Instagram : @peejburhan

hiburan tak berapa nak terhibur sangat la



kasih ni je la kawan ku kat rumah tu.
tu pun tak berapa nak kawan la.
sebab dia ni sombong kemain.

tapi satu perangai dia.
everytime aku nak buat kerja.
time tu la dia sibuk kat situ.
macam pic bawah ni dia sibuk tidur kat kotak barang yang aku nak guna nak pack.
ni dia terjaga sebab perasan aku bergerak.
padahal dia tengah tidur tu.
nak gerakkan dia tak sampai hati lak.
tapi kadang melampau tidur mengalahkan tuan.
aku alihkan gak la.
sebab time tu nak petang.
nak pack barang bukan kejap. lama weyh. kadang if banyak tu berjam gak.
kalau tak kacau dia. memang tak jalan la kerja kau


aku ni pack tabita tak kisah. senang kerja.
yang payah nak membalut ephyra ni.
dah la aku balut macam balut gift tu.
penat weyh.
tu takpa. dulu ok lagi kotak je.
sekarang ada lak bag bagai kan. lagi rumit aku rasa.
aku balut pakai mahjong paper tu. beli kemain banyak.
sampai uncle kedai tu pelik apesal aku beli banyak sangat.
ye la selalu orang pakai sikit je kan.
ni sekali beli 50 keping terus segulung tu.
tapi aku prefer pakai mahjong paper daripada kertas minyak tu.
kertas minyak leceh kau nak gunting la apa bagai.
tapi mahjong tak payah. sebab size dah just nice. :)

nway, time aku sibuk ngan kertas tu.
dalam banyak tempat dia nak baring atas kertas mahjong tu. grrrrr.
banyak2 tempat luas, dia nak gak jilat bulu dia sambil santai kat kertas tu.
kau alihkan. dia terkejut la konon.
pastu aku amik kertas balut ephyra.
nanti dia pergi balik kat kertas tu n landing. hish sabar je la.
kalau tolong aku balut takpa la jugak.
ni tolong sibuk ada.

tapi tengok la muka dia tu.
macam mana kau nak marah.


si sibuk.
aku baring tengok tv.
dia sibuk dok terjenguk2 aku.
nak panjat ke taknak panjat.
pastu tengok geram. aku panggil la dia.
tapi tengok la perangai tu.
dia akan make sure dia stop jauh dpd kau.
pastu geram kau nak capai dia. dia lari.
kasihhhhhhhhhhhh....why u no manja?

serious ku berfikir ku nak tambah kucing.
sekor lagi. tengok la kitten ke apa.
kalau boleh biar bawah 6 months la kan.
tak sure lagi nak amik mana.
senang nanti ku kutip je memana stray cat yang kita jumpa kan.
banyak sikit kucing, mesti best kan.
esp tengok memacam gelagat nanti.
dah lama tak layan drama kucing.
hiburan gak tu.
sekarang ni tak berapa terhibur sangat ngan kasih ni. kah kah.
takpa nanti meriahkan kucing2 kat umah ku.
hopefully kasih tak buat perangai la.

tapi kena jugak la.
kadang tengok kasih ni kesian je. macam depress n kesepian pun ye.
sebijik macam tuan dia. kah kah.
tapi atleast tuan dia boleh layan internet.
umah aku apa je pun dia boleh layan.
Alhamdulillah umah aku lipas takdok lagi. la la la.
aku suka la. tapi dia takda apa permainan la nak main kan.

berapa malam sudah.

Mr.B : mecehhhh. mecehhhhhhhh. *kasih tidur buat tak layan. selalu dia paling gedik nak berkepit je ngan Mr.B* Meceh ni tombong la moling.
me : dia memang sombong. baru u tau.
Mr.B : mecehhh. sini.
me : panggil la u. takkan dia datang. dulu macam tu la. panggil dia sampai sudah tak datang. tapi panggil lulu. lulu datang je. n kita orang dok usap. dia daripada jauh terus mengeliat pastu datang n duduk in between kita orang ngan lulu. dia penjealous ni.
Mr.B : ye ke.
me : ye.

Mr.B amik selimut dia.
buat macam bawah tu ada kucing.
sebab kasih suka masuk bawah selimut mengada nak baring sama selalunya.
memula dia dok panggil kasih ajak masuk bawah selimut.
dia buat tak layan.

me : cuba u buat macam ada kucing.

Mr.B terus buat macam tu.
yang aku baring balik selimut tu buat bunyi anak kucing *i'm very good at this. ehemmm*
haaaa kau. memang terus dia datang ok.
dok la terjenguk2 n mencari mana kucing tu.
pastu sibuk nak jenguk n masuk bawah selimut nak check.
tau lak jealous kan.
tapi kita panggil dia, dia tak nak layan.

tak sabar nak tunggu ada tambahan kucing.
nak tengok dia macam mana nanti.
heheh. padan muka kau kasih.
aku nak kucing biasa je. sebab kucing biasa ni selalu sangat manja.
me loff it.

soalnya. nak amik jantan ke betina eyh?


1 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Aunty pun tumpang manja dengan stray cat yang selalu masa makan je datang rumah, dah kenyang terus hilang merayau entah ke mana mana

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...