#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

pakai phone pun boleh buat bahan ke.

baca entry chics.
rasa kelakar.
sebab aku baru hari tu kena kan.
ngan nombor tak kenal tu.

2 malam lepas.
ok bukan malam la.
rasanya pukul 2 pagi macam tu.
dapat call lagi. nombor tak kenal.
aku angkat je.
sebab dotdot ni kadang-kadang hp dia battery takda.
so dia akan call n inform aku bla bla.
tak pun mana tau yang call tu remy ishak ke nak surprise kittew. awawawawa. ok tak kelakar.

so aku angkat.

him : hello.
me : hello.
him : ahhh..aaaa..ahhhh.
me : siapa ni?
him : hmmmm. aaahhh. aaa..ahhhhh...

*letak phone*

macam orang tak cukup nafas ye.
kau ni baru berlari keliling padang ke apa. bodoh.
then phone bunyi lagi.
aku angkat tapi aku diam jeeeee.

him : hello...helloo. *suara masih tak cukup nafas.
me : hello. nak cakap ngan siapa ni.

then aku dengar bunyi macam hp di alih tu.
the next thing aku dengar is bunyi kocak.
kecokkk. kecokkk. kecokk.
terus aku letak.
babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. melancap lettew.

bangang gila kan.
macam tu pun boleh buat bahan.
asal boleh je kan. bodoh.
kot kalau dia tau aku ni almari macam ni.
mau mati pucuk di umur yang muda budak tu. hahaha.

oleh yang demikian.
soon aku nak tukar nombor.
nombor ni memang dah bersepah sangat la.
ngan orang insuran call memanjang.
yes masih dapat.
n seperti biasa bila aku tak berminat nak dengar.
dia nak marah aku balik.
no lama ni aku tukar jadi prepaid je kot.
guna untuk urusan business ke apa je.
then amik nombor baru untuk bebetul close friends je.

bangang betul la bebudak ni.
dah la duit top up mak bagi.
lepas tu membazir buat kerja tak berfaedah macam ni.
aku dulu pakai prepaid.
main sms je ok. sms pun sepenuh boleh la. taknak membazir.
memang takkan la call orang. hak hak hak.
nasib kawan-kawan aku memahami.
dorang usually call balik.
takpa. dorang kaya.
eh sekarang pun aku pemalas call.
selalu sms or bbm je.
bukan sebab kedekut. tapi aku memang tak reti la nak sembang kat phone ni. ;p

ok untuk lucky draw tu aku dah tutup semalam.
dah tulis pun 20 pemenang tu. ye yeah.
tapi aku nak pilih lagi few yang aku rasa komen korang menangkap di jiwa.
wah gitu.
next week aku buat entry tu ye.
kena ulang baca.
aku takda masa sangat nak online.

ok byeeee.

Expose Mistik : Macam-macam ada.

Salam and Hi Peej...

How are u peej? Hope everything run smoothly for u..
I nak cerita pengalaman seram, maybe tak la seseram cerita penunggu rumah tu kan tapi untuk yang terkena still meremang. 
Brrr...Cerita ada banyak, sorryla kalau boring baca :P


Cerita 1

Ceritenye, last week kitorang balik kampung kat Melaka, I, husband I, anak kecik I baru setahun 3 bulan and my maid. 
Rumah yang kitorang balik ni rumah kosong, dulu arwah nenek husband duduk rumah tu tapi sekarang nenek dah takde, takde sape la nak duduk rumah tu. 
Pakcik-pakcik ngan makcik-makcik husband masing-masing dah duduk rumah sendiri. 
Husband sempat duduk rumah tu masa kerja di Melaka sebelum dapat kerja kat KL bulan 6 tahun lepas. 
So kira-kira rumah ni dah kena tinggal 7-8 bulan la kan. 
Before this kitorang selalu jugak balik tapi lately busy sampai tak sempat nak balik.

Alkisahnya rumah ni bersambung dengan rumah belakang, ada satu pintu yang menyambungkan tapi pintu tu kitorang kunci. 
Ada family akak ni dudukla rumah belakang tu, panggil akak tu akak J la ye. 
2-3 bulan kebelakangan ni, kitorang balik kampung je dia asikla bercerita anak dia yang umur 5 tahun kene sampuk, perangai bertukar, makin keras kepala, asik demam malam-malam, siang sihat walafiat pulak. 
Pastuh asik la meracau pukul 2-3 pagi nak keluar main dekat porch, dia kata ada budak-budak duk panggil-panggil dia ajak main kat situ, mengamuk-ngamuk nak keluar. 
Eh termeremang pulak bulus i. 
Masuk hospital tak baik-baik, doktor kerja sumbat ubat je tapi malamnya demam balik, siang sihat. 
Pastu at last dia berubat tradisional. 
Dia kata dia dah berubat dengan ustaz ni, katanya saka belah suami dia nak cari waris. 
I memula tak percaya la kan, I angguk-angguk geleng-geleng jela tak tanya lebih-lebih sebab akak J ni kekadang cakap merepek jugak hehe. 
Style yang suke bersembang tak habis-habis tak kira orang nak basuh baju ke, masak ke, mandi ke.

So jumaat malam yang lepas, tibalah kami ke rumah yang dimaksudkan. 
Kami sampai pukul 10.30 malam.
Anak I tidur dalam kereta tapi masa sampai tu dia dah terjaga. 
Melasakla kan bebudak dapat tempat baru, semua ceruk dia nak explore. 
Sampaila pukul 1 pagi lebih baru dia nak tidur. 
Bila dia tidur tu I tengok dia tidur tak tenang, kejap-kejap merengek, kejap-kejap menangis, selalu tak macam tu, masa tu pukul 2 lebih pagi, I pikir budak ni nak tumbuh gigi agaknya. 
Yang maid I pulak I tengok dia tidur dekat hall depan. 
Esoknya die mengeluh panas, I pelikla nape panas pulak, betul-betul bawah kipas siling laju dia tidur. 
Dia kata dia tidur dalam bilik kecik, tak jumpa suis kipas bilik tu sebab pakai kipas berdiri. 
I tanya nape tidur dalam bilik pulak, kan kat luar berangin. Dia diam je. 
Sepanjang 2 malam tidur sana, memang anak I asikla merengek malam-malam, 1-2 jam tidur nangis. 

Esoknya I jumpa la akak J, akak J kata, malam tadi anak dia nangis-nangis kata takuttt, nampak orang hitam. 
I macam biasa la, angguk-angguk je haha no komen. 
Kang komen kang I gak yang takut, lebih baik biarkan ia seperti angin lalu. 
Hari ahad kitorang balik Shah Alam balik. 
Dah sampai Shah Alam baru maid bukak cerita, dia kata malam yang kitorang baru sampai tu memula memang dia tidur dekat hall, tapi pukul 2 pagi camtu, dia nampak sorang perempuan tengah bancuh air, kacau-kacau dengan sudu tu bagi bunyi ting-ting-ting. 
Dia dengan dua orang anak dia, dua-dua perempuan. 
Duk duduk elok je depan tv 3-3 "orang". 
Tv tu bebetul luar pintu bilik I tidur tu je. 
Maid I terjaga sebab bunyik orang kacau sudu kan, memang pastu terang-terangan dia nampak 3-3 "orang" dekat depan TV. 
Meremang..meremang. 
Agaknya "budak-budak perempuan" tu yang ajak anak akak J main malam-malam. Wallahualam. 


Actually masa baru-baru kahwin, I ngan husband duduk rumah tu sebelum I balik Shah Alam sambung belajar. Husband je tinggal Melaka pastu. 
I pulak masa tu pregnant, peel memang ngade-ngade la rasa nak lempang. Haha. 
Sikit-sikit merajuk, husband I ni kerja dia ke site sana-sini. 
I selalu kena tinggal sorang-sorang dekat rumah tu and selalu rasa diperhatikan tapi I fikir itu perasaan I je. 
And yang buat I perasan something-something dekat rumah tu is bila I ngamuk ngade-ngade dalam telefon dengan husband I suruh balik cepat kan, mesti lepas I letak telefon, ada je yang pelik-pelik. 
Gedegung sana, gedegung sini, bunyik ketuk sana, ketuk sini. 
Tetiba curtain kat pintu tu melayang macam kene tiup angin, padahal takde angin takde apa. 
Rasa macam kena warning jangan buat perangai. 
Bukan sekali dua, tapi berkali-kali sebab I tak reti insaf haha. 
Katanye hormon kan, cea alasan baik punya. 
Alhamdulillah I tak pernah jumpa lagi betul-betul, nasib maid I la, dah ternampak. 
Nauzubillahhh...Insaf-insaf.


Cerita 2

I taktau la I ni kategori blur ke apa tapi I rasa I selalu kena kacau tapi tak sedar. 
Eh kalau boleh takmau kena kacau. 
Rumah jiran I depan rumah ni banglo, and dia ada buat pondok kecik sebelah rumah dia untuk anak-anak dia main masa kecik-kecik dulu. 
Pondok tu daripada kayu, tapi sekarang dah takde. Dia dah runtuhkan. 
Ada satu hari tu I nak tutup gate rumah, masa tu malam dalam pukul 11pm. 
I ni duk tutup gate sambil mengadap pondok tu tah kenapa rasa nak tenung. 
Tiba-tiba ada satu lembaga perempuan pakai baju putih berjalan, tak macam berjalan la, kalau berjalan kita nampak badan bergerak naik turun, ni macam terseret camtu, dari rumah jiran I ke pondok sambil tersenyum kat I. 
I confuse eh apsal pergi pondok malam-malam bukannya ada lampu dalam tu, buat apa dalam gelap malam-malam, orang dewasa pulak tu. 
I tengok je tak senyum balik sebab tengah confuse sebab "Rasa jauh tapi apsal aku nampak dia senyum eh, sapa tu eh, betul ke aku nampak orang?". 
I blur-blur tapi tunggu lagi dari gate I tengok ke rumah dia and pondok tu, dan-dan benda tu patah balik. 
Kali ni I perati lagi, eh memang macam menyeret la dia jalan. Sapa tu? 
Pastu I blur-blur masuk la rumah tetiba baru terfikir, eh apa benda tu eh. 
Malam-malam buta apsal ada lembaga putih rambut panjang senyum kat aku. 
Pastu cecepat tutup pintu lari macam peej lari, *jerit lari lintang pukang sambil tangan ke atas tak tentu arah*.


Cerita 3

Masa I sekolah-sekolah dulu rumah I selalu didatangi benda pelik-pelik yang orang hantar. 
Yang paling I ingat adalah bangkai burung warna hitam tanpa kepala dicampak dekat luar hall kecik rumah I. Rumah I ada dua hall, satu hall kecik, satu hall besar sikit. 
Mak I terjumpa benda tu and ingat kucing bawak burung tu dari mana-mana. 
So mak I angkat and buang je burung tu guna plastikla lapik tapi. 
Lepas pada tu, setiap kali mak I lalu hall kecik tu, mesti mak I jadi gatal-gatal satu badan takleh tahan punya. Lepas tu dia melarat-larat sampai berhari-hari tak baik-baik, sapu la ubat paling kuat macam mana pun, memang tak baik. Kesian mak I. 
Pergi klinik, hospital merata ni tapi takleh detect kenapa jadi camtu.
At last abah I decide untuk pergi berubat cara tradisional. 
Bukan kita ni nak percaya benda-benda khurafat kan tapi mungkin ada penyakit yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. 
So abah bawak pergi jumpa orang alim, sorang ustaz ni. 
Ustaz ni kata, burung tu dah di stuffed dengan bermacam benda-benda yang miang-miang dan kotor-kotor memang dihantar ke rumah I untuk porak-perandakan rumah tangga parents I. 
Dia akan buat mak I sakit, gatal-gatal sampai kulit jadi teruk and sekaligus membuatkan hati abah I makin lama makin menjauh daripada mak I, lebih kurang macam tula tujuan dia. 
Hohoho jangan tak percaya ok, zaman moden ni ada lagi tau. 
Kali kedua burung tu dihantar, I yang jumpa, kali ni dia hantar di area dapur. kepala burung tu memang terputus tapi masih ada sekali dekat situ, kucing I duk kuis-kuis guna kaki. 
Sama jugak, burung warna hitam. Yang pasti bukan gagak. Gagak kita kenal kan. 
Kali ni sebab dah tau, abah panggil orang luar buang bangkai tu and mak or abah I tak kena sakit@ gatal-gatal. Hmmm..manusia-manusia. 
So berhati-hati ok kalau jumpa benda pelik-pelik, jangan berani-berani sangat. 


Cerita 4

Kisah dulu jugak, mak and abah ni memang selalu sangat orang hantar ilmu hitam macam-macam dulu. Sekarang alhamdulillah dah takde. 
I ikut mak and abah pergi berubat di Perak rasanya masa tu.
I duduk sebelah makcik ni, makcik M saya namakan. 
I tengokla ramai jugak yang berubat, I tengok orang tu guna ibu jari dia, seolah-olah dia buat macam pisau untuk belah belakang badan orang. 
I pelikla ye ker boleh berubat macam tu, tapi I tengok muka orang yang dia berubat tu berkerut-kerut seolah-olah tahan sakit. 
I tengok jari dia tak kene pun kat badan orang. Wallahualam la kan. 
Dah settle berubat sembang-sembang la orang-orang tua ni kan, I sekolah lagi masa tu, diam jela, mane leh menyampuk orang tua bercakap. 
I dengan makcik M duduk mengadap tingkap luar. 
Tiba-tiba, jeng jeng jeng...makcik M yang kat sebelah I ni tepuk lantai kuat macam orang menurun dengan menangis. 
Arghhh. Meloncat la I dah ni apahal pulak tetibe tepuk lantai nangis-nangis dahlah I kat sebelah dia je. 
Dia tunduk dengan tangan kat lantai menangis-nangis mengongoi-ngongoi. 
I lari la sebelah mak I. 
Tetiba orang yang berubat tu cakap, "Oh..dia dah nampak ye, tutup tingkap tu, tutup cepat". 
Seolah-olah macam dah biasa jadik. 
I taktau la apa yang dia nampak tetiba kena sampuk weh, terperanjat momoi, tak pernah-pernah nampak orang kena sampuk. 
Rilek je pakcik yang ubat kan orang tu panggil, "meh sini meh saya tengokkan". Pastu makcik tu pon berubat and dah settle saya dengar-dengarla orang-orang ni bercakap, bagitau kat parents I dengan kawan parents I ni. 
Dia kata benda tu memang biasa kacau orang-orang kat situ. 
Benda tu duduk dekat jalan nak masuk, dia duduk dekat pokok besar tinggi. 
Siang-siang pun dia ada, bulan puasa pun benda tu ada. 
So agak-agak apa dia? Cik "P" la...huhuhuhuhu!

So peej...tu jela, boring lak orang baca kang... banyak lagi pengalaman I tapi I simpan dulu la k..nanti I cerita. Semua nye kerana hasad dengki manusia, rumah I ni macam-macam jadik..huhu..Bye-bye..

-W-


......................................................................................................


n yes.
everytime baca mesti seram je.
sambil membayangkan macam mana la nanti aku dah la sorang.
so scary. 
nak adjust duduk tempat baru n all. harap ok. *gulp*


cerita pertama scary. tak suka.
dah macam cerita nicole kidman the others tu pulak.
boleh lak macam tu rumah dia.
siap bancuh air bagai. fakkkkkk.
me not loike.


yang cerita second pun tak suka.
membuatkan aku take note.
takkan ku gegedik nak buang sampai ke. lepak luar ke apa malam-malam bila dah duduk rumah baru nanti. 


part buatan orang pun tak suka.
wejud kan macam ni.
pelik betul pemikiran orang macam tu.
gila!


semakin lama aku semakin penakut. tak suka T___T


p/s : read : mostly email yang aku publish ni adalah lama. sebab ikut turn kan. so bila baca jangan ingat ni memang baru ke apa. contoh email ni dated early Feb. :)

wedding @ zebra square.

last few weeks dapat call daripada hairi.
2-3 kali jugak la misscall.
sebab aku kan busy.
dia call aku tengah mengecat.
tak pun aku tengah mandi.
aku tak call balik sebab fikir. eh dia tercall kot.
takkan hairi nak call aku kan.
plus aku segan tiba-tiba nak call balik.
boleh. yes aku ni memang pemalu orangnya.

tapi seperti yang aku cakap. hairi ni memang jenis sweet n humble.
no aku tulis ni bukan sebab dia sponsor ke apa.
tapi memang pun. siapa kawan-kawan aku. n mama yang dah jumpa pun cakap yang sama.
so the next time dia call tu.
dia bagi tau nak ajak aku gi event.
dia buatkan baju, so dia dapat table.
dia nak invite aku pergi event tu. if aku sudi.
takkan la tetiba tak sudi kan. so i said yes.
aku sebenarnya blur taktau event apa.
dia ada bagi tau. tapi aku kan banyak sangat benda nak fikir.
so tak tangkap. just cakap yes je. heheh.

lepas tu dia ada call lagi.
again aku busy.
sms kejap je. dia bagi tau invitation card dah ada.
tapi aku tak dapat amik pun. takda masa.
event was last sunday.

aku masih mengecat ok.
plan kata by 4pm aku nak stop.
tapi tau la. takkan halfway kan.
so by the time abiskan. dah kul 5pm.
sebelum start tu dah bbm ngan bella. tanya apa patut.
bella kata jumpa at 7ish. ok set.

then kelaparan. sebab tak makan satu apa pun for the day.
so singgah kerisik ngan dotdot. makan. lama pulakkk dia masak.
by the time sampai rumah pukul 6pm.
sebelum tu aku tanya bella. dress code apa?
aku kan tak tau apa. aku memula ingat ni event fashion show ke apa.
dress takdok. nak pakai pants la.
sekali bella kata dress or baju kurung.
hah baju kurung? ok la bagus. takyah pening fikir.

then siap kelam kabut ngan masa sikit tu.
dah mandi bagai pun if cium tangan aku semua bau turpentine ok. nice kan.
semua pelik aku pakai  baju kurung. aku kata dah bella kata macam tu.
lepas siap aku google kat mana zebra square ni. nampak senang.
Alhamdulillah tak sesat.
tapi kena drive slow masa lalu jalan tu. sebab berderet kedai la apa situ.
n nak masuk zebra square tu takda gerbang pun. ada tembok sikit je tulis.
nasib tak terlepas. ;p
masa drive tu aku terfikir. eh buatnya aku sorang pakai baju kurung kang.
saiko jugak tu.
nasib lepas tu nampak ramai.
yang aku nak parking ada budak jerit-jerit suruh ke depan.
rupanya ada valet parking. baiklah.

then sampai je bella sambut. wah meletop.
aku je kecomotan.

then sampai terus bella kenalkan kat mak hairi, maksu hairi n kawan bella. cannot recall his name.
lepas tu aku baru tau. rupanya tu wedding reception danny.
bella cakap danny dah kawin lama.
tapi zebra square ni baru bukak. so dorang taja reception tu.
sambil wedding sambil perkenalkan tempat tu la.
as one of wedding venue.
sekarang kan concept orang buat wedding tempat macam ni.
oooooooo.

:: bahagian luar. nice eyh ::

sampai je dapat welcome drink.
blue mocktail.
ada dua ketul laici. air laici campur ice cream soda. nice.
menarik betul laici tu. tapi adalah tak sopan tetiba nak korek laici.
so biarkan dia tergolek-golek di situ.

aku ni ikutkan tak blogger tegar la.
sebab kannnn. aku segan nak snap sesuka hati.
so terkemut-kemut je la aku.
tapi mak su hairi if jadi blogger tu mesti gempak.
sebab setiap details dia snap pic.
heheh.

duduk kejap depan. then masuk dalam.


:: the arch. sorry pic blur. ::



:: deko segala ni di buat by flora etc. pretty ::

:: yours truly n bella swan baharom ::


:: love the flower arrangement ::

:: event di buat by shahrezza. dato dah kan sekarang. setahu aku nama dia sharezza kan? memang nama dia ada raja ke? n dah jadi rezza shah ke? he is kelantanese right? bukan if raja n shah royalty perak. entah ::




telengkan la kepala anda.
tah apa-apa bila upload jadi macam ni.
ingat nak share.
agak mahal harga untuk per pax.
aku rasa la. sebab 4 course meal je.
tak tau la maybe sebab ni event ke apa.
but the portion is soooo small.
memang la hiasan semua lawa.
but bayangkan la kau kawin ngan orang jauh ni.
beriya orang travel datang.
sekali makan sendu. sedap tapi sikitnya la hai. tsk.

sana-sini retis.
designer semua. vvips.
fashionably late.
katanya ramai sesat sebab tempat ni baru.
sorry tak snap. camera tak canggih. so tak leh nak jadi bloggerazi. ;p

seronok lepak ngan bella.
memula dia senyap je.
yang aku dok puji orang. ada yang gelakkan fashion orang.
sekali dia join. haaa ambil.
ada yang pakai dress. siap shall bebulu bagai ok.
ok bukan bulu tapi kain kekedut rambu ramba. pitams.

around 9ish pengantin masuk.
dapat snap ala kadar je.
nak tengok details. by now korang dah boleh tengok bersepah kat blog-blog gossip artis. :)



 :: nice eyh the pelamin. a bouquet of flower ::

the emcee siap announce yang pengantin kawin last september. perlu ke.
sebab rasa kelakar. sebab dah lama sangat kan.
aku pelik gak why danny?
sebab dah lama sangat kan. ramai artis yang baru kawin jugak kan.
then it make sense.
danny n dato shahreza tu senegeri. kan?
ke memang coincidence?

:: se table ngan designer wan pa. tapi aku tak tau pun dia yang mana satu. heheh ::



the dewan is quite small la.
rapat-rapat je rasa.
paling kesian. dorang bila nak hantar makanan.
dorang kan bawak dulang besar bagai nak hidang course tu.
of coz dorang bukan boleh angkat tinggi mana.
so bella n kwn dia ni sepuluh kali kena tunduk kepala ok.
ye la. kang kau tadah kepala. ada kedeganggg kena langgar.

:: soup. rasa kuah dhal pun ada. tapi licin ku bedal. sebab kelaparan uols. lama menunggu. wah alasan. kata je la suka makan kan. heheh ::

:: main course! agak-agak berapa suap mak dapat makan then habis? ::

sambil makan sambil sembang ngan mak hairi.
isu tu la. kesian tetamu datang if makan sikit macam ni.
tetamu pertama yang nangis aku la kan.
hahahhaha. lapar helppp.

tak tunggu for dessert.
sebab nanti nak balik sesak.
so bella nak gerak je. aku kata nak gerak jugak.
plus penat mengecat tak abis lagi kan.




suka baju bella. so pretttyyy.
bella suruh aku amik pic sorang lepas tu.
memang taknak la weyh. segan.

then nak gerak hairi kat depan.
tak dapat lepak ngan dia sangat.
sebab of coz dia busy ke sana ke mari kan.
sebelum balik dia suruh amik pic ngan zahida.
sebab baju zahida untuk malam tu hairi buat.
sekali zahida taknak bangun.
sebab dia segan. baju dia seksi sangat. pulak.

:: pic from hairi's fb ::

then nak balik tu.
bagi card kat valet.
kena rm5. syabas.
ingat memang free.
aku nak park sendiri beriya suruh aku ke depan.
macam aku salah masuk la. sampai termalu-malu i.
rupanya nak charge valet. kijam.
tapi rm5 je la. murah. hehehe.
but aku rasa. if kau pergi wedding orang. even kat hotel.
kau cop je tiket kau. free.
complimentary gitu kan.

but anyway. i had fun.
melayan bella, fam hairi n all.
sambil cuci mata sana sini.
nasib dotdot takdak.
kalau tak mau kerja aku kena snap pic dia ngan retis je.
nyampah.

lucky draw wedding invitation

[sticky post - scroll down for new entry]

ok aku malas nak buat kuiz.
sebab takda masa.
n sebab aku rasa macam poyo.
hahhaa walaupun niatnya aku nak jemput yang bebetul loyal reader.
sebab of coz soalan semua bebetul details.
tapi aku ada 8 soalan je.
too lazy untuk buat selebihnya.
n aku terfikir if aku buat kuiz.
nanti korang kena email jawapan la apa.
nak bagi email aku, nanti semak.
sekarang pun dah penuh inbox.
nak create email semata untuk ni pun tak kuasa.
aku dapat rasakan aku takda masa pun nak check jawapan ke apa nanti.

takpa.
oleh itu.
aku rasa buat lucky draw je cukup.
so 20 orang yang lucky akan aku pilih.
bukan pilih saje-saje.
aku dah tulis 20 nombor random.
so siapa pengkomen yang jatuh kat number-number tu.
akan aku email nanti.
datang la ngan partner, spouse or family. ok je.
tapi jangan bawak sekampung.
nanti mak pitam uols.

so korang komen la banyak mana pun korang suka.
mana tau ada yang kena ke.

senang je.
dalam komen tu tulis reason why nak datang wedding aku.
then tinggalkan email address korang.
senang aku nak email nanti. :)

di buka from today 27/3 at 2pm.
akan tutup 29/3 at 2 pm.

ok. 1, 2, 3, GO!!!

spend the night with jojo.

last friday.
kena teman noy standby kuwait jugak.
ok bagi yang tanya hari tu kan.
ok selain fly dorang ni ada stand by.
siap pakai uniform n ready semua la.
then kena standby kat hotel n airport.
dulu takda airport. tapi rasanya dah setahun kot tetiba kena.
supaya orang office boleh monitor. kena sign in n out.
gitu.
tujuan standby tu if la tetiba ada crew yang tetiba sakit ke.
amik mc. so yang standby ni akan di pull la. gituhhh.
tapi so far yang kat klia tu tak pernah kena pull.
tu flight balik kuwait.
n usually if betul kena pull. by petang dah diberi tahu.
so standby cukup syarat je macam tu la. gilo.
penat n tak bermotif aku rasa. nyampah.
wah matiklah emosi kan.
kalau aku dapat gaji jugak takpa gak kan. hahahaha.

ok faham?
so jumaat hari tu pun standby lagi.
takda delay. bagus. kalau tak zombie gila!
tapi kali ni best sebab jonet bagi tau dia dapat bilik kat concorde inn klia.
patut nak jumpa. tapi jonet kena duty.
dia ada kerja masa F1 hari tu. so tu dapat bilik bagai.
so since kita orang di sana.
so dia suruh teman dia tidur.
bagus. aku memang tak cukup rehat n kepenatan.
noy bengong. semangat gila.
pastu bila ke concorde inn tu dia terkejut.
sebab selama berbincang tu. dia ingat concorde KL.
gilo. motif jonet duty F1 sepang. tiba-tiba nak duduk kat KL.
haiyohhhh.

dah la tak tau kat mana.
selama ni nampak sign board je.
aku confident kata tau.
sekali masuk kawasan sepi takda kereta bagai.
noy n jonet tak percaya.
aku yakin gila kata betul.
padahal dalam hati saspen jangan la sesat.
ada kena maki nanti. nasib jumpa.
aku ingat bangunan tinggi. rupanya jenis panjang-panjang sederet gituh je.

dah la scary nak mampus.
ye la sampai pagi gila kot. sikit lagi mau subuh.
jonet dapat kunci je. dia pun tak masuk lagi.
so sesama saspen.
dah la parking dia ala-ala jauh n terbuka.
pastu menapak ke lobby. eh tu ke nama dia.
tanya orang tu bilik sekian mana.
nasib tak jauh ke dalam.
paling tak suka. masa jalan dah la takut sbb sepi.
lagi satu takut sebab aku nampak kumbang yang besar gilaaaaa tu.
tau kan yang hitam n bertanduk bagai tu.
tapi semua tengah terlentang. ada la 3 ekor.
yang aku nampak!
ingat dah mati. sekali tengok kaki bergerak bagai ok. aaaaaaaaa.
bayangkan ada yang terbang lalu tersangkut kat baju. ada yang aku mati kejung.
scaryyyyyyyyyyyy.

then masuk bilik.
biasa aje.
tempat orang nak transit je la.
tak pun yang nak tengok F1 ke apa kan.
malas nak duduk KL. gitu la.





sembang bagai.
lepas tu semua tertidur keletihan.
tak puas pun lepak ngan jonet.
esok pagi kul 7am dia dah gerak.
kami masih terbongkang.
then again dia balik around 8ish am.
sebab hp dia tertinggal.
terus kita orang bangun.
sembang kejap je. sebab jonet nak gerak again.
kita orang siap n balik.
sebab aku ada customer nak pick up barang.
n dah janji ngan dotdot nak cat rumah.


:: konsepnya begini. kat corridor tu la bergolek-golek kumbang-kumbang scary tu. eeeekk ::


tapi gerak tu best.
sebab penuh mat salleh je.
cuci mata abis la.
bukan cuci mata je. siap cuci muka feeling dia tu. hahaha.
semua nak ke F1 la.
crew-creww la.

then sampai rumah around 10 am.
orang amik barang around 11ish ke 12ish macam tu.
lupa aku. sempat la terlena.
pass barang kat orang muka terkejut bangun tidur. hahaha.

then dotdot datang kul 2pm. nice.
gerak pergi post barang.
then makan kat kedai minang kat melawati.
sobs. pergi lambat makanan pun dah takda choice.
tapi kelaparan. so makan je apa ade.
tengah makan nampak orang basuh tangan.
nampak daripada cermin.
ehhh. ustaz saukiiiiii.
siapa tengok tahajjud cinta tak tau ustaz shauki sila sepak diri sendiri.
ye emam manan. wah teruja.
sebab aku suka lakonan dia.
dalam tahajjud cinta tu memang rasa benciiiii gila kat dia.

bagi tau dotdot.
dia kata tak la apa la.
aku kata ye. tak percaya.
then dia kata dia nak amik autograph.
aku dah bising. aku kata motif? bukan boleh buat apa.
dia kata dia simpan collection. bengong.
nampak sangat menipu.
then dia suruh amikkan pic.
aku kata jangan la. orang nak privacy.
sebab time tu dia sorang n lepas makan tengah baca newspaper.

then elok kita orang nak bayar.
tengok eman manan pun bayar before us.
dotdot just bagi salam n senyum.
eman manan balas. then dia gerak.
eleh. kata nak amik pic sangat. tak berani mintak pun.

sekali keluar daripada kedai.
nampak eman manan tengah sejukkan aircond kereta.
dia buat apa tah tepi kereta.

dotdot : assalamualaikum bang. saya nak amik gambar boleh?
eman : herghhhhh *serious macam tu bunyi dia* *senyum* bolehhhhhh.

terus pose. tapi tengah panas. tak nampak apa. silau.
aku suruh dorang gerak kat area kedai.
baru redup.


va va va. ustaz shauki.
ok la dia. tak sombong.
aku ada rasa nak amik pic jugak.
tapi tu la. aku ni pemalu sejak azali ok.
saja-saja aku nak mintak amik pic memang tak la.
lain la if orang offer kata nak amikkan. then ok.
since dotdot keji tak kata nak snap kan untuk aku jugak.
maka aku takda la amik. ;p

oh semalam beli kain baju melayu for nikah.
n baju pengapit sekali.
settle beli...

me : yeay settle. pergi tempah tau. jangan tangguh lagi.
him : yeeee. tapi pengapit i ni.
me : hah kenapa?
him : ramai sangat nak jadi pengapit i. tak tau nak pilih yang mana.
me : siapa yang ramai sangat tu? *Tgn didada, mata ke atas*
him : salah sorang emy la
me : sapa? *aku tak dengar sbb tgh lintas jalan*
him : yang bf tiz tu. siapa? remy. yang u suka tu.
me : banyak la u. memang tak la.
him : hihihihihihi.
me : u jangan main-main. kalau dia pengapit. i tak sanding ngan u. i sanding ngan dia terus. goodbye.
him : amboi.
me : selamat tinggal ku ucapkan. hahahaha. eh bebetul la. pengapit ****** kan. u dah bagi tau ke? dia ok?
him : dah. dia ok. nanti i pergi tempah baju ngan dia.
me : ok. make sure beli singlet or shirt putih ok.
him : ok.

fuuuhhh.
kalau la remy....
wah matiklah verangansssssssssssssss.
fitamssssss.

my last resort sebelum kawin. yippaaa...

ok aku ni bab ni memang orang semua dah jenuh.
apa lagi kalau berat ni hah.
ok aku sebenarnya pasrah je.
lantak la haih. janji kawin.

cuma ye la. bila fitting baju reception tu.
tengok perut rasa nak tikam diri sendiri.
then masa celebrate hens night tu.
kan aku sepit rambut kasi pendek.
ambilll muka besar pasu uolss.
masalah muka terkumpul aku tu la.

selama ni ingat muka mengecil.
takda makna.
maybe selama ni lepas rambut.
so ingat muka nipis. rightttt memang takda maknanya.
bila ikat rambut ke apa. ambil. orang lak candid sana sini.
help help help.

tapi dah memang dasar pemalas.
exercise tu tolak ketepi.
walaupun P.G almost every morning jogging.
sorang je gigih. aku memanjang kata nak ikut.
bila dia kejut aku tidur taknak join.
ye la by the time dia jog, aku baru je nak tidur.
memang melekat la mata kan. alasannnn.

so apa yang boleh kita buat.
dah la aku ni konon stress.
so makan kemain. aku rasa tu paling menggembirakan. miahhahaha.
sekarang rasakan.

then aku baca blog shilashower.
tengok dia amik herbalife. n jual jugak.
takda rasa apa.

sebab aku pernah amik ni dulu.
lama gila dah.
rasanya back in 2004 kot. ke 2005. ntah.
ke awal daripada tu. aku pun lupa dah. memang lamaaaa gila dah la.
aku minum rasanya 2 set. tak ingat berapa lama tahan. lama sangat dah.
well ngan tahap pemalas exercise semua ni.
minum tu aje.
memang berkesan la. turun gak la berat aku.
n yes bila minum tu. takkan rasa lapar semua.
takda la kau menggelupur kelaparan memanjang.
sebab perut kau memang rasa full je.

time tu lagi hardcore.
aku memang tak makan main meal apa-apa.
tak silap pagi, tengah hari n malam minum tu je.
dan time tu. aku rasa best abis la.
walau orang kata tak sedap la apa.
aku rasa sedappp gila. feeling je minum.

tapi aku ni biasa la. after awhile aku bosan.
sebab orang suruh tukar flavor or campur buah ke apa aku taknak.
then after few months tu.
aku macam rindu nak rasa makanan kat mulut.
kat tekak.
faham tak. macam rasa nak pedas la apa.
padan muka diri sendiri jugak. sebab siapa suruh kau minum tu je kan.
tak makan makanan ke apa.
dah la time tu student. mama yang belikan.
dah la bagi aku boleh tahan mahal kan.
kesian je rasa mama invest kat produk2 ni semua. padahal anak dia takda ciri-ciri nak kuruih pun. hahah.
so aku stop. ;p

so bila orang cerita herbalife ke apa. aku tak heran.
sampai la baca lagi blog shila.
dia upload latest pics. kurus uolss. gila tak teruja.
tapi aku tengok diary diet dia memang mengagumkan la. tak terlawan.
kena lawan ngan perasaan la. n disiplin.
n paling best bila baca. dia kata dia memang takda la exercise terlampau ke apa semua ni.
sebab dia pun jenis tak suka exercise.

so aku berfikir.
apa kata last call ni. kita try herbalife.
takda la aim nak kurus ke apa.
tapi kalau dapat turun 5kg n kempiskan muka sikit pun ok.
miahhaha. walaupun harapan nak kempis muka ikan buntal ni adalah tipis.
takpa.
so malam tu terus email shilashower.
malam jugak kena email.
sebab malam selalu berkobar lebih. siang dah tukar fikiran.
so deal semua.
so ok.

amik barang daripada shila saturday 17 march.
aku start minum ahad 18th march tu.
memandangkan aku ni kitaran hidup tak macam manusia biasa.
wah dramatik abis kan ayat.
maksudnya aku ni ala burung hantu.
malam berjaga, siang tidur. ;p

so cara pengambilan aku tak sama macam orang.
harap boleh jugak la. ;p

so sini aku tulis diary diet lite-lite ku ini.
wah diet la sangat.

day - 1
- 12.30pm - herbalife shake
- 4.00pm - nasi putih 1 senduk. masak lemak ayam, ayam 2 ketul kecik, kentang 2 ketul, sepotong kecik telur dadar. sedap nak mampuih la haih mama masak. terkebil-kebil aku makan sikit macam tu. ada la tak sampai 10 suap kot. menghayati aku makan setiap suap tu. tsk.
- 6.00pm - 2 ketul pau sampai mini. n seketul karipap sardin mini.
- 9.00pm - herbalife shake.

day - 2
- 1.00pm - herbalife shake.
- 4.00pm - sushi king. ok ni aku makan banyak. ;p tapi tak banyak macam selalu la.
- 6.00pm - sepotong agar-agar mama buat. 4 keping keropok belinjau.
- 10.30pm - herbalife shake.

ye memang lambat.
sebab ikutkan sebelum ni. macam tu la aku makan.
tapi nasiiii. n yes kuantiti banyak. miahahha.
plus aku lambatkan sikit minum shake tu.
sebab. day 1 tu. aku kan minum kul 9pm.
by 4am aku tak tidur lagi.
matiklah lapar dah rasa. help.
berlawan ngan nafsu ok. rasa nak turun bawah buat maggi je.
nasib selamat.
timbang after day 2. turun 2kg. wahhh.
tapi mama kata tu air je tu. tak nampak beza pun. lain la 5kg.
baik puan.

day 3
- 1.00pm - herbalife shake
- 6.00pm - mihun goreng kosong gerai kuih, pau sambil mini 2, goreng pisang 4. miahahha.
- 10.00pm - kuey teow goreng kosong gerai.

dotdot beli lebih.
so daripada membaziaq aku bedal.
so malam tu aku tak amik shake. ;p

.....................................................

diari aku terstop kat situ la.
sebab aku busyyyyyy gila.
tak sempat nak update pun. T____T
pengambilan shake pun ada yang tak dapat amik.
sebab bangun je rush sana sini.
tak sempat apa. ;p
tapi still tahan nafsu la.
tak sembarangan makan.

n tadi before naik atas aku timbang.
setelah seminggu lebih n berselang seli amik.
total weight loss adalah 3kg.
ngeeeeeeeeeeee.

tapi aku rasa tak nampak berubah apa pun.
kat timbang tu je la.
lain rasa sama.
sebab masih rasa nak tikam perut sendiri.
tapi padan muka. kata pemalas exercise.
satu-satu benda yang buat aku berpeluh melampau adalah aktiviti mengecat tu.

aku ni tak berapa gigih macam orang.
itu biasa la. hahaha.
tapi ada penurunan tu pun dah suka. :)
hope mencapai la target 5kg tu by end of april tu. mih mih mih.

if korang nak try herbalife.
boleh email shilashower at shilashower@gmail.com 



p/s: adalah sangat jealous tengok shila dah kuriuh n dapat her target weight. mungkin aku patut start twerk ala twerk team sebagai exercise. eh tu dah lain macam. heheh.









oh aku tak listkan intake air aku.
sebab aku tak tau nak kira.
tapi aku takda la minum banyak mana.
tapi aku make sure minum air mineral kosong.
or minum herbalife tea mix tu je.
tak sedap betul tea mix tu. tapi takpa. mari gigih. hahahha.

so since day one tu.
sampai ke hari ni.
believe it or not.
aku berjaya turun........
aku taknak bagi tau berat sebenar.
nanti korang pitam.
tapi tetap happy sebab nampak penurunan. mih mih mih.

so if korang rasa nak try herbalife ni.
korang boleh email

oh entry ni bukan sebab aku nak iklan ke apa ke.
ni base on apa yang aku alami.

cuak ke bebeh.

penat betul la sekarang.
terlari ke sana kemari.
urusan itu ini.
mostly sekarang siapkan mengecat rumah.
tau la rumah lama. segala benda nak cat.
tu pun give up cat siling.
sebab dah buat 2 layer pun masih tak putih. T___T
aku kata takyah la.
nanti aku kumpul duit.
aku buat siling cornice.
wah taknak mengalah kan. hehehe.
takpa la puas hati.
sikit-sikit buat kan. :D

aku cat pintu n bingkai je.
orang sewa sebelum ni pintu warna hijau terang.
bingkai warna biru. herghhh.
menangis nak mengecat.
kena buat dua layer baru ok putih tu.
kalau tak berbalau semacam.
beli nippon 5 liter abis cat semua. 1 layer.
nampaknya esok kena beli lagi setin untuk 2nd layer.

tu takpa.
kat pintu belah bawah dia siap tampai sticker pasu bunga ngan bunga matahari.
siap ada rama-rama la.
dia ingat cantik sangat la tu.
bayangkan nak kikis benda tu je amik masa sejam untuk 1 pintu ok.
sambil kikis sambil maki, "eeeee bodohhhhh"
matiklah emosi.

dotdot tu buat kerja kemain slow.
pening aku. dah la dia tu busy kerja.
bila free harapnya boleh la laju sikit. takda makna.
so far dia baru berjaya cat dry kitchen n sebelah pintu aje. :|

semalam sambung lagi.
harap ayol tolong. sebab ayol terel sikit part cat ni. laju gila.
hasil pun lawa.
tapi balik kerja dia buat tepuk2 perut katanya sakit perut.
malas lettew. pastu baru cakap sebenarnya dia penat kerja.
so taknak cat. apa la nasib.
so pergi tanpa dia.
papa, mama n p.g tolong catkan folding doors kat depan. :)
aku abiskan mana yang tak settle.
so adalah gembira sebab semua pintu, tingkap ke apa semua dah settle 1 layer. :)
kul 1am la jugak baru settle.
tonight akan sambung second layer.
n harapnya ayol akan start cat rumah. :)

nak kasi settle by this week.
boleh basuh rumah semua.
so by weekend boleh amik lori n masukkan barang.
nanti rumah tu sedara mara nak duduk time aku kawin.
plus nak buat goody bags semua situ.
senang. lapang n banyak ruang untuk storage.
selagi tak settle tak senang hati kan.

so adalah super penat hari-hari mengadap cat.
aku dah mandi sabun bagai pun badan bau turpentine je ok. kelass.
balik je mengadap emails customer.
paling best ada customer email bila dia boleh dapat barang.
aku kata dia senyap. so aku pun takda la email.
rupanya dia dah buat payment lamaaaa dah.
aku yang tak perasan email dia.
haiyoh. perempuan otak kusut betul.

bagi siapa yang email ke apa pertanyaan korang semua.
nanti aku reply slow-slow ye.
takda masa betul la.
if ada pun kepenatan tahap melampau.
harus terus tertidur je nanti.
tidur kejap. nanti nak kena bangun untuk urusan lain pulak.

tu takpa.
semalam petang tetiba...

noy : pija, tulis la countdown kat status bbm kau.
me : malas la. buat apa. gila gedik.
noy : buat laaaa. baru la excited.
me : saya jarang update la.
noy : takpa buat je. sekarang lagi...*kira-kira* 32 days.
me : omg serious? kau biar betul.
noy : betul la. *kira-kira*
me : *gulp* ish tak lama lagi. macam banyak je tak settle lagi.
noy : abis tu.

lepas tu terus cuak ok.
terus aku kerah mama n papa macam-macam.
dorang lagi relax melampau.
eh ke aku yang cuak n stress terlampau.

aku jarang dah mengadap blog.
so countdown atas ni pun aku tak perasan.
sebab the last time i checked. ada 6 weeks lagi. aaaaaaaaaaaaaa * lari takda arah tujuan tangan huru hara*

banyaknya tak buat lagi.
kad tak post lagi.
post apanya. elok semua dalam kotak.
tulis pun belum.
favours tak order lagi.
macam mana nak masukkan dalam bag.
hantaran punya cake aku tak order lagi.
kasut nikah tak carik lagi.
bantal duduk time nikah tak booking lagi.
die die die.
ni yang part aku la.
part mama n papa pun sama.
taknak aku listkan.
kang aku mati kejung sebab cuak. hahahha.

dotdot tu lagi relax.
baju nikah pun tak beli kain n tempah lagi.
barang hantaran nak bagi aku pun tak beli lagi.
aku dah malas cakap dah.
lantak la. kang kata aku pushy.
tapi helllooooo. lagi sebulan je!
ada yang last minute baru settle semua kang. bencikkkk.

oh lagi satu.
siapa sini kerja jabatan pendaftaran?
aku tau readers aku ramai orang kerajaan.
if buat i/c tukar alamat semua.
berapa lama siap?
sebab dotdot tu i/c rosak la pulak.
so kena buat i/c, alang-alang aku suruh tukar alamat.
so nak tau berapa lama amik masa?
if lama sangat then no need la.
sbeba tukar alamat senang tak yah borang bermastautin la apa.
if alamat i/c n alamat tempat tinggal tak sama kena ada borang bermastautin la apa.
pepening.

busynya mak uols.
hari ni hanya makan sardin puff mama buat.
sushi king petang tadi.
n malam aku makan granola bars je.
kalau tak kurus ni. awassss.
matiklah ada hati nak kurus. padahal lagi sebulan je. ;p

last thursday was crazy

last thursday memang melampau la.
tidur dah lewat. biasa tu.
then pagi dah bangun sebab orang datang amik tabita.
plus mama n papa keluar.
so aku kena tunggu courier sampai.
so memang takleh tidur la.

elok courier sampai.
tetiba ada posman hantar parcel.
ingat baju online. sebab aku expect sampai that day.
then naik atas check envelope tengok address tampin.
aku yang blur di pagi hari rasa macam, "eh jauhnya. setahu aku kat kl. ke stor dia kat tampin?"
bengong gila. then tengok nama baru tau.

my reader n customer tabita :)
2 weeks back dia ada order banyakkk.
courier pulak menggila sampai lambat.
so tak sempat aku nak post.
so suami dia datang daripada tampin amik tabita.
sebab weekend tu dia dah nak ke hong kong.
tu kena amik jugak tu.
sian suami dia amik amik masa 4-5 jam nak sampai.
sebab jam tak bergerak kat sg besi. ngan sesat lagi.
tapi selamat la lepas tu.

so tengok parcel tu form nonie salihin.
nonie aku tak familiar sebab nama kat fb lain.
tapi surname tu aku familiar la.
abis dok bermessage je kan.
tapi if dah address tampin tu confirm la kan. :)

bukak nampak ini.


so comel.
baru aku nak fb message dia dah message dulu.
sukaaaaaaa. sebab kena pada masa.
aku baru je last week macam fikir nak tukar keychain.
sebab yang sekarang aku pakai dah terkeluar semua diamond. nyampah.
so dapat yang ala-ala comel ada charm macam ni harus la suka.
dia kata masa dia beli tu. laki dia kata. keychain je.
lohhh. tak kisah la. the thought that counts kan.
ye la dia bersuka dia di disneyland hongkong.
tapi still ingat kat aku n siap bagi souvenir. sweet kan.
<3
noy penjealous. dia kata comel.
dia nak curik. T____T

oh anyway.
then petang ingat nak tidur.
tapi ada urusan pulak kat post office.
so pergi ngan noy.
later makan.

sekali noy dapat tau yang flight delay. so standby jadi super lambat.
ye. kena teman dia standby kat airport daripada pukul 4.30am sampai 8.30am ok.
pitam kannnn.
takpa la. tak teman, emosi nanti pompuan tu.

aku dah rasa boleh pitam.
sebab dah la tak cukup rehat kan.
malam pulak dah janji nak cat rumah ngan mama.
mama pun if aku tangguh nanti sentap.
kata suka hati kau la.
ayat cakap suka hati aku. tapi selagi tak bergerak, dia yang lebih.
adalah penat untuk please semua orang.

so after maghrib tu ke sana la.
mengecat apa patut.
settle semua dah 1ish am macam tu.
duduk kejap je.
around 3ish dah ke klia.
aku duduk kejap je terus tidur ternganga.
nasib noy memahami. dia bagi aku tidur.
selalu dia akan amukan if aku tidur dalam kereta.
dia kata baik takyah teman.
tapi kejap-kejap aku terjaga.
tengok kabus teballlll gila ok.
dah la pagi macma tu satu kereta pun payah nak jumpa.
tapi mata aku melekat je. takleh nak teman dia.
dia kata gila scary sebenarnya time tu.
tapi dia diam je. nak kacau aku kesian.
gagagaggaa.

sampai dia sign in.
dan merempat la kami di tepian.




muka ngantuk takleh blah.
noy kong ajo.
aku pakai knitted cardigan tu.
lama gila punya. tapi pakai sekali sekala je.
noy kata, "amboih overnya makcik. macam nak melancong pergi luar negara."
me : sejuk la airport. pakai ni selesa. saya boleh tidur nanti.
noy : oooo. ingat nak holiday kat negara sejuk. hahaha.
me : *jeling*




banyak gila pics dia amik.
hahha. muka aku dah malas gila nak layan. ambil.
then kita orang layan pretty little liars 2 episode kat laptop noy.


:: sambil makan nachos n cheese dip ni. die die die ::



lepas tu terus aku K.O
tidur kat situ. lantak.
tu pun tak lena.
sebab noy tetiba kacau aku.
dia kata jangan nak berdengkur.
aaaaaaaaaaaa. penattttttt.
then sambung tidur.
ada la tak sampai berapa minit.
sebab pukul 6ish am macam tu airport dah bising gila.
ramai orang bising2. ngan bunyi p.a system announcement la.
orang dah rapat nak travel la apa.
bunyi orang sembang la.
so kena bangun.

lepas tu memang tak tau nak buat apa dah la.
noy pun ngantuk. tapi dia lagi takleh tidur.
tak kan nak terbongkang ngan uniform kan. kesian. ;p

ye saat-saat akhir amat menyeksakan.
time tu dah rasa terhuyung hayang je.
memang rasa high gila la.
elok nak pukul 8.30am je terus berjalan pergi office nak sign out.
sekali nak kat corridor tu bertembung ngan this one guy.
aku tak tau la sebab high ke apa.
tapi masa nampak tu. all i could see is his ears ok.
sangat capang n besar. 
paling takleh blah. aku nampak aku terus pandang tepi.
sekali aku dengar noy, "pijaaaaaaa..." slow je suara dia tapi mendayu.
the moment aku ngan dia berpandangan. terus tergelak besar takleh kawal ok.
orang tu tak lepas pun kita orang lagi.
hishhh. we feel bad. tapi cannot help it. rasa lawak.
harap orang tu tak kecik hati. dia tak tau kot kita orang gelak sebab apa kan.
tapi serious ok. aku rasa sebab kita orang dua-dua high tak cukup tidur. ;p

then gerak balik.
bayar parking.
sekali noy tak jumpa pulak coin chip tu.
setengah jam dia mencari.
aku suruh tanya management parking tu.
memang dia tertinggal. orang pulangkan. T____T
nasib tak kena denda. dah la parking rm18.
tapi sebab lama sangat. so tambah lagi rm4.
nice eyh.

masuk kereta aku terbongkang kembali.
sampai rumah noy kejut.
naik atas tak tukar apa. terbongkang kembali.
penat rasa nak macccthi. *zaman aku muda. ada sorang budak ni cakap nak slang aje. mati dia sebut maccthiii. rasa nak lempang*

ok sekian cerita kakak mithali meneman adiknya.
walaupun adik dia asal aku ajak kemana bukan nak teman. bencikkkk.
ni dia tak sihat. nak amik mc. ajak aku pergi teman dia amik borang apa tah kat office dia.
aku kata aaahhh malas. 
dia sentap lalu pergi sendiri.
tapi sekarang i feel bad. 
ingat nak teman jugak. aku leka mengadap email customer.
but tengok dia dah takda pun.
sian budak itu. :/




Sexy Saturday #31 - We Run The Night


sila ke IKEA

last wednesday ke ikea lagi.
aku tak ingat la apa sebab.
ish sekarang ni payah nak ingat.
sebab banyak sangat benda kat otak ni.
so benda-benda yang kecik ni payah nak ingat.

yang aku ingat aku teman noy pergi somewhere. serious takleh ingat.
then noy tanya aku ada nak apa-apa yang aku nak shopping tak.
so kita ke sana.
aku kata yang aku nak pergi either ke tempat yang ada xixili sebab nak beli bra.
or nak ke ikea sebab mama suruh aku beli toilet accessories nak install.
dua-dua dia tak suka. tak apa-apa. tanya tapi bila bagi tau taknak pulak.
tapi tau-tau je dia ke IKEA. nice.

oh talking about lingerie.
boleh tak apa penyakit. lately aku asyik shopping panties.
tapi lupa. aku ingat takda yang menarik.
sekali balik nak simpan.
boleh tak aku ada panties almost 20 yang baru beli n tak sempat pakai. hahaha.
gila panties ke apa. al maklumlah. hahaha.
tu takpa. aku ada beli 2 jenis kat mark n spencer.
1 tu lawa n perfecto.
1 set lagi tu aku beli size sama. tp sebab dia design lain.
amik kauuuu. besar nak mampossssssssssss. hahaha.
dah besar macam baju zara sofea aku tengok.
nak pakai ngeri. nak sidai pun lagi ngeri. aaaa malu.
what to do. tak pakai rugi nanti. sebab beli mahai.
tu takpa. aku bagi tau dotdot aku salah beli.
sebab time aku shopping tu dia ada.
aku kata la terbesar gila. tapi takpa. aku akan pakai if dia takda je.
yang dia gelak besar gila. dia kata dia nak tengok.
cibais. baru cerita dah gelak besar.
if dia tengok tah apa dia kutuk nanti. T____T
panties tu lawa gila n comel.
tapi apesal la kau kena besar macam kelambu weyh?
matiklah salahkan panties kelambu.
padahal tuan pun dah besar katil king size. miahahaha.

sampai sana terus capai apa benda-benda kecik.
yang noy bad mood sebab lapar. gilo.
so singgah makan. isi perut dia.
baru ceria.
cea isi perut dia konon.
padahal aku pun sama. ;p
lagi over ada.

:: menu wajib. sedappp nya. tapi kongsi ngan noy. sibuk je kan dia tu ::

:: nafsu sangat. nampak terus capai. tapi tak sedap. i want cinnabon. terbaik. but egg tart tu ok la. sebab tak manis. just nice ::

:: noy's. bagi aku sesuap je rasa. dia bedal meatballs aku berketul-ketul. ::

perut kenyang. suka hati.
noy yang memula kata takda nak beli apa.
ambil. tak pasal dia sama over.
yang aku pun cakap itu ini.

noy : kau gila ke apa pija. banyak nya. kang sampai rm500 kang.
me : ye ke? tapi sale. so yang sale kena amik. yang lain takpa. lain kali boleh amik. semua perlu kot.
noy : kau jangan nak amik yang berat-berat. kang nak sumbat kereta saya.
me : tak la. tu nanti saya pergi ngan dotdot.
noy : bagus.

kedekut kereta doh pompuan tu.
nyampah.
tapi betul la. kang amik benda berat. macam larat nak angkut.
noy tu bukan kuat.
takpa. tu pergi ngan dotdot nanti.
tapi saspen gak pergi ngan dotdot. kang takut tah apa merepek dia nak beli nanti.

semalam sembang ngan dotdot after cat rumah tu.

him : tak sabar nak kawin kan.
me : hmmmm.
him : u tak excited ke?
me : i excited nak pindah rumah. *hahah dasar biadap. bukan nak cakap excited nak kawin*
him : ye ke. sama la. slow-slow la hias nanti.
me : tu la. tak sabar nak deko-deko bersama......
him : bersama siapa?
me : peej burhannnn.
him : :( kenapa pulak tak sebut nama i? i pun nak deko.
me : ala taknak... sibuk la. jangan kacau. i nak deko. u buat laman je la yea. eksperasi laman.
him : :) ye la. laman je?
me : a ah. tau.
him : nanti kita pergi sungai buloh beli pokok yea.
me : ok.

:D





noy sibuk suruh aku beli cermin penuh macam ni.
aku kata takyah.
nanti aku nak request wardrobe punya slide tu jadi cermin.
so tak perlu cermin panjang lebar.
tengok macam mana nanti.
kalau tak payah gak nak ngangkut.
eh tak pernah guna delivery ikea.
mahal ke eh? berapa charge dia?


orang yang taknak shopping.
penuh jugak satu troli. kelas.
takda la banyak mana pun beli.
tapi paling best. banyakkkk gila aku amik.
aku punya rm250 ok. wah suka.
sebab aku memang budget rm500 dah.
noy pulak yang konon taknak shopping tu.
dia punya rm500. hahahaha. padan muka.
oh sale sampai ahad ni.
so siapa ada free time sila la pergi.
serious yang murah tu memang murahhh gila.

:: cantik tak bag baruw kittew. hadiah birthday form someone :) ::


later tu lepak starbucks minum n smoke.
sedar dah kul 11pm dorang dah turunkan besi antara ikea to ikano tu. yikes.
macam mana ni.
tak pasal aku n noy angkut troli turun tangga ok. n lepaskan palang besi ikea.
uwaaaaaaaaa. berat.
padan muka lepak tak sedar diri.
nasib pintu ikea tak tutup lagi. dapat la turun lift.

apa aku beli tu nanti la yea.
nanti dah siap semua boleh la tengok hasilnya ;p
semalam sebelum start sat dah beria ukur sana sini. poyo gila weyh. hahaha.

ok la tu je.
aku stress ni.
pegang muka tetiba rasa ada punat kat pipi kiri.
tak kelakar ok tetiba nak keluar jerawat di saat aku nak kawin ni.
tapi aku memang macam tu. setahun sekali memang akan kuar jerawat besar kat pipi seketul.
bengong tau. tak suka.
hopefully kali ni punya tak horror.
T___T