Instagram : @peejburhan

piknik kat rumah.

jonet bagi belated wed gift.
hadiah for our home.
dia bagi bidai 2.
konon satu depan. satu lagi between umah aku n wilcha.
gila. tang mana aku nak gantung between rumah tu. aku takda bumbung. haha.
so masih tak fikir satu lagi nak letak mana.
yang mama lak tau ada dapat bidai tu.
kata tunggu dia datang nanti baru hang.
sebab dia tanya aku nak letak mana. aku tak sure lagi.
so dia kata biar dia yang pikirkan.
baiklah.

lama gak la.
sampai la last saturday mama, papa n ayol datang.
mama siap masak bawak umah.
aku masak nasi n telur dadar je.
malam sebelum tu dia tanya la aku nak makan apa.
serious tak tau nak makan apa. apa2 pun ok je la.

so mama datang bawak masak lemak nenas n ikan kering kurau.
cencaru n kembong bakar.
air asam.
bendi n kubis rebus.
sambal tempoyak.

hoi hoih hoi. berselera makan.
aku tak kacau lain. makan ikan bakar n air asam je sudah.
bertambah semua makan.
lepas makan. relax kejap.
dorang start projek kat umah aku.

memula tukar batang untuk shower.
indon yang buat umah ni bengang.
beli shower hear besar. tapi batang pendek.
so senget benda tu. end up air keluar halfway. belah atas air tak keluar.
pastu dekat ngan dinding. seksa weyh nak mandi.
tapi tetap la mandi khennn.
aku tak tau semua tu boleh buat sendiri.
memikirkan kena panggil plumber tu yang aku sanggup mandi di tepi dinding. hahah.

elok tukar batang tu.
sekali aku tengok ayol dok selotape shower head tu. hoi buruk.
rupanya masa nak pusing tu patang.
shower head tu bukan besi or apa benda tu la.
ia adalah plastik. what the fookkk.
dasar indo tau nak untung lebih.
plastik kau bagi.
so maknanya lepas ni kena beli shower head pulak. pfffttt.

lepas buat tu.
projek gantung bidai lak.
so ayol buat tu.
sambil Mr.B mama suruh rearrange pasu n all.


aku tukang sibuk je. heheh.
oren kan muka aku.
pic atas ni no filter tau. ori pic.
no muka oren bukan kerana aku feeling nak tan lalu jadi oompa loompas.
tapi sebab rumah depan aku ni kan warna oren terang gila.
so kalau matahari pancai. sumpah sampai umah aku nanti terpancar cahaya oren tu.

hasil kerja dorang.
selamat naik blinds ni.
dua-dua pakai. yeay.


ikut aku memang aku turunkan je dedua.
tapi dorang suruh ikat. fine. takpa if lepak depan boleh turunkan.
kurang aktivii mengintip kan.
oh sila ignore kotak oceanlife ephyra yang berlambak tu yea.
aku dah tak tau nak bagi siapa n letak mana dah.
ni balance yang dah tak tau nak campak mana.
oh siapa nak beli Ephyra promo still ada yea.
so sila dapatkan EPHYRA PROMO ni.

mama kelakar gila ok.
malam tu dia sibuk ajak papa balik.
papa kata tidur la kat rumah aku ni.
tetap nak balik. memacam la dia kata.
tapi end up tido la umah aku.

takda masalah sebab memang ada baju tidur dia aku simpan sini.
tapi yang kelakarnya. esok tu aku tengok dia pakai baju lain.
aku dah macam, "poyo je mama ni. konon taknak tidur. tapi padahal siap dah pack baju bagai"
mama, " hihihihihi"
eh mak sapa la ni.

pastu pagi papa beli tosei.
oh super love. aku dah lama mengidam tosei.
but aku ni bukan morning person.
so tak pernah dapat makan.
if pergi kedai mamak ke apa pun.
dah petang or tengahari.
takda menu tosei ke roti canai apa semua tu. fineeee.

then tengahari Mr.B beli lauk.
aku tertido. hoi semalam hujan sesajo. sejuk ok sedap tidur.
tapi tidur ayam gitu.
sempat lak dengar mak aku ngutuk aku kat papa.
"Ben pergi beli lauk ngan ayol. nak buat macam mana. dapat bini pemalas masak. kena beli la"
amboi amboi amboi *keluarkan jari kelingking macam azwan ali*

yang pasti meriah. sebab selalu ku kesepian je kat rumah.
sumpah tekanan jiwa ok.
rasa boleh sakit jiwa berjam tak bercakap.
siang laki kerja.
petang dia balik sembang la sikit or dinner.
then if dia ada rumah selalu dia online. aku tengok tv.
tak pun dia gi gym. again aku akan sepi tak bercakap.
tak pun dia tidur awal ke. hoiiii. nangis.

mama : kau tak suka budak. if suka boleh kau jaga anak orang 2-3 orang ke. seronok tau.
me : huh? taknak la. tak reti.
mama : bukan susah pun.
me : tak boleh la. pija smoke. mana ada orang nak hantar anak dia.
mama : a ah kan. kau smoke la kat luar.

mmmm. tak payah.
baru mama cakap macam tu memacam dah main kat otak aku.
time aku smoke nanti ada budak kat dalam umah selongkar barang.
jumpa gunting ke. pisau ke. ish cedera anak orang tak pasal.
tak pasal.
plus nanti hilang waktu tidur ku. kah kah.

eh tu je la.
banyak la cerita.
nak cerita sikit je pun sebenarnya.
ok bye.

p/s: nak makan apa eyh? nak masak but malas. kah kah. ok lets eat koko krunch je. ;p

1 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Eh Ayol ni memang betul2 rajin lah.....aunty pun tak boleh jaga anak2 orang walaupun duduk bosan sendirian....mak garang nok. ....kang kalau dimain nya perhiasan2 rumah mau naik tangan ku itu...jadi biarlah kesunyian dari menyeksa anak orang kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...