Instagram : @peejburhan

drama oh drama.

katanya hidup memanjang kesepian.
so tak pasal aku tengok memacam benda kat tv.
dah takda mood nak mengadap pc sangat.
kalau dulu. tv memang jarang sangat la tengok.
sekarang segala benda ikut.
kah kah.
ok tak semua la.
tapi ada few cerita la tengok.

tadi tengok tv ngan Mr.B ngan mama.
pastu keluar iklan cerita In Time.
tak tau korang pernah tengok tak.
yang justin timberlake berlakon tu.
aku sukaaaaaaaa gila cerita tu.
sebab aku rasa genius nya orang yang buat cerita ni.
boleh terfikir nak buat jalan cerita macam tu.
siapa belum tengok sila la tengok. download ke apa je la.

then bercerita pulak pasal drama melayu. grrrrr.
memang membengangkan. boleh tak tengok.
tapi tak berkembang. bebalik lebih kurang je jalan cerita dia.
tu takpa.
kul 7 tadi ada drama baru.
cannot go.
sebab adegan perempuan tu tepi sungai.
sedang memetik bunga.
kau tau petik apa?
petik bunga orkid kat batang pokok buluh.
akaiii ada?
apa kau gam ke selotape bunga kat buluh tu.
takkan la penonton sekarang bangang tahap macam tu.
takda bunga situ. kau buat la adegan orang tu berangan tepi sungai pun takda.

aku ada ikut cerita julia before this.
tengok ramai tweet. macam best. so mari tengok.
tapi banyak la tertinggal. tapi gigih aku tengok kat malaymoviesfull. heheh.
sebab cerita dia macam laju. so tertinggal 2-3 episode kau boleh tahan tak faham la.
so kena tengok.
tapi kebodohan orang dalam tu kadang bikin geram je kan.
paling geram.
aku ni dah la jarang ikut cerita melayu.
bila ikut. sekali ending menyakitkan hati.
penat ok tengok. bencikkkk.

oh n tengok jugak masterchef.
yang 1 punya tak tengok. sekarang baru tengok.
ok la. walaupun rasa apesal macam biasa je masakan semua. tak feeling masterchef sangat.
pastu baru-baru ni tertengok masterchef us.
yeeee. itu memang melampau sangat hebatnya.
paling scary kemain garang chef judge dorang.
tak sanggup.

oh lagi satu.
adam n hawa ni.
ikut jugak. kadang terlepas.
tapi terlepas pun takpa.
sebab takat tu jugak la cerita dia.
ain hawani yang kemain taknak adam mukhriz tu.
kalau aku tetiap malam sujud syukur ok ada laki macam tu.
boleh dia nak benci sampai lapan tahun.
aku silap dia baru pandang dah merembes. kah kah kah.
tapi takda apa buat. lets layan je la tengok.

aku tak sabar nak tunggu game of thrones season 3 keluar.
seems like forever.
rasa cerita dia nak start nanti.
nak layan again season 2. kasi ingat balik.
banyak series best kan boleh tengok.
tapi kemalasan nak download n ikut.
kang semua nak tengok. lagi apa benda pun aku tak buat.
sekarang pun boleh tahan kemalasan kan.

ok dah.
tengah menaip tetiba laki call.
terus lepas tu xtau nak sambung apa.
ok tu je.
bye.


0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...