Instagram : @peejburhan

nak apa? akan ku cuba try penuhi. wahhhh

pics fro instagram.
since tak semua ada instagram kan.
so mana rajin akan ku share sini.

tak pun maybe orang ada.
tapi kadang dorang request nak follow aku tak approve.
kah kah. kijam. 
tak gak. aku tak approve bersebab.
selalu lelaki aku memang tak approve.
sebab kat instagram ni tempat kau nak feeling. 
sesuka hati nak masukkan pic apa.
so if ada lelaki segan la.
tapi ada la few terlepas gak, reason sebab aku biasa nampak nama tu.
sama ada memang dah kenal sbb reader or biasa tegur sapa kat twitter ke apa.

lagi yang aku tak approve.
kalau orang tu baru buat acc instagram.
pic muka pun takda. motip nak approve kan.
tak pun muka dah ada. tapi profile pic muka anak ke, kucing ke, cartoon ke.
i is nak tengok muka kau. bukan muka seperti di atas.
tak pun dah dorang ada acc.
tapi pic dia takda langsung, 0. followers pun tak banyak.
tapi dia dah follow orang dekat seratus or beratus2.
hamboih kemain melampau kak nam ketara kan.
aku yang dah join few months ni pun baru bollow orang 100+ mcm tu.

hahah boleh.
ye aku saiko macam tu.
kalau aku rasa taknak approve aku reject la.
jangan berkecil hati kalau ada antara kamu yang membaca ni adalah salah sorang yang telah direject.
sebab kadang aku reject. tapi orang tu tak berputus asa n asyik request.
kalau mood aku ok time tu. aku approve.
so jangan mudah berputus asa. ;p

oh kenapa kena buat private acc?
biar je la public kan.
reason sebab aku tak suka nanti segala acc spam ni akan automatic boleh add kau.
pastu nanti kat pic kau mula la keluar komen2 spam. 
so aku tak suka. better public la kan.

kemain panjang kan mukadimah aku.
padahal kata tadi nak share pic.
maklumlah sekali dah membebel ni, aku memang susah nak stop. ;p



last week kot aku balik.
mama kata kat aku jangan la pakai cincin kawin aku tu.
ye since kawin tak pernah bukak. aku pakai je buat kerja ke apa semua.
mama kata sayang. nanti rosak.
so cincin tu biarlah pakai bila ada occasion je. gituh.
aku ada gak la terasa kadang.
sebab kau membasuh kuali la toilet tu.
beretuh sana sini. pastu sendiri menangis dalam hati. rosaklah cincin ku.
tapi masalahnya, nak tukar. tp aku sendiri tak tau mana cecincin lain aku.

mama : pakai la cincin lama kau.
me : tu la. tapi kat mana yea? pija tak tau mana.
mama : ada mama simpan.
me : oh ok. bak la.

so pakai la balik cincin lama ku.
yang atas tu cincin hadiah mama masa bday 21 aku.
hish dah lama kan. tapi rupa elok lagi.
yang pic bawah tu pulak cincin risik.
ok la tu buat basahan kan.

pic bawah ni pulak pic budak manja.
yang sentiasa bergolek sambil ku rasa dia berkata, "gimme some love".


 :: so gendut. so comel. so manja. lulu lebiu ::


gedik few nights back.
saje buat fishtail braid.
ok la. tapi tak berapa nak jadi sebab fishtail ni nak lawa jalin dia tu kena halus2.
masuknya kau amik nipis n sikit2 n jalin.
kau sanggup? dah la rambut panjang. kosser aku.
lagipun saje gedik kat rumah. tetiba nak semangat sangat buat apa kan.
tapi later tu Mr.B ajak gi makan.
aku bukan. segan lak aku, kau ingat kau remaja sangat nak keluar gitu kan. ;p

aku kadang suka layan youtube buat rambut2.
rasa macam bestnya dorang buat.
n sebenarnya boleh je buat. tak susah.
tapi tu la malas.
tak pun kau beriya tetiba pergi beli barang dapur je pun.
agak2 la kan.

ada lagi pic nak share nanti ku buat entry yek. :)
amacam. rahjin tak ahkak 2-3 menjak ni?
belum masuk 2013 lagi ni. hahhaa.

aku rasa aku tau kenapa.
sebab aku minum ephyra ni la.
sungguh bertenaga n kurang kemalasan tu.
kalau tak lemah je weyh.

nway, harap 2013 lagi banyak benda nak bebelkan kat blog ni yang sekian lama gak bersawang.
korang nak cerita apa eyh?
selain dpd cerita aku la.
yang tu takyah mintak pun nanti ada mood aku cerita.
ye la korang pun some dah lama baca blog ni.
mana tau ada yang korang miss ke.
sebab dah lama takda entry berunsur begitu ke apa.
sila nyatakan.
mana yang boleh akan ku cuba penuhi.

:) <--- manis.="manis." p="p" senyuman="senyuman">

3 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

Hahah... terasa ai letak gambo profile kt IG gambo kucem. Nasib ko dh approve Pija. Tp rasanya ko kenal dh kot nickname aku evendo aku jarang tggl komen :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

harus la nk request cerita ko jugak! ahaha. cerita percintaan ko dgn Mr.B yg bertaut kembali tu. xtau la kot kite ada termiss ke.. tp mcm xpernah terbaca lg.. kikiki. eh knp komen ni kjp keluar commentbox nuffnang kejap keluar blogger punya? ai confuse. lolx

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Sedih teringat cincin kawin yang hilang dalam laci sewaktu kerja dipejabat 18 tahun dulu.....uncle dah ganti yang baru tapi masih sedih teringat cinicin yqng hilang tu.

Selain cerita peeja, aunty nak tahu cerita pasal anak ice dan huda, juga perkembangan terbaru jonet dan kawan2 lama peeja.....lama dah tak nampak dia orang kat sini.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...