Instagram : @peejburhan

jiran-jirun

ok no such thing as jiran jirun. tapi kau ingat senang nak buat tajuk?
topik hari ini adalah mengenai jiran.
aku memang jenis tak reti bergaul sangat.
buat hal sendiri je.
which is not good. i know.
but dah tak reti khenn. nak buat macam mana.

unlike Mr.B. dia memang jenis pandai bergaul.
daripada rumah mama lagi. jiran-jiran semua kenal n suka dia.
siap nampak dia jemput pergi kenduri bagai.
hari tu aku tido kat dalam. ye apa lagi aku buat. tido je la.
sekali malam sembang. rupanya jiran depan mama mintak tolong dia betulkan paip ke apa.
dia tengah bergardening.
so dia tolong. siap akak tu nak hulur rm100. hamboih. sejak bila lak reti plumbing laki aku ni.
paip sinki dapur tak reti buat lak dia.
tapi ok la. i mean dorang selesa ngan dia siap boleh mintak tolong semua.

macam hari tu mak ngah aku datang rumah.
dia kata ada atuk sedara aku suka kat ben.
dia jumpa masa izza bertunang tu.
dia cakap kat mak ngah, "bagus menantu ******, tegur orang tua n boleh bawak sembang".
dia ingat ben ni menantu kepada aunty aku yang lain.
so mak ngah cakap la bukan. tu menantu din (papa) baru kawin hari tu.
awwwww. time tu pengantin baru uols. hahhaa.
so dorang dok kata la bagus apa.
elok la. tapi dia memang macam tu. jenis senang bergaul ke apa.
aku ni kera sumbang sikit. takda geng mula la seperti apa je jadinya.

so sama la macam kat rumah ni.
dah duduk berbulan takda siapa aku kenal.
aku kenal la few. tu pun sebab kekecik dulu kenal kan.
still takda la tegur ke apa. segan ah.
so aku just sebut orang depan, orang sebelah, orang hujung. gitu je la.
tapi bila sembang ngan Mr.B semua dia kenal.

kemain tau orang depan kerja apa.
pastu aku bebel kata ape ke hal la buat rumah berbulan.
pastu kereta park kat umah aku. bengang la apa.
yang dia kata takpa la. bla bla bla.
pastu tau abang tu renovate umah sebab dapat duit epf. hamboih gossip jiran.
dia kata sebab dia selalu sembang2. tu tau.
pastu nanti dia kata la makcik rumah mana tah.
aku memang tak kenal la.
dia kata alaaa. makcik suara serak tu.
dia suka cakap kuat. tapi suara serak macam tak keluar.
okkkkayyyyyyy. sampai ke la ni, aku tak tau makcik suara serak mana la yang dia maksudkan.

Mr.B ni perangai suka tegur orang.
nampak je jiran ke dia akan tegur n tanya khabar.
so orang nampak dia pun akan buat benda sama.
me? aku terus bukak gate masuk dalam.
paling tak pun senyum je. hahahha. kera sumbang.
tapi kelakarnya laki aku ni.
dia memang berniat baik. tapi dia suka sesuka hati panggil nama orang apa.
dia memang ada masalah mengingat nama orang.

contoh wilcha sebelah rumah ni.
nama orang tu lain. dia tak abis-abis panggil abang man.
wth. sepuluh kali aku betulkan. sepuluh kali jugak salah.
tak pernah aku dengar dia panggil betul.
yang kelakar tu. si wilcha pun layan je.

Mr.B: abang mannnnn.
wilcha: yeeeee.
Mr.B: abang man sihat? dah makan?
wilcha: sihat. dah makan dah.
Mr.B:ok ye abang man.

hahahaha. wilcha ternyata pasrah ngan nama abang man itu. hahaha.

kan aku pernah cerita rumah depan aku ni oren.
oren terang yea. siapa follow instagram aku ada aku amik pic hari tu.
heppp. aku amik pic bukan kutuks.
tapi aku join game yang photo of a day.
tiap hari ada la photo yang kau kena snap ikut tema tu.
so hari tu tema view from your window.
so snap pic. nampak la rumah oren itu.

nway, a couple of week ago aku tengok rumah wilcha bergelap je.
2-3 hari gak la.
aku syak kena potong elektrik. tapi idak la aku kepoh kan. biarkan.
sebab aku tengok bergelap n pakai lilin je. tiada lagi bunyi karaoke sakan.
then aku balik rumah mama few days tu kan. oh masa raya haji tu.

then bila balik tengok dah normal macam biasa.
ho ho ho. terkejut tengok rambut wilcha adalah perang. kemain color rambut.
but anyway, berapa hari lepas aku tengok bebudak remaja yang lepak umah dia pun rambut nak sama.
so agaknya bebudak tu color rambut dia kot.
apa-apa pun iolls tak sangka abang wilcha jiran ku so stylo.

Mr.b balik kerja tengah lepak tengok tv sesama.

me : kemain lain kawan baik u rambut blonde.
mr.B : siapa?
me : jiran kesayangan u la. kawan baik u, abang man.
mr.b: tak tau i.
me : u tak perasan ke.
mr.B : perasan. biarlah dia. dia amik cat rumah depan oren tu color rambut dia. aaahahahahaaa.
me : hahahaha. jahat u ni.
mr.B : betul la. sama dah warna. hahahha.

hahaha laki aku. sabar je la.
dia jarang bercakap pasal orang ke apa.
so kalau cakap tu kelakar je aku rasa.
so sekarang depan n kanan ku di penuhi color oren.
gagagagaga
^_____^


0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...