Instagram : @peejburhan

kesayangan

aku ni memanjang sorang je kat rumah ni.
so peneman aku si kaseh ni la.
or panggilan manja ceceh.

tapi ceceh ni bukan jenis manja.
kau panggil la 80 kali harem dia tak layan.
benci gila.
so rasa macam tak bela kucing.
ceceh jenis sombong tapi pedengki.
dulu kat rumah mama. kau panggil dia mampos dia tak layan kau.
kau panggil lulu. lulu datang n manja.
tetiba dia akan datang n duduk antara lulu n kita.
gila pedengki.
pastu dia buat perangai berak sana sini tanpa sebab.
stress gila semua orang.
sampai dorang rasa nak give away je.

aku lak tak sanggup.
sebab jaga dia daripada kecik.
so aku kata takpa, biar aku bela.
duduk rumah aku elok pulak dia pandai behave.
tapi perangai eksyen tu dia tetap ada.
tapi ngan Mr.B kurang sombong dia tu.
asyik nak sama-sama je.

tapi ni lepas kes dia meroyan tu.
manja dia lain macam.
sampai aku lak rimas hoih.
dulu ngan Mr.B je.
sekarang ngan aku pun dia sibuk.
cuma ngan aku dia reti bahave la.
sibuk nak selit tapi senyap.
sebab dia tau if dia memekak aku akan marah.
so bila Mr.B balik baru dia sibuk bising la apa.
sampai nak bergerak pun susah.




time ni kelakar.
aku panggil dia, gila sombong buat tak tau je.
then time tu aku period pain.
so aku bukak la tiger balm.
terus dia melompat datang.
dia suka gila tiger balm. pelik gila.
aku bagi dia bau direct dpd botol dia kebelakang. tak suka kot. kuat sangat.
so aku sapu la kat belakang badan.
tetiba terus dia datang pastu dok jilat badan aku. what the hell.
aku cecepat betulkan baju. tak bagi jilat.
takut la kan.
sekali tak dapat jilat. dia rapat gila lepak belakang badang aku.
amik bau pun jadi la. kelakar. macam pic kat atas ni.
pastu pic satu lagi tu muka kepuasan terbaring belakang badan setelah puas amik bau. funny.


 :: ni time dia sibuk. time aku nak buat kerja. time tu la dia sibuk baring kat benda2 yang aku nak guna ::

 :: orang nak tengok tv. dia saje buat aksi bagi orang geram. tidur depan kita ::

 :: dia baring in between aku, mama n Mr.B time kita orang nak sembang. ngada gila ::


pic ni gelap.
tapi tu dia tengah baring tu. siap peluk tangan Mr.B.
memula dia tidur tempat lain.
Mr.B baring je.
cecepat dia lompat datang. terus baring n siap peluk tangan.
amboi mengadanya.

tapi serious tahap sayang dia kat Mr.B tu melampau sangat.
dah la ikut ke sana kemari.
macam semalam. dia dok gigit wayar charger hp.
Mr.B marah dia buat tak tau. kena la jentik.
yang aku sentap. aku kata jangan la pukul dia. dia mana tau.
Mr.B kata abis rosak nanti.
aku sentap.

Mr.B: ye lahhh. tobby (sorry) mecehhh (ceceh).
ceceh : *lari ketakutan*
me : tengok kan dia dah takut. sian dia.
Mr.B : *kejar ceceh yang lari ke arah dapur*

after few minutes datang balik.
tah apa dia buat tah dapur tu.

Mr.B : meceh (ceceh) dah tobby (sorry) kan ite (kita) tu.
me : ye lah.
Mr.B : dia tah tobby kan.

pastu Mr.B masuk bilik.
aku tengok terkedek je ceceh ikut belakang Mr.B.
haha kelakar.



tu takpa.
aku rasa tahap kesayangan dia kat Mr.B tu.
sampai asal aku n Mr.B baring or duduk sama.
dia mesti nak ada tengah2 tu.
pastu Mr.B nak cium aku.
mula la muka dia muncul kat sebelah muka kita orang.
kemain kuat meow macam kan marah sangat.
eh hello ceceh, ni laki aku ke laki kau ni.




kadang rasa kesian tengok dia ni.
macam kesunyian je.
ada rasa nak tambah kucing.
tapi ceceh ni jenis jealous.
kang if ada kucing lain mula la dia buat perangai ke apa.
so takpa la. jadi la kau satu-satunya kucing kat rumah ni.



1 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

Pija, kalo dia jenis jealous, baik jgn tambah kucem. Mcm kucem aku dia wat perangai kenc kt lantai sbb marah ade kucem lain. Aku terpaksa ready kan litterbox utk dia sorang, pasir tu pasir yg dia guna sorang. Mmg letih gile nasib la sayang kan...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...