#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

joyful. joyful.

akhirnya baru la ada masa nak update ni hah.
hari ni rasa relax sikit.

rasa sapa reader aku yang baca blog mama.
dah tau kot.
yang cuti chinese new year baru ni.
zeity n zara sofea datang cuti kat KL.
weeee. seronoknya la hai.
membilang hari je kita orang.

tapi sibuk melayan dia.
aku malas nak naik atas amik camera.
so mostly pic yang kat blog mama tu aku yang snap.
tapi pakai camera mama.
so dia la yang update la ye.
ada some aku amik dpd bb je.
if rajin nanti share kat blog pulak.
if rajin la kan. tah bilanya aku nak rajin tah.

dorang datang on saturday petang.
so ahad tu baru aku keluarkan camera aku.
tu pun sebab nak keluar.

:: sarapan ubi kayu n sambal tumis ikan bilis. terbaik wokkk. tengok pic ni rasa nak lagi. hari tu makan tak puas. bangun lambat. tinggal sikit je pun. tsk ::

plan asal nak ke ikea.
saje jalan.
tapi elok kita orang turun.
tengok sedara mara datang ramai.
so mama tak jadi join.
kita orang tukar ke tempat lain la.
keji gila sedara datang keluar pulak kan.
tapi dorang tak bg tau nak dtg.
kita orang dah siap kan.
so plan harus diteruskan. ;p

:: lil popia with aunty peej n aunty noy ::







takda ke mana pun.
ke pavillion je.
shopping sikit untuk zara sofea.
n makan-makan.
tak lama pun lepak.
sebab ramai manusia sana.


:: aku suka awan. so snap la :) ::

:: pandai pulak elok dia ceria ::






makan kat teppanyaki food court tu.
noy nak.
aku ikut je. sedap je.
as usual aku takkan amik lain.
salmon adalah wajib. :)



zara sofea boring la tu.
sementara tunggu noy n mummy dia shopping untuk dia.
noy la semangat beli macam-macam.
aku tak berapa nak kayo.
so belikan zara sofea tommee tippee punya sip cup kot.
eh apa nama. lantak la. u guys know la.
aku bukan reti.



:: huru hara je nampak keadaannya. hahah ::

then dah beli memacam untuk zara.
tiba-tiba noy masuk nichii.
dia ajak zeity. siap belanja zeity.
tapi tak belanja aku puinnn. fine!

tu takpa.
aku memula dok luar.
taknak masuk. takut la.
tiba-tiba lama sangat.
aku masuk.
nampak kat tangan noy dah ada 2-3 baju kot.

me : noy!
noy : kominyooo help me...

muka gila confuse.
macamkan dia hilang ingatan n macam mana tiba-tiba kat tangan dia ada banyak baju.
aku geleng kepala je.
tapi takleh blah.
tiba-tiba kat tangan aku pun ada 2-3 baju ok!
madafaka.

kasi test.
tak beli both.
noy punya macam nasty. so tak suka.
yang aku punya tu takda bigger size.
so no no.

but end up buying 1 baju, 1 pants n one spaghetti strap utk jadikan inner. gulp.
salah noy.
dia yang membuatkan aku masuk kedai tu.

:: noy si suka paksa. tak puas hati zeity amik 1 baju je. dia dia pilih mana suka. dia suruh amik lagi. ::

:: kesian. anak terpinggir nak minum susu tp daddy tgh verangans. mummy busy shopping. aunty noy sibuk paksa-paksa. aunty peej tau snap pic je. apa la nasib kan ::



tak stay lama pun.
around 6ish balik.




dorang balik on tuesday.
sad.
terus rasa sunyi je.
kalau tak riuh melayan dia je.
dia ni taknak merangkak.
sibuk mengensot macam ulat bulu je.
tapi berdiri dah nak.
elok hari tu dia berdiri kat meja. n dia berjalan sampai pegang meja.
kelas lompat kau ni zara.

cakap pun tak reti lagi.
tapi dia start pick up la apa kita orang suruh cakap.
sebut atuk banyak kali..nanti dia ikut. tapi bunyi haaa..hokkk.
tengah sembang. noy sebut gigit bibir.
tiba-tiba dia nyampuk. hhiitt hibirr.
if dia hari2 sini aku bisik kat telinga dia aunty peej banyak kali. haha.
nak paksa dia reti cakap tu.


n aku rasa dia jenis dengar cakap.
of coz paling garang aku la.
cebik2 dia kena hepp ngan aku.
tapi takda apa pun.
tengok dia capai n baling toys kena la ngan aku.

dia ngan walker dia.
elok dia nak capai wayar ke, kucing ke.
cakap. jangannn. noo. nooo.
terus dia reverse n tak buat. bagus.
even belum setahun aku tengok dia pandai la.
if kata tak boleh tu dia ikut.
harap dah besar nanti pun sama.

ni ada video dia noy amik belah malam tu.
ada few aku amik dpd camera mama.
tapi agak kemalasan nak upload.
1 ni cukup la ye.







ok tu je.
next month jumpa lagi.
untuk birthday dia.
ta-ta.




penyakit jugak ni.

harap maklum.
aku bukan dilanda penyakit M.
iaitu malas.
aku di landa busy melampau sampai rasa nak nangis.
ini fakta.
bukan auta.

aku nak update blog tak sempat.
nak main game sims tak sempat.
makin lama makin kebelakang corot aku. tsk.
takpa. nanti senang jenguk la.
email pun sampai aku set siap-siap.
email masuk je terus auto reply kata aku takda.
nanti senang baru aku reply.

busy terlampau nak tweet pun sekali sekala je.
nak baca timeline lagi la tak sempat.
email sempat jenguk je.
nak reply pun tak nyempat.
haiyoh.

bunyi macam poyo kan.
tapi tu la hakikatnya.
siap rasa macam aku ni orang bekerja pulak sekarang.
if lepak kejap pun rasa tak tenteram jiwa.
sebab memikirkan nak balik rumah cepat2 attend emails n all.
hahhaa. ok terbalik. orang teringat office.
tapi since office aku adalah rumah.
so aku teringat rumah la. ;p

ni dah berapa hari straight ada je aktiviti.
tak sempat apa pun. tsk.
dah la noy ke, jonet ke.
if aku tak join dorang tak puas hati.
ikut kemalasan diri ni. rasa nak abiskan masa tidur je.
tak cukup tidur dah berapa lama ni.

ni pun tadi tak cukup tidur.
uruskan post la apa la.
terbawak santak sampai ke pukul berapa.
meneman si noy tu.
penat n ngantuk melampau.
set kat otak.
balik je nak tidur.

tapi tu la.
otak tak tenteram selagi tak reply email ke apa.
so kasi settle dulu.
n yes. i took me almost 2 hours.

oh ada berita tak berapa gembira untuk korang.
tak gembiranya sebab sorry aku terpaksa naikkan harga tabita.
sebab high demand.
dia dah tak mampu untuk 'tolong' belikan.
dia dah takmo jadi 'kurir' lady.

so kena la kurir dpd sana.
aku try nak squeeze n maintain harga yang sama.
tapi memang tak boleh.
sebab kita orang jual ni terlebih murah banding ngan market price kat sini.
if maintain gak. maknanya yang dapat hanyalah penat n sakit kepala aje.
so nak taknak kena naikkan.

tapi jangan risau.
tak naik banyak pun. extra rm20 je untuk per set.
so now untuk regular set tu rm320.
oh bagi yang tak tau. aku memang dah buat postage sekarang.
so if nak postage. aku memang charge rm20.
so pepandai la kira totalnya ye.

tu je kot.
aku nak rehat la.
penat.
harap cukup rehat ini malam.
so far takda plan apa esok.
except belah malam tessa nak amik measurement untuk baju nikah.
n jumpa faressa untuk bincang pasal make up look yang aku nak untuk nikah n reception nanti.

ok tu je.
senang aku update lagi.
ye. nak transfer pics dpd camera ke pc pun tak sempat.
FML.

wazzzuuupppp.

happy sunday ya'll.
wah hip hop abis kan.

ngantuk ni.
semalam tidur lambat.
hari yang super panjang.
tapi had fun.
hati munga-munga.

awal bangun.
sebab orang datang nak amik barang.
walaupun takda la awal mana.
tapi masa pass barang tu separa bukak mata.
hahaha buruk perangai.

nasib aku alert dengar bunyi phone.
dah la bunyi sms je. syabas.
sebab aku charge phone.
semalam battery abis terus. so charge jauh.
tertidur. ish ish ish.

so ni tengah bertahan mata ni.
kasi minum white coffee.
jap lagi ada lagi nak datang.

but anyway.
ingat tak aku ada blog pasal aku clumsy sangat sekarang.
yang hp jatuh la. segala macam benda la.
well nampaknya bukan untuk sehari.
sekarang aku jadi macam tu. T___T
semalam aku letak handbag kat peha.
amik pouch kecik nak ambik cermin nak check muka.
sebab aku menyebabkan lipstick bersepah di muka. T__T
sekali handbag jatuh. lalu barang berterabur.
me n jonet kutip.
tapi cermin tu hilang.
padahal sebelah tangan aku pegang cermin tu.
sampai sudah tak tau mana cermin tu. wtf.

lantak la. pinjam cermin jonet.
then makan.
abis makan. lap mulut.
tengok diri sendiri.
kat dada penuh kuah tumpah-tumpah. uwaaaaaaaaaaaaa.
apa ni??
macam budak kecik. mofo.

tadi kejap ni.
nak smoke.
light rokok.
kipas tiup rambut.
rambut bersepah. lalu aku bakar sekali rambut aku.
tssstttttt. bunyi rambut terbakar.
cuak gila. hahahahaha.
sekarang ada sekumpulan rambut kasar sebab bawah terbakar. o____O
tah apa-apa.

kenapa macam ni tah.
clumsy satu hal.
sekarang ni pelupa kemain.
tah stress ke apa.
selalu misplaced barang.
carik macam nak mampuih. tak jumpa.
sekali benda tu ada je sebelah kau. aaaaaaaaaaaaaaaa.

bahang nak kawin makin terasa.
makin cuak ke bebeh.
seram nih.

tah apa aku stress.
sekarang aku smoke almost 2 packs a day.
no kidding. im gonna die.
dah la 2 hari sudah.
aku mimpi tak jadi kawin.
cancel la apa.
sebab lagi few days nak kawin.
dapat tau rupanya dotdot tu pornstar.
hahahhahahahahha. bongok nak mampos ok.

ramai cakap patut orang excited nak kawin.
well not me.
aku rasa cuak nak mampus.
aku rasa kena mandi bunga la.
n amik air kasi hilang cemas. ;p
membayangkan segala yang nak hadap nanti. lagi cemas.

tapi dotdot comel.
aku ni PDA memang tak reti ye.
kayu sangat.
tapi semalam saje jumpa dia kejap.
kemain dia kenalkan kat semua orang ni future wife/bakal isteri dia. mih mih mih
suka hati kau la haih.
tiba dia ada sembang ngan pakcik tu.
aku tengah smoke. so coverline dok jauh.
siap panggil aku. amik kau menyembur asap rokok.
kot ye pun dotdot ni. menyabar la sikit kan.

serious kadang-kadang rasa kelakar n tak percaya je.
ok fine memang la aku dah tua.
motif tak sedor-sedor lagi kan.
tapi everytime orang kenalkan bakal suami, bakal isteri, tunang ke whatsoever.
aku rasa nak lari nyorok belakang langsir *lempangggg* hahaha.
tp sumpah segan.
nasib aku tak pernah hadap situation aku kena kenalkan dia kat orang.
if ada pun. mesti orang lain yang kenalkan.
aku hanya kayu n tumpang sengih je.
sambil rasa that awkward moment.
buduh gilo.

so far semua ok.
slow-slow buat wedding prep ni.
band dah booking.
aku mintak tolong kak yan.
sapa baca blog aku lama tau la.
kak yan ni housemate aku dulu.
dia memang penyanyi.
selalu nyanyi untuk wedding. dbkl. hotel bagai la.
suara terbaik ok.
tapi dia dah kawin. so memang stop.
so aku mintak tolong quote harga band if nak.
dia ramai kawan kan.
dia dah nyanyi belas tahun kan.
so dia quote harga murah.
n paling best. dia yang nak nyanyi. weeeeeeeeeeeee.
aku expect orang lain la.
tapi dia kata dia nak. as a wedding gift.
bayar band je. dia free.
Alhamdulillah.
sukaaaaaaaaaaa gila ok.
so sweet.

then tiba-tiba my childhood fren message kat fb.
tessa. kakak kepada faressa yang nak make up aku tu.
dia nak design n buatkan baju nikah. :D
dia belajar fashion kat US dulu. tak silap aku la.
then lepas kawin dok UK ikut hubby dia buat phd.
ni dah balik for good. dia nak start buat.
so dia happy nak buatkan untuk aku.
best kann.
dia dah cakap lama. dpd zaman dia kawin dulu.
tapi aku segan. takkan tiba2 aku nak message dia kata, "ok i nak kawin. buatkan baju i plissss"
segan ah.
sekali dia dah message again tu.
since baju reception hairi sponsor.
so aku kata baju nikah ok?
dia kata ok. weeeeeeeeeeee.
wah tak sabar.

Alhamdulillah rezeki nak kawin ni murah pulak. :)
tak sangka.
tapi korang jangan fikir over lak.
aku kawin simple je yea.
kalau boleh taknak membazir-bazir tak tentu hala.
minimalis.

va va va.
ok la.
itu aje.
terpanjang lak entry ni.
layan je ye.
ok bye.

Sexy Saturday #25 - Burn Out (Drive Fast)









p/s : comel gila bebudak tu. suka tengok.

Photo Booth #1










bz bz bz bzzzzttt...tp end up senyum.

hari ni dah plan nak buat kad kawin.
ye aku x buat lagi.
aku ni mmg champion bab lembab n malas ni.

bangun tidur phone aku banyak gila masuk email.
segal fb message. bbm. twitter semua la.
apa benda ni.

tengok ramai komen.
then tengok banyak email pasal tabita.
so taknak buang masa terus attend emails.
rupanya si filla buat entry ni. CLICK HERE.

aku masa memula dia beli tu aku dah suspen.
sebab dia kata if dia suka.
dia akan buat entry.
aku dah macam. hmmm. dia ni dah la ramai followers.
kang kena serbu pengsan.
sekali memang ye pun. heheh.

tapi tetap syukur.
rezeki nak kawin kot.
plus hari jumaat pulak tu.
lagi rasa indah. ibu segala hari.

nway bukan nak cakap pasal tu.
aku kan everytime kena layan email ke apa kan.
mesti aku rasa kelam kabut gila.
bukan apa. sebab some ada yang pushy.
some yea aku kata. some.
yang ok pun ramai.
tapi if yang pushy tu tak sanggup.
bertalu-talu ok macam-macam jenis soalan.
sampai kadang2 aku tak tau nak reply apa.
pening kepala mak uol.

siapa yang meniaga online ni tau la macam mana penatnya layah kerenah orang ok.
sebab tu dulu aku letih buat jual baju online dulu.
sekarang ni pun tahan je.
patutnya yang fussy sangat ni pergi beli kat kedai terus kan.
saloon fasha sandha ada jual ok.
kau bagi duit. time tu jugak kau dapat benda tu.
tapi sediakan rm450 ye.
mahal kan.

if rasa nak ngan aku. ikut la step by step ye.
sila sabar.
Alhamdulillah semua yang beli dapat barang.
takda berlaku isu aku menghilang ke. makan duit ke.
so sila trust.
plus aku dah blog bertahun ok.
ramai dah kenal muka aku n fam aku semua.
silap2 rumah aku pun orang tau.
tang mana aku nak lari la haih.

n satu lagi.
aku takda paksa ke apa.
korang baca review sana sini.
so korang decide nak try. good for u.
if rasa taknak pun ok. hak masing2.
tapi takyah la question itu ini sangat.
macam kan aku ni menipu.
aku pakai benda ni. n benda ni bagus utk aku n fam.
takdanya aku buta-buta tak tau apa.
so main taram je cerita apa suka.

so kalau soalan tak kena gaya tu jangan la tanya aku sangat.
mana aku boleh jawab aku jawab.
ada some aku tak sure. aku terus terang reply kata aku tak tau n all.
eh jangan ingat entry ni mcm aku marah ke apa.
aku tak kisah pun. tapi some la macam betul2 nak push aku over the edge.
ramai kata aku cukup baik la layan itu ini. *eh up diri ke uol?*
sebab kau fikir yea.
kata la kau beli skincare clinique, sk2 ke apa je la.
masa jual mesti orang tu cakap kemain.
kau beli n pakai.
tiba x menjadi.
ada kau gi balik n complain kemain?
tak kan. usually kau pasrah lalu try benda lain.
gitu.

boleh tanya tak salah.
tapi kadang2 soalan tu terlalu rumit sampai aku tak reti nak jawab.
for the record. aku jawab berdasarkan pengalaman.
aku bukan pakar kecantikan or kerja lab ke apa.
macam tu la.

ok senyum.
aku nak cerita lain sebenarnya.
tapi ter corner ke lain pulak.
sorry ye.

aku busy layan email n apa.
kan aku kata kelam kabut gila babs.
sumpah aku rasa tak menang tangan la.
so aku nak tweet.
tapi tak tau nak describe macam mana.
tetiba teringat tangan masam asereje tu.
tau kan?
yang ketchup song tu.
tangan kekiri ke kanan. ye rupa tu la.
lepas type tu.
terus gi youtbe tgk VC dorang.
hahahahhaa.





lawak gila ok.
ingat tak time lagu ni top gila?
aku rasa semua orang tau.
daripada budak kecik sampai la ke pakcik makcik semua.
siap tau step menari dia.

masa tengok tu sengih je aku.
sebab aku still ingat some or lyrics dia.
gigih. comel pun ye.
paling tak tahan. tetiba aku terbayang aku reply email.
setiap kali aku reply mmg aku buat step tu.
sesuai. siap tangan kat kepala kaki goyang2.
sesuai konsep kepala pening uol.
tp sila jgn bayangkan aku buat.
nanti korang nightmare.

then tiba-tiba @Annasue_G pulak cakap pasal lagu bawah ni.
pun aku sukaaaaaaaa gila.
mesti korang pun ingat kan.



apa la jadi dorang ni kan.
mentang-mentang hit n kayo rayo.
terus senyap sekarang kan.

untuk adik-adik zaman sekarang.
sebelum k-pop membanjiri dunia.
ini adalah IN ok. hot gila.
jangan tipu. silap2 masa korang kecik korang pun menari asereje kannnn?

terfikir.
now lagu apa yang hot yea
yg lagu n step menari semua peringkat umur tau?



patut la kau mahal.

kan hari tu aku ada tunjuk aku beli shampoo baru kan.
kerastase.
sebab jonet pakai tu. dia kata bagus.
so mari try.

sebelum ni asyik bertukar shampoo.
tah kenapa lately ni semua tak kena.
pakai head n shoulder asyik la rambut gugur.
tu takpa. everyday berminyak tahap melampau.
kena la shampoo hari2.
dah la katanya shampoo everyday tak bagus kan.

then tukar brand apa tah.
beli kat guardian.
bau wangi. rambut lembut gak.
dia macam berasas olive oil ke apa.
best la. aku suka je.
yang tak bestnya kepala aku gatal gilaaaaaa.
tak pasal keluar kelemumur.

aku pernah kena kelemumur ni masa aku sekolah menengah rasanya.
n pernah terbaca kat magazine.
benda ni di anggap fungal jugak la.
so dia memang takkan baik.
tapi pernah dulu mama mintak kat skin specialist.
so dia cadangkan pakai nizoral shampoo.
memang bagus gila la. pakai 2-3 kali memang baik la kepala.
siapa nak beli. korang boleh beli kat gurdian je.
tapi pergi bahagian farmasi tu. kat rak takda jual.

tapi untuk maintain.
kau lepas tu kena pakai shampoo yang anti dandruff.
Insyallah takkan ada masalah dah lepas tu.
tapi tu la. semua anti dandruff shampoo bagi kulit kepala over lembab la aku rasa.
so berminyak cepat rambut.

so dah tak ok tu.
baru-baru ni noy beli clear pulak.
hahaha. hampeh aku pakai dua kali je.
sebab bau jantan ok shampoo tu.
bila bising. ice cakap memang la. kata model dia pun christiano ronaldo.
hahaha ye ke. mana la kami tau.

memang bercadang nak tukar shampoo.
jonet kata kerastase bagus.
sebab rambut dia memang elok n lawa je.
tapi dia memang jenis rambut lurus. macam takda masalah sangat.
but anyway. nampak shampoo tu kat a cut above.
gila nak dekat rm100. pitam.

so ke sungai wang.
pergi kedai mmg jual hair product.
dapat la murah sikit. ok still mahal.
tapi murah la dpd jual kat saloon.
dapat bawah rm70. conditioner pun.
so tambah ada la dlm rm150. *gulp*

takpa kita try.
oh em geeeeeeeeeeee.
memang best nak mampuih ok.
dah la bau sedap gila.
kepala memang takda gatal.
sebab aku beli shampoo anti dandruff punya.
n conditioner tu pulak budak tu suruh amik untuk hair repair ke apa.

paling best after 2-3 days rambut tak bermintak walau sikit pun ok.
so boleh la kau mandi tak basah kepala.
bau tetap maintain.
kau bayangkan. aku ni chain smoker ye.
so rambut aku takda lekat pun bau rokok ke apa.
me loike.

aku ni seorang yang tak suka sikat rambut.
rasanya bertahun tak sikat.
tapi baru2 ni jonet suruh. dia kata sikat tu macam bagi massage kepala. which is good.
something like that la.
ok la. ada la aku sikat sekali. dalam bulan lepas.
lepas tu malas kembali.

so bayangkan macam mana kusutnya rambut aku.
super serious ok.
paling seksa if pergi saloon la.
dorang sikat before nak buat treatment tu.
sakit gila rasa nak tendang orang.
tapi tahan je.

pernah tak tengok iklan kat tv.
yang jari tersangkut di peringat/skala ke enam.
yes. rambut aku exactly macam tu.
siap if keluar lagi malu.
elok sikat rambut pakai jari, nak feeling 'lihat rambutku. pakai jari pun boleh".
takda maknaaaaaaaaa.
tersangkut tengah. siap bawah ada segumpal rambut belah bawah. simpul mati.
siap at last aku kena rentap bagi putus.
yes that bad.
so jangan la tertipu tengok pic ni kata rambut aku lawa la apa.
takda makna. ilusi optik je semua tu.
seksa tahu.

tapi kaaaaannn.
pakai ni rambut smooth gila.
padahal aku still tak pernah sikat rambut.
rambut aku langsung tak sangkut kat mana2 peringkat ke apa.
out of ten. kira sangkut arah 9 1/2 la kot.
pun tak sangkut. ala2 sikit je.
kira bukan jalan mati ke apa la.
ala2 ada bumper je. gitu.
best kan.

even noy pun terkejut.
aku suruh dia pakai gak.
tp if lepas ni abis. turn dia lak beli.
kalau tak kayap mak.
jangan dia beli nanti aku dah pindah sudah. sobs.
kena kayap jugak.
oh anyway, dia kan baru lepas bleach.
nampak rosak n macam singa rambut.
tapi pakai shampoo ni jadi tame rambut.
n elok licin cantik.
n takda kusut dah. nice.

tapi satu la.
bila rambut kau dah lembut n licin n nampak tame ni.
nampak kuncup je rambut.
rasa macam sikit je rambut.
tu dia complain la.
aku ok je.
lagi better kot dpd rasa rambut bersimpul kusut segala tu.

baru2 ni keluar aku curl kan rambut.
bertahan kejap je.
lepas tu rambut aku jadi lurus.
pelik gila.
adakah kerana shampoo ini?
rambut aku dah jadi macam typical orang rambut lurus susah nak bentuk tu.
hmmmmmppphh. kot ye pun.

tapi pernah try sekali je la.
nanti aku experiment lagi.
hari tu buat lepas tu aku tak sembur hair spray pun.
biarkan je. maybe sebab tu jadi lurus balik kot.
tapi masalahnya before this pun selalu tak spray.
elok je stay atleast untuk 2-3 jam.
ni kejap gila ok.
tak sampai 1/2 hour.
apakah makna semua ini?

tapi serious best shampoo ni.
if korang jenis tak kisah nak spend sikit.
n suka rambut best.
cuba try brand ni.
confirm rasa miss world terus. wah over kan.

ok tu je.
*lambai ala-ala miss world*
walaupun.

expose mistik : tingkat 12 ofis aku

Salam jumaat peej.. ingat aku lagi?
hahaha aku free arini... bos aku cuti so keje aku dok blog walking je.
blog sendiri malas nak update. hampeh.
ni aku nak share lagi cite yang baru je berlaku kat aku beberapa minggu yang lepas.
sudi2 la ko baca yer. hehee...

Masa kejadian : 8PM
Tempat kejadian: Bangunan (XXXXXX) Jalan Sultan Ismail

Ko jangan heran kalo kol 8PM aku masih kat opis sebab sejak aku terjun bidang project management ni,. otak aku jammed... muka naik jerawat (nanti  nak try tabita ko :) )
hidup sensorang yerla nak happy hour dengan kengkawan masa tu sangat2 limited.
oH..lupe nk bgtau.. aku baru je join co ni tak sampai 4 bulan.
cenggini citenye...jeng jeng........

Cam biasa, selagi project tak siap selagi tu hidup aku tak tenang.
Ade je benda nak follow up/coordinate.
So esok tu project aku nak launch, kalo esok nak launch arini aku kena pastikan suma benda berkaitan siap.
Aku tak sedar jam time tu da kol 7.30PM hari jumaat.( tak tipu ok) tetibe rase nak smoke.. so aku gi berasap jap..
tengah smoke tu aku rs nak terkincit...
aduhh mmg bertuah pundi kencing aku ni...
time org tengah sedap time tu la nak terkincit.

so aku cepat2 habiskan rokok terus gerak g tandas.
sampai tandas aku tengok mmg kosong tade sape.
Pundi kencing aku yang bertuah ni lak pandai pilih timing 7.30 cenggitu kan time2 magrib masuk tandas.
memang dasar bertuah.
pastu aku pun amik feel kincit la puas2.
sedang keasyikan membuang tu aku dengar pili air kat depan tu macam di bukak.. ade bunyi air mengalir.
otak aku mula pk.. ade org masuk ke?
tapi tak lak dengar org bukak pintu/tutup pintu tandas.
time ni aku buat bodo je lagi.
dah tercapai hasrat, aku pun gerak keluar..
nak cuci tangan... aku tengok tempat pili air tu kering...
OK... tak kelakar da time tu..

pastu aku terus gerak masuk opis sambung wat keje.
Suasana time tu gloomy sesangat aku rs.
dan aku sensorang je kat situ.
( mak lampir aka bos aku) tade sebab dia gi Hong Kong.
Sedang aku tengah buat keje tetibe aku dengar org berbisik pastu cam gelak2 manje kat belakang cubicle aku...hiks..hiks... cenggitu la bunyi dia...
badan aku lak otomatik bangun gi toleh kat cubicle tu... NO ONE ok...
pastu aku duduk balik sambung buat keje..
makin hebat dorang berbisik..
butir percakapan kurang pasti. tetibe bulu tengkuk aku meremang...
aku da rasa tak best. keje banyak lagi ni...
aku sentap bile bunyi tu tetibe hilang... pastu..

suara perempuan tanpa fizikalza....za....

dia panggil ok...aku da cuak...
takkan bos aku lak kan.. sbb dia ada kat HK. 
pas dia panggil tu.. dia cam gelak manje yg nak makan penampar...hiks hiks bunyi dia...
tetibe lak printer cam buat funny sound...
nak kata jem tak jem. nak kata ade org print tade pulak.
pastu printer canggih tu menyala ala cam ko nak potostat tu la cahaya dia...
time ni aku da tau da benda tu nak bergurau dengan aku...
aku pun bangun buat regangan otot jap..
aku tgk  dah kol 8.PM+. pastu aku cakap sensorang...

aku: nak balik la... yeay da siap keje....

konon aku cakap cenggitu nak sejukkan hati sendiri...
sedangkan kaki aku da keras sebab takut.
sesambil tu tangan aku laju je tutup laptop pack barang nak cabut.
pastu time aku nak gerak tutup suis sebelah pintu keluar..
tetibe dia bersuara

suara perempuan tanpa fizikal: da siap keje ke dah tau....hihihi

MADAFAKA. leh lak dia sound aku cenggitu.
pastu gelak cam jahanam...
aku terus gerak tak tutup suis. sebab da terlampau takut.
esok tu aku demam. tapi aku gagah kan jugak gi opis.
balik sharp kol 5.30pm.
aku tak stori pun dengan bos aku benda ni..
sebab dia pun penakut gak. kang tak pasal2 aku lak yg kene teman dia buat keje sampai tengah malam.
dem... apesal penutup aku cam hampeh...
mmg susah nak buat penutup weh...

K la... aku ada banyak yg nak stori...
tapi nak menaip ni peej... boleh kurus jari jari aku ni.
nanti aku rasa nak stori aku share k...
Bye peej.

XO
Zaza

Clessidra

[Advertorial]
[sticky post - scroll down for new entry]

Aku tau readers aku ramai gak sama size ngan aku.
Jangan tanya macam mana aku tau.
Tapi aku tau la. Aku ada sixth sense. Chewah over.

Oleh itu aku faham jugak masalah yang orang plus size macam kita ni selalu alami.
Iaitu susah mencari baju.
If ada pun mesti tah apa-apa je.
Tak pun if ada pun. Kau boleh nampak ada 20 lagi baju yang design n warna yang sama.
Belum lagi lain-lain size.
Itu baru satu kedai.
Kalau dia ada banyak kedai around malaysia ni.
Tu Malaysia, kalau macam aku kat KL.
Kat KL je banyak kedai. So kira la berapa banyak baju tu ada.

Saat paling menyampah.
Bila kau rasa kau dah lawa abis pakai baju tu.
Elok kau suka ria berjalan.
Kau nampak ada orang lain yang pakai baju yang exactly the same. tsk.
Time tu la kau kena guna skill corner lipat.
Iaitu cepat-cepat corner n jalan ke arah lain.
Taknak bertembung. hahaha.

Ok celoteh panjang.
So aku di approach oleh Clessidra.
Clessidra means hourglass in Italian.
So u get the point la kan. Hourglass kan selalu di samakan ngan bentuk badan perempuan. :)

So if korang plus size, n korang suka baju korang lain daripada yang lain.
Boleh check out Clessidra.
Sebab baju dorang semua tailor made.
Bukan factory made yang usually di beli borong banyak-banyak.
Hanya ada 2 helai je untuk setiap design.
And 2 helai tu ialah size yang berbeza.
So if beli tu, hanya ada sorang lagi je yang akan ada baju yang sama :)






Selain daripada baju.
Ada jugak accessories.
Paling best aku rasa harga amatlah berpatutan. nice.

Blog shop ni baju je bukak. Panas-panas lagi ni.
Akan ada lebih banyak akan di upload later.

So silalah ke Clessidra.
Mana tau ada yang menarik perhatin korang ke kan.
Happy shopping!

funny but creepy at the same time.

patut nak keluar.
tapi noy kata takyah.
bagus gak. lega rasa.
walaupun ada rasa hampeh sebab aku dah siap mandi n siap halfway.
siap game dah set timing la apa. over kan.

tapi bagus gak takyah ikut.
sebab seminggu tak keluar ni rasa selamat $$$$
sebab tiba-tiba rasa terkejut mana duit aku hilang.
cea konon padahal sendiri shotonk.
ye la. if kau tak shopping pun.
kau makan n all. kurang2 rm50-rm150 mesti jalan.
itu confirm.
if tiap hari or selang sehari. tak ke papa kedana tu.

ok fine.
so takda keluar.
aku mengadap internet aje.
rasa nak sambung marathon cerita.
tapi takpa. tunggu dulu.
dah lama tak surf the net.

so tadi bukak nuffnang.
saje nak check. walaupun sendu.
wah nak gak guna perkataan tu. padahal tak tau maksud pun.
aku nak hantar ticket kat NN.
few months backa dha bagi ticket.
tak reply pun. so saje nak bagi lagi.
elok submit, error.
saje je dengki tau.
takleh back la tu. nak menaip balik?
memang aku tak kuasa la derrrr.

so tengok la statistics kat nuffnang.
dah lama tak bukak.
selalu tengok daripada statcounter je.
so tengok keywords.

keywords hari ni sangat babi.
siapa punya kerja ni?

peejburhan5
peej66
peej burhan12
peejburhan vs ********10
peeja9
http://peejburhan.blogspot.com/5
peej burhan blogspot5
peej burn4
buruk perangai peej burhan4
peej burhan teman noy kerja3
peej burn noy kerja

1st...
apa kau dah takda benda lain nak google ke?
BURUK PERANGAI PEEJ BURHAN
wtf weyh.
apa aje yang kau carik.
masalahnya aku ni pun mana pernah molek pun.
tapi sampai google. kong ajaq ok.
banyak kali lak tu google.

tadi siap tweet.
lawak.
dorang kata saje dorang nak buat table kot.
baik n buruk.
then decide.
tiba-tiba aku terfikir. ke ni kerja mak-mak orang?
sebab aku tengok reader aku sekarang ramai gak di kalangan remaja.
patut la sekarang ramai panggil aku kak peej or sis!
saje nak dengki kan.
wah matiklah sentap taknak ngaku memang dah tua. hahaha.
nway, so mak dorang tengah check bermanfaat tak baca blog aku ni? hahhahha.

satu lagi aku cukup menyampah if aku bukak keywords je.
memang akan ada keyword "peejburhan vs ********" tu.
please la. meluat ok.
dah lama punya cerita. apa jadah google lagi?
aku punya tahap menyampah rasa nak tutup entry tu.
tapi bila orang terdekat mengenangkan kekejian peristiwa itu. dorang kata biarkan je.
plus lawyer pun kata biarkan.
sbb menang kes kan.
so abaikan la ye.
akan terkubur bila mana tau one fine day aku stop blogging or tukar ke url lain.
kannnn.
tapi sementara tu. tiap-tiap hari menyampah gila.
so korang stop la. apa lagi nak carik pun.
move on ye.

yang creepy lak tetiba ada keywords peejburhan teman noy kerja.
seriously?
apa yang korang carik ni?
nak tengok noy ke nak stalk orang?
menakutkan ok.
eeee macam2 jenis manusia la ada kat dunia ni.

satu lagi. last.
apa jadah nama aku jadi PEEJ BURN?
since when nama bapak aku burn?
nama bapak aku bukan bakar pun untuk kau komersialize kan jadi burn.
n aku tak pernah ada affair ngan Burn AF1.
dan adakah ini konspirasi nak burn aku live-live (bakar hidup-hidup)
ish Nauzubillah.
tiba-tiba rasa takut masa type tu.

so peeps.
please jangan jadi manusia yang menakutkan orang.
or manusia yang takda kerja lain google perangai buruk orang.
or manusia yang takda kerja lain asyik la nak google entry basi itu.

ok?
peace bitches.
over and out.

busy ke buat-buat busy?

entah la.
busy pun ye.
buat-buat busy pun ye.
bukan buat apa pun la.
macam semalam.
noy ajak keluar pun aku tak kuasa.

online mana patut.
siapkan kerja ke apa.
then aku marathon series.

noy tu gila download cerita.
kata pakai unifi kan. kejap je.
segala benda la dia follow.
aku je tak kuasa. penat la follow series ni.
so gossip girls, vampire diaries ke apa semua tu aku tgk halfway.
malas nak sambung. nanti2 la.

tapi baru2 ni dia download tru blood. 3rd n 4th season.
tak tengok lagi. pun nanti.
malam kelmarin dia ajak tengok series baru.
pretty little liars.
dia tanya kat twitter. so ramai kata best.
so download.
dia ajak nak tengok ke.
aku kata ok la. sebab baru nak start 1st episode kan.

aku rasa cerita dia biasa je. takda la best mana.
tapiiiiiiiiiiiiiiii kau tau la series ni.
dia suka bagi suspen.
bila suspen kau rasa nak tengok lagi. nak tengok lagi.
sampai tau la jawapan dia.

aku tengok daripada kelmarin.
8 episode straight.
itu pun sampai tertidur la.
noy tengok sampai 10 episode. marathon.
so esoknya bangun lepas settle semua kerja.
aku sambung tengok settle 1 season ok.
22 episode.
so 22 tolak 8 sama dengan 14 episode. nice.
puas hati. boleh tidur senyum. mihahahaha.

tapi season tu dah ada sampai episode 17.
nanti nak marathon lagi.
ni kena stop sebab ada hal nak settlekan kejap lagi.
tak sabar.
takleh betul la dah start something ni.
kang blog kemana. game ke mana.
semua terabai.
sekali sekala berehat daripada mengadap internet ok gak kan.

ok la. tu je.
nanti-nanti update lagi.
bila kerajinan itu datang ye.
ta-ta.

testimonial #2

malas nak update blog sangat.
sebab sibuk mengadap zara sofea.
esok dia dah nak balik. sobs.

so ni update simple.
aku just update pasal testimonials yang dorang bagi.
aku rasa macam banyak yang aku baca.
tapi bila korek-korek tak jumpa.
so if siapa yang rasa nak share tu.
bagi aku email or message kat fb tulis subject testimonial yea.
kalau tak memang jenuh nak mencari.
tenggelam nanti email or msg korang sebab yang masuk bukan sikit.
banyak. aku pun kadang-kadang tak larat nak reply.

but anyway.
so far ramai bagi bertulis la.
takda yang nak share pic before and after ke apa.
segan kot. sama macam aku. ;p

ok ni dia.
2 ni je aku sempat capture n simpan. ;p

*click for larger view*



first entry - Click Here.
second entry - Here.

ok tu je.
if nak share email yea.
senang-senang aku masukkan.
tak pun if korang share kat blog korang ke.
nak bagi link macam kat atas ni.
pun boleh je. :)



sakan.

last thursday bawak mama keluar.
plan asal nak ke jj aje.
sebab mama nak repair rantai aku kat habib.

tapi tengah siap tu.
aku kata kat noy.
kita bawak mama gi klcc la.
asyik jj je. jj papa pun dah selalu bawak.
klcc pun ada habib so kesana la.
noy ok je.

so siap semua.
then turun bawah. cakap kat mama gi klcc la.
gembira abis muka.
ok la.
kita orang pun dah lama tak bawak mama keluar.
derhaka sangat.
so alang-alang keluar ni jauh sikit la pergi.
pun takda la jauh mana.
naik AKLEH, 5 minit dah sampai. ;p

:: sementara tunggu dorang siap. cam whore kejap sambil sejukkan kereta. kalau tak, panas berkuap weyh ::

oh ni salah satu lagi baju baru.
suka kannn. la la la.

then sampai sana terus ke habib klcc.
betulkan rantai.
n nak tolak gelang aku.
sebab gelang aku tu charm dia love2 tu kemek2.
aku ok je pakai. tapi mama sakit mata tengok.
nak tukar boleh tak seketul love tu rm450 kot.
so baik jual. ok aje.

ingat nak trade in.
amik barang lain.
tapi takda yang berkenan.
mama paksa aku amik cincin kot.
hello cincin aku pun dah bersusun.
nanti cincin kawin lagi. takmo.
yang mama memang tunggu masa je nak amik something.
aku tak bagi. aku kata buat apa. tak perlu kot.

memang lawak la.
mama tu kalau masuk kedai emas. sihat terus. heheh.
bayangkan. tiba-tiba nampak dia keliling tempat tu.
yang noy pegang tasbih dia. yang aku pegang handbag dia. dia dah jauh dah.

then bila cakap takleh beli muka po'ot je.
noy pass balik tasbih. dia zikir.

mama : noy. yang belah sana tu apa? yang tulis 6 tu.
noy : haih. sibuk. zikir tu. zikir.
mama : ye lah. *zikir*

lama sikit lagi. dia pandang kiri tempat kaunter dia bersandar tu pulak.

mama : cantiknya ni nak. noy taknak?
noy : taknak la ma. jangan tengok apa-apa dah.
mama : ye lah. *zikir*

haha sian.
tapi takpa.
anyway decide untuk amik duit.
takmo amik barang lain.
punya la lembab laki tu.
lembab tahap nak siapkan borang ke apa pun ada dekat 20 minit kot.
aku isi la apa.
dia masuk dalam.
then keluar dia kata, jalan-jalan la dulu. nanti amik rantai aku dah siap.
yang rosak tu la.

tapi tah macam mana. aku n noy duduk leka kat situ sebab tengah tweet.
tiba-tiba 10 minit later dia keluar kata, "eh dah siap pun rantai"
for your info. time tu dia baru pass resit ke apa yang aku isi tu.
aku dah macam. oh ok. bagus. takyah merewang.

then aku tunggu lagi agaknya dekat 15-20 minit.
tah apa dia buat dalam tu.
boleh tak dia keluar kata, "sorry. kita takda duit la nak bagi. duit dah abis."

me : takda duit? what do u mean?
guy : hari ni ramai orang jual emas. kita orang tak simpan duit banyak. so ni duit dah abis. boleh tak akak amik esok. esok ada duit.
me : takkan la takda. apesal tak cakap daripada tadi. jadi kerja saya nak datang lagi ke apa. awak yang tadi kata nak amik duit pun boleh.
guy : maaf la kak. ingat akak nak trade in.
me : hherghhh.

time tu aku dah annoyed gila babi.
hello kita orang kat situ almost an hour kot.
ok la pusing2 dalam 15 minit.
the rest deal ngan borang dia ke apa tu.
ruin mood aku big time.
for ur info. tak banyak pun ok. tak sampai 1k pun.
c'mon, kemain kau kedai emas. kat klcc. takkan duit tak sampai 1k pun takda.
macam cibai kan.
n time tu adalah petang ok.
bukan dah nak tutup kedai ke apa.

then aku just cakap ok la fine. nak buat macam mana pun.
dah takda. bagi surat je la.
pandang muka budak tu pun aku dah tak kuasa.
sebab nanti aku lebih hangin.
tunggu kemain lama. dah la lapar. tak membawa hasil memang menyakitkan hati.

aku just palingkan muka je masa dia sibuk nak cakap.
dalam hati rasa nak cakap, "pergi la buat suratttttttttt!!! kau tu dah la lembab!"
taknak menggila. so layan phone aje.
lagi meluat ada one makcik datang n tumpang sibuk.
aku dah la mood dah bengang.
lagi nak menebeng muka betul-betul depan aku.
tetap aku tak pandang.

makcik : memang takda duit. siang tadi orang jual emas. yang jongkong tu. sampai 14 ribu. then ada pulak orang tolak barang rm3 ribu. kita memang tak simpan cash. orang beli barang pun pakai credit card.
me : *dalam hati. ada aku kisah. kau nak cakap apa ni. setakat aku punya tak sampai 1k jangan kecoh ke?*
makcik : kalau ada duit nanti kita orang call ke apa la.
me : huh.

then setelah tunggu lagi 10 minit.
or maybe lebih.
baru lelaki tu bagi surat. sumpah lembab.

lelaki : ini surat. nanti datang tunjuk je surat ni. kita bagi duit.
me : if esok pukul berapa baru ada duit?
lelaki : dalam pukul 5.
me : 5 petang?
lelaki : a ah.
me : pagi takda? ni petang. tapi apesal petang dah abis? kang esok saya datang petang. kata dah abis jugak.
lelaki : tak. esok petang ada.

e eh boleh lak macam tu.
main-main ke apa ni.

lelaki : hari ni takda sebab orang jual emas jongkong tu. harga emas kan tinggi.

ish ada aku kisah ke.
maybe la kot orang yang hantar duit takda specific time hantar.
ikut sesuka hati ke apa.
tapi macam mencibai tempat macam tu duit pun takdak.
nyampah lak aku.

whatever la.
maybe time tu aku bad mood kot.
memang pun. sebab elok balik tu aku period. hahaha.
padan muka.
tu pun kesabaran. nasib tak menaga kat situ.

tapi aku ni karekter bukan suka maki sesuka hati. rude ke apa.
after awhile aku rasa aku macam keji sebab taknak pandang muka orang tu bila dorang bercakap.
tapi aku memang macam tu.
if aku dah benci tu. jangan kata tengok muka.
ternampak nama pun rage ok.

me : ish. jahat ke saya tadi tak pandang muka dorang. saya bengang sangat la.
noy : tak la. memang bengang kot. lama gila kot kita tunggu. pastu kata takda duit. bodoh gila.
me : kan. bukan la kita hadap sangat nak duit tu ke apa. tapi aku rasa bengang sebab lama gila tunggu kot. sekali cakap macam tu.
noy : betul.
me : dah la makcik tu sibuk nak bersangkut kat kaunter n menebeng muka kat situ. aku rasa nak tumbuk je. sebab tu tak pandang. kalau tak memang dah tumbuk dah. *cea macam terrel*
noy : memang annoying pun makcik tu. kau tak tengok muka dia. saya pun menyampah gila. dia nampak kau bising2 kat budak tu. dia daripada jauh ngan muka dia. sibuk nak masuk.
me : muka dia macam mana?
noy : muka sebijik macam muka _ _ _  _ _ _ _. serious ok. aku pun menyampah je.
me : eeeeeeeeee. geram.

tapi memang spoilkan mood la.
benci.

then terus carik makan.
sebab kelaparan pun.
nak try makan kat ben's.
tapi tak sure ada smoking area ke apa.
since memang mood ala-ala naga.
eloklah kita carik tempat boleh smoke.
tak dapat keluar api dpd hidung. keluar asap pun jadi la. ;p
so ke dome.

:: mama yang mood ceria. sebab dia tak dengar kot. so maybe tak bengang macam kita orang. hehehe. oh both pic ni n yang atas ni dpd hp. mobile upload. alang ada tu kita share sini ::

:: noy's mango fadango, mine - apple crush, mama - hot latte ::

:: noy bising pic mama separuh je nampak. suruh snap lagi. layankan ::

:: mama. me <3 ::



noy candid.
tengah cakap ngan dotdot.
memula muka sweet je sembang.
lepas tu stress.
sebab sibuk cerita cincin kat dia.
ingat nak relax je.
tapi terfikir. aku ni tak jejari runcing.
tapi jejari tembam.
so mana la ada size aku.
kena nanti besarkan la apa.
amik masa tu.
so kena beli la cincin.
bukan dia yang stress. aku yang stress.
sebab serious lelaki ni suka relax tak bertempat kan.

bayangkan aku punya stress tu.
sampai terbawak ke mimpi. siap ngigau.
masa kat kedai cincin tu aku stress.
dah ada budget untuk cincin.
then nampak cincin lawa.
mama n noy sibuk kata lawa.
tapi terlebih rm1500 daripada budget kan.
wah sesuka hati. ingat boleh petik2 ke duit daripada pokok.
ok memang la lawa. aku pun sukaaaaaaaaaa.
tapi mahallllllll!!!
bagi aku mahal la tu.
memang orang boleh kata. ah biar la. duit dia.
dia tu sapa? bakal laki aku.
aku yang nak hidup lepas ni ngan dia.

so esoknya tu.
noy tengah make up nak gi kerja.
aku tengah tidur.
tiba-tiba aku terdengar suara noy, "pijaaaaaaaaa...pijaaaaaaaaa..bangun. kau ngigau tu"
tersedar aku tengah menghempas pulas.
noy kata aku macam tumbuk2 bantal tolak-tolak la sambil cakap, "tak nakkkk. tak nakkkk"
bila dengar suara dia tu aku terus jawab, "kau ngan mama la. suruh saya beli cincin mahal. sampai saya ngigau mimpi."
tidur balik.
hahahhahahahahha.
tapi sumpah ok. dalam mimpi tu dorang macam paksa-paksa aku beli cincin tu.
so yang ngigau tu. sebenarnya aku tengah tolak n tepis-tepis cincin tu.
bengong gilaaaaaaaaaa!

:: mine. spicy chicken n mushroom pasta ::

:: mama's minestrone soup. serious sedap. sukaaaaaaaa nak google la cara buat. wah macam rajin. banyak je bahan dia. takpa. nak kita ke dome sudah. kosser nak buat la haih ::

:: mama's beef pie. amboih sakan dia kan. ::

:: noy's grilled beef steak ::





then bawak mama jalan shopping.
memula ke mark n spencer.
tak beli apa. sebab baju takda yang sesuai untuk mama.
tak banyak choice yang lengan panjang.


since isetan aku pergi last time.
last month kot.
aku tak tau susunan dia. macam tak ok lagi je.
tak tau mana nak tuju.
so kita orang ajak mama ke parkson je.

elok jalan nampak kaunter YSL.
mama dah lama nak carik perfume YSL.
dia kata dulu papa selalu belikan.
tapi kita orang jalan selalu macam susah je jumpa kaunter YSL.
so bila dah ada tu singgah la.

seronok mama nampak perfume tu.
siap sales guy tu cakap. Opium tu classic. from 1977.
yang satu lagi tak sure nama apa. yang tu from 1983.
memang classic la.
77 time tu mama n papa kawin.
83 tu pulak time aku lahir. ;p
memang zaman dia muda-muda sangat la kan.
tak sampai 30 lagi.
time baya-baya aku. *gulp*
time tu mama dah ada 3 anak maknanya.
aku ni kawin pun belum. miahhahaha.

:: muka noy teruja sebab mama seronok bau perfume mengimbas kenangan dia. ::

tapi tak beli yang tu pun.
sebab dah tersuka bau lain.
wah tetiba je mama ni.
padahal aku rasa perfume dia dah banyak je.

tapi sales guy tu serious baik gila ok.
dia siap bagi kerusi suruh mama duduk je situ jangan gerak.
dia gi bayar semua.
then bagi perfume.
n siap naik atas amikkan cash voucher la apa.
serious sweet.
siap pesan hati-hati.
dia kata kat sini dah ada pick poket.
baru-baru ni kat situ orang filipina curik wallet orang arab la apa.
hish scary.



cantik kan kulit mama. glowing je.
pipi sebelah pigmentation dah total hilang. sebelah lagi je tinggal sikit.
wah teruja.
for 57 years old woman. kan?
harapnya aku nanti macam ni jugak.
wahhhhhhhh. nak jugak. Insyallah if umur panjang kan.
oh n tengok pipi itu.
itu bukan bengkak cucuk tang sana, cucuk tang sini ye.
tu sebab pipi kita orang memang sepesen gaya itu ;p

:: noy yang sombong. nak amik pic dia tak bagi. dia menyampah aku asyik nak snap pic. kedekut ah ::

:: pastu dia rampas camera amik pic aku. aku lak malas layan. merajuk la tu konon. hahahah ::

:: oh perfume mama lama yang 3 n 4 daripada kiri tu. yang classic tu. tapi yang beli adalah yang 1st dari kiri. tah apa nama pun tak tau ::

then later naik atas.
sebab dapat voucher tu.
kita orang paksa dia beli kasut baru kat snowfly tu.
dia kata dia dah ada kasut color brown.
hello kasut dia tu daripada mula dia sakit back in 2008 kot.
lama kot. beli la baru kan.
so beli.
takda pic. tu nanti dia share kt blog dia kot.

then carik baju.
takda menarik kat situ.
so aku ajak ke flow.
aku kata sana baju tak mahal sangat.
dalam rm100++ je satu.
oh kalau korang nak. gi la sana.
nama kedai FLOW.
memang untuk plus size.
dia tingkat satu. kat belah coach tu. jalan ampang wing.
tak silap aku la.
banyak menarik. tapi nasib aku sedar aku dah shopping baju banyak.
so kat sana biar mama beli je la.

then terus gerak balik.
aku singgah kejap la ke cold storage beli rokok n cakes.

serious penat.
ye la mama tak sihat kan.
amat la slow dia jalan.
so jadi super penat.
tapi mama ni kuat semangat. walau tak sihat.
elok je dia jalan. seronok shopping kot.
aku yang gemuk ni gak penat.
penat fizikal n mental. wah nak dramatik je. ;p

lain kali bawak dia jalan nak rent wheel chair la.
laju sikit tolak dia.
ok next nak bawak dia pergi mana pulak eyh?

ni zeity n zara sofea ada kat rumah.
mesti nak jalan-jalan kan.
harapnya tak sesak la kl.
harap semua balik kampung.
tapi tak best nya chinese new year ni.
banyak kedai suka tutup.
pffffttt.

omg. panjang gila aku membebel kat entry ni.
tak sangka panjang macam ni.
penat la korang kena baca kan.
hehehehee. ;p

ok tu je.
ta-ta.
selamat bercuti panjang semua.