Instagram : @peejburhan

panggilan.

panggilan nama.
me n Mr.B memang takda nama panggilan tetap.
kita orang ikut kesedapan nak panggil apa time tu.

pernah la Mr.B cadangkan aku panggil dia abang.
hoiiii. geli. motip nak abang2 bagai kan.
sumpah geli sampai meremang bulu woih. ini bukan tipu.
so cancel. jangan mimpi.

paling tak tahan, baru-baru ni.
naik kereta sama.
dia dok mama, mama.
aku dah pandang sebelah mata.

me : kenapa?
him : mama, papa rindu kat mama.
me : u ni kenapa? jangan nak buat gila. benci gila. u buat lagi i siku *ewah siku. macam berani kan*
him : hahhaa. ite tu saje je. ada kawan i tu kan. tah apa-apa siap nak papa mama. eeeeee...bengang je.
me : kawan u ke?..ke si dotdotdot ngan dotdot tu. u jangan la nak coverline kata kawan u. ingat i tak tau.
him : ye lah tu. bengang je i.
me : menggelabah. cukup benci la i orang yang belum kawin nak papa mama, mummy daddy. sepak kang. poyo gila.
him: kan i pun menyirap je. maknanya ite tu tak boleh panggil macam tu?
me : tak boleh. orang ni panggil papa mama ni bila dah ada anak. sebab taknak anak dia confuse.
him : ye lah.

macam noy sekarang.
ok tu sorang aku nyampah.
amboi kemain susah nak jumpa sekarang.
ada je aktiviti dia. benci.
nway, if jumpa pun bebalik cerita pasal boyfriend dia.
kemain cerita kat kita orang.
cerita details siap B apa bagai.

papa : kau pun panggil B jugak.
noy : hihihi *muka sengih kerang busuk*
me : eeeeee. *roll eyes* B, B. poyo.
noy : eleh daripada kau. tah apa panggilan tah.
papa : dia panggil apa?
noy : tah la. noy tido umah dia. molly la, kepolly la, andoku la, kiponje la, kepoli cimpong pung pang pung ping la. lagi tak faham.
me : whatever. janji orang lain tak faham. kita orang je faham ok la tu.

hahaha. kita orang memang ikut suka je.
tah mana hasil datang entah.
kadang noy tanya. molly tu apa pulak.
terus aku macam blur, eh mana datang molly entah.
aku rasa start Mr.B panggil moling kot.
pastu konon nak lawan aku lagi manja. so aku tukar molly.
kah kah kah.

sebenarnya bila dah type sampai sini.
bukan je nama panggilan papa mama buat rasa nak siku.
aku rasa panggilan yang aku n Mr.B guna lagi la melampau.
bukan siku je. mintak kaki sebenarnya.

tapi apa-apa pun.
selagi orang tu tak de anak sama.
tapi panggil memasing papa n mama. memang aku rasa nak sepak laju-laju.
paling tak tahan budak sekolah menengah nak panggi gitu.
hoiiii. dah gila ke kau?!

1 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kan benci dengar panggilan2 cengitu.....nampak gatal bebenor budak2 tu.....gila kita yang dah kertu dan ada anak2 pun tak panggil mama papa bagai....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...