Instagram : @peejburhan

apa-apa aje la ye.

dua perangai noy dulu yang aku cannot go.
bila tidur ngan dia super lasak.
n everytime laundry day. baju dia banyak macam tak masuk akal.
contoh after lipat aku punya sejengkal je.
dia punya mesti dua jengkal pastu ada dua. so bayangkan banyak mana.

so bila kawin adalah gembira akhirnya takyah hadap semua tu.
no no no.
sekali aku tengok laki aku tido sama je ganas macam noy.
seksa iolls.
selalu dia tidur dulu. aku jenis tidur lambat.
sibuk online kat phone.
nanti mula la tangan dia sesuka hati terlepuk aku sana sini.
tangan dah la panjang.
ada sekali tu tidur rasa tak selesa belakang badan.
rupanya tangan dia ada kat bawah badan aku. grrrrr.
pastu nanti tido macam akrobatik ke apa.
tau nanti elok menegak tidur. dia tidur melintang. aaaaaaaaaaa. sangat macam noy.
nanti tetiba aku terhimpit. belah dia luas.
dia tidur atas bantal aku. uwaaaaaaaa.
sabar je.

tu satu.
satu lagi laundry ni laaa.
aku tak tau la dia ni pakai baju ke memperaga baju.
sumpah everytime basuh baju aku dah macam. hoi banyaknya baju.
rasanya 80% dia punya.
ada sekali tu bakul baru suku penuh.
aku kata kat dia. kumpulkan baju yang nak basuh.
jangan la sepuk2 ke apa.
sebab aku taktau mana nak basuh. mana dia nak pakai.
sebab nanti tetiba dia tanya aku. mana seluar kerja dia la. asal tak basuh la.
dah kau tak letak dalam bakul. mana aku nak tau kena basuh ke tak kan.
so aku suruh tu dia buat la.
tau-tau aku tengah tengok tv. dia angkat bakul baju tu ke aku.
dia kata, "dah moling. ni semua nak basuh"
penuh melampau ok. aku dah macam. vhatttt???? 
mana datangnya semua baju ini?

sama macam minggu ni.
the last time aku tengok bakul tu baru half je.
so takpa kita relax
tetiba aku tengok esoknya dah penuh.
tu takpa lagi. weekend noy tidur rumah aku. dia pun nasi tambah kat bakul tu.
membuak dah. nak nangis rasa.
nangis bukan apa. sebab kalau musim hujan letih nak tunggu kering.
lagi satu mana aje aku nak sidai bebanyak macam ni.

nasib lately musim panas kan. gumbira baju kering dalam masa sehari.
so malam semalam aku basuh baju n jemur.
tengahari tadi kasi tolak ke depan.
ye dah tengahari baru tolak. pepagi tak bangun lagi.



penuh melampau kan.
tu kat gate sebelah sana pun ada tu.
ampaian dah rapat baju.
aku kalau boleh suka jarak2. senang kering kan.
but what to do. tak muat dah.



rumah jiran depan lagi over. heheh.
tu rumah sewa student tu.

aku nak gi rumah mama ni.
kerinduan. dah mintak kebenaran tadi nak gi.
Mr.B bagi. bagus.
tapi tu la. nak tunggu baju kering.
if keluar then kena tarik baju bawah porch kan.
sayang la pulak sebab tengah panas terik elok tu.

tapi rokok iolls pun tinggal sebatang je ni.
kena gak keluar.
takpa. tarik je la.
esok masih ada.
harap panas sampai ke petang.
bukan hujan di tengahari. keh keh.
tetiba nak pepatah. ;p

eh tetiba lapar.
harap makan best kat umah mama. hahah.
aku antara aktiviti kesukaan. adalah check fb mama.
kadang tengok dia rajin update bagi tau menu hari itu.
if dapat pergi best la. kalau tak stress je membaca kat rumah.
ada sekali tu lagi la.
papa siap call bagi tau mama masak nasi ayam.
sob sob.
nak pergi tapi tak dapat sebab time tu hujan lebat sangat.
tapi best sebab noy datang umah aku.
so aku mintak pack kan. yang mama terkejut mana aku tau dia buat nasi ayam.
tak tau yang papa ni pun rajin call or bagi tau menu kat aku.
tapi pack pun aku tak dapat makan.
sebab aku keluar kejap.
Mr.B memula kata taknak. sebab later nak ke gym.
so ok la kan.
sekali dia call kata nampak macam sedap. dia nak makan boleh.
aku kata boleh la. takkan nak kata takleh pulak.
terkilernnnn tak dapat rasa. ;p
yang noy saje je banyak kali cakap stone nasi ayam mama.
dia makan tambah 2 kali.
whatever noyyyy.

oh satu lagi.
aku rasa papa ni comel.
dia jenis takkan kata dia rindu ke apa.
tapi dia akan cuba pancing aku balik ngan bagi tau mama masak apa. heheh.
kadang if dia tau aku takda transport. dia akan kata nak dia jemput ke.
aku kata takyah. bukan apa. macam susahkan dia kan.
so tunggu Mr.B balik kerja kita orang akan pergi.

eh ok la.
patut entry ni pendek je.
tetiba meleret2 lak.
ok bye. nak kemas umah sat.
later nak ke rumah mama.
ta-ta

p/s: tajuk entry membawa maksud tak tau nak bagi title apa.

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...