macam lagi berisi. hahaha. gilo.
pelik bebenor. so aku pun konfius sudah.
nak kata naik berat takda pulak.
elok turun 3-4kg. apa la nasib.
pasrah je la memang lems sans sins.


kasut kawin kitew lew. *lempangsss*
nasib selesa. tak tinggi sangat.
tu pun aku freak out ok.
aku tanya hairi dah buat ke? hairi kata dah.
aku kata if belum buat aku nak wedges. hahaha. serams.
tapi hari tu try ok. mintak-mintak tak tergolek ke apa.
if tergolek terus aku coverline menari inang or ketipang payung ok.

cantik kan beads tu.
untuk baju nanti. wah tak sabar nak tengok hasil semua nanti.
gagagaga.
dotdot pun kemain happy.
siap tanya if nak beli suit tu berapa.
aku dah macam, nak buat apa? u nak pergi mana? u ingat u puff daddy nak pakai suit gitu?
hairi pasrah je ok.
dotdot first time jumpa memalu. sepatah haram tak cakap.
haaaa hari tu amik kau.
kemain siap catwalk bagai. overnyaaaaaaaaa.
hairi gelak je tengok dia.

seronok hari tu dok sembang n gossip hangat.
bella takda. aku pun lupa bbm.
hairi call dia tak angkat.
so hari tu bella takda.

eh ok la. nanti cerita lagi.
kang panjang lebar. kerja tak siap.
takleh jadi ni.
ada masa kita update.
takda sepi la ye.
ok biatches. ta-ta.

fuiyoooo.

penat hoihhh. bersusun kerja.
tertangguh sana sini.

semalam uruskan last batch tabita before aku kawin n cuti panjang ni.
siapa yang email ke apa tanya. sorry aku tak reply.
dah takda masa.
plus balas pun setakat nak inform aku cuti sekejap baik tak yah kan.
plus taknak semakkan otak ngan benda lain.
fokus kerja-kerja kawin ni dulu.

buat segala benda tu, after subuh baru tidur.
then around 10pm dah bangun.
call poslaju pick up service. kasi pick up.
legaaa. takyah terkentut-kentut angkut parcel tu semua pergi post office.
elok lepas 10 minutes van tu sampai. wah gila pantas hoih.

time tu family friend aunty mas n anak dia ernie.
jiran aku aunty juwita dah ada.
settle poslaju tu terus buat goodies.
tak lama lepas tu aunty badar n uncle bor pulak sampai.
then kawan mama n papa datang bawak family dia pulak.
campur jonet, adik dia. nysya, huda n ice.
amik kau. nak berjalan pun dah tak boleh.
rumah kecik la katakan. heheh. ;p

tapi berjaya habis 1000 back. weowwww.
syabas. itu pun mama suruh angkut barang tu letak rumah aku.
aku kata aku dah tak larat sangat.
ye la dah la tak cukup tidur.
kerah tenaga. time tu dah 8ish pm kot.
nak lagi drive ulang alik ke apa. tak sanggup la hoih.

ni naik atas.
memang nak tertidur dah pun around 9ish pm tadi.
tetiba bbm bunyi. terkejut terus. rasa nak off h/p
tapi di saat akhir ni tutup hp tak bagus lak.
mana tau ada orang nak contact ke apa kan.
bila dah terjaga tu. tau la otak fikir macam-macam.
so terus takleh tidur balik.
ni depan pc sebab ada kerja sikit nak buat.

saje la bukak pc.
bukak NN yang dah lama tak bukak tu.
berhabuk. tah apesal tetiba nak bukak tah.
tengok statistic teruja uolls.


6000+ UV miahhahaha.
ye la aku lama tak update.
so UV sendu je.
so agaknya aku update kot last week kan.
so semua serbu. maybe la.
tapi gila teruja sebab capai angka 6k.
ok fine. 6k je. tapi lantak aaaahhh. blog aku.
aku teruja kan. suka aku la.
so print screen n nak simpan jadi kenangan. :)

saat akhir yang sangat busy.
so tak dapat nak berupdate selalu.
dan maybe untuk jangka masa lama.
sebab aku kena settle down n relax. hilang penat.
dah selesa kat rumah sendiri nanti.
Insyallah akan kembali n pulun update yea.

oleh itu.
nak ucap thank u untuk semua yang baca blog ni.
walau just a personal blog. n merepekkkk memanjang.
tapi korang sanggup je baca.
n jugak mintak maaf if la ada entry yang bagi orang tersinggung ke apa.
ok not to all. ada some aku memang purposely nak sigung orang tu. bukan singgung tapi kalau boleh sigung plus tamparan berpusing sekali.
eh apesal tetiba dah macam entry mintak maaf hari raya pulak ni.
heheh apa-apa je la ye.
oh n doakan semoga urusan aku di permudahkan.
n semua berjalan lancar. :)

if sempat aku try update lagi sebelum jadi Puan.
selagi masih Cik ni. kita amik feel blog yea.
kalau tak lepas ni entry akan daripada puan peej la ye.
entry pun ala-ala je nanti. wahhhh.

ok ta-ta.
Assalamualaikum

p/s: hahaha gila poyo penutup kan. muslimah sangat. amik aura isteri mithali ni. mih mih mih.

Sexy Saturday #32 - Dance Again


berangan sebelum tidur.

hari yang sangat pack.
tapi better daripada few weeks back la.
sebab mostly banyak benda dah settle.
tak nak fikir apa sangat.

lagi seminggu je weyh nak kawin.
perasaan? entah.
happy ada. sebab eh nak kawin dah ke. macam tak percaya.
rasa scary pun ada. sebab mengenangkan lepas ni dah jadi isteri orang.
takleh nak ikut kepala sendiri sangat.
apa-apa pun kena tanya suami.
ewah mithali sangat. padahal mata pandang atas. tangan di dada.
tapi ye la kan. sebelum ni redah je ikut suka hati.
gaduh lepas tu lain cerita.
sekarang takleh la kan.
nak ke mana kena tanya suami dulu.
kalau dia tak bagi. terpaksa la mak pasrah.
pasrah ye. bukan redha. sebab confirm sentapppzzzz.

scary mengenangkan macam mana la nanti time reception.
aku dah la tak reti benda-benda ni semua.
segan hoih. hahhahaha.
dah la ratu peluh uols.
orang semua kutuk aku. kata if jonet pengapit.
jonet takleh pegang plastik tisu kecik tu. kena bawak kotak tisu. kong ajo.
aku cerita kat jonet. ingat dia nak backing.
sekali dia kata. tak boleh. dia kena bawak kitchen towel tu.
tebal. tak melekat kat muka aku macam tisu2 biasa tu. hahahahha. kong ajooooooo.

anyway. nak cerita lain sebenarnya. tapi melalut banyak.
orang nervous biasa la.
tah apa-apa merepek.
orang beli tabita minggu ni tau la.
nampak sangat tak fokus.
kadang tah apa aku email orang or sms. hahahaha.
bengong n memalukan sungguh la.

ok melalut lagi.
oh semalam before tido aku berangan kejap.
bukan berangan la. terfikir.
bayangkan lepas kawin nanti.
lepas nikah dotdot akan balik rumah dia.
then reception akan balik rumah aku.
lepas tu nanti ke rumah sendiri.
rumah sendiri aku ok la.
tapi terbayang kat rumah parents ni.
all this while. jumpa kejap.
then keluar. then dia balik.

dia ni jenis penyegan.
jarang nak lepak dalam rumah pun.
suka duduk area garden je.
minggu lepas lagi la.
kita orang ke jalan TAR. naik lrt.
daripada rumah ke lrt menapak. then dpd masjid jamek ke semua house menapak.
pergi n balik. boleh tahan letih la kan.
balik tu dia tertidur.
aku suruh masuk tidur. dia taknak. dia tidur kat garden tu sambil duduk ok!!! T____T
dah la hari tu ramai datang. sedara mara, kawan-kawan mama papa. kawan2 aku.
dah la orang kata aku kejam. aku bergaduh ngan dia la.
masalahnya tak. aku kejut suruh tidur dalam dia taknak.
plus orang ngantuk. kau suruh buat apa pun taknak.
so tidur la dia kat luar tu. elok sangat la rupa tu.

so semalam aku terbayang.
macam mana la agaknya nanti rumah ni bertambah sorang lagi.
macam sekarang. aku kan kongsi bilik ngan noy.
maknanya lepas ni if balik sini.
aku takleh tidur ngan noy lagi la kan. sobs.
sebab ada laki.
tah memikirkan situasi tu rasa lawak.
segan pun ye. hahha bengong aku ni. segan apa tah.
nak adjust tu kot. ;p
tak boleh ke aku tidur ngan noy. dia tidur kat hall?
matiklah derhaka kena panah petir. hahahhaa.

aku ni jenis jarang dating ke sana kemari.
pergi majlis sesama ke apa.
so tak dapat bayangkan macam mana la lepas ni if berdua.
nak balik kampung ada dia. if dia cuti la.
n nak travel ada dia. gagagaggagaga.

hope semua ok la.
takda aku terpanjat maimon sangat. heheh.
banyak jugak aku bebel kan.
ok la. lain kali kita bebel lagi.
nak buat kerja yang banyak.

Expose Mistik : Penjuru

Ada sorang budak ni..empat beradik, and dia anak ketiga. Atas dia ada 2 orang abang yang sangat buas al-syaitoonnn perangainye..maka adik dia yang anak nombor 3 ni pun jadi brutal ala2 tomboy gituu..nama dia Ina..
Masa umor enam tahun...
Biasa la budak- budak nak membesar, aktif, petah bercakap,
Tak kenal apa itu takut.. Sampaikan katak pun boleh buat main u olsss..
Semua benda dia redah..cakap je pokok ape yang dia tak panjat (alamak, macam beruk pulak..matikla..kahh). Kalau hujan toksah cakap la, dibuatnye macam shower pulak. mujur la tak bawak sabun syampoo kat tengah2 hujan tu..
Ina budak yang berdikari, walopun umor baru enam tahun, tapi semua benda dia buat tak payah nak berteman.. Nak ke jamban tengah-tengah malam kee..nak ke dapur gelap-gelap ke..no hal..


Satu hari, Ina sefamili balik kampung arwah opah kat Kuala Kangsar. Rumah arwah opah ni cantik, classic design dia..cuma catnya dah pudar..Design tradisional rumah Perak ala2 rumah dalam cerita "Jangan Pandang Belakang". Rumah atas tiang yang bawah dia boleh park kereta. Rumah yang luas tu hanya ada dua bilik je... Masterbedroom bilik arwah opah bersebelah dengan dapur. Ntah kenapa, bilik tu jarang ada orang lain masuk kecuali arwah opah. Sepupu yang lain pun kalau balik kampung tak sebok nak jenguk2 bilik tu, padahal bilik tu tak ada pintu pun, just langsir je untuk cover.. Dan untuk ke dapur pulak ada pintu sebab malam bila nak tidur, pintu dapur tu akan ditutup, nak elak nyamuk masuk, mama kata.

Petang tu Ina meredah kampung jalan sana sini dengan abang-abang dia. Rumah takde orang pun diorang masuk.. Ni abangS punya idea la, konon nak takutkan Ina. Tapi Ina ni pedulik hape. Dia bukan tau hantu tu apa..momok tu hape.. Dia ikuttt je abangS dia masuk jalan-jalan kampung.

Malam pun menjelma....... Masing-masing dah penat. Borak-borak lebih kurang then masing-masing membuta. Ina tidur sebelah mamanye.. Tengah sedap-sedap membuta tetiba dia terjaga sebab sejukkk sangat.. Rumah kampung kan, fully papan pulak tu.. Rase macam duk bilik ber-aircond! Ina tarik selimut nak sambung tidur balik, tapi tetiba lak rase nak terkuncit.. Mengomel la budak ni sensorang sebab kena bangun ke toilet. Toilet rumah arwah opah kat bawah. Kalau nak ke toilet kena melalui dapur. Ina nak kejut mama suruh teman sebab nak turun bawah tangga dia agak curam, tapi tak sampai hati lak nak kejut mama tengah nyenyak membuta.. Last-last dia bangun sendiri berjalan menuju ke pintu dapur tu.. Kan ke bilik arwah opah tu sebelah dapur, Ina akan melalui depan bilik arwah opah.

Masa melalui pintu bilik tu, tetiba langsir yang jadi pintu bilik tu macam ditiup dengan angin, padahal mana ada kipas kat situ! Kejadah lak nak letak kipas depan pintu dapur kan? Disebabkan Ina ni blurr + mengantuk + tengah usaha nak tahan kuncit Ina jalan je macam biasa sampai laaa ke pintu dapur. Then.. Ina bukak je pintu tu....................................




direct dia TERPANDANG..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MAKHLUK SYAITONNNNIROJIM BERMATA MERAH di penjuru kanan dapur! Rambut kusut panjanggggg (read:  iklan beras faiza basmathi tu...)..

Berdesup pundi kuncit, tetiba rasa nak kuncit tu hilang serta merta! Ina tergamam sebab benda tu duk ushaaa baikkk punya. Slowmosen Ina tutup pintu tu balik, jalan cepat cepat ke tempat tidur balik..selubung dengan selimut then peluk mama..

Esok paginya, mama kejut Ina sambil bebel2.. Apehe kamu tido depan lemari ni? Dah xde koje ke, tempat lain nak dibuat tido??? Haaaa kau.. Ina sedar2 rupanya dia ada kat depan almari lama! Terkebil kebil Ina..heran! Tapi bila arwah opah pandang Ina.. Dia senyum je................



SoalJawab:

1. Spesis apekah hantu tersebut? Hantu raye kot..tapi masa kejadian bukan hari raye ye..
2. Hantu mmg tak reti sikat rambut eh? Kang kalo sikat lawa kang dah jadi macam si penjaga hensem tu pulak..kahh.. Lagi matik macam tu..
3. Seram ke kisah ni? Cousin haku cakap tak seram pun..cittt..kalo kena kat diri sendiri tau la kot.
4. Siapa Ina? Kihkih.. haku la yang 1st time nak taip pepjg gini...


Penutup? Hahahaha..... Susahhh..susahhh.. ��

T.A.M.A.T

Sent from my iPad2


by Azrina.




curi masa

curi masa sikit.
so mari update.
untuk yang order tabita. aku dah send email payment ye.
so sila check email memasing.
kalau sepi je. aku bukak orffer ke orang lain.
ramai tunggu n boleh bayar a.s.a.p.

tadi bangun takda la awal mana.
happy gak la rasa puas tido.
tapi tu pun bangun sebab bbm bunyi.
tunggu after kahwin. tidur je lepas tu aku nak set on silent je.
aman sikit. kalau tak memanjang terganggu.

duduk kejap.
then tolong mama masak.
tapi aku baru minum herbalife shake.
so takleh la join dorang lunch. :/
kelaparan. semalam petang makan 2 box takotao je.
then few sushi la. then tak dinner.
herbalife pun tak minum. elok lak tak lapar.
tu orang kata if busy ni. makan pun leh lupa kan.
bangun ni lapar. since tak siap masak.
tu yang aku minum herbalife tu. kasi perut kenyang. :D
lepas tu tengok masakan mama. terus rasa macam sedappppnyaaa. nak makan.
tapi takpa. later kita makan ye.

then ni dok uruskan email pasal payment ke apa.
siapa yang order. nanti aku uruskan.
sebab untuk bulan ni dah penuh ye.
kena tunggu may nanti baru aku bukak.
tu nanti aku inform kat blog.
tak pun blog baru khas untuk tabita nanti.

hari ni takda apa sangat.
plan nak cat tembok rumah.
ye la mama sampai sempat ngandu kat blog dia. hover kan.
so aku kata hari ni buatlah.
asyik tangguh kan.
tapi cat tak beli lagi.
n barang cat kat rumah aku. malas bebenor rasa nak drive amik.
nak beli membazir pulak kan.

harap settle by petang semua kerja.
malam nak concentrate buat hantaran.
nak amik dulang kat rumah kawan.
sewa kat dia. :)

oh pasal entry bawah ni.
kan ada tanya apesal amik darah banyak sangat.
korang kan amik sikit hujung jari.
sekarang dah lain.
yang hiv mmg setitik je.
yang banyak sampai suku to half tiub tu untuk talesemia ke apa tu.
sebab tu amik banyak sampai rasa nak pitam.
haha gila kecoh. padahal orang derma darah relax je kan.

oh satu lagi lupa cerita.
kan yang dotdot ngamuk tu kan.
sampai semua kelam kabut.
aku tanya dia.
apa yang dia cakap.

dia kata. dia cakap apesal lama sangat. orang ada urusan lain. nak meeting pun tunggu la pesakit dah takda. ni ramai lagi. saya petang ni ada flight (nampak sangat nipuuuu). tu bakal isteri saya tu. tak makan apa lagi pagi ni. dia tu kalau tak makan kuat marah. ni saya yang tanya ni. if dia yang datang abis nanti. dia tak boleh tak makan.

hahahahhahahaha. bodoh tauuuu.
tapi memang betul pun. ;p
mesti nurse tu tengok rasa macam tah apa-apa je.
sebab rupa takda orang tak cukup makan pun kan.
tapi ye laaaaaaaaaa. tembam macam ni la memerlukan banyak makanan ok.
lapar bebenor silap-silap orang pun aku boleh makan. heheheh.

eh kejap.
sebelum stop.
aku buat checklist sini.
kang lupa. atleast boleh ingat.
aku ni ada dah organizer. tulis je lebih. bukak tak pernah. hampeh.

- confirm nak hand bouquet macam mana
- hantar sampin jahit tepi
- beli kasut nikah
- buat appointment spa. ikut aku memang malas. tapi noy n mama paksa. kak yan lagi over. suruh tanggas. wtf!!!! tak sukaaa. scary bebenor.
- color roots. tak pun tukar warna rambut terus. tengok budget.
- threading misai yang ala datuk k ni. n kening.
- ajak dotdot beli singlet, socks n kasut for him.
- beli perfume set yang lain for hantaran. ye aku memang tamak haloba.
- kemas rumah aku. vacuum, mop.
- bawang bawak barang aku some ke sana dah.

lagi apa eyh?
macam ada lagi nak buat ni. takleh ingat la.
takpa. ingat kita update yea.

so yang datang wedding aku.
korang dah beli ke hadiah untuk kitewwww?
hahaha ayat mintak lempang. ;p

selamat bersiaran

rasa lama tak bersiaran kat sini.
sepi je kan.
al maklum busy bebenor.
everyday pack gila jadual.
wah jadual katanyer. poyo nak mampuih.

tapi today rasa tenang sikit.
so boleh la mengadap pc.
tu pun takda la lama mana.
nak blog hop pun tak sempat.

Alhamdulillah mostly dah settle la.
tinggal sikit-sikit je.
hantaran dah siap quite a few.
takpa slow-slow.
tak jadi pakai fresh flower.
sebab nak bunga murah kena pergi chowkit or petaling street.
ngan nak bersih 3.0 bagai. bila masa nak pergi tu kan.
so takpa la. settle with artificial flower je.

goodies bag plan this saturday nak buat.
kasi rewang sikit.
ajak few close friend tolong.
tak tau la boleh siap ke tak 1000 tu. miahahaha.

borang semua dah settle.
gila last minute kan.
ye la. semua pasal HIV tu la yang amik masa sebulan nak siap.
HIV test tu pun satu hal.
aku ada snap pic konon nak buat entry.
tapi malas bebenor nak transfer bagai pic tu.

kiwok ok.
aku bangun pagi.
sekali call rupanya after 2pm baru boleh buat.
so sambung tidur.
bangun around 12ish.
pergi sana, sampai around 2ish la.

buat pendaftaran bla bla bla.
pukul 3.00pm baru dorang panggil.
ada 4 couple je. so total 8 orang.
ada la orang lain. tu pesakit lain. so tak kira.
sebab test HIV ni separate room n nurse semua yea.

panggil masuk bilik. dia bagi taklimat pasal HIV n talesimia ke apa la macam tu.
dalam 10-15 minit la.
then panggil buat HIV test tu.
by the time giliran aku. dah kul 3.40pm.
dotdot dah tidur dah time tu kat kerusi.
sebelum masuk aku kejut dia. takut kang kena panggil dia tak sedarkan diri pulak.
then buat.

dah la aku ni lelengan tombam. tak jumpa urat bagai.
siap ikat lengan aku. gemgam tangan la apa. dia amik.
banyak gila jugak la.
rasa pening n pitam aku. sakit tu aku leh terima. tapi tgk darah kot. entah.
yang pasti seminggu tangan aku lebam horror ok tempat amik darah tu.

then settle tu.
tunggu. sebab dorang nak kena ada doktor sign borang tu.
tunggu...punya tunggu...punya tunggu.
then nampak nurse mundar mandir kat bilik ni.
bilik tu penuh orang la. dalam 5-6 doktor n few nurse. yang pangkat besar ni la.
rupanya doktor meeting ok!!!!!!!!!
pastu dengar nurse cakap, " doktor meeting. borang tak sign ni."
kawan dia suruh panggil...dia jawab, " eh tengah meeting, mana boleh kacau"

aku tengok couple lain banyak dah terlentok ok. tidur pun ada.
aku dah bebel bagai.
oh jangan tak tau. aku datang tu tak makan apa.
me n dotdot makan sekeping roti letak sandwich sardin kasi lipat.
alas perut katanyer.
matiklah berjam rupanya.......
tang sangka lama gilaaaaa. sebab orang kata kejap.
plus dah buat appointment kot. so harus la pantas kan.
so kau tau la if lapar amarah tu macam mana kan.

time tu aku dah bengang gila la.
ada few pesakit tunggu giliran jumpa doktor gak.
pakcik n makcik tua. kesian ok.
yang nurse semua dah takda kerja sembang bagai suka ria.
paling tak tahan yang aku perati la.
nurse kemain berlambak sana. tak tau apa motif.
kat kaunter pendaftaran untuk set appointment n bila sampai masa. check betul tak kau ada appointment.
ada 2 buku la kot. 4 orang jaga ok. 4 orang!
apa sangat kerja kau?
bagi buku. suruh orang isi nama n no phone je pun. T______T
banyak sembang daripada kerja.

time tu dah kul 4ish.
almost sejam dah tunggu.
wtf meeting lelama.
n takleh ke meeting time abis kerja.
pesakit ramai lagi kot.

aku dah berapa kali rasa nak mengamuk.
tapi tahan jeeeeee. kang nampak macam aku tak siuman pulak kan.
so amarah dalam tweeter je.
sambil mulut bebel kat dotdot.
dotdot dah ala-ala nak tidur lagi.

around 4.20pm tetiba nurse cakap kat kita orang.
pergi la keluar minum dulu ke apa.
doktor meeting. tak boleh nak sign borang.
nanti karang datang amik borang ni.
ada la 2 couple pergi.

bodoh. taknak.
orang lapar.
dah la area tu dah takda kena makan ke apa.
if makan nak kena gi jauh.
orang nanti balik kerja. jalan jam.
kang aku datang balik. kau dah tutup.
mesti takleh amik nanti. arghhhh.

aku merengek tepi telinga dotdot, " wuwuwuwu...i laparrrr. rasa nak nangis. lapar sangat. lamanya kena tunggu. bodoh la tempat ni."
banyak lagi la.
agaknya dia pun panas
tau-tau aku nampak dia bangun n pergi kat kaunter segala nurse tu berkumpul.
ada la dekat 8-10 orang kot situ.
tak dengar sangat dia kata apa.
sebab jauh. n tak pandang. ;p
aku terkejut lalu bebuat main phone. heheheheh.

nampak tangan dia angkat-angkat.
tunjuk bilik meeting la apa.
suara agak tegas. tapi takda la memaki ke apa.

tau-tau nampak sorang nurse kelam kabut ketuk pintu bilik tu. (pintu terbukak btw)
then tau tak sampai seminit. doktor keluar ngan semua borang.
buduhhhhh. boleh pun buat. bukan payah pun.
terus boleh gerak.
ye by the time aku gerak tu. dah kul 4.45pm ok!!!!1
babi lama. untuk satu benda tu je. arghhh.
suruh orang pakai kerajaan punya klinik. tapi tengok lembab macam mana kau kerja.
masa aku tweet ada orang kerajaan sentap.
sebab aku sesuka hati label semua orang kerajaan sama.

siapa suruh kau terasa.
mostly memang macam tu kan?
mmg kenyataan klinik tu macam tu.
tapi ada some aku suka.
if aku suka aku puji.
bagi aku imegresen ok. cepat dan pantas. sangat systematic.
lain aku tak deal sangat. so tak tau.
hari tu JPN ok la. takda masalah.
tapi if dia bukak semua kaunter lagi bagus la.
ni let say out of 10. 4 je bukak kot. so macam mana itu?
oh n JAWI pun ok. aku rasa orang situ sweet, friendly n ok la. pantas je. :)

nway semalam jumpa imam kariah aku.
so settle part itu.
tadi ke JAWI. so now dah dapat surat kebenaran bernikah.
weeeeeeeee. alangkah leganya hati ini.
lepas keluar rasa nak menari goyang buntuit.
tanya dotdot boleh tak buat macam tu.
dia tak bagi. dia kata nanti ustax tu panggil balik masuk tak kasi kawin. miahahhaa.

so rasa dah takda apa sangat la kot. kot.
harapnya la.
rumah pun dah pindah barang. yang besar-besar la.
perabot la. barang keperluan tak beli lagi.
takda masa. plus tunggu masuk kot. takut pulak nak letak barang tapi tak duduk lagi sana.
ye aku memang paranoid lebih.
so merasa la mengadap muka memasing je pindah nanti.
takda apa benda. ;p
ok la tu kan. boleh main lari lari. wah larat ke lari. haha. confirm kena tangkap. eh.

rumah kena kemas. nanti orang nak guna.
kelmarin pergi rasa berpasir sangat.
walau dah mop seround.
tapi tau la kan. if rumah renovate ni. 2 minggu pun tak hilang rasa pasir tu.
ok nanti senang pergi mop n kemas lagi. :)

itu je kot.
tak tau mau cerita apa lagi.
nanti senang sambung.
bye.

oh jari manis mu.

kan hari tu aku siapkan rumah.
settlekan cat n basuh tu kan.

sampai je aku buat pintu belakang. kasi buat 2nd layer tu. baru ok cat tu.
ayol pulak cat bahagian porch.
dotdot aku suruh dia touch up bilik tengah.
bilik tengah tu memula aku cat warna terang.
baru 2 dinding. cat habis.
so terpaksa la lagi 2 dinding pakai cat gelap.
deko bersama eric sangat. *tangan di dada, mata pandang atas*
so bila dah cat lain-lain tu.
of coz kat border tu susah nak buat.
takleh pakai roller. kena pakai berus.
aku buat halfway je. sebab aku ketot.
so belah atas tinggal.
so aku suruh la dotdot habiskan that day.

settle pintu depan.
aku join ayol cat depan. ramai buat cepat la siap kan.
tengah syok ngecat.
dotdot keluar kata tangan dia kena paku katil.
dalam bilik tu ada katil. penyewa lama tinggalkan.
mama suruh pakai katanya elok.
well aku penggeli. so aku suruh buang tilam tu.
then rupanya katil dia pun ada satu platform tu patah.
so buat apa simpan. aku kata buang je la.
tapi nak bukak kena pakai skru. so biarkan dulu.
so masa nak cat tu. dotdot agaknya nak alihkan katil.
maka terkena paku.

masa dia keluar tu.
dia kata kena paku. aku tengok celah mata je.
alah sikit la.
drama lebih dia tu. bising dia tu terlampau.
then dia mengadu kat ayol tu.
sambil dia jalan. aku tengok darah menitik kat porch tu. banyak lak tu.

then bila tengok baju dia dah penuh darah.
seluar pun.
tapi aku suruh cuci je. n pakai plaster.
ye la tengah mengecat kosser nak klinik bagai.
dah la area tu takda klinik.
kena ke taman sebelah. kosser.
tahan la. apa sangat la paku kan. kaki pun pernah patah kan.
ye aku memang kejam. miahahaha.

so biarkan dia berdrama tepi paip.
aku continue cat ngan ayol n p.g
time tu p.g pun dah sampai.
aku ada la stop n nak tolong dia pakaikan plaster.
tapi darah tak stop mencurah walau dah 10-15 minit.
masa nak pasang plaster tu. kuyup ok. takut lalu lari lintang pukang.
then dah lama tu. ayol yang tolong pasangkan plaster. ;p
mak ngeri uols. tak sanggup.

then dia ok sikit.
tapi ada la drama lite lite.
dia kata tetiba dia rasa pening n pitam la.
aku dah macam. ala ngada la. memang sebelum kena tadi u kata pening la.
dia kata dia pening sebab kehilangan darah.
eee drama gila.

tapi still ok la.
dalam cedera tu.
dia layan jugak la basuh lantai, tarik air, mop semua la. *hugs*.
then abis situ la. aku anggap nothing serious la.

then tadi jumpa.
patut nak fitting ngan hairi. tapi tunda ke minggu depan. so lepak makan je.
balik rumah dia bukak la balutan dia.
dia pergi klinik malam tu. amik injection n ubat.
doktor pun tak percaya dia kena paku.
tau kenapa?

tadi dia bukak.
hamagadddddddddddddddddd ngeri.
patut la dia drama.
jari dia dah senget uols.
kena dua tempat.
salah satu tu kan isi dah takda. jari senget.
besar gak la. besar bontot pen gitu. aku dah rasa nak pengsan.
ke besar lagi. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *lari lajulaju tangan ke atas huru hara*

aku dah bebel.
aku kata aku n p.g boleh cat satu bilik tu Alhamdulillah takda apa.
dia baru sikit tu dah cedera begitu.
cuai betul la dia tu. haih. tapi benda dah nak jadi.
geram aku. ye la. dah la kena tu jari manis.
pastu tangan kanan.
nice sangat kan. nak sarung cincin.
nak akad nikah nanti.
ngeri ok nampak isi. mesti amik masa nak heal. hmphhh.
tggl 2 minggu je. T_____T

yang dia drama ok masa kena tu.
aku kat luar cat.
tapi tingkap bukak aku dengar la dia ngadu kat p.g
dia kata rumah ni makan darah. sebab tu darah dia tak stop.
pastu dia mula la baca itu ini kuat-kuat.
aku hangin je. cakap merepek kan.
lepas tu dia tau aku hangin..tiba-tiba, ' tapi u jangan risau sayang. dia dah makan darah i. dia takkan apa-apa kan u'.
bagus la tu cakap ngan aku macam tu kan.
aku dah la sekarang penakut. tak sukaaaaaaaaa!!!!
dia yang careless, lagi nak salahkan rumah.

oh tadi bukak tu.
noy suruh sapu minyak gamat.
bagi senang heal katanya.
aku bukan reti semua tu.
lepas tu noy suruh aku buat.
memang tak la weyh. pandang pun aku tak sanggup. mengigil ngeri.
noy memang dah biasa. dia suka benda-benda tu semua.
siap cakap, " minyak gamat bagus. selalu saya ubatkan kucing. ni saya ubatkan abang. tengok berkesan ke tak. kat kucing berkesan".
ye adik aku gila.
so dia la yang buat tadi. aku tengok tak tengok. ngeri la.
yang kelakar. lepas balut semua. jari tu jadi besar gila kot balutan tu.
dah nak besar macam ibu jari kaki. hahahhahahaa. bungok.

so kesimpulannya apa.
adakah sempat heal sebelum kawin?
atau terpaksa pakaikan kat jari lain.
or pakai kat jari manis tapi tangan kiri. T____T
my aunty ada suruh beli satu cream ni kat farmasi.
katanya cepat heal n cepat cantum nanti kulit.
tapi baru beberapa jam lepas. aku dah lupa pun nama cream tu. nice.
eeeee. otak ni dah penuh la memory dia.
takleh masuk apa dah.

hai lah dotdot.
sibuk pesan aku supaya hati-hati kerana darah manis.
last-last dia yang macam tu.
risau aku la.

Expose Mistik : mistik di berjaya hills,bukit tinggi

salam..

aku xpandai nk cite.. tp aku nk share benda ni kt ko..sbb aku tgk cite mistik kt blog ko ni mmg best gak... yg lg best, ni bukan cite je aku nk bg... tp aku bg ko gamba skali..  sbnanya masa mula2 aku tgk gmba ni, aku sendiri x pecaya.. tp lepas org yg pandai tentang benda ni cnfirmkan.. ok..aku trasa mmg ni bukan org biasa.. aku nk ckp camne pn xtau la.. ko tgk n ko tafsirkan sendri.. pic ni membe aku amek kt berjaya hills, bukit tinggi, pahang... utk pengetahuan ko gak la.. masa pic ni di amek, memang member aku ni je yg ade.. cnfirm lg sahkan.. mmg xde buat edit ape2,sbb dari camera trus upload..agk2 la, klau trick kamera pn,ade ke gamba yg superimpose bole jadik cmni? nthla.. aku sendiri xtau..tp berdasarkan pd cite bdk reception kt situ.. mmg ade bilik yg keras dan x de bg sape2 pn duduk bilik tu.. tp,aku rasa aku da duduk kot sebelah bilik tu.. sbb mlm aku duk situ, ade mcm2 bunyi pelik dgr.. tgk jam,2pagi kot.. soknya,tny kt bdk tu,sape duduk kt sebelah bilik kteorg.. dia kta xde org.. bole x jawab cmtu? pastu siap tnya lagik.. kenape? adoii.. tmpat ni mmg superb cantik.. tapi...hasihh, brape byk tp daaa...
ko tgk je la peej..



- cahaya putri -

tolong la settle cepat.

ok sebelum bebel panjang.
aku bagi tau dulu. ok slot this week dah ok.
aku dah email tadi yang ada dalam waiting list.
kesian korang tunggu 2 weeks.
jadi sila check email memasing ye.
kalau sepi. aku bukak kat orang lain.
aku takda masa nak tunggu je.
kalau boleh mau kasi settle cepat.
bukan ayat macam best nak kata 'takda masa nak tunggu'.
tapi serious aku takda masa nak mengadap pc pun. serious!
ni baru dapat berinternet.
bayangkan bila check email.
last aku reply was 3 days back.
yes! im that busy.

aku offer diri nak buat hantaran belah laki kan.
merasa barang pun aku tak beli lagi. hahaha.
tah bila nak beli. die die die.
nak ke jalan tar cari sampin bagai pun tak pergi lagi.
barang hantaran ada few tak beli lagi.
yeeee. cincin pun tak beli lagi.
dah la jari gergasi.
aku rasa nanti redah je mana-mana kedai emas.
tanya ada tak size gergasi ini n budget sekian.
ada kita beli je. takda masa nak cincin idaman hati bagai. mih mih mih.

kat bbm aku buat countdown. bila ingat kasi update.
bila baca tinggal 16 hari. telan air liur.
rasa banyak dah settle. tapi apesal rasa kelam kabut lagi je ni. heheh.
aku so far dah post la kad ke semua yang bagi address.
papa tak abis lagi ok. nice.
tapi rasanya yang tinggal pun yang untuk sedara mara.
but mostly dah tau pun via sms and all.

aku masih busy menguruskan hal rumah.
akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaa. settle cat semua.
tu pun dotdot sibuk nak cat belakang rumah. aku kata tak payah.
tu bebila boleh buat.
gate n grill pun tak cat lagi.
ala nanti aku ada banyak masa lapang boleh buat.
tak kisah.

semalam last la buat.
sebab public holiday kan.
ikutkan malam isnin papa suruh settlekan semua. cuci rumah semua.
padahal seharian uruskan hal borang kawin ngan hiv test semua.
oh ye. jangan tak tau. tinggal nak dekat 2 weeks ni.
benda tu pun tak settle lagi. gagaggaa.
harap di permudahkanNya. takda masalah.
tinggal nak jumpa imam masjid rumah aku ni.
then hantar ke JAWI je. fuuhhh.
so buat benda tu. balik pun dah almost maghrib.
papa nak ajak cuci rumah. sobs. penat rasa nak nangis.
last after maghrib aku tertidur. bangun at 9pm.
turun nak pergi cuci rumah. tengok papa dah keluar.
so cancel. wah lega.. dapat rehat sikit.

so tadi la settle abis.
siap cuci semua.
then bawak barang sikit-sikit.
pasang langsir n all.
pergi around 1ish pm. balik tadi around 10pm. nice eyh.
paling best. busy n penat sangat.
tak sedar aku tak makan apa seharian.
sebelum gerak around 12pm tu je aku minum herbalide shake tu.
then sampai ke malam tak makan apa.
dah settle kerja baru rasa lapar tu. n rasa nak marah. hahaha.

plan sabtu ni nak panggil lori n pindah barang.
penat jugak bila memikirkan tu.
benda lain aku tak beli lagi.
tah bila nak pergi.
ada yang pindah rumah kosong nanti. terkelip-kelip je mata, aku pangdang dotdot. dia pandang aku.

hari ni pun banyak urusan.
bersusun weyh.
siang relax sikit. tak relax pun. mesti kena mengadap kerja kat pc.
then petang urusan lagi.
malam pulak jumpa hairi for fitting.

barang for goodies dah sampai.
pun tak buat lagi tu.
aaaaaaaaaaaaaaa... *lari laju laju tangan ke atas huru hara*

ish penatnya.
mata pun dah kuyu je ni.
tadi buat kerja peluh sampai lencun la baju.
muka aku ni basah macam kena simbah air.
no bukan over ok. tapi memang melampau la.
dotdot lagi macam harem, " macam mandi sayang. sihat bakal isteri i ni"
hahhahaa kong ajooooo.

aku rasa sekarang aku ni payah nak ingat la.
memang kena guna planner.
tapi macam memanjang lupa nak tulis.
tak silap aktiviti aku ni setiap hari penuh sampai ahad.
tapi takleh ingat lak jumaat ni apa aku kena buat. hmphhhh.
ahad pun.
eh ahad dah ingat. nak ajak dotdot carik barang hantaran.
n pergi jalan tar kot beli barang yang kena carik situ. nyampahs.
aku benciiii gila jalan tar. like seriously.
tapi situ pun la nak carik sampin tak berapa nak cekik darah kan.
tak kerana sampin. kosser la aku nak pergi.
ke sesiapa tau mana ada jual sampin best and tak mahal dekat area KL ni.
yang tak perlu aku redah tempat sesak?

hmmm.
tetiba type ni aku terfikir.
daripada aku kelam kabut memikirkan hantaran belah laki yang aku kena buat last minute.
aku rasa ada yang aku guna artificial flowers je ni.
sebab kalau pakai fresh. harus last minute kan.
tengok la macam mana.

eh kena bayar bil telefon la.
memanjang lupa. siang kang confirm kena bar. T____T

ok la. mak nak bergolek rehatkan badan.
ada masa update lagi.
tapi rasanya macam masa itu emas je.
eh kalau bebetul emas best kan. hmmmm *berangan*

ok bye-bye :)

tabita update

ramai email aku tanya.
sorry tak dapat nak reply one by one.
takda masa.

aku tak dapat nak confirmkan lagi ngan korang.
sebab agen aku still takda stock. arghhhh.
memula kata boleh post monday.
so if boleh then aku boleh la proceed ngan payment kan.
sekali ahad malam aku tanya. confirm ke tak post esok.
dia kata takleh.
dia kata rabu baru boleh post.

so ok la.
aku ingat isnin nak bagi bank details.
tapi rasa tak best je.
so tunggu dulu.
so tadi aku tanya untuk confirm.
aku tanya boleh tak courier esok.
dia kata esok baru dia boleh check.
e ehhhh. check? abis tu bila.
orang dah ramai tanya kan.

nasib aku tak suruh bank in lagi.
aku bukan apa. aku if tak confirm taknak la amik duit korang.
sebab nanti korang akan rasa lamaaaaaa nya aku dah buat payment.
tapi barang tak dapat-dapat kan.
so tak best la kan.
unless if dia dah confirm n dah courier.
then tetiba courier yang lembab.
courier ni pun kadang tak tentu timing.

tapi jangan risau.
nama korang still secure. ada je dalam buku.
takda aku remove ke apa.
unless korang memang tak sabar.
n beli kat tempat lain. n sendiri kata cancel.
gitu.
if ada some of u rasa macam lambat sangat ke apa.
aku faham. so boleh je beli kat tempat lain. :)


so sabar ye.
once dapat green light memang aku akan terus email.
jangan risau.
wah matiklah kata jangan risau kan.
padahal aku pun risau.
sebab ramai yang dah nak habis set dorang.
aku pulak next week last.
pastu cuti kawin.

oh untuk yang email baru masuk order pun sabar ye.
nanti aku reply email korang.
maaf la aku busy terlampau la.
dapat online pun kejap-kejap je ni.
sorry sangat ye.

rasa tak leh handle sangat.
kena suruh noy layan.
tapi dia tu minah garang.
sbb tu la busy kemain pun kalau boleh biar aku yang handle emails. hahah.

ok sekian update.
thanks.

nura's & ajim wedding.

last 31st march.
dpt wedding invitation to nura's wedding.
nura ni kawan masa zaman bbgs.
harus la excited mau pergi.
so aku dah cakap aku tak nak cat for the day.
sebab last time masa attend wedding kat zebra square tu.
kan aku cat siang tu. memang penat melampau la.
so taknak cat lagi.

pun akak kelam kabut hari tu.
tak silap siang tu aku lari ke post office. post barang.
then aku singgah jj wangsa maju belikan wedding pressie or nura.
then konon nak balik siap n pergi saloon buat rambut.
tak sempat pun.
sebab dah la sabtu tu jalan jam sana sini. tak kosser.
so rambut horror jawapannya kira sanggul sudeyh.
tu pun memula lawa la. lepas tu panas berpeluh. aku ikat siput terus.
puas hati. heheh. selesaaaaaaa.

wedding kat kgpa.
pedd ada la kata nak datang amik aku.
tapi gila tak munasabah.
dia kat damansara. aku kat kl.
takkan nak patah balik.
plus sekarang mak dah reti bergerak sendiri.
so ok je sorang pun. ;p

so ke sana. nasib tak sesat.
sebab dah biasa area sana kan.
first time attend wedding kat sana.
so tak tau selok belok.
memula ingat salah sebab gelap n sepi je.
n yakin je aku parking.
rupanya boleh tahan jauh.
aku parking at the other side of the building. mihahahaha.
nasib hari tu malas nak pakai heels.
pakai kasut simple je. takpa menapak kita.



memula sampai ada azura je.
kawan bbgs jugak but different class la.
so lepak sembang kejap.
later pedd join.
so kembali ke table sepatutnya.
then farrina n syima pulak sampai.
nice.
tak ramai. ada few friends je.
but still seronok je if dah sama tu.
ada je benda lawak.


ye aku berat bontot.
malas nak bangun.
so aku snap dpd seat je.
merasa pic gegar n tak nampak apa. heheh.
kena beli camera canggih ni.
rightttt. ngan duit berkepuk keluar nak masuk rumah.
simpan je la hasrat nak beli segala gadgets.
harap nanti dah settle semua merasa. :)



:: pedd, me n syima. cahaya keimanan sangat. *tangan didada mata pandang atas* ::

:: again but with fa. boy bf syima suruh fa lindung cahaya. nice. so takda keimanan sangat. heheh ::

:: boy yang baik hati tolong amikkan. time ni dorang nak buat ambo-ambo tu. johor tradition yang baling gula-gula n coins tu. kesian boy siap kena baling coins tepat di muka. heheh. ada few lagi pics dia amik. tapi aku malas tepek. hahaha  boleh ke macam tu? ::

:: pedd the wed singer ::

:: makanan malam tu super sedappppp ok. like seriously. puas hati la makan. ayam masak merah dia pedas. daging kicap ke apa tu pun pedas. aku sukaaaaaaa::

wedding aku tak tau la macam mana.
sebab dah pesan berkali kat wed planner tu.
pesan kat caterer kata taknak gula at all.
dia kata ok.
plus katanya tukang masak orang nogori.
ok la. suka. nogori sedap kot.
kalau masak nogori tapi ada gula memang fail la kau kan.
harap everything will turn out all right.

:: gambr gegar. miahhaha. oh tema malam tu english garden wedding. tapi mak mana reti nak english sangat. si back to basic je :D  ::

:: us with the bride n groom. notice. rambut sudah siput n serabut. jiwa kacau namanya tu. hahah tetiba ::



:: penjahat-penjahat. kalau amik pic mesti taknak kalah dorang ni. sapa dah baca blog aku lama tau la kan. if lepak ngan budak bbgs. ni je la pun muka-mukanya. antara close friend aku :)  ::

lepas tu pedd amik camera from aku n candid sana sini.
walaupun pic gegar.
hamagad nampak kejahatan masing-masing.
aku paling over la pic semua macam kak nam overdose ok.
tak siukerrrr.



:: haaaaa. amik kauuuu! tah apa cuba aku lakukan tah. syima siap ternganga tu kenapa? hahaha. ::

:: farrina stress la tu kena pandang camera. dia tu macam noy. 24/7 nak ngadap bb. aku pose feeling namanya tu. hahah ::

:: man friend pedd. peminat setia expose mistik kat blog aku katanyer. gigih dia ::

:: ketua penjahat. time aku kawin nanti tak dapat la berasap kan. uhukk uhukkk. ::





:: group photo ::


:: wed favours. suka semua. yassin cantik. n lolipop ni comel kan. sebenarnya tu ialah sapu tangan. n kacang tumbuk tu pun best. mama satu. aku satu. ::

pic bawak ni pulak aku amik daripada fb azura.
dia bukak flash. so pic adalah stable la.
aku jenis x suka flash. tu pic semua gegar. miahahha.
so harus curi dpd camera orang punya pic.
ingat nak curi dpd zie n haizura jugak.
tapi dorang tak upload2 pun.
so takpa la. kita update apa yang ada la ye.

:: pedd, azura, zie, haizura, syima, me n farrina ::






abis wedding.
pedd tak bagi balik.
ajak lepak minum dulu.
sementara boleh kita on je.
nanti dah lagi busy nak kawin kan.
pastu kawin. nak keluar sesuka hati takleh.
kena mintak kebenaran suami. awwww.

so kami ke starbucks mont kiara.
dekat n ok tak ramai orang.
lama gak la lepak. 3 jam kot.
cerita macam-macam kisah la.
gelak sakan semua.
paling best bila cerita kisah percintaan aku ngan dotdot.
terus tersenyum aku sepanjang malam.
kalau tak drama je kita orang ni. stress nak kawin. hmphhh.


pedd sempat snap pic n tweet.
katanya farhan fan expose mistik yang happy jumpa aku. 
hahahhaa. tak suka pedd.
tapi tengok pic ni lawak. muka farhan gigih tengok aku bercerita.
yang aku pun ngan tangan bagai. tah apa aku kelentong tu. ;p

rajin dia marathon cerita tu semua.
siap kata if yang tak takut jangan la post.
mama pun cakap yang sama dulu.
aku taknak la. sebab bukan senang orang type n gigih hantar kan.
so aku appreciate semua. tepek la. tak rugi apa pun kan.
dia lagi lawak. jumpa aku terus kata dia ada pic nak share kat segment tu.
gigih carik dpd i phone dia.
aku pun suspen la. sekali pic dia bungkus kepala nampak mata je. nyorok balik dinding ke apa.
hishhhh. tak suka.
sebab konon nak jugak masuk segment tu. gilo!

around 12ish gerak balik.
had fun.
next jumpa masa wedding la kot.
tu pun mesti tak dapat nak layan semua kan.
cea budget ramai sangat n busy la konon. hahah.

to nura n ajim.
selamat pengantin baru.
berkekalan n bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

chiow.