Instagram : @peejburhan

terima kasih alarm.

sangap weyh.
laki kejam.
memula dia kata nak gi gym.
aku kata takyah la.
selalu sangat pergi dah.
dia kata nanti badan dia dah tak ketul ketul.
ok aku memang la suka.
tapi selama ni tak ketul pun aku suka je.
plus aku je pun nak tengok khennn.
pastu dia kata ok dia tak pergi.
tapi berubah fikiran n pergi jugak.
i is stress u know tinggal sorang macam ni.

nak gi rumah mama pun dah lewat. time tu 11pm.
aku ok je gerak lewat. tapi pakej tidur sana terus.
tapi haruslah aku lak kejam biar laki sorang kat rumah.
so kena balik.
by the time nak balik mau dah berapa pagi.
so takyah la.

pastu aku melangok tak tau nak buat apa.
grrrrrrrr.
plus hari ni banyak kerja pun nak buat.
so tidur sana kang tergendala.
patut semalam buat kerja.
tapi aku tertido. mih mih mih.

bangun pagi la konon.
pastu around 1ish aku ngantuk gila.
tapi siap set jam kul 3pm la nak keluar amik barang.
takda makna.

eh dah la aku mimpi gila scary.
tah kenapa lately aku macam gila nak makan benda manis.
orang upload pic cake ke, kuih muih ke semua rasa nak.
pastu tetiba nak puding jagung la. tah apa-apa.
dah la susah nak carik orang jual.
so aku siap google resepi. tapi google je la. bila nak buat entah.

nway. few days back kot nampak filla upload pic cekodok pisang.
hahaha memang kau yang bersalah filla. sebab kau asyik upload pic makanan.
menghantui aku.
so tidur siang tu siap termimpi nak dapat makan cekodok pisang. haha.
kelakar tu aku macam terjaga sikit.
tersedar yang tangan aku siap melentik2 ok.
sebab pegang cekodok tu berminyak konon. bodoh sangat tido pun mimpi makanan tau.

sambung tido.
hamagad mimpi satu lagi ni lagi pelik.
aku macam ke satu tempat ni.
aku macam di invite ke satu tempat.
tempat dpd gate ke garden semua tu ala-ala castle disneyland.
dah la orang masuk. aku macam sesat. pastu lampu semua padan.
tanpa hala tuju n scary je rasa.
aku jalan je tak tentu hala. sampai tetiba siang.
tetiba sampai area rumah apartment. tapi design modern sangat.
tetiba ada hanis zalikha teman aku.
hamagaddd tetiba sangat.

aku tanya la nak buat apa sebenarnya ni?
dia kata ikut je.
memang annually ada benda ni.
orang tertentu je di jemput untuk join.
dia suka sangat benda ni. tapi benda ni rahsia. takda org tau.
ok ikut.
then masuk la salah sebuah rumah tu.
ramai gila orang. aku tak kenal sorang pun.
tapi nampak mak hanis pun ada.

then semua orang bersiap pakai memacam kostum.
so mostly keluar.
aku blur gila.
rupanya kau tau apa. event tu ala-ala macam hunger games tu.
macam cerita cabin in the woods pun ada.
yang pasti bunuh2 orang la nak survive.
eh macam cerita hostel pun ada.
konsep kau kena bunuh orang yang jadi mangsa terpilih tu.
pastu memasing ada watak memasing. tu yang memacam costume tu.

pastu dorang tanya aku nak join ke.
hoiii takut la.
tetiba mak hanis kata dia nak join.
time tu aku tengok mak dia dah pakai macam ninja. T____T
yang aku bagi alasan kata aku takda costume.
so dorang kata ok la. aku lepak sini je.

ok selamat.
pastu nampak ada perempuan kat toilet sebelah aku tengah dalam proses kena bunuh.
tetiba orang dlm apartment tu tutup tirai tak bagi aku tengok. eeee gila.
tu takpa. aku duduk kat lantai. tepi katil.
tetiba laki ni kata bukak la tudung. aku berpeluh.
ye tetiba aku pakai tudung pulak. pelik gila mimpi.
yang kelakar. dia bukakkan tudung. ngan bra aku sekali terbukak.
bodoh sangat tau.
ok teringat n type balik ni rasa la lawak.
tapi time mimpi tu tak rasa lawak.
tapi takuttttt. sebab kenapa dia nak buat macam tu.

aku dah tak keruan.
ye la. dah la ramai orang. yang aku bra dah terbukak. i is malu ok.
nak pakai tapi macam mana ramai.
nak masuk toilet ada pembunuhan kan.
so aku berdiri tepi sudut nak pakai.
tetiba kau tau macam dalam movie tetiba ada sound effect orang bertukar jadi hantu ke apa je la.
suspen abis.
aku pusing tengok. ada budak kecik lelaki dalam tadika kot. debab sangat.
dia ingat aku mak dia. dia nak menyusu!!!!! kau boleh??
dah la jadi kerja aku lari ketakutan.
mau tak takut tetiba sangat ok. yang aku berlari la terjerit kata aku takda susu.
bodoh punya mimpi.

at last budak tu dapat tangkap aku.
tapi aku rasa sangat bersyukur sebabbbbb alarm hp aku berbunyi n aku terjaga.
why la mimpi pelik sangat ni.
saiko gila.

tapi bila fikir aku nampak releven dia.
sebab aku memang lately tengok movie. so sebab tu suasana macam tu.
n before tido aku terbaca tweets ke instagram hanis.
so sebab tu dia ada dalam mimpi jugak.
pasal tetiba nak menyusu pulak sebab semalam ke bila, lain aku google lain pergi.
tetiba masuk forum susu ibu. wtf.
yang pasal budak debab tu. aku rasa aku ternampak pic tu somewhere.

huwaaa so scary.
hopefully tak mimpi pelik macam ni lagi.
mimpi la adam mukhriz ke apa.
baru la teruja kan.
adam mukhriz yang kejar-kejar aku nak...eh.
ok bye.


2 Comments:

Alwanez said... [Reply to Comments]

Hahaha tak tahan bab budak debab nak susu. Omaigod lawak gila. Hahahahahaha. Tapi mimpi pembunuhan ala2 hunger games adalah sho scharyyy.

Landaklaut said... [Reply to Comments]

Mimpi Adam Mukhriz eh. Kemain kau peej. Aku pun nak kalau adam yang kejar. Eh. Hahahahah!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...