Instagram : @peejburhan

apa la salah ku.


tu takpaaaa.
kan hari tu kecoh semua kata aku preggy la apa.
aku kata tak. tetap la semua bagi pelbagai teori.
tapi ku lebih tahu diriku ini.
n instinct ku jenis kuat.
memang je. elok sebulan. keresahan ini terjawab.
elok je period uolls.

memula biasa la.
laki aku la paling kecewa.
stress aku.
tapi lepas tu aku kesian lak tengok.
dia kau tau la. suka sangat ngan bebudak.
tapi kat rumah ni. dia manjakan sungguh la ceceh tu.
ceceh tu elok pulak sayang dia.
padahal paling la ceceh tu jenis eksyen n tak reti manja.

menyampah gila ok. aku panggil tak pernah nak datang.
tapi Mr.B je kemain ikut je kemana pergi.
Mr.B if balik kerja. baru kat gate, ceceh dah siap ready tunggu depan pintu meow kemain.
pastu berlari ke dapur ajak Mr.B bagi makan.
padahal ada je kot makanan tu. macam aku ni mak tiri.

Mr.B duduk main pc, dia tidur tepi Mr.B.
abis je online, Mr.B nak tidur. dia akan tidur sebelah Mr.B.
sekarang lagi mengada.
siap nak tidur dalam selimut sesama. amboihhhh.
yang aku tengok laki aku ni kemain nanti main2 bedung ceceh la.
pastu popok nak bagi tido la.
rasa sedih n kesian lak.
dah macam baby ceceh tu dia layan.
aku kah yang bersalah. eh tetiba. hahahhaha.

pastu ada satu petang tu.
ceceh tido kat sofa.
hujung. aku lak hujung satu lagi.
geram tengok dia. aku panggil berkali takda dia heran.
elok tido, toleh pun tak nak.
nampak telinga je gerak2. dengar. tapi taknak layan aku.
then aku lama sikit tu aku ada call Mr.B.
aku bukak speaker phone.
terus bangun ok ceceh. pastu datang kat aku ngiau.
ewahhhh mengada. dengar suara Mr.B kelam kabut semacam.

pastu bila tah.
ada satu malam tu.
ke hulur kehilir kejap pergi check kat bilik pc tu.
pastu datang kat aku. meow tah apa2. cari Mr.B la tu.
time tu dia takda sebab gi gym.
tak tenang dia.
elok balik seperti biasa la dia sambut sambil meow tak stop. tah apa dia nak ngadu tah.
pastu elok la sibuk nak tido sama.
sabar je la.

eh banyak lak aku cerita pasal ceceh.
padahal nak cerita lain.
ok tu takpa.
Mr.B ngan kekecewaan dia.

so ke rumah mama.
yang aku period pain teruk.
so aku kata la sakit perut.
mama kata berak la.
aku kata aku period pain.
dia punya terkejut tu. macam kan dengar berita tergempar. "HaHHH? Period?!"
overnya.
pastu lepas tu muka dia jadi macam ni :(
ye macam tu la bentuk mulut dia.
hooooii stress aku.

pastu kejap2 nanti muka macam tu.
takda rezeki lagi. nak buat macam mana.
pastu mula la dia n Mr.B cakap kekecewaan la apa.
menyampah iolls.
apa lah salahku. ku bukan sesiapa, ku hanya semut merah.
wah tetiba sentimental kan. tah apa2 tahhhh.

aku sebenarnya relax je. takda rasa apa.
jenis ada, ada. takda pun ok je.
berfikiran terbuka.
but all the expectation. bikin ku rasa bersalah.
tah tang mana yang nak tetiba nak rasa salah pun tak tau la.
tapi aku jenis tak suka nak kecewakan orang.
nanti rasa macam, alaaa kesiannnyaaa.
macam tu.
tapi apa aku boleh buat pun kan.
kita merancang, Allah menentukan.
rezeki semua dari Allah. gituh.
tetiba jadi ustazah pulak. *betulkan tudung*

sementara masih berdua ni.
mari la berseronok n enjoy berdua.
nanti dah ada anak dah jadi bertiga.
tak sama dah. kan kan kannnn.
so chill.


0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...