Instagram : @peejburhan

bila rasa gembira.

agak lama jugak la aku dah masukkan pics ni semua.
tapi dok la dalam draft je.
sebab bila tiba nak update dah malas melampau je rasa.
serious macam blur je rasa.
mana tak malas.
baru sampai kat tajuk aku dah takleh fikir nak letak apa.
so awal pun dah fail.
sampai bawah lagi la tah apa-apa kan.

tapi tu la.
pic memang membantu.
sebab ada pic kau tau nak cerita apa.
tapi tu la. pic pun malas amik. macam mana.
camera tinggal rumah je ok.
apa-apa pun semua snap pakai phone je.
itu pun sebab nak instagram.
so tau la. bila instagram kau ada 1-2 pic je.
bukan pakai banyak pun.
so kalau nak macam dulu cerita satu. gambar berderet memang tak la kan.

so yeah. mari cerita.


ayam penyet. yeay.
dapat je komen kat blog kata festival city ada ayam penyet.
malam tu jugak aku ajak Mr.B pergi.
lama gila kot tak makan. i want.
since tak jauh daripada umah aku. aku ajak Mr.B naik motor.
hoi syok woih naik motor.
aku last naik motor darjah 5 kot.
pastu trauma n tak suka. aku rasa motor akan jahanam kalau aku naik.
sebab berat lebih muatan.
tapi Mr.B suka paksa naik. n bila aku naik dia punya happy tu melampau. so layankan.
tapi bila dah naik memang best kan.
aku semalam siap cakap dah lama rasa tak jalan naik motor.
nanti nak ajak jalan area dekat2 naik motor. hahah tebiat sangat kan.

ok sambung pasal ayam penyet.
so ke festival city la kiter.
gembira ni. tapi aku rasa macam tak sama.
sebab sambal sini pedas. tapi ada manis melampau jugak.
so adalah potong. so masih tak berpuas hati.
tapi takpa. hari tu lalu depan wangsa walk.
aku dah tau kemana mengilang ayam penyet tu.
rupanya dia pindah ke tempat baju buat kat wangsa walk tu.
ke arah kanan n tingkat atas. yeayyy.
ok nanti nak pergi.


kan aku selalu sakit dada.
eh tak bagi tau yea. aku bagi tau kat fb je.
aku last week macam sakit dada melampau. serious rasa nak mati je.
sakit tengah dada ni. macam susah nafas.
pastu tetiba nanti keluar angin rasa lega.
so tiap malam Mr.B la layan sapu tiger balm kat dada n belakang.
pastu urut la sampai rasa lega.
dia punya tak selesa tu satu apa kau takleh buat. serious.
baru plan lepas seminggu tu nak pergi klinik.
sekali jumpa jonet. so tanya dia. then dia explain la sakit apa.
ok aku lupa term dia. dia kata takda apa. 
tu sebab ada imflamation. sebab tu bila bergerak,  berlanggar ke apa. so sakit bla bla.
so dia kata takyah gi klinik. ada pain killer cukup.
then dia bagi la. bagus nak mampus pain killer jonet bagi tu.
makan. after 2-3 minit hilang ok sakit.
sehari boleh amik sebijik je. n best nya pain killer tu boleh tahan sehari.
so memang takda sakit lepas tu.
tanya jonet if nak beli kat farmasi boleh ke?
dia kata boleh tapi mahal gila ubat tu.
sebijik rm3-rm5.
vhattt. pitams.

so pic atas tu adalah hari-hari ku yang sakit before ada pain killer.
n time Mr.B takda kat rumah.
takda tempat untuk mengadu n meminta tolong.
so sendiri la baikkan diri.
tampal koyok kesukaan ku, tokusen.
satu tampal tengah dada. satu lagi kat lengan.
sengal tangan ku.
lepas tu lega. best.



ni time pergi rumah bella.
bella adopt j.lo ni masa dia datang raya umah aku tu.
lepas raya umah aku dia pergi rumah owner yang bagi adopt j.lo ni.
kucing biasa yang normal.
dapat kat bella kau tengok tembam mana kucing ni.
nak sama ngan aku dah ok. hahaha.
tapi pic ni kelakar kan.
aku rasa aku n j.lo ni dah nak sama dah.
ketembaman memang sama.
tapi eksperasi pun sama.
aku pandang dia pandang. siap nak cium. comellll.
yang tengah tu sesama nak pose.
last tu dia nak rasa kot.
maybe dia tengok aku ada rupa KFC. so nak rasa la samada original recipe or hot n spicy.
j.lo. please ok, of coz kakak hot n spicy. hahahhaa.
ye aku memang still bahasakan diri ngan kucing kakak.
rasa muda sangat *flips hair*

:: amik form noy's ig. lazy saturday at my place. aku tak paham kenapa dia buat pic ni warna merah. wth. dah macam brothel. ::



:: black canyon coffee ::

later gi makan.
makan 3 orang. bil Rm101. gagaga.
ok memang sedap la bla bla bla.
tapi aku rasa terkilan sebab makan tomyam je kot nok.
yang sama sedap kau leh makan kat gerai. gituh.
but whatevs.
shit tengok pic ni tetiba aku lapar macam mana.
ye dah petang tapi as usual tak makan lagi ni. ;p



nasi arab pemberian reader but now come agent ku.
sweet gila dia ni.
almost everytime datang ada je dia bagi barang kat aku ke.
kat mama ke.
ni bagi nasi arab untuk mama dia kata.
tapi gila banyak kita orang boleh makan whole family.
siap bawak ke esok lagi. thank u bebeh.
best. sebab memula macam biasa je kita orang ni.
sebab aku ni kan kera sumbang sikit.
tapi now looking forward je nak jumpa untuk amik stock.
sebab mesti tambah extra 1/2 jam or more untuk gossip.
ada je pulak tu. hahaha funny. love it.


yeay dah keluar.
since keluar dah 4 kali makan. hahahah.
prosperity burger i lebiu.
ngan curly fries yang sodap itu. nyam.


ni pun antara tempat kesukaan untuk makan.
hari tu masukkan kat ig.
ramai tanya kat mana.
tak sempat reply pun.
so ni adalah kat taman melawati.
kat food court dia. bukan yang baru.
tapi yang lama setingkat tu.
yang sebelah ruang selalu orang buat pasar juadah tu.
eh tapi now ruang tu dah takda.
nak buat construction apa tah

so kat situ la.
yang ada jual nasi ayam singapore ke apa tu.
so situ ada laksa jugak. sodappp.
aku suka mintak taknak nenas, bawang n cili.
if ada lengkap la. tapi aku memang if ikutkan, makan laksa kalau boleh just nak laksa, kuah, telur. thats it.
tak suka yang lain2 tu.
sedapppppp. tetiba rasa nak ajak mama buat laksa la.
wah gedik. takdanya mama nak layan.



di akhiri ngan pis kami.
tak tau apa motif.
tapi ada rasa nak tampar laki sendiri sebab suka konon tak pandang camera.
i is benci.
ok dah. tu je.
aku nak makan. seksa n kelaparan aku membuat entry ni.



1 Comments:

lexthary dalova said... [Reply to Comments]

Kak peeja, ayam penyet dkt food court klcc lg sedap dr wangsa walk. For me laa. N lg murah, sbb dia bg whole meal n x smpai sploh hengget pun. Klu wangsa walk kan ns lain, aym lain n sambal klcc super stone smpai meleleh hidung. Try laa sekali. Sederet dgn kyros kebab. Wuuu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...