Instagram : @peejburhan

ke BB bersama BB.

hahhaa. macam gedik lak tajuk entry macam tu kan.
tapi ada aku kisah?
daripada ada hari-hari yang sangat payah nak fikir buat tajuk apa.
so ada idea ni jadikan je tajuk entry. ;p

serious ni dah lama.
rasanya end of nov kot.
dok check pics kat hp few days ago baru perasan.
so alang-alang mari share n buat entry.

serious nowadays kemalasan betul nak update blog.
tah apa kena pun tah.
bila nak kembali cergas macam dulu tah.
pastu kadang terfikir adakah orang yang masih nak hadap baca.
tak buhsan ke? bebalik yang sama je kan.

but nways, time ni masa aku nak amik ticket J.Lo kat office NN.
so lepas amik tu terus ajak Mr.B ke pavi nak makan.
dah lewat petang gak la. memasing tak makan apa lagi. ;p
yang dia tak puas hati aku nak gi pavi dia kata semata nak makan.
dia ajak makan kedai2 dekat2 area situ je. ho ho ho. takmo.
dah la lama tak keluar ni. alang-alang kat KL, lets makan syiok.

tujuan ke pavi adalah kerana iniiii....


yeeehaawww. ye sebab nak makan teppanyaki.
few days earlier tu cousin aku share pic kat fb.
terus rasa macam nakkkk, lama tak makan.
so ke situ, nasib tak ramai orang. dapat seat straight away.
memasing order salmon, then amik extra beef steak tu share.
tapi kali ni budak yang masak tu kemain la lembab!
dah la kita orang lapar tak makan apa.
Mr.B sempat abis semangkuk nasi makan ngan sayur ok.
by the time salmon siap kena order extra nasi.
beef lak siap after dah halfway makan nasi kot. hoiiii.
but it was worth it sebab memang sedap.
Mr.B pun terkagum2. dia kata sedapnya. ye dia tak pernah makan situ.
siap kata nanti datang lagi yea. ok aje. :D

alang kat sana takkan nak terus balik kan.
so aku ajak Mr.B ke H&M.
sebab the last time pergi sana aku macam suka satu subang ni.
but since time tu dah beli dua, rasa macam ah jangan nak gedik bebanyak subang.
tapi rupanya aku silap.
sebabbb aku tak dapat melupakan subang itu. gagaggaa.
so nak beli plissss.

plus aku ingat nak suruh Mr.B beli jeans.
sebab dia ni memanjang pakai seluar slacks.
aku rasa macam orang kerja sangat.
so mari.

carik subang tu tak jumpa. sobs.
pastu tengok keliling baju-baju yang ada pun mostly dah lain.
aik baru bape minggu before tu je pergi.
dorang dah tukar collection lain. hampa.
takpa. mari cari jeans.
gigih cari. paling besar size 36.
rasa macam ok sebab aku belikan dia surfer pants size tu ok.
plus dia kan dah ke gym tu, so ada la nampak kecik.
ok suruh dia try.
try pastu dia tunjuk kat aku.
hamagadddd. rasa nak pitam.
sebab ketattttt. dah macam pakai bell bottom pulak
kat peha ketat, bawah besar sikit.
sumpah lawak dah macam sesuatu sangat rupa laki aku.

aku memang kalau boleh nak dia pakai kecik sikit.
sebab all this while baju ke seluar dia semua besar melampau.
tau la bersize gergasi tapi dia beli macam besar melampau tak masuk akal.
aku rasa sebab baju n seluar besar. menampakkan dia lagi berganda besar.
so tu yang nak kecik sikit.
tapi taknak la ketat macam tu. menakutkan ok.
ok rasa nak pitam mengingatkan balik rupa dia time tu. funny.

so dah dia punya takda. takkan nak pulang ngan tangan kosong.
so mari la cari barang untuk aku. hihihihi. (agenda sebenar tu. ;p )
tapi tak best.
sebab selama ni aku rasa aku la manusia paling boring tang shopping.
sebab aku rasa macam penat.
tapi rupanya laki aku lagi worse.
sebab memanjang ajak balik kata penat.
tak tenteram aku. so tak dapat apa sangat.
tapi adalah seronok sebab time nak bayar tu. saje pusing lagi kat bahagian accessories.
ada subang yang ku idamkan tu. :D

settle beli. lepak smoke kejap.
pastu feeling tourist amik2 pic. kah kah.

:: my kek tekolet yang dah tak berapa nak fluffy. ::

 :: pastu kena paksa amik pic pulak. malu je. dah la orang lalu lalang. layankan aje kan. kang derhaka pulak ::


see pic atas kiri tu.
muka marah asyik dia sibuk nak amik pic.
pastu baru ok. :)
later jalan balik ke pavi.
malas nak terus balik sebab time orang balik kerja. pitam weyh nanti.
so lepak starbucks.
ingat nak lepak sampai bagi lepas office hour ke apa.
tapi laki ku tu sibuk nak balik.
grrrrrrrr.
so merasa la jam macam nak gila.
kau bayangkan jenis yang every 5 minutes ada la kereta kau bergerak 2m macam tu je.
ye tak tipu. gila babs la.

 :: stuck lama gila kat jalan sultan ismail ni ::

 :: kau tau asal dia ajak balik sangat? sebab dia leh tido dalam kereta. aku terseksa dok drive. benciiiiiiii ::

 :: penat woih. tapi bersyukur gak la sebab auto. kalau manual nangis kot. n rasa kagum ngan orang yang boleh hadap benda ni hari-hari. ::

sampai AKLEH baru kereta bergerak laju.
sampai tol Mr.B terjaga.

him : kita kat mana ni sayang?
me : tol PD. alang-alang esok cuti, tu i terus pergi PD. kita holiday la.
him : hah? *muka blur pandang kiri kanan*

hahaha. tapi idoknya berjaya tipu pun.
kata kiri kanan bangunan.
pastu dia sambung tidur.
aku singgah rumah mama.
sebab tak tahan nak terkenc.
gila kau dekat sejam lebih stuck.
if drive pergi PD bebetul pun memang dah sampai.


hasil belian.
haha ni je puin.
tapi ok la bawak balik something dpd takda apa kan.
eh suka la baju tu.
rasa nak pergi balik n beli colour2 lain.
tapi bila nak pergi tu ntah.
tak pun aku pergi kang tetiba baju tu dah takda. ganti ngan baju lain.
hish.

eh ok itu aje.
jumpa lagi lain entry.
ta-ta.



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...