cerita campur-campur daripada perempuan yang tak berapa nak sihat.

terasa lama tak bersiaran.
padahal takda la lama mana kan.
busy uols.
ni pun menyempatkan diri untuk update kejap.
banyak kerja berderet menunggu ni.
lagi pun hari ni 29 feb.
tahun lompat. bukan senang kan nak dapat.
so mari update. :D

semalam zara n zeity datang.
tu tunggu entry lain aku update details.
tapi semalam zeity baru baik demam.
zara pulak still selsema je la.
takpa. takda masalah. layankan aje.
sekali start malam semalam aku dah sroottt sretttt selsema. not loike.
tekak dah sakit. rasa tak best dah. uwaaaaaaaaaa.
cecepat makan panadol n telan vitamin c.

dah lama aku tak demam ni.
tolong la jangan demam.
aku terlalu banyak benda nak kena buat.
dah la weekend ni bday aku ngan bachelorette.
motif celebrate if demam kan.
vitamin ada. tapi lama gak tak makan.
so semalam baru la kelam kabut makan kan.

bangun tadi dah rasa ok la.
tapi ni petang dia start balik. yikes.
help me lord.
telan ubat rasa mengantuk n nak berehat la pulak.
tapi takpa. kita update dulu.
then tengok macam mana.
sama ada rehat then buat kerja tertunggak.
or settlekan semua kerja baru kita tidur.

but anyway ni antara pics yang ada.
kita masukkan ikut suka ya.


ni ada last week pergi makan kat sg wang.
memula aku ke jalan pudu proof read n tgk draft untuk paper bag.
n banner.
ye ada banner. dapat free T___T
tapi memang tak la aku nak letak nama aku.
letak tulis-tulis sudah.

tak makan tak apa.
lapar gilaaaaaaaaaaa.
dah la pergi weekend  elok lengang tempat tu.
pergi weekdays. gila aku pusing 4-5 kali parking takda.
semua dah stock double park bagai.
kira yang di double park pun penuh ok.
dah la hujan lebat melampau.
lepas 4-5 kali pusing baru dapat double park jugak T___T.

sampai situ boleh lak designer tu takda.
pergi tapau makanan.
15 minit gak la tunggu.
settle je terus ke sg wang makan.
noy ajak ke nandos.

pekerja dia ramah la. bagus.
tapi jadi annoying bila dorang break nak smoke. memula do jauh.
tetiba duduk dekat sebelah meja kita orang.
n nak create a conversation. wtf. kindda rude.
bukan conversation biasa. tapi macam nak gurau2 kacau2.
nasib later dotdot join. selamat.

then pusing-pusing shopping lite-lite untuk bachelorette sabtu ni :D.
aku la nak tema melampau.
lepas tu sendiri kelam kabut nak carik accessories n baju bagai. ;p

ok dan di hari lain.
amik kad kawin last saturday ngan dotdot.
then settle tu huda n ice nak jumpa.
dorang pergi expo motherhood ke apa.
sama-sama kepenatan.
so ke wangsa walk je nak makan malam tu.
ingat nak tengok wayang sekali.
tapi penuh kemain je. so tak kuasa.








sayur campur, udang petai, tomyam seafood rasanya.
aku rasa masakan dia so-so aje.
takda la sedap melampau.
takda la tak sedap. avarage.
tapi kau tengok petai dia tu. meriah gila kan. tak kedekut.
rasanya sebab kita orang antara yang last datang.
so dia abiskan terus kot petai dia. gila.

then tutup kedai terus gerak balik.
ice n huda terus nak balik.
noy paksa masuk lepak.
dia buatkan coffee. kelas.

so sibuk bincang tema bachelorette.
noy semangat siap kata camera semua kena set black n white. over.
so saja aku snap randomly guna black n white setting. hahha.
tah apa-apa.


:: berangan ngan pearls. macam haremm ::

:: huda sibuk google nak pakai apa. sebab dia pakai tudung kan ::

ice stress sebab noy suruh dia pakai stokin sampai lutut.
tak pun pakai topi. hahahaha.
kita lihat nanti.

tu je kot.
hamagad serious aku tak larat.
lepas makan ubat jadi lagi teruk je ni.
ok mari baring n bawakkan berehat.

Ya Allah Ya Tuhan ku, tolong la beri aku kesihatan yang baik.
Aminnnn.

serious aku sangat sedih, emo, bengang..rasa nak tikam orang tu.

aku tak tau la korang tau ke tak.
pasal isu penyanyi r&b n pelakon tu.
isu yang dia rogol anak tiri dia.
daripada umur 7 tahun.
sampai budak tu sekarang dah umur 14 tahun.

mula-mula aku baca gitu je.
sebab tau la blog gossip ni suka hint-hint.
tak cerita penuh. malas aku nak meneka.
then keluar pulak kat melodi.
sebab kononnya orang kata orang tu adalah wan shades.
tapi wan shades kata dia kawin pun belum.
so dia nak saman blog gossip tu.

pun abis situ.
sampai la ahli kedai kopi keluarkan topik ni.
so detektif menjalankan tugas.
lalu tau siapa suspect tu.
so google la aku sebab tak sabar nak tunggu ahli kedai kopi keluarkan facts detektif dia.
amatlah terkejut bila tau suspect tu.
ok aku memang la tak kenal lelaki itu.
but P.G quite rapat n kenal la ngan abang tu.
tak sangka gila babi weyh.
gila kau 7 tahun buat kerja macam tu.

kantoi sebab budak tu dah tak tahan.
plus dia risau masa depan adik-adik dia.
takut adik-adik dia kena yang sama.
so last dia kena rogol last 9 feb.
tak silap dia cerita kat cousin dia.
cousin suruh report polis.
so 18 feb dia pergi sendiri kat balai polis n report.

then detektif bagi pic budak tu.
bertambah sedih aku tengok.
comel budak tu. n yes nampak sangat innocent n kecik je.
bila tengok pic tu. siapa sangka segala benda yang dia kena tanggung.

then aku baca fb mak budak tu.
pun kesian. sebab hancurnya hati pompuan tu.
ye la laki dia buat kat anak dia macam tu kan.

ish bengangggggggggggggnya.
harap dia dapat balasan setimpal.
aku tak faham la manusia macam ni.
budak kecik kot.
tergamak kau.
apa la budak tu tau.
kau bukan takda bini. main la ngan bini kau.
gersang sangat pergi la carik pelacur.
kimakkkk gila.

ok aku depress.
bye.

nak PM sorang-sorang gila letih...tapi if create event macam poyo sangat pulak.

kad dah siap.
gagagaggagagagaggaa.


semalam amik card ngan dotdot.
pastu menyengih muka memasing macam tak percaya tu kad sendiri.
hahaha poyo gila kan.

dah la sepanjang perjalanan tu aku terseksa je.
dia ngan syarahan agama dia.
pasal menjadi isteri dan suami mithali.
pitam hokeyyy.

yang dia tak sabar nak edar kad.
aku kata nanti la. awal gila kot.
aku plan nanti few weeks before baru la bagi.
tapi ice n huda kata takleh. kena bagi sebulan awal.
sebab atleast orang boleh block the date.
nanti orang ada plan la apa. hoh ye ke. mana la cheq tau.

sekarang ialah tugas hendak mengedar kad.
yang rapat takpa la boleh bagi by hand je kan.
yang nak post ni. payah gak kan.
ye la nak kumpul alamat.
so terfikir. adakah perlu PM sorang-sorang?
tadi ada create event. khas untuk nak kumpul alamat la.
pastu tengah syok click nama yang nak invite.
aku cancel event tu. sebab rasa eh macam poyo lak nak create event bagai.
hahahhahaha. so aku buntu di sini.

sebab aku dah tulis halfway nama kat guest list.
bila bukak fb tiba-tiba click terlebih.
tu takpa. lepas tu rasa bersalah tak jemput semua.
perlu ke? bukan jemput mana rapat je ke?
ke memang jemput semua orang tu nak datang ke tak tu terpulang.
help. help. help.
dah la guest list aku limited.
lelain penuh kawan papa n mama n sedara mara je.
ye benda tak perlu stress pun aku nak pikir lebih-lebih.

but anyway, aku kan kata kan buat kuiz blog.
kira sapa betul akan dapat invitation gi wedding kan.
limit 20 orang je pun.
perlu ke ah? rasa macam malas.
n tak ke poyo? macam best sangat ke kau nak kuiz bagai.
kan? kan? kan?

yang benar,
pengantin buntu.

p/s : hahahha penutup macam harammm.

Sexy Saturday #27 - Lovumba


sedap tak guna cerita. rasa baru tau.

ye tu la ayat mama masa makan lunch tadi.
makan sambil bunyi, "umph..umph..umph" *mata pejam kepala tergeleng-geleng*
aku tak makan lagi.
sebab sibuk snap picture.

me : hoi ni apesal bising ni.
mama : sedap tak guna cerita. rasa dulu baru tau. haaa tulis kat tweet kau macam tu.

e eh sibuk. dia lak suruh tulis gitu kan.
bangun awal pagi.
noy nak pergi kerja pun terkejut tengok apesal aku bangun awal daripada dia.
tah la lately ni tidur la lambat macam mana.
mesti nak terbangun awal.
ok maybe tak awal untuk korang la.
awal la untuk aku.
kira still pagi la. jarang berlaku tu.
otak stress lebih kot. tidur pun tak lena gitu.

so uruskan kerjaan.
then noy gi kerja aku lena kejap.
tak sampai 1 jam phone bunyi orang call sana sini.
terus bangun mandi la. sebab orang nak amik barang pun.

sementara tungu sembang ngan mama.
elok dah pass barang.
mari ke dapur.
selama ni malas.
sekali memasak. nahhhh.


simple je. saje poyo. hahaha.
bila tweet semua la kata aku hebat.
multi tasker la sangat.
takda makna. aku jaga sambal tumis n telur je.
masak lemak tu mama masak.
if aku yang buat semua ni. alamatnya ada yang salah satu hangus. hahah.

sekejapan siap.
fuhhhhh.


sambal tumis sotong brown. my ultimate favourite.
masak lemak kubis. hoih lawan dia sangat kan masak lemak n sambal tumis ni.
telur dadar.
n ikan terubuk masin goreng.
tu semalam customer bagi masa dorang amik tabita.
dia kata dia tau mama suka. so dia pergi sarawak dia belikan.
sweet bebenor korang ni tau.
aku patut mencontohi. pergi rumah orang tak reti-reti bawak buah tangan. T__T

serious weuh sedap terbaik.
menangis makan. nikmat Allah.
lepas tu kejap tadi rasa nak nangis tengok facebook ada orang tu kurus tak dijangka.
wah orang dah tentu diet. aku ni pelantak.
lagi stress lagi pelantak.
makan cupcake bisou sampai 3 ketul. pastu baru muka tak sinyum. ;p

aku pernah buat resipi sambal.
try la carik kat label belah kanan ni ye.
malas nak tepek balik.
memandangkan masak pun malas. spoil bitch.
so takda resipi.
nanti la aku dah pindah n ada laki nak bagi makan.
rajin masak lalu akan share resepi.
apa lagi aku nak buat kan.
vokeyh?

bye.

just keep swimming. just keep swimming.

alang-alang kat hotel tu.
pagi ahad tu suruh ayol n zeity bawak zara sofea.
biar dia swimming.
sebab katanya dia suka air.

bangun around 9am.
pergi breakfast kat bawah.
then tunggu kejap.
later dorang sampai.
siap-siap kejap.
then ke bawah.
tak plan nak swim pun.
so kami bertiga jadi lifeguard je.
ayol, zeity n zara je swim.





bangun pagi muka eksyen kemain.
nasib kesayangan semua.
oh harap korang tak pitam.
banyak gila pics.
maklumlah, orang batak anak buah memang macam ni.
jumpa pulak sekali sekala.
sekali jumpa harus penuh pics dia je.
ni pun dha tapis.
masuk semua boleh pening lalat nanti. ;p




kemain happy dia.
muka tak coverline sungguh.
tapi kena jaga.
sebab dia suka nak tepuk air.
so senget-senget pelampung tu.
tepuk sambil jerit nganga mulut.
pastu air masuk mulut.
dia batuk. hahahha.
pastu tak insaf tetap buat jugak.
sabar je la kenit ni.




oh pics adalah banyak sebab some aku amik daripada camera noy.
yang atas ni camera dia.
clear sikit.
yang ala-ala malap sikit camera aku.
sebab tu some pics macam berulang je.
harap maklum.












:: lifeguard mata lebam. tsk. anggap je la aunty pakai goggles ye. hahah. bangang ::

:: sempat nak main cak cak. lawak la kau ni kenit ::


:: mokcik n pokcik yang tumpang excited ::



lama jugak la melayan dia.
bila angkat nangis terus.
then sambung mandi kat bath tub kat bilik pulak.
angkat again nangis.



:: emosi bila tak dapat mandi lagi. lamaaa dah kot ::



lepas tu terus ok.
ni pose panggil burung.
macam-macam mak wan dia ajar.
sebut burung je automatic tangan naik siap petik-petik ngan bunyi semua.
hahahhaa.

awwww. i miss her la.
tak puas je rasa.
dah la lama sikit tak jumpa mula la dia eksyen.
sebab tak kenal kan.
tapi paksa jugak sampai dia suka.
nasib la kan dapat aunty n uncle obsessi. ;p

ok itu aje.
sambung lagi lain kali.
ta-ta.

Expose Mistik : Seekers

salam kak peej..

1st, sorry coz banyak sangat short form smpai kak peej kena perbetulkan.
2nd, sorry gak coz ada yg confuse nak ingat A,B,C kan.. 
3rd, sorry kalau cerita kali ni agak panjang sikit ye..
ni kira sambungan dari EXPOSE MISTIK : RONDA MALAM...
yang ni cerita dari kawan saya ok.
ada kawan-kawan saya ni geng silat.
paham-paham la kan kalau masuk silat ni, mesti ada yang boleh nampak benda-benda ni kan?
so.. kawan saya yang masuk silat ni namanya Haikal n Khairul (bkn nama sbnar..)
cerita ni jadi masa thun lepas. kira kami ni form 4 masa tu.
ada abg form6, Hafiz, pun masuk gak geng silat ni. 
so kira diorang ni ada ilmu la sikit kalau nampak benda-benda halus ni kan??
byk jugak diorang bercerita kat saya. maklumlah.. saya suka dengar org bercerita.:)

1st
Masa ni, kawan-kawan lelaki yang lain, kelas saya juga, tengah lepak-lepak kat warung mamak.. ada la lebih kurang 7,8 orang camtu.
diorang tengah seronok-seronok la bersembang bercerita kan antara satu sma lain..
masa diorang tengah syok sembang, geng-geng silat pun kebetulan lalu nak cari kedai makan lepas habis bersilat kot kalau tak silap. of coz la dah malam masa tu kan? 
salah sorang kawan saya ni namanya Aiman, panggil la geng-geng silat ni join sekali makan dengan diorang. byk jugak la geng silat ni, luar dari sekolah kami pun ada.
geng-geng silat ni cam nak tak nak ja masuk kedai tu. lastly, abg hafiz bisik apa ntah kat Haikal n then Haikal dengan Khairul pun datang la dekat dengan geng-geng AIman ni.
Haikal bisik perlahan kat kawan-kawan Aiman tu, katanya. "Korang makan cepat sikit tau. lepas habis makan, terus keluar ikut kami. ada benda nak bagitau korang."
naahhh.. dengar2 ayat tu,, terus semua budak-budak laki tu meremang bulu roma n rasa x sedap hati.
Aiman tanya Haikal, "Kenapa?"
Khairul jawab. "Tak dak apa. tapi cepat la. kalau dah siap jom."
diorang dah sedap hati dah, terus tak dak selera nak makan n then ikut Haikal dengan Khairul berkumpul dengan geng-geng silat yang lain.

mereka pergi la jauh sikit dari warung tu. agak-agak dah selamat, terus abg Hafiz kata. "Korang jangan pergi lagi tempat tu. tempat tu ada penunggu. kami masa nak masuk tadi pun dah boleh rasa benda tu ada dekat ngn korang."
dgr2 ja abg hafiz cakap, semuanya muka pucat habis.. diorang tak tunggu lama. terus ja balik rumah masing-masing.. ya la..semua pakat dah takut habis. lepas-lepas dari hari tu, diorang dh x pegi warung tu. kalau diorang nak lepak pun, mesti pastikan tempat tu selamat ke tidak. n kalau nak keluar, mesti ajak haikal dengan Khairul, sbb diorang kan ada jugak ilmu2 silat ni.

lepas-lepas ja kes warung tu. budak-budak lelaki kawan saya ni makin berani. 
ada yang buat-buat berani. 
apa rancangan diorang? ha.. ini dia nak cerita.
dekat dengan sekolah saya, ada quartes guru. tapi dah x dak orang.. 
sebab apa? tiap-tiap hari, mesti ada guru yang kena kacau. 
sampai dah tak dak dah yang berani nak duduk kat situ.. 
tempat tu jadi terbiar je. 
kalau org nak guna tmpat tu jadi port dadah ke, port maksiat ke, mmg konpem ada. 
tapi tak dgr lagi la ada org buat port kt situ. 
maybe kena kacau la kot.

quartes guru tu, ada 4 block. block A, B, C n D.
diantara B dan C tu ada surau.
geng-geng silat kan dah selalu pegi tempat-tempat yang sunyi, tak dak orang, untuk kuatkan semangat diorang kan.
so Haikal n Khairul ni, kira dah biasa la kan pergi tempat2 cmtu.
geng-geng Aiman ni, bila dah dgr geng-geng silat suka pegi tempat sunyi. 
terus diorang ajak Haikal n Khairul pergi quartes guru tu tengah-tengah malam. 
x silap dalam pukul 11 nak dekat 12 tgh malam la jugak. 
apa diorang buat? diorang duduk kat depan pintu quartes tu ja tak sampai 5 minit, dah rasa meremang bulu roma. 
tu belum diorang masuk kawasan quartes tu lagi.
diorang duduk situ, lepak-lepak sambil duk bercerita (Tak dak kerja kan?)
last-last semua pakat diam. 
Haikal n Khairul dah bg isyarat yang benda tu macam nak datang dekat diorang.
diorang steady lagi tp dalam hati hanya Allah yang tahu hati diorang masa tu macam mana.
sambil-sambil tu, diorang take pic.
bila diorang tengok balik pic yang diorang tangkap. 
naahh.. sekali ada hantu rempit la sebelah diorang.

ada dua ekor hantu naik moto betul-betul sebelah diorang.
kira nak tumpang bergambar sekali la kot.
memang menakutkan.. 
saya sendiri pun tengok gambar tu. diorang bagi saya tengok..
ya Allah.. memang nampak jelas muka hantu-hantu tu. 
dengan muka macam terbakar, gigi pun macam dah x dak, boleh senyum lagi tau, jangan tak percaya. 
berdiri bulu roma saya masa tengok gambar tu. serius scary gila la..

saya nak bluetooth, tapi Haikal n Khairul tak bagi. 
coz diorang cakap, nanti kalau henset kau rosak, jangan salahkan kitorang. 
henset diorang memang dah dikunci dah oleh tok guru diorang. 
kira selamat dah la henset diorang tu. 
tapi geng-geng Aiman ni tak serik, diorang pergi jugak lagi tempat tu walopon diorang ni takut. 
ada yang sampai demam. tp dh masuk form 5 ni, saya tak tahu la diorang pergi ke tak lagi tmpat-tempat tu. selalunya kalau diorang nak pergi, mmg quartes tu la yang jadi febret diorang.

ada sekali tu, diorang tangkap gambar gelanggang tennis kat sekolah saya tu, ada jugak nampak benda duk bergayut kat lampu dekat dengan gelanggang tu. 
saya lagi sekali tengok la gambar tu. 
kali ni, benda putih rambut panjang yang tengah bertenggek kat lampu tu. 
cuma tak jelas sangat gambar tu.
tapi nampak la image tu. mmg scary tapi lagi scary gamba yg hantu merempit tu.

haikal ada cakap kat saya. block A n B, bahagian hantu yang suka usik orang.. 
block C n D, bahagian orang bunian. 
kira siapa yang pegi bangunan C n D tu, diorang tak kan kacau selagi korang tak pergi buat sepah kat tempat diorang. 
bangunan A n B, kalau korang pergi, tak kena kacau,, memang tak sah la. 
Khairul pulak cabar saya, suruh saya pergi kt pagar quartes tu. duduk situ 5 minit ja, saya akan rsa benda-benda pelik. 
memang tak la saya nak pergi situ. 
kalau ya pun nak pergi, saya heret diorang sekali ngn tok guru diorang tu. hehee..

2nd
yang ni lagi skali saya alaminya sendiri..
kat sekolah jugak. besalah kan, semua sekolah ada sejarah tersendiri.
kali ni dkat dewan sekolah. 
dewan sekolah saya ni dekat dengan gelanggang tennis. 
masa ni time rehat. 
saya, Sofia, Jasmin, Alia, kami 3 org pergi ke dewan. 
kira kami je la yang ada kat kawasan dewan tu, kebetulan SOfia, Jasmin n Alia ni pengawas, n tugas diorang jaga kawasan dewan jangan ada budak-budak lain datang dewan hisap rokok ke apa ke kan? 
saya teman diorang je la, sambil nak alihkan moto saya. 
garaj motosikal ada kat tepi dewan. so masa tu, saya tak cakap dengan diorang sangat coz saya tgh bad mood fasal apa tah.
kami lepak aje la kat tepi dewan tu. 
masa tu saya ingat lagi, hujan renyai-renyai, tak lebat. 
pintu dewan semua berkunci, saya mmg sure kami 3 org ja ada kat situ.

masa tu, sunyi ja antara kami, tak bersembang apa pun, just lepak n minum air. 
tiba-tiba, si Sofia ni boring, dia pun nyanyi la 1 lagu ni, n yes,, mmg saya ingat lagu apa yang dia nyanyi.
lagu dia macam ni,, 'pohon beringin daunnya rimbun.'
bila dengar-dengar ja dia bernyanyi, secara drastiknya, saya kalih dekat dia, terkejut, tiba-tiba ja rsa seram. 
n then masa tu ada angin kuat. 
kami diam aje lah. saya pulak mcam tak fokus apa yang diorang cakap. tengok aje ke depan. 
n that time, dgr suara macam orang nangis dalam dewan. 
pastu bunyi gong. suara dia sayu sangat.
n guess what?? saya langsung tak takut. 
saya diam aje kat situ. 
padahal, kalau ikutkan,, saya ni memang penakut sikit orangnya..
saya mcam tak sedarkan diri about a few minutes. 
seolah2 saya tgh menghayati orang tu nangis.
bila aje saya kalih nak tengok Sofia, Jasmin n Alia, diorang memang jauh gila ngn saya. 
keadaan diorang macam cemas. 
pastu diorang panggil saya kelam kabut. 
saya terus tersedar n bgun pergi ke diorang. 
saya macam nak nangis,sbb masa nak lari ke arah diorang tu, kaki saya tak boleh lari, saya berjalan aje la. tapi mata saya gatal nak tengok dalam dewan. 
tak ada sapa-sapa pun dalam tu. suara tu pun dah hilang sejak-sejak diorang panggil saya. 
sampai-sampai aje saya kat diorang, diorang tanya, "Kau dengar tak apa yang kami dengar?"
n saya jawab.. "Dengar. Bunyi orang nangis n bunyi gong."
masa tu muka saya memang slumber je,, macam x dak masalah, diorang pun terkejut, mcm seolah2, bkn saya yg ada kat depan diorang.

kebetulan bunyi loceng, kami masuk kelas,, jauh ja dari dewan, saya rsa sebak sangat. tak tahu kenapa?
masa tu, Alia cakap, "Kau tahu tak, masa kami tanya kau tu,, kau macam orang lain, bulu roma kami tegak masa tu. ish. jangan-jangan depan kami ni, bukan kau kot."
saya masa tu la baru takut sgt2.
lepas2 tu, kitorang tak rehat dah kat dewan. 
n selidik punya selidik, rupanya bkn saya kami je yang alami benda ni, 
abg form 6 yang dah habis sekolah pun ada jugak alami mcam kami alami. 
situasinya sama, hari hujan renyai2. tp bezanya, masa tu dia sorang.
ish..meremang je bulu roma bila teringatkan suara tu..

p/s: k lah kak peej. tgn x larat nak menaip dh. byk lagi cerita fasal geng2 silat a.k.a seeker (geng2 AIman) , n cerita yang saya alami n tengok sendiri. tapi lain kali k.. 
assalamualaikum

the 3 stooges

malas nak bebel banyak-banyak.
so aku tepek video je la ye.

ni masa kat hotel hari tu.
sangap kan. so memang akan merepek-repek je kita orang ni.
sementara nak tunggu n relax kejap before pergi makan ikan bakar tu.

yang bawah ni noy belikan untuk zara sofea.
kejap dia suka. kejap dia takut pulak.
tapi aku sukaaaaaaaa.
nanti nak beli lagi semua geng-geng lain benda ni.
biar banyak. ;p






lepas tu noy plak sibuk ambik video.
maaf la kesewelan kami ye.
time tu tv bukak pasal whitney houston funeral tu.
so ada lagu-lagu.
so pompuan gila ternyanyi pulak.
dah la suara tak sedap. budus.






lawak pun ye.
sebab noy kenakan P.G.
kata nak amik pic.
P.G pose kemain lama. padahal amik video. hahahaha.

then aku lak amik.
jahat kang dorang ni.
ye gemuk tu sesuka hati je panggil-panggil aku macam tu.
dah lali. sebab tu tak effect dah. miahhahaha.

yang P.G lately ni kemain suka tengok segala lawak johan n zizan kat youtube.
kau bayang sepanjang perjalanan n kat melaka tu.
memanjang ada dialog lawak jozan.
tak sukaaaa.
sebab tu yang dalam ni tak abis-abis dia sebut time yang johan imitate chef wan tu.
rimas aku.






ok tu je.
bye.

nama je orang melake.

walaupun nama kampung kat melaka.
tapi memang tak reti selok belok sana la. ;p
ye la bukan selalu pun balik ke apa kan.
aku je la boleh harap sikit. sikit la.
noy n p.g lagi hampeh.
so supaya tak sesat. kita orang amik hotel sama masa ayol n zeity kawin tu.
avillion legacy.
walaupun tak suka hotel tu.
tapi tu je antara yang terdekat. dalam 5-10 minits away je.
senang. so possibilities untuk sesat tu takda.

nak gak try hotel lain.
tapi tetengah bandor. tak reti la haih.
tapi kali ni amik bilik besar sikit.
better la daripada last time tu.
memula dia bagi non smoking room. boleh?
so mintak tukar.
memula masuk bau busuk.
tau macam bilik lama tak guna ke apa tu.
bau almari ke apa.
later baru ok. sabar je la.











lepas rehat kejap.
freshen up n all.
then ke rumah zeity again.
main ngan zara sofea kejap.
then ajak ayol n zeity pergi makan ikan bakar. wiiiiiiiiiii.
akhirnyaaaaaaaaaaaaa berapa kali trip asyik tak dapat.
so tak kira kali ni kena pergi.
pergi pun dah almost 11pm.
bagus. takda la ramai orang ke apa kan.

pergi crystal bay, alai.
pergi kedai alaaaa...kassim.


noy n ayol yang pilih.
aku order je.
hamagadddddddd besarnya sotong dia.
besar as in aku nampak few yang besar tangan aku ok.
serious lebar n size semua sama.
kira dpd jari ke siku tu panjang n besar dia. scary kan. hahaha.
amik 1 siakap, 1 pari, sotong dalam 5-6 ekor. besar gila.
so cukup la tu kan.
takleh amik banyak n tamak.
sebab sengkak perut makan kat majlis umah zeity petang tu pun x abis lagi. ;p


:: sorry la terenter frame mamat tu. aku nak amik pic signage tu. tapi gila lamaaaa dia basuh tangan. so aku malas tunggu. aku snap je. lantak ::


:: ceria bebenor adik-beradik aku ni ::

:: feeling boss so duduk hujung meja. tapi lepas tu tukar. leceh lak nak makan. ::

:: nasi lemaks ::

:: kicap cicah. ni je slack. sebab aku tak reti sangat cicah ni. aku suka cicah ayaq asam. tapi dorang takda tu. tsk. ::

:: siakap masak 3 rasa. sedapppp. cuma dia tak berkuah macam selalu kita makan kat kekedai tomyam. tapi sedap je. oh n ikan if lebih garing. lagi best krupp krappp ::

:: sambal tumis sotong. sedappppp gilerrrrr. noy siap cakap sedap macam sambal sotong pija. awwww. terharu uol. sedap sangat ke sambal sotong aku. ;p  ::


ni memang sedap terlampau.
ngan fresh je sotong dia. gemuk-gemuk n besar lak tu sotong dia..
sedap dia tu kau rasa taknak makan ngan benda lain. nak ratah ni je. terbaikkkk.
hish tengok ni rasa nak lagi.
ada yang aku road trip nak pergi makan je ni.
drive 2 jam. makan. lepak sampai sengkak turun.
balik KL balik. mampu?

: menyenget-nyenget muka makan. kesedapan. mostly ratah je lauk-lauk ni. sebab kenyang kan. ;p aku n p.g je amik nasi lemak sorang sebungkus. ::


ikan pari bakar.
ni je kurang best.
sebab luar macam hangus sikit. so pahit.
tapi isi sedap n fresh.
akan lagi ku suka if boleh cicah air asam.
ni just ada kicap je kan.
so aku cicah kat sambal n kuah 3 rasa. heheh. ;p


pretty little strangers datang join makan.
comel sangat kan.
dia nak kacau makanan mak buyung.
padahal dia dah makan banyak earlier.
pastu muka macam tak bersalah je kan.

serious sedap la.
ahhhh teringat.
ok nanti mahu pergi lagi. tak kira. nyam.
ok tu je. ada masa nanti akan update lagi ye.
ta-ta byatches.